Sabtu, Julai 21, 2018

DUA TANDA CINTA DAN BENCI ALLAH سبحانه وتعالى KEPADA KITA...

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan,
.
“Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’
.
Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’
.
Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah سبحانه وتعالى menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku.
.
Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’
.
Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengampun menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, sehingga ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”
.
--Imam Al-Ghazali dalam Al-Mahabbah

Tiada ulasan: