Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara
memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.Hal itu didasarkan pada firman
Allah (lihat kitab Tuhfatu al-Ahwadzi bi Syarhi Jami' at-Turmudzi, IX/104);
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ
أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ
وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka
dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (An Nahl 97)
KISAH BENAR DARI JAWA
Seorang lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) adalah dahulunya
seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid. Dia ke masjid hanya untuk
solat Jumat atau solat di Hari Raya. Malah dia dulu dikenali dengan panggilan
'Playboy'. Setiap tahun dia berganti pasangan. Dia juga dahulu bermain muzik
(drummer). Tidak pula memperhatikan sunnah Rasul. Padahal dia adalah anak Pak
Haji dan Ketua majlis keamanan Masjid di perumahannya.
Baru ketika dia belajar, hidayah Allah menggiringnya untuk melakukan
solat zohor berjemaah di masjid kampusnya. Setelah selesai solat, ada tazkirah
yang didengar Haris. Pemberi tazkirah itu menyebutkan hadits Rasulullah SAW :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول
الله صلى الله عليه وسلم ” إن أثقل صلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر،
ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah
shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung
di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak."
-Shahih Muslim.
Sejak saat itulah Haris mulai memikirkan apa yang sebenarnya terkandung
di dalamnya sehingga Rasulullah bersabda manusia akan mendatanginya meskipun
dengan merangkak. Haris pun mulai melaksanakan solat Isyak berjemaah di masjid
malam harinya, dan dilanjutkan dengan Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya
untuk mencuba merasakan apa yang sebenarnya dimaksudkan Nabi.
SELAMAT DARI MUSIBAH
Haris ketika itu masih belajar di jurusan sastera Inggeris. Setiap kali
setelah dia pulang kuliah, dia mengajar kelas tuisyen kepada anak-anak kecil
maupun orang dewasa. Hampir lulus ijazah pertama, dia sudah ditawarkan
pekerjaan melalui panggilan telefon dari sebuah syarikat untuk menjadi
wartawan. Haris mulai merenungkan apakah ini yang dimaksud manfaat dari solat
Isyak dan Subuh berjemaah di masjid, rezeki begitu mudah diraih tanpa
susah-susah mencari sedangkan banyak temannya yang mencari ke mana-mana tapi
tidak diterima.
Akhirnya Haris lulus ijazah dan sempat menjadi wartawan di syarikat
tersebut. Tetapi pekerjaan menjadi wartawan tidak menentu waktunya. Hari Sabtu
dan Minggu harus bersedia untuk dipanggil bekerja. Pulang dari kerja selalu
lewat. Haris jadi jarang solat Isyak di masjid. Waktu subuh dia perlu bertolak
ke tempat kerja agar tidak terlewat. Sejak itu pula dia mula meninggalkan
kebiasaannya mendengar dan bermain muzik.
Semuanya terlalu memenatkan dan tidak sesuai dengan jiwa Haris yang
terbiasa mengajar. Kalau sudah kepenatan, dia sering mengantuk ketika
menunggang motor. Dia bernasib baik kerana Allah masih menjaganya walaupun
Haris mulai leka dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana
pekerjaannya itu. Allah sedang mengujinya.
Harris pun keluar cari kerja lain yang tidak terlalu penat, boleh
berjamaah di masjid, dan berniat memulakan perniagaan sendiri. Sebelum dia
sempat memulakan perniagaannya, Allah telah memberinya rezeki yg telah
dijanjikan. Dia mendapat pesanan menerjemahkan buku luar negeri dari sebuah
penerbit yang hasilnya boleh membuat dia bertahan beberapa bulan sampai dia
mendapat pekerjaaan tetap yang lain. Bekerja dari rumah membuat Haris makin
rajin solat berjemah di masjid. Dia mulai merasakan perubahan ke arah yang
lebih baik dibanding dengan ketika dulu ia jarang solat berjemaah di masjid.
ALLAH TINGGIKAN DARJAT ORANG SOLAT BERJEMAAH
Allah memuliakan orang yang mendatangi masjid;
رواه
الإمام مسلم في صحيحه عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم
قال: من تطهر في بيته ثم مشى إلى بيت من بيوت الله ليقضي فريضة من فرائض الله،
كانت خطواته إحداهما تحط خطيئة، والأخرى ترفع درجة.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya, dari Abi Hurairai RA,
sesungguhnya Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda : Sesiapa yang bersuci
(berwudhu’) di rumahnya, kemudian ia berjalan ke Masjid untuk menunaikan salah
satu dari kefardhuan yang difardhukan Allah (sembahyang), adalah setiap tapak
yang diatur menghapuskan satu kesalahan pada setiap tapak dan juga di angkat
darjatnya.
Dalam berkira-kira untuk mencari peluang perniagaan, tiba-tiba Haris
mendapat tawaran menterjemah buku, yang mana pendapatan dari kerja-kerja
penterjemaahan itu dapat menampung perbelanjaan hidupnya.
Haris tetap sabar dan tekun terhadap terjemahannya.Malah dia berpikir
dan bersyukur masih diberi rezeki dan anugerah menerjemahkan buku seperti itu.Berkat
kesabaran dan rasa syukurnya, Allah kembali memberinya pekerjaan tetap dalam
waktu terdekat.
Kali ini dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah antarabangsa,
sebagai guru Bahasa Inggeri. Tempat kerja Haris cukup jauh dari rumahnya. Tapi
dia menjalankannya dengan senang dan semangat, kerana serasi dengan jiwanya. Dia
juga masih boleh menjalankan solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid.
Haris mulai merasakan inilah yang dimaksud Allah melalui sabda Nabi
tadi. Banyak manfaat yang terkandung di dalam solat Isyak dan Subuh berjemaah
di masjid: Bagi Haris, mendapat ganjaran pahala kerana mengajarkan ilmu-ilmunya
adalah suatu balasan dari Allah yang sangat baik.
Meskipun bekerja dengan senang hati dan penuh semangat, tidak bererti
Haris tidak pernah kepenatan. Kerana lokasinya yang jauh, setiap kali pulang
kerja Haris selalu mengantuk di motor.
SELAMAT DARI KEMALANGAN
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ
إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ
مَشْهُودًا
Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam
dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan
(oleh malaikat) (Isra’ 78)
Dia bercerita, pada ketika itu, dia tertidur di motor, dia hampir,
melanggar ppembahagi jalan raya dan masuk ke tol. Allah mengirimkan
malaikat-Nya untuk membelokkan motornya ke jalan yang benar. Di waktu yang
lain, dia juga pernah menaiki motor sambil tidur dan mengarahkan motornya ke
arah yang berlawanan dan dia bernasib baik kenderaan dari arah bertentangan
tidak melanggarnya dan Allah segera membangunkannya.
"... Dan seseorang yang berangkat ke masjid, dia akan selalu
berada dalam jaminan Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke
surga atau menyerahkan kepadanya pahala dan ganjaran yang diperolehnya.
..." - Shahih Sunan Abi Dawud, II/473
Dari Jundab bin Abdullah ra., dia bercerita, Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa mengerjakan sholat subuh, maka dia akan selalu berada dalam
jaminan Allah." -Syarhu an-Nawawi 'alaa Shahih Muslim, V/164
SEBAGAI PENGETUA SEKOLAH
Saat Haris ditawarkan jawatani menjadi pengetua, umur Haris saat itu
baru 24 tahun dan dia baru bekerja di situ dua tahun! Maha Besar Allah lagi
Maha Penyayang. Mari kita semua berdoa agar diberi hidayah oleh-Nya, diberi
rezeki dari-Nya, diberi kemudahan untuk melangkahkan kaki ke masjid, dan boleh
mengajak orang lain untuk melaksanakan sholat berjamaah di masjid.
Nabi Nuh tidak mampu memberikan petunjuk kepada anak lelakinya, Kan'am;
Ibrahim tidak mampu memberikan hidayah dalam hati ayahnya; dan Rasulullah tidak
sanggup memberikan hidayah kepada pakciknya, Abu Thalib.
Maka tugas kita semua adalah memohon petunjuk kepada Allah.
Dia berfirman, "Maka mintalah hidayah kepada-Ku, nescaya Aku akan
memberikan kalian hidayah. Siapa sahaja yang meminta hidayah kepada Allah, Dia
akan memberinya hidayah.Hidayah ini meliputi hidayah ilmu dan hidayah taufik.
Berapa banyak waktu terbuang untuk bermain di depan komputer? Sedangkan kita
sukar sekali meluangkan waktu beberapa minit saja untuk melangkahkan kaki ke
masjid padahal melangkahkan kaki ke masjid satu langkahnya menghapus dosa dan
langkah lainnya mengangkat darjat.
"Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan
sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan
Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya,
dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya
satu kesalahan..." - HR. Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan