Ayat-ayat berikut adalah beberapa potong ayat yang menjelaskan tentang keluhan beberapa jenis manusia setelah mereka dibangkitkan di Padang Mahsyar. Keluhan supaya mereka dapat hidup semula untuk mereka taat dan patuh kepada segala perintah Allah. Semua keluhan adalah sia-sia dan tidak dapat diubah apa-apa.
PERTAMA
Al-Furqan
Ayat 27 – 28
Bercita-cita
Untuk Mengikuti Rasul Setelah Berada di Mahsyar
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي
اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا
Dan (ingatlah) hari (ketika
itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai
kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".
يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
Kecekalakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak
menjadikan sifulan itu teman akrab(ku)
Sebab Nuzul Ayat
Ayat ini turun mengisahkan
tentang seorang kuffar Quraisy bernama Uqbah bin Abi Mu’ith, dengan teman
karibnya iaitu Umayyah bin Khalaf Al-Jumhi.
Ibnu Katsir juga mengatakan
yang serupa dengan tafsiran Imam Qurthubi bahwa kelak dihari Kiamat orang zalim
ini akan menyesal disaat penyesalanya tersebut tidak bermanfaat baginya dan
kedua tanganya akan meraih kerugian dan penyesalan.
Ayat ini iaitu ayat 27 hingga
28 surah al Furqan, baik sebab turunnya kepada Uqbah bin Abu Mu’ith atau kepada
selainya dari orang-orang yang celaka, maka ia tetap berlaku umum untuk setiap
orang yang zalim, sebagaimana firman Allah SWT:
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا
أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
66. Pada hari ketika muka
mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya,
andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul" Al-Ahzab
Ayat 66
: يَلَيْتَنِيْ اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُوْلِ سَبِيْلًا﴿ 27﴾
يَوَيْلَتَى لَيْتَنِيْ لَمْ اَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيْلًا.
“Aduhai kiranya dulu aku
mengambil jalan (yang lurus) bersama Rasul. Kecelakaan besar bagiku, kiranya
dulu aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Yaitu orang yang telah
memalingkannya dari hidayah dan menyimpangkannya ke arah kesesatan
Dikisahkan Uqbah bin Abi
Mu’it sering berada dengan Rasulillah SAW, dia tidak menyakiti baginda. Berbeza
dengan kuffar quraisy yang lain sering sangat menyakiti baginda. Hal ini
menyebabkan Uqbah dianggap telah masuk Islam. Hal telah diviralkan di kalangan
kuffar quraisy.
Apabila kawan karib Uqbah
iaitu Umaiyyah bin Khalaf mendengar akan hal hal ini sekembalinya dari Syam,
maka Umaiyyahpun ingin mengetahui kebenaran kisah ini dengan bertanya sendiri
akan Uqbah. Apabila jelas bahawa Uqbah masih musyrik, Cuma masalahnya ialah dia
telah dikatakan masuk Islam. Maka Umaiyyah menyuruh Uqbah menemui Rasulullah
dan meludah muka baginda. Ternyata Uqbah menerima pandangan Umaiyyah dan beliau
telah meludahi muka Rasulullah SAW dan baginda tidak bertindak membalas apa-apa
selain menyapu wajah baginda dari ludah, namun begitu Rasulullah membalasnya
dengan sabdanya “Jika aku mendapatimu keluar dari gunung-gunung Makkah, aku
akan memenggal lehermu dalam keadaan terbelenggu”.
Pada saat perang Badar dan
para sahabatnya keluar untuk berperang, ia menolakk untuk keluar. Para
sahabatmnya bertanya: “Keluarlah bersama kami”. Ia berkata: “Orang itu (Nabi)
telah berjanji kepadaku sekiranya mendapatkanku keluar dari gunung-gunung
Makkah ia akan memenggal leherku dalam keadaan diborgol.” Mereka lalu
mengatakan: “Engkau mempuyai unta merah yang tidak bisa dikejar. Seandainya
kita terdesak dan kalah, engkau bisa lari dengannya.”
Akhirnya Abu Mu’ith pun
keluar bersama sahabatnya. Pada saat itu kaum musyrikin kalah dan kaum Muslimin
membawa 70 orang tawanan dan salah satu diantaranya adalah Uqbah bin Abu
Mu’ith. Lalu ia mendatangi Rasulallah seraya berkata: “Engkau akan membunuhku
di antara mereka semua?. Baginda menjawab: “Ya, disebabkan engkau telah meludahi
wajahku”. Dan Allah menurutkan ayat ini: “Dan (ingatlah) hari (ketika itu)
orang yang zalim menggigit dua tangannya, sampai ayat “Dan adalah syaithan itu
tidak mau menolong manusia”.[3]
KEDUA
An-Naba’
Ayat 40
Bercita-cita
Untuk Menjadi Tanah
إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا
قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
40. Sesungguhnya Kami telah
memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia
melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:
"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah"
As Syahid Syed Qutb
menjelaskan ayat ini secara padat untuk diambil pengajaran oleh setiap Muslim.
Tulis beliau ketika mengulas ayat ini:
“Tidaklah orang berkata
begini (alangkah baiknya aku menjadi tanah) melainkan dia berada dalam
kesempitan dan kesedihan yang tersangat.
Ini adalah kalimat yang
memberikan bayang-bayang ketakutan dan penyesalan. Sehingga dia berangan-angan
untuk tidak menjadi manusia, dan(mahu) menjadi unsur yang diabaikan dan
disia-siakan(tak diperhitungkan). Dia melihat bahawa dengan demikian
itu(menjadi tanah) adalah lebih ringan dari menghadapi keadaan yang menakutkan
dan mengerikan. Ini satu sikap yang berlawanan dengan keadaan ketika mereka
mempertanyakan dan meragukan berita besar tersebut (perihal wujudnya hari
akhirat dan pembalasan).”
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا
تُرْجَعُونَ
Maka apakah kamu mengira,
bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa
kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Al-Mu’minun Ayat 115
Ayat 40 Surah An-Naba’
hakikatnya adalah ayat yang sangat mendalam. Seakan-akan Allah SWT hendak
berkata kepada kita yang masih hidup: “Engkau masih lagi hidup, jangan sampai
menyesal seperti apa yang telah Aku khabarkan.”
Kiamat belum berlaku, hari
pembalasan belum berlangsung. Namun kasihnya Allah SWT, Dia mengkhabarkan
kepada kita apa akan berlaku pada hari tersebut, sekiranya kita mendurhakaiNya.
KISAH
AL-WALID BIN MUGHIRAH MENDAKI GUNUNG DALAM NERAKA
Di Jahannam terdapat sebuah
gunung api Shu’uda yang Allah memerintahkan orang kafir iaitu Al-Walid bin
Mughirah untuk mendakinya sebagaimana dalam Surah Al Muddatshir Ayat 17 :
سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا
Aku akan membebaninya mendaki
pendakian yang memayahkan – Al Muddatshir
Menurut riwayat Imam Ahmad,
setiap kali dia meletakkan tangannya di atas gunung tersebut, maka tangannya
langsung meleleh. Dan ketika diangkat kembali seperti semula. Dia akan
menghabiskan waktu selama 70 tahun untuk mendakinya, dan menuruninya selama 70
tahun juga.
KETIGA
Al-Fajr
Ayat 24
Cita-cita
Untuk Beramal Soleh Ketika Di Dunia
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
24. Dia mengatakan:
"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk
hidupku ini".
Dia akan berkata begitu
kerana dia akan menyesal sesangatnya. Kerana dia sudah tahu yang dia akan
mengalami masalah yang berat nanti. Dia tahu yang dia sudah celaka nasibnya.
Tidak ada harapan untuk balik ke dunia untuk memperbaiki amalannya.
قَدَّمتُ لِحَياتي
Alangkah baiknya kiranya aku
dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini”
Dia juga alangkah baiknya
kalau قَدَّمتُ (aku menyimpan
dengan menghantar amal) untuk hidupku yang sebenarnya di akhirat. Ini adalah
kerana hidup yang kekal adalah di akhirat nanti, bukannya di dunia ini. Mereka
amat menyesal kerana dulu mereka sibuk kumpul untuk dunia tapi sekarang mereka
dah tahu yang kehidupan dunia tidak ada apa pun, tidak ada nilai langsung.
Begitulah sepatutnya kita
menabung untuk kehidupan yang sebenarnya, iaitu di akhirat kelak. Malangnya
manusia sibuk mengumpul untuk dunia mereka sahaja. sebagaimana firman Allah: Al-Munafiqun Ayat 10
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ
الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ
فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
10. Dan belanjakanlah
sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian
kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa
Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang
menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?
Kenapa dia tidak
mengatakan,“Maka aku dapat melaksanakan haji atau umrah” atau “Maka aku dapat melakukan
sholat atau puasa” dan lain-lain lagi dari ibadat.
Berkata para ulama, tidaklah seorang mayit
menyebutkan “sedekah” kecuali karena dia melihat besarnya pahala dan imbas
baiknya setelah dia meninggal…Maka, perbanyaklah
bersedekah, karena seorang mukmin akan berada dibawah naungan sedekahnnya…
Rasulullah Shallallahu alaihi
wa Sallam bersabda,
“Setiap orang akan berada di
bawah naungan sedekahnya, hingga diputuskan perkara-perkara di antara manusia.”
(HR. Ahmad)
فسال عنه ذات قال كيف فلان .. فقالوا له الصحابه لقد مات .. فقال ألم يقل شيئا
قبل ان يمو
فقالوا له : بلا .. قال (ليتها كانت كثيره .. ليتها كانت جديده .. ليتها كانت
كامله ) .. ولكننا لم نفهم ماذا اراد بها
Terdapat satu Athar seorang
lelaki sedang sakit. Rasulullah sentiasa menanyakan khabarnya. Satu hari
diberitahu kepada baginda bahawa lelaki ini telah wafat, lalu Rasulullah bertanya
apakah ada sesuatu yang disebutnya sebelum ia wafat, kata sahabat ada. Kata
lelaki itu alangkah baik jika banyak, alangkah baik jika baharu dan alangkah
baik jika penuh.
Para Sahabat menjawab, bahkan
dia berkata : Alangkah baik jika banyak... alangkah baik jika ia baharu ....
alangkah baiknya jika ia penuh, tetapi kami tidak memahami apakah maksudnya.
Lantas Rasulullah menjelaskan
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( ذاك رجلا خرج في صلاه الفجر ذات مره ..
فوجد رجلا اعمى في الطريق .. فأخذ بيده حتى أوصله الى المسجد .. فلما رأى أجر هذه
الخطوات قال يا ليتها كانت كثيره .
Simati pernah menolong
seorang buta ke masjid, ketika hampir nazaknya dibentangkan kepadanya
pahalanya. Lalu kerana sangat besar pahalanya dia bercita-cita untuk menolong
orang buta itu berkali-kali lagi tetapi tidak kesampaian.
وخرج مره اخرى الى المسجد فوجد رجلا مريضا لا حله عليه .. وكان يرتدي حلتين ..
واحده جديده والاخرى قديمه .. فاخذ القديمه واكساها الرجل . فلما رأى أجرها قال يا
ليتها كانت الجديده
Pernah juga satu ketika
ketika dalam perjalanan ke masjid dijumpai seorang lelaki yang sakit serta
tidak berpakaian. Ketika itu si mati memakai dua pakaian, satu yang baharu dan
satu yang lama. Disedekahkan yang lama dengan memakaikannya kepada lelaki yang
sakit tadi. Apabila Allah memperlihatkan pahala jika bersedekah yang baharu
ketika nazaknya maka dia mengeluh “alangkah baiknya kalau ia baharu!”
وذات مره سأل زوجته ما عندنا من طعام ؟ فقالت له ما عندنا غير رغيف من شعير ..
فأخذه واذا بالباب يطرق .. فذاك سائل يسال الطعام .. فقسم له نصف الرغيف واعطاه
اياه .. فلما رأى اجره قال يا ليتها كانت كامله )
Ada berlaku satu perkara si
mati bertanyakan isterinya tentang simpanan makanan yang mereka ada. Isterinya
menjawab mereka hanya ada sedikit dari bijian syair, lalu diambilnya sambil
ketika itu ada orang mengetuk pintu rumahnya. Kelihatan yang datang seorang
yang mohon bantuan makanan, lalu dia berikan separuh dari syair yang ada di
tangannya. Ketika dia nazak, Allah perlihatkan ganjaran yang akan diperolehi
jika diberikannya semua, lalu dia berkata “Alangkah baiknya jikan semua!”
KEEMPAT
AL HAQQAH Ayat 25
Bercita-cita
Supaya Tidak diberikan Kitab Amalan
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ
أُوتَ كِتَابِيَهْ
25. Adapun orang yang
diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata:
"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).
Segala amalan manusia akan
didedahkan di padang mahsyar. Kesemua amalannya tercatat dalam buku amalannya,
manusia hairan dan rasa pelik dengan catatan yang sangat terperinci, tidak
tertinggal walaupun sebesar biji sawi dari amalannya ketika di dunia. Firman
Allah Ta’ala dalam
Surah Al-Kahf Ayat 49
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ
مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ
لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا
عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang
bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka
berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan
yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan
mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak
menganiaya seorang juapun".
Ketika di padang mahsyar
nanti setiap manusia akan diberikan buku amalannya samada dari arah kanan atau
dari arah kiri. Berbahagialah manusia yang diberikan buku amalannya dari
sebelah kanan kerana ia menandakan dia adalah ahli syurga. Tapi ada manusia
yang memiliki dosa yang banyak sehingga berlipat-lipat buku amalannya yang
tercatat segala dosanya di dalamnya. Namun jika dia diberikan rahmat oleh Allah
maka tiada rasa bimbang padanya tentang neraka.
وروى أحمد وغيره عن عبد الله بن عمرو قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إن الله سيخلص رجلاً من أمتي على رؤوس الخلائق يوم القيامة، فينشر عليه
تسعةً وتسعين سجلاً، كل سجل مدّ البصر، ثم يقول له أتنكر من هذا شيئاً؟ أظلمتك
كتبتي الحافظون؟ قال: لا يارب، فيقول ألك عذر أو حسنة؟ فيبهت الرجل، فيقول: لا،
يارب، فيقول: بلى، إن لك عندنا حسنة واحدة، لا ظلم اليوم عليك، فتخرج له بطاقة
فيها: أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله. فيقول أحضروه، فيقول: يارب
وما هذه البطاقة مع هذه السجلات؟ فقال: إنك لا تظلم، قال: فتوضع السجلات في كفه،
والبطاقة في كفة، قال: فطاشت السجلات، ولا يثقل شيء بسم الله الرحمن الرحيم".
Diriwayatkan dari ‘Abdullah
bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda (yang artinya): “Sungguh Allah akan membebaskan seseorang dari
umatku di hadapan seluruh manusia pada hari Kiamat dimana ketika itu
dibentangkan 99 gulungan catatan (dosa) miliknya. Setiap gulungan panjangnya
sejauh mata memandang, kemudian Allah berfirman: ‘Apakah ada yang engkau
ingkari dari semua catatan ini? Apakah para (Malaikat) pencatat amal telah
menganiayamu?,’
Dia menjawab: ‘Tidak wahai
Rabbku,’ Allah bertanya: ‘Apakah engkau memiliki uzor (alasan)?,’ Dia menjawab:
‘Tidak Wahai Rabbku.’ Allah berfirman: “Bahkan sesungguhnya engkau memiliki
satu kebaikan di sisi-Ku dan sungguh pada hari ini engkau tidak akan dianiaya
sedikitpun. Kemudian dikeluarkanlah sebuah kartu (bithoqoh) yang di dalamnya
terdapat kalimat:
.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ
.
Aku bersaksi bahwa tidak ada
sesembahan yang haq selain Allah, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba
dan Rasul-Nya.
Lalu Allah berfirman:
‘Hadirkan timbanganmu.’ Dia berkata: ‘Wahai Rabbku, apalah artinya kartu ini
dibandingkan seluruh gulungan (dosa) itu?,’ Allah berfirman: ‘Sungguh kamu
tidak akan dianiaya.’
Kemudian diletakkanlah
gulungan-gulungan tersebut pada satu daun timbangan dan kartu itu pada daun
timbangan yang lain. Maka gulungan-gulungan (dosa) tersebut terangkat dan kartu
(laa ilaaha illallah) lebih berat. Demikianlah tidak ada satu pun yang lebih
berat dari sesuatu yang padanya terdapat Nama Allah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan