Jumaat, Februari 02, 2018

Perang Armageddon : Tanda Kecil No. 6 Arak

6. Arak
Meminum khamar (arak) dan menamakan perbuatan tersebut bukan dengan namanya. Rasulullah Sollahu alaihi wasallam bersabda :
يشربن ناس من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها
الراوي : سفيان الثوري / المحدث : أبو داود/ المصدر : سنن أبي داود الصفحة أو الرقم: 3689

Sebahagian orang dari umatku akan meminum khamar dan mereka akan menamakan perbuatan tersebut bukan dengan namanya.

ARAK SANGAT KEJI DAN DARI AMALAN SYAITAN
Arak disebut dalam firman Allah di bawah sebagai suatu perkara yang keji serta menjadi satu daripada amalan syaitan, pada hujung ayat tersebut disuruh serta diperintah setiap orang beriman menjauhinya
Al-Ma'idah Ayat 90
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan

DARI ARAK LAHIRNYA SIFAT PERMUSUHAN
Dari arak ini lahirnya sifat permusuhan, ini jelas disebutkan dalam firman Allah dalam Surah Al-Ma'idah Ayat 91
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

ALLAH MENGHARAMKAN SEMUA PERKARA YANG MENYENTUH TENTANG ARAK
ورواه الترمذي (1295) عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : ( لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ ).
Rasullullah S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat di dalam arak iaitu :-
1) Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya
2) Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.
3) Orang yang meminum arak
4) Orang yang membawa arak
5) Orang yang minta dihantarkan arak
6) Orang yang menuangkan arak
7) Orang yang menjual arak
8) Orang yang membeli arak
9) Orang yang makan hasil jualan arak
10) Orang yang minta dibelikan arak

KESAN ARAK KEPADA MANUSIA
Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan 2 hingga 3 gelas alkohol dalam masa sejam sudah mencukupi bagi menjadikan seseorang tidak stabil.

Sepertimana knyataan Profesor Dr. Yusof Qardhawi, kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kerosakan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.

Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Di Amerika saja terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun.

Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak mengganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 219:

Maksudnya: Dan mereka bertanya kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, kepada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.

Tiada ulasan: