Memaparkan catatan dengan label 2 Perkara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2 Perkara. Papar semua catatan

Khamis, Mac 28, 2019

Makalah Ke 7 - Orang Mulia Tiada Derhaka Kepada Allah


عن يحيى بن مُعاذٍ رضي الله عنه ما عَصَى اللهَ كَرِيمٌ و لا آثَرَ الدُّنيا على الآخِرَةِ حكيمٌ
Yahya bin Mua’dz ra berkata, “orang yang mulia tidak akan durhaka kepada Allah, sedangkan orang yang bijaksana tidak akan memilih dunia dan meninggalkan akhirat.

Makalah Ke 6 Cari Ilmu Bermakna Cari Syurga


عن علي رضي الله عنه كان في طَلَبِ العِلمِ كانتِ الجنةُ في طلَبِهِ ومن كان في طلَبِ المَعصيةِ كانتِ النَّارُ في طلبِهِ
Dari Ali ra berkata “barang siapa sedang mencari ilmu, maka sebenarnya ia sedang mencari syurga, dan barang siapa mencari kemaksiatan, maka sebenarnya dia sedang mencari neraka.”

Keterangan
Yang dimaksudkan dengan ilmu tersebut adalah ilmu yang bermanafaat yang setiap orang baligh dan berakal wajib mengetahuinya.

Ms 18

Selasa, Mac 26, 2019

Makalah Ke 5 Dunia



عن عثمان رضي الله عنه هَمُّ الدُّنيا ظُلمةٌ في القَلبِ 

وهَمُّ الآخِرَةِ نُوْرٌ قي القلب

Usman ra berkata “kesedihan dalam urusan dunia menggelapkan hati dan kesedihan dalam urusan akhirat menerangi hati

Isnin, Mac 25, 2019

Makalah Ke 3 - KUBUR

عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه  مَن دخل القبرَ بَلا زادٍ فكأنما ركِبَ البَحْرَ بلا سفينةٍ
Abu Bakar As Siddiq ra berkata : Barang siapa yang masuk kubur tanpa bekal seakan-akan tanpa bekal seakan-akan dia mengarungi lautan tanpa kapal (perahu)

قال صلى الله عليه وسلم ما المَيِّتُ في قبْرِهِ إلا كالغَرِيْقِ المُغَوِّث

Nabi Sollahu Alaihi Wasallam bersabda : Keadaan mayat dalam kubur tak ubahnya bagaikan orang yang tenggelam meminta tolong.
Mukasurat 16 - 17

Isnin, Mac 11, 2019

Makalah Ke 2 - Prihal Ulama

Pertama
قال عليه السلام : عليكم بِمُجَاْلَسَةِ العُلماءِ واسْتِماعِ كلامِ الحُكماءِ فإنَّ الله تعالى يُحيي القلبَ الميِّتَ بنُورِ الحِكمةِ كما يُحيي الأرضَ المَيتَةَ بِماءِ المَطَر
Nabi Saw telah bersabda : “Hendaklah kalian duduk bersama ulama dan mendengarkan perkataan mereka yng bijaksana, kerana sesungguhnya Allah ta’ala menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan.

Kedua

وفي رواية الطبراني عن أبي حَنِيْفةَ : جَاْلِسُوا الكُبراءَ وسَاْئِلوا العلماء وخالِطُوا الحُكماء
Dan di dalam hadis riwayat Imam Thabrani dan Abu Hanifah : “Pergaulilah pembesar-pembesar dan bertanyalah kepada ulama dan pergaulilah para hukama”.


Ketiga
وفي روايةٍ : جالِسِ العلماءَ وصاحِبِ الحُكماءَ وخالطِ الكُبراءَ
Dan di dalam satu riwayat: “duduklah bersama ulama pergaulilah para hukama, dan campurilah para pembesar ulama’.

Keterangan Ulama terbahagi menjadi 3 golongan :

a.    Ulama yang sangat ahli di dalam hukum-hukum Allah Ta’ala, iaitu ulama penasihat yang disebut’ أصحاب الفتوى

b.    Ulama yang sangat ma’rifat akan zat Allah yang disebut Hukama’

c.    Kedua golongan ulama ini sama-sama menitikberatkan kepada upaya perbaikan tingkah laku atau akhlak. Sebab, hati mereka selalu melihat dengan ma’rifatnya terhadap Allah dan selalu terbuka dengan cahaya keagungan Allah.

d. Al Kubara’ (ulama-ulama besar).

Sesungguhnya mencampuri ahli Allah dapat menghasilkan situasi yang terpuji. Lirikannya lebih memberi manafaat daripada ucapannya. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manafaat kepadamu, maka bermanafaatlah ucapannya, dan barang siapa yang lirikannya tidak memberi manafaat kepadamu, maka ucapannyapun tidak akan manafaat.

Dalam cerita : Imam Suhrawardi mengelilingi sebahagian masjid Khaif di Mina. Ia berjabat tangan dengan orang banyak. Orang-orang bertanya kepadanya di dalam, lalu ia menjawab “sesungguhnya Allah mempunyai beberapa hamba yang apabila mereka melihat kepada seseorang, mereka mengusahakan agar orang yang dilihatnya bahagia, maka saya sedang mencarinya.
   
Keempat
قال النبي صلى الله عليه وسلم سيأتي زمانٌ على أمتي يَفِرون منَ العلماءِ والفُقَهاءِ فيَبْتَلِيْهِم اللهُ بثلاثِ بَلِيَّاتٍ : أولها يَرفَعُ اللهُ البرَكةَ منْ كَسْبِهِم والثانية يُسَلِّطُ الله تعالى عليهم سُلطاناً ظالما والثالثةُ يَخْرُجُون من الدنيا بغير إيمانٍ

Nabi SAW telah bersabda “akan datang suatu masa kepada umatku, di mana mereka lari dari ajaran para ulama dan fuqaha’, maka Allah akan menurunkan bala (musibah) kepada mereka dengan 3 macam musibah iaitu

§  Allah menghilangkan berkat dari usahanya.
§  Allah menjadikan raja yang zalim buat mereka.
§  Allah akan mengeluarkan mereka dari dunia (mati) tanpa iman

Makalah Ke 2 Muka Surat 14 hingga 16

Penerbit Pustaka Amani Jakarta

Isnin, Februari 25, 2019

Makalah 2 : Iman & Manafaat Kepada Kaum Muslimin


MAKALAH PERTAMA

خصلتاْنِ لا شَيْءٍ افضلُ منْهُما الإيْمَأنُ بالله والنَّفعُ لِلْمُسْلِمِين

Dua perkara tidak ada yang lebih utama dari keduanya iaitu : Iman kepada Allah dan memberi manafaat kepada orang Islam (baik dengan ucapan, kuasa, harta atau dengan tenaga)


مَنْ اَصْبَحَ لا يَنْوِيْ الظُّلمَ على أَحَدٍ غُفِرَ لَهُ ما جَنَى ومَنْ اَصْبَحَ نُصْرَةَ الْمَظْلُومِ وقضاءَ حاجَةِ الْمُسْلِمِ كانَتْ لهُ كأجْرِ حُجَّةِ مَبْرُورةٍ

Barang siapa bangun pagi dan tidak bermaksud menzalimi seseorang, maka ia diampuni dosa-dosanya. Dan barang siapa menolong orang yang teraniaya serta memenuhi keperluan orang Islam, maka ia mendapatkan Pahala seperti Pahala haji mabrur.

اَحَبَّ العِبادِ إلى الله تعالى اَنْفَعَ الناسِ للناس وافضلُ الأعمالِ اِدخالُ السُرُورِ على قلبِ الْمُؤمِنِ يَطْرُدُ عنهُ جُوعا أو يَكْشِفُ عنهُ كَرْباً أو يقضي له دَيْناً

Manusia yang paling dicintai Allah Ta’ala ialah manusia yang paling bermanafaat bagi manusia yang lain. Dan seutama-utama amal ialah menyenangkan hati orang yang beriman dengan cara menghilangkan kelaparan, kesusahan, atau melunasi hutangnya.

وخصلتان لا شيءَ اَخْبَثُ منهُما الشِّرْكُ والضُّرُّ بالْمُسلمين

Dua perkara yang lebih kotor dan keji daripada keduanya adalah menyengutukan Allah dan mendatangkan kemudharatan bagi kaum muslimin.