Ahad, Mei 27, 2018

PENJELASAN TENTANG PEMBOHONGAN TERHADAP NABI DAUD YG DIKATAKAN MENGAMBIL ISTERI PEGAWAINYA


Dalam kitab dongeng orang Yahudi banyak kisah yang tersasar dari kebenaran, mereka sengaja mereka-reka cerita agar pembohongan terus berleluasa. Antara kisah yang mereka reka ialah kisah Nabi Daud alaihissalam.

Kisah Nabi Daud as dengan dua orang lelaki yang mengadu tentang kambing masing-masing. Terdapat kesilapan tanggapan terhadap Nabi Daud as mengenai kes baginda menyelesaikan kes ini. Kononnya dua orang lelaki ini adalah malaikat yang datang dengan menyamar sebagai lelaki bertujuan menegur Nabi Daud AS.

Kerana Nabi Daud AS telah terpikat dengan isteri seorang dari pegawai tenteranya. Untuk merampas isteri pegawai tersebut Nabi Daud telah sengaja menghantarnya ke merata tempat menyertai peperangan agar terkorban lalu senanglah dia merampas isterinya. Ditakdirkan dalam salah satu peperangan pegawai tersebut di dapati hilang dan tiada khabar berita. Dengan alasan itu Nabi Daudpun mengahwini isteri pegawainya kerana disangka telah mati.

Tidak berapa lama pegawai tersebut tiba-tiba pulang, tetapi dia sangat sedih dengan apa yang berlaku terhadap isterinya. Dia tiada cara untuk menyelesaikannya melainkan dengan hanya membiarkannya saja.

Untuk menyedarkan Nabi Daud tentang kesilapannya maka dua malaikat yang menyamar sebagai lelaki telah diutuskan kepadanya ketika baginda sedang beribadah. Firman Allah Ta’ala :
۞ وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ
Dan adakah sampai kepadamu berita orang-orang yang berperkara ketika mereka memanjat pagar? – Sod 21

Kedatangan mereka menyebabkan Nabi Daud terkejut, kerana masa itu adalah masa yang dikhususkannya untuk beribadat, bukanya masa untuk rakyat buat pengaduan. Kedatangan dua orang lelaki ini bertujuan menyedarkan Nabi Daud as. Mereka berlakun dengan cara mengadu tentang perbalahan di antara mereka. Firman Allah Ta’ala

إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ دَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ فَاحْكُمْ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ الصِّرَاطِ
22. Ketika mereka masuk (menemui) Daud lalu ia terkejut karena kedatangan) mereka. Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut; (kami) adalah dua orang yang berperkara yang salah seorang dari kami berbuat zalim kepada yang lain; maka berilah keputusan antara kami dengan adil dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus – Sod 22

Perbalahan yang berkaitan dengan pemilikan kambing di antara mereka berdua, firman Allah Ta’ala :

إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ
Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor saja. Maka dia berkata: "Serahkanlah kambingmu itu kepadaku dan dia mengalahkan aku dalam perdebatan" – Sod 23

Pengaduan ini berkisar tentang sahabatnya ingin merampas kambing yang dimilikinya sedangkan sahabatnya itu telahpun memilikin Sembilan puloh Sembilan ekor. Lalu Nabi Daud as telah mengadili antara mereka berdua. Firman Allah Ta’ala :

قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ ۩
Daud berkata: "Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah mereka ini". Dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya; maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat. – Sod 24

فَغَفَرْنَا لَهُ ذَٰلِكَ ۖ وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
Maka Kami ampuni baginya kesalahannya itu. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik – Sod 25

Ayat 25 Surah Sod adalah suatu pernyataan Allah mengenai keampunanNya terhadap Nabi Daud as. Persoalannya apakah kesalahan Nabi Daud as? Dalam keadaan inilah Israeliyat telah mengatakan bahawa sebab Nabi Daud bertaubat kerana dia merampas isteri pegawainya.

Sebenarnya Nabi Daud bertaubat dan diampun Allah adalah kerana baginda bersangka bahawa dua orang yang datang bertujuan memudharatkannya. Sangkaan inilah yang menyebabkan baginda rasa bersalahan lalu bertaubat kepada Allah, bukannya berkaitan dengan isteri pegawai tenteranya.

Kisah Nabi Daud as menyelesaikan kes dua lelaki itu sebenarnya tiada langsung kaitan dengan kisah mengambil isteri pegawai tenteranya. Malah kisah Nabi Daud as merampas isteri pegawainya adalah rekaan israliyaat semata-mata.

PENDAPAT PARA ILMUAN

Imam Ibnu Hazm dalam Al-Fishol berkata, “Ini adalah sebuah dongeng yang dihasilkan oleh orang-orang Yahudi.”

Imam Ibnu ul Arabi Al-Maliki berkata, “Adapun ucapan mereka bahwa tatkala wanita ini membuat tertarik Nabi Daud maka beliau memerintahkan suaminya berperang sehingga terbunuh di jalan Allah, maka ini dipastikan kebathilannya, karena Nabi Daud tidak mungkin menumpahkan darahnya hanya untuk kesenangan dirinya saja.” Sebagaimana dinukil oleh Al-Qurthubi dalam tafsir beliau 15:176.

Al-Hafidz Ibnu Katsir, “Para ulama tafsir menyebutkan sebuah kisah yang kebanyakan terambil dari israiliyyat dan tidak shahih dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam yang wajib untuk diikuti, namun hanya diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, sanadnya tidak shahih karena dari jalan Yazid Ar-Ruqasyi dari Anas. Dan Yazid ini meskipun seorang yang shaleh namun hadisnya lemah menurut para ulama.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4:31)

Tiada ulasan: