Isnin, Februari 16, 2015
Selasa, Februari 10, 2015
Siapakah Yang Membunuh Abu Jahal?
Ketika di medan Perang Badar, Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra. Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun. Kedua duanya datang memikul sebilah pedang. Kedua-dua remaja tersebut datang menemui sahabat besar Rasulullah ini semata-mata untuk memberitahu niat mereka untuk membunuh Abu Jahal.
Dalam keadaan hiruk-pikuk pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, “Wahai anak, kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau menjauhkan diri dari tempat ini”.
Namun, kedua-dua belia tersebut tidak berganjak malah membalas kata-kata Abdurrahman bin Auf,
“Kami mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad,” teriak Muaz.
“Saya datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan dimana dia?” Kata Muawwiz dengan penuh semangat.
Pada mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua remaja tersebut, tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan di mana Abu Jahal dan bagaimana wajahnya. Melihat kesungguhan mereka, Abdurrahman bin Auf terpaksa akur.
“Saya akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, tetapi boleh tahu apa yang akan kamu lakukan apabila berjumpa dengannya? tanya Abdurrahman bin Auf.
“Ibu saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya,” jawab Muaz bersungguh sungguh.
“Abu Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya,” sambung Muawwiz pula.
Abdurrahman bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu. Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa.
Abdurrahman bin Auf diserang
Tiba tiba seorang tentara Quraisy menyerang Abdurrahman bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz dengan cepat menebas kaki tentara Quraisy tersebut sehingga menyebabkan dia tersungkur. Muawwaiz pula bertindak menikamnya hingga mati. Melihat insident tersebut, timbul rasa kagum di hati Abdurrahman bin Auf terhadap dua remaja tersebut.
“Tunjukkan kepada kami di mana Abu Jahal,” kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.
Abu Jahal berjaya ditemui
Tiba tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu yang agak rendang. Musuh Allah dan Rasul itu menunggang kuda sambil berteriak memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.
“Itulah lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati-hati kerana dia juga seorang pahlawan Quraisy”, kata Abdurrahman bin Auf.
“Terima kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang,” ujar Muaz sambil berlari ke arah Abu Jahal.
“Saya akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu,” kata Muawwiz juga.
“Berhati-hati kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy,” pesan Abdurrahman bin Auf. Dia sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan pulushan tentara Quraisy yang menyerangnya.
Dua Belia Yang Berani
Muaz dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya, mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu, Abu Jahal tidak menyedari akan kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba terlebih dahulu namun dia tidak dapat menebas kaki Abu Jahal. Maka, Muaz bertindak menebas kaki kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal sehingga menyebabkan kuda tunggangan Abu Jahal jatuh tersungkur.
Abu Jahal turut sama tersungkur ke tanah. Dalam keadaan penuh amarah, Abu Jahal mencuba untuk bingkas bangun tetapi sepantas kilat Muaz menebas kaki kanan Abu Jahal sehingga putus. Muawwiz menyusul lalu memukul kepala Abu Jahal sehingga lemah longlai.
SYAHIDNYA MUAWWIZ
SYAHIDNYA MUAWWIZ
Ikramah iaitu anak Abu Jahal(ketika itu masih belum Islam) kebetulan berada di situ segera menolong dan melindungi bapanya. Ikramah bertindak menyerang balik Muaz dan menebas tangan kiri remaja itu hingga hampir putus, Muaz terjerembab ke tanah. Muaz berusaha lari namun dibiarkan oleh Ikrimah kerana dia melihat Muawwiz menghampiri bapanya untuk membunuhnya.
Maka terjadi pertarungan di antara seorang dewasa dengan seorang remaja belasan tahun. Apalah yang mampu dilakukan oleh Muawwiz selain daripada terus diasak secara agresif oleh Ikrimah tanpa mempunyai peluang untuk menyerang balas. Muawwiz akhirnya syahid di tangan Ikrimah.
Muaz Menemui Rasulullah saw
Muaz yang berhasil meloloskan diri terus berlari menemui Rasulullah saw. Tetapi, Muaz terasa terganggu dengan tangan kiri beliau yang terkulai ditebas Ikrimah sebentar tadi. Muaz tanpa berfikir panjang terus memutuskan tangan kirinya yang terkulai. Muaz lalu berkata “Wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah”.
Selepas itu, Muaz terus berlari mencari Rasulullah dalam keadaan kesakitan yang amat sangat. Akhirnya beliau berjaya menemui Rasulullah yang pada ketika itu sedang segit bertempur. Tanpa menghiraukan kesakitannya Muaz terus berlari hingga berjaya memeluk Rasulullah saw.
“Wahai Rasulullah, saya dan Muawwiz berhasil membuatkan Abu Jahal cedera parah, tetapi dia masih hidup kerana kami telah dihalang oleh anaknya bernama Ikrimah dan beberapa tentera pasukan Quraisy.” Beritahu Muaz lalu menunjukkan posisi mana Abu Jahal sedang berada.
Abdullah Ibnu Mas’ud membunuh Abu Jahal
Nabi Muhammad memanggil Abdullah Ibnu Mas’ud ra yang berada di situ kerana gilirannya mengawal Rasulullah saw. Beliau lalu menyuruh Ibnu Masud mencari Abu Jahal untuk mengakhiri riwayatnya.
“Wahai Ibnu Masud, anak ini memberitahu dia telah membuat Abu Jahal terluka, pergilah dan lihatlah dia disana,” sabda Rasulullah.
Abdullah ibnu Mas’ud segera mencari Abu Jahal. Didapatinya pimpinan Quraisy itu mengalami luka yang cukup parah namun masih bernyawa. Tanpa rasa belas kasihan Abdullah bin Mas’ud menekan leher Abu Jahal sambil berkata,” Wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya, pada hari ini Allah swt menghinamu.”
“Dengan apa Allah menghina aku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau? Tanya Abu Jahal yang masih menunjukkan kesombongannya.
Abdullah ibnu Mas’ud mengangkat pedang hendak memenggal kepala Abu Jahal, tetapi Abu Jahal berujar,”Sebelum engkau membunuh aku, beritahu dahulu pihak mana yang memenangi pertempuran ini, milik siapakah kemenangan hari ini?”
“Pasukan Quraisy kalah, kemenangan itu milik Allah dan Rasul-Nya,” Jawab Abdullah bin Mas’ud.
“Anda dusta wahai pengembala kambing!” kata Abu Jahal yang menunjukkan sikap angkuhnya walaupun situasi sedang genting.
Tanpa ada melengahkan waktu, pedang Abdullah ibnu Mas’ud terus menebas kepala Abu Jahal.
Berita Abu Jahal terbunuh tersebar
Berita terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada pasukan Islam. Mendengar berita tersebut, semangat juang mereka semakin membara. Manakala, bagi pihak Musyrikin, berita tersebut menghancur-luluhkan semangat mereka.
Rasulullah saw mendengar berita kematian Abu Jahal daripada Abdullah bin Mas’ud ra, baginda bersabda,
”Wallahi, Laa ilaha illaLLah , Laa ilaha illaLLah, Laa ilaha illaLLah, Allahu Akbar, AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan mengalahkan musuhNya.”
Begitulah kematian musuh Allah dan Rasul. Abu Jahal mati dalam keadaan yang cukup hina walaupun pada ketika itu beliau termasuk manusia yang dihormati kaumnya. Beluau mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi Allah swt tetap mengotakan janjinya untuk menghinakan dirinya.
Segalanya bermula dengan serangan dua orang remaja dibawah umur. Segala kekuatannya hilang atas izin Allah swt.
Ia adalah bukti nyata bahawa dengan kekuatan iman dan jihad, siapa sahaja mampu untuk mengalahkan kekuatan musuh miskipun musuh adalah individu paling hebat dan kejam pada zamannya. Kisah dua pemuda ini wajar dijadikan tauladan kepada generasi muda pada masa kini.
Ya Allah kuatkanlah Islam dengan generasi yang Engkau redhai, dan munculkanlah kekuatan Islam dari munculnya pemuda-pemuda muslim seperti Muaz bin Amr Al-jamuh, dan Muawwiz bin Afra.
Ya Allah kuatkanlah Islam dengan generasi yang Engkau redhai, dan munculkanlah kekuatan Islam dari munculnya pemuda-pemuda muslim seperti Muaz bin Amr Al-jamuh, dan Muawwiz bin Afra.
Selasa, Februari 03, 2015
Maksud Kalimah "UMMI" Yang Sebenarnya
Saya ingin membawa pelayar internet berfikir akan maksud
ummi yang sebenarnya iaitu gelaran yang diberikan kepada junjungan besar Nabi
kita , Nabi Muhammad SAW. Apa pendapat anda ? Apakah yang dimaksudkan dengan
Ummi itu ? Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah
SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran
ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? Apa
fikiran anda ?
Ayat yang terdapat kalimah “Ummi” ialah seperti dalam
ayat 157 dan 158 surah Al A’raf, dinyatakan di bawah ini ayat 158 :
قُلْ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ
مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ
وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia!
Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah)
yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia; Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada
Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan
kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh
hidayah pertunjuk”.
Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya
telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehinggan orang kafir
mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi.
Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan
membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.
Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan
seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil PHD dan
beliau yelah membuat kajian tentang UMMI iaitu sifat yang ada pada Rasulullah
SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada
Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca.
Beliau telah berjumpa dengan ramai professor dan melawat
banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang
ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak
berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak
sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.
Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah.
Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua
senyum kepadanya. Ustaz ini datang kepada orang tua itu dan berbual-bual.
Akhirnya soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu
ialah ‘apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’.
Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu,
tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….
“Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada
perkataan Bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah
INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA.
Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan
maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada
Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu ~ tempat
letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan
membaca.
Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang
berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini
bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan.
Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan
membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu
pengetahuan.
Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana
Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW Al-Quran,
kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa
seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya
dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW
yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca
tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA
ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat
Bijaksana ”
Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz
itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini
yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak
tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri
Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan
sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.
Melihatlah dengan pandangan mata hati…Wallahu a’lam |
4 PERMATA DILENYAPKAN OLEH 4 PERKARA
قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم :
أربعة جواهر في جسم بني ءادم يزيلُها
أربعة أشياء : أما الجواهر : فالعقل
والدين والحياء والعمل الصالح
فالغضب يزيلُ العقل والحسد يزيلُ الدين
والطمع يزيل الحياء والغيبة تزيل العمل الصالح – نقلتُ هذا الحديث من كتاب نصائح العباد كتبه الشيخ محمد
النووي
Sabda Rasulullah Sollahu Alaihi Wasallam :
Empat permata yang terdapat dalam diri anak Adam akan
diheret oleh empat perkara. Adapun permata-permata itu adalah :
Akal, Agama,
Malu dan Amal soleh.
1.
Marah akan melenyapkan akal.
2.
Hasad akan melenyapkan agama.
3.
Tamak (rakus) melenyapkan malu.
4.
Dengki akan melenyapkan amal soleh.
Kisah benar: LUAHAN HATI SEORANG SUAMI. Menitis airmata baca...
Luahan seorang suami ini saya copy dari satu article yang pernah keluar dalam Facebook... semoga dapat manafaat bersama.
Isteri yang terbaik.
Assalamualaikum….
Kehadapan
ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan
bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya
hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama
ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak
mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya
merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan
seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun
ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan
kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah
berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia
seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak
pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan
santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami
ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih
belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya
sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri
saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui
teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz,
selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan
keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya
kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai
itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja
mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan
bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya
ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak
balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi
selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila
saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan
bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan
makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak
pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di
pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg
menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan
mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan
melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu
hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang
digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan
kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi
kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi
goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz
saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur
dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit
hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah
juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak
mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah
suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia
amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia
berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan
oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan
kemalangan…tulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya
utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika
itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya
dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji mahupun
geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan
pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di
tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan
mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit
sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur
hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz
isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan
melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman
mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu
saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli
dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi
melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan
tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru
dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan
harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya
sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi
saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika
saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur
pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada
selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya
isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya
menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz
kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap
senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas
kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan
abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu
bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz
selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya
menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil
airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan
salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya
menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan
saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang
amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri
saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat
untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya
meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi
katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga
diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu
berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg
pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah
Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan
serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah
ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman
yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir
isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan
solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan
insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz
sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan
satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah
harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia
nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari
saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan
ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke
rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak
sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya
harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada
ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu
sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan
abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg
bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk
berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya
lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih
dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak
beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg
dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca…
tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar
bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu
tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.
P/s
dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah
kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia
penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si
suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin
ya Rabbi..
Langgan:
Catatan (Atom)