Selasa, November 14, 2017

AGAR DISENANGI ALLAH, MALAIKAT DAN ORANG ISLAM

Daripada Uthman Radiyallah ‘anhu :

عن عثمان رضي الله عنه : مَنْ تركَ الدُّنيا اَحَبَّهُ اللهُ ومَنْ تَرَكَ الذنوبَ اَحَبَّهُ الْملائِكةُ ومَنْ حَسَمَ الطَّمَعَ عَنِ المسلِمِيْنَ اَحَبَّهُ المسلمون
“Sesiapa yang meninggalkan dunia, nescaya disenangi Allah ; Sesiapa yang meninggalkan dosa, tentu disenangi malaikat ; dan sesiapa yang menahan diri tidak tamak terhadap orang-orang muslim, nescaya dia dicintai kaum muslimin”

Maksud meninggalkan dunia (tarkud dunya) daripada maqalah Uthman radiyallahu ‘anhu tersebut adalah tidak rakus mengumpul harta dunia melebihi yang sepatutnya, tetapi mengurangi atau sedikit makan dan minum serta tidak suka dipuji oleh manusia. Orang seperti ini disenangi Allah; kerana tidak riak dan tidak sombong. Orang yang meninggalkan dunia disenangi Allah, kerana tidak riak dan tidak sombong.

Sementara orang yang banyak meninggalkan dosa disenangi malaikat, kerana tidak menjadikan malaikat pencatat amal buruk, penat mencatat kejahatannya.


Manakala orang yang memutuskan kerakusan daripada apa yang dimiliki oleh orang Islam, menjadi disenangi kaum muslimin, kerana tidak menyakitkan hati mereka.

Tiada ulasan: