Selasa, Ogos 06, 2019

Santun, Sabar & Wara' - Kata Hassan Basry


Makalah ke 13

Hasan Basri ra beliau adalah salah seorang pemuka golongan tabi’in berkata :
مَنْ لا اَدَبَ لهُ لا عِلْم ومنْ لا صَبْرَ لهُ لا دينَ لَهُ ومَنْ لا وَرَعَ لهُ لا زُلفَى لهُ
Orang yang tidak memiliki sopan santun bererti dia tidak berilmu. Orang yang tidak sabra, bererti ia tidak menghayati agamanya. Dan orang yang tidak memiliki sifat wara’, bererti tidak memiliki derajat.

Keterangan :
الصبرُ على المصيبةِ, الصبرُ على المَشَقةِ, الصبرُ على الطاعة, الصبر على المعصية
Sabar ada empat macam : Sabar dalam menghadapi musibah., sabar dalam menghadapati kesulitan, Sabar dalam melakskanakan taat & Sabar dalam menjauhi maksiat.



Ms 47
Nasoih Al Ibad Terjemahan

Ahad, Ogos 04, 2019

10 Kemuliaan Ulama - Saidina Ali bin Abi Tholib ra


قال عَلِيٌّ رضي الله عنهُ اكْرِمُوا العُلماءَ فإنَّهُم وَرَثَهُ الأنبياءِ فمَنْ اكرَمَهُم فقدْ اكرَمَ اللهَ ورسولَهُ والأدَبُ خيرُ حِرفَة والتقوى خيرُ زادٍ والعِبادَةُ خيرُ بِضاعَةٍ والعَمَلُ الصالحُ خيرُ قائدٍ وحُسنُ الخُلُقِ خيرُ قريبٍ والحُلْمُ خيرُ قريبٍ والحُلمُ خيرُ وزِيْرٍ والقناعةُ خيرُ غِنىً والتَّوفيقُ خيرُ عَونٍ والموتُ خيرُ مُؤَدِّبٍ
Ali ra berkata, muliakanlah para ulama’ :

a.    Kerana sesungguhnya mereka adalah generasi penerus para nabi, maka barang siapa yan memuliakan mereka, sungguh dia telah memuliakan Allah dan RasulNya.
b.    Sopan santun adalah sebaik-baik usaha.
c.    Takwa adalah sebaik-baik bekal.
d.    Ibadah adalah sebaik-baik perniagaan.
e.    Amal yang baik adalah sebaik-baik penuntun.
f.     Budi pekerti yang baik adalah sebaik-baik teman.
g.    Hilim adalah sebaik-baik menteri.
h.    Qana’ah adalah sebaik-baik kekayaan.
i.      Pertolongan dari Allah adalah sebaik-baik pertolongan.
j.      Mati adalah sebaik-baik pendidik.

Penjelasan
مَنْ عَمِلَ صالحا مِنْ ذَكَرٍ أو أنثى وهو مُؤمِنق فَلَنُحْيِيَنَّهُ
Barangsiapa beramal oleh, baik laki –laki maupun perempuan, edangkan dia beriman, maka kami akan hidupkan mereka dengan kehidupan yang baik

Ms 274 – 275
Buku Terjemah Nasoih Al Ibad
Penerbitn Putaka Amani Jakarta.

10 Paling Disia-siakan Kata Usman bin Affan


قال عثمان رضي الله عنه اضْيَعُ الأشياء عَشَرَةٌ :
عالمٌ لا يُسئَلُ عنه وعلمٌ لا يُعْمَلُ عنهُ ورَأْيٌ صَوابٌ لا يُقْبَلُ وسِلاحٌ لا يُستَعْمَلُ ومسجدٌ لا يُصَلَّى فيه ومُصْحَفٌ لا يُقْرَأُ فيه ومالٌ لا يُنفِقُ منهُ وعلمُ الزُّهدِ في بَطْنِ مَنْ يُرِيدُ الدنيا وعُمرٌ طَوِيْلٌ لا يتَزَوَّدُ فيه لِسَفَرِهِ

Usman bin Affan rodiyallah ‘anhu mengatakan, bahawa perkara yang paling disia-siakan ada 10, iaitu :

a.    Orang alim yang tidak ditanyai ilmunya.
b.    Ilmu yang tidak diamalkan.
c.    Pendapat yang benar yang tidak diterima.
d.    Senjata yang tidak dipakai.
e.    Masjid yang tidak dipakai solat.
f.     Al Quran yang tidak dibaca.
g.    Harta yang tidak diinfakkan.
h.    Kuda/kenderaan yang tidak ditunggangi
i.      Ilmu zuhud I hati orang yang cinta keduniawian.
j.      Umur panjang yang tidak digunakan sebagai bekal untuk perjalanan jauh (menuju akhirat)

Penjelasan

Tentang pentingnya zuhud Nabi besabda :
مَنِ ازدادَ في العِلمِ رُشْداً فلَم يَزْدَدْ في الدنيا زُهْداً لمْ يزدَدْ مِنَ اللهِ إلا بُعدا
Barang siapa bertambah ilmunya, sedang dia tidak bertambah zuhud dalam urusan dunia, maka dia tidak bertambah kecuali bertambah jauh dari Allah.

Ms 272 - 273
Terjemahan Nasoih Al Ibad
Pustaka Amani, Jakarta

Sabtu, Ogos 03, 2019

MENGAPA RASULULLAH MENYURUH KITA MEMBACA 10 AYAT PERTAMA DARI SURAH AL KAHFI


TERDAPAT banyak versi hadith yang menerangkan tentang kelebihan surah al-Kahfi. Antaranya sabda Nabi:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

“Barangsiapa yang memelihara (beramal) dengan 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, dia terlindung dari Dajjal” – hr Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ahmad.

Berikut secara ringkas mesej yang terkandung dalam 10 ayat awal surah al-Kahfi, yang perlu difahami seterusnya dijadikan pedoman hidup ketika berada di zaman fitnah.

⚫ Istiqamah Dengan Nas.

Ayat pertama, Allah menjelaskan sifat al-Quran yang konsisten, tidak ada bengkang-bengkok.

“Al-Kahf Ayat 1

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya

Itulah jalan istiqamah. Hidup dengan panduan al-Quran. Ajaran al-Quran semestinya diterjemahkan oleh hadith dan keseluruhan gaya hidup Nabi. Maka kesemua permasalahan hidup, mestilah diulas dan diselesaikan berdasarkan nas.

⚫ Jelas Membezakan Kebenaran & Kebatilan.

Ayat kedua, Allah mengingatkan fungsi al-Quran sebagai penyata jurang antara benar dan batil. Pengancam golongan yang ingkar, pendorong golongan yang beriman agar giat beramal.

 Al-Kahf Ayat 2

قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik

⚫ Jangan Jadi Sekular.

Ayat ketiga, Allah menyedarkan bahawa selepas kematian, ada perhitungan. Jangan membataskan wawasan hidup hanya di dunia. Bahkan di sana ada akhirat sebagai alam pembalasan segala kerja buat di dunia. Ia kekal abadi

Al-Kahf Ayat 3

مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya

⚫ Kenali & Berwaspada Dengan Musuh.

Ayat keempat, Allah mendedahkan musuh Islam yang perlu diawasi. Al-Quran mengancam golongan yang menuduh kononnya Allah mempunyai anak.

“ Al-Kahf Ayat 4

وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak

Di kalangan ulama’ tafsir menjelaskan, ayat ini ditujukan kepada golongan Yahudi & Kristian. Dikuatkan lagi oleh ayat surah al-Baqarah ayat 120 yang turut mengingatkan ancaman Yahudi dan Kristian.

Al-Baqarah Ayat 120

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu

Mereka gigih dan licik memesongkan umat Islam secara berperingkat-peringkat. Di zaman moden, kita maklum wujudnya kesepakatan antara Zionis Yahudi dan Zionis Kristian.

⚫ Proksi Zionis & Wabak Kejahilan.

Ayat kelima, sebagai respon dari cabaran Musyrikin Quraisy yang menjadi penyambung lidah puak Yahudi, bertanyakan soalan yang kononnya boleh memerangkap Nabi. Mereka dicadangkan oleh Yahudi untuk mencabar Nabi supaya menjawab soalan tentang kisah Ashabul Kahfi. Secara tidak sedar, Musyrikin Quraisy menjadi proksi Yahudi untuk menyerang ajaran Islam.

Al-Kahf Ayat 5

مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta

Nabi terus membalas bahawa soalan tentang Ashabul Kahfi akan dijawab pada hari esok, tanpa menyebut insyaAllah. Lantas Allah menangguhkan penurunan wahyu selama 15 hari.

Mengenai In Shaa Allah

📍Nabi Sulaiman

قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ عَلَيْهِمَا السَّلَام لَأَطُوفَنَّ اللَّيْلَةَ بِمِائَةِ امْرَأَةٍ تَلِدُ كُلُّ امْرَأَةٍ غُلَامًا يُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ لَهُ الْمَلَكُ قُلْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ فَلَمْ يَقُلْ وَنَسِيَ فَأَطَافَ بِهِنَّ وَلَمْ تَلِدْ مِنْهُنَّ إِلَّا امْرَأَةٌ نِصْفَ إِنْسَانٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ قَالَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمْ يَحْنَثْ وَكَانَ أَرْجَى لِحَاجَتِهِ

Sulaiman bin Dawud alaihimassalaam berkata: Sungguh aku akan berkeliling (menggilir) 100 istriku malam ini, sehingga tiap wanita akan melahirkan anak yang akan berjihad di jalan Allah. Kemudian satu Malaikat mengucapkan kepada beliau: Ucapkan Insya Allah. Tapi Nabi Sulaiman tidak mengucapkan dan lupa. Kemudian beliau berkeliling pada istri-istrinya, hasil selanjutnya tidak ada yang melahirkan anak kecuali satu orang wanita yang melahirkan setengah manusia. Nabi Muhammad shollallahu alaihi wasallam bersabda: Kalau Nabi Sulaiman mengucapkan Insya Allah, niscaya beliau tidak melanggar sumpahnya, dan lebih diharapkan hajatnya terpenuhi (H.R al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, lafadz hadits sesuai riwayat al-Bukhari

📍Nabi Ismail

Nabi Ismail menyatakan:

يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, niscaya engkau akan dapati aku InsyaAllah termasuk orang-orang yang sabar (Q.S as-Shooffaat 102)

📍Janji Nabi Musa

berjanji dengan mengucapkan InsyaAllah bahwa beliau akan berusaha sabar tidak akan bertanya-tanya tentang apa yang dilakukan Khidhr, namun qoddarollah hal itu tidak tercapai.

قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

Nabi Musa berkata : Engkau akan mendapati aku insyaAllah sebagai orang yang sabar dan tidak akan bermaksiat terhadap perintahmu (Q.S al-Kahfi ayat 69)

Namun di akhir kisah, ternyata Nabi Musa tidak bisa bersabar hingga 3 kali. Kemudian Khidhr menyatakan:

ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا

Demikianlah penjelasan dari hal-hal yang engkau tidak mampu bersikap sabar (Q.S al-Kahfi ayat 82)


Rasulullah saw

Karena itu Allah berikan bimbingan adab kepada Nabi Muhammad shollallahu alaihi wasallam agar janganlah beliau mengucapkan: Aku akan melakukan ini besok. Dengan memastikan. Kecuali jika beliau mengucapkan InsyaAllah.

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (23) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24)

Dan janganlah sekali-kali engkau mengucapkan : Sesungguhnya aku akan melakukan hal itu besok. Kecuali (dengan mengucapkan) InsyaAllah. Dan ingatlah Tuhanmu ketika engkau lupa. Dan Ucapkanlah: Semoga Tuhanku memberikan petunjuk pada jalan terdekat menuju hidayah (Q.S al-Kahfi ayat 23-24)

Dalam tempoh itu, Musyrikin Quraisy galak melancarkan serangan propaganda. Kononnya Nabi seorang penipu, soalan perangkap mereka sudah mengena dan Allah telah meninggalkan Nabi keseorangan. Propaganda tersebut tersebar luas.

Mereka menyerang Islam dengan penuh kejahilan. Maka di ambang kiamat, sememangnya ramai yang jahil. Bahkan muncul golongan ‘ruwaibidah’ yang diingatkan oleh Nabi. Iaitu golongan jahil yang sewenang-wenangnya mengeluarkan pandangan. Sementara golongan berilmu khianat dan menyeleweng.

bahawa Nabi SAW bersabda :

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

⚫ Fitnah Propaganda.

Kesan dari serangan propaganda, Nabi menanggung tekanan. Seorang al-Amin dituduh penipu.

Al-Kahf Ayat 6

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

6. Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran

Ternyata propaganda boleh menguasai minda dan mencipta persepsi yang songsang. Ia cukup menguji ketahanan jiwa golongan yang mempertahankan iman. Apatah lagi hari ini, instrumen media propaganda jauh lebih efektif menyebarkan penipuan berbanding dahulu.

⚫ Sesatnya Ajaran Materialisme.

Ayat ketujuh, Allah mengingatkan godaan dunia. Ia sebagai ujian yang mengukur siapa yang benar-benar cekal beramal untuk akhirat.

 Al-Kahf Ayat 7

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya

Ajaran materialisme mengukur benar dan salah berdasarkan pulangan kebendaan. Membataskan wawasan hidup hanya di dunia. Melahirkan manusia yang memperajakan perut, memufliskan jiwa. Duit dan segala laba dunia dijadikan berhala yang ditaati penuh setia.

⚫ Fatamorgana.

Ayat kelapan, Allah menyedarkan kita bahawa apa yang dikejar di dunia, akan lenyap. Hamba dunia pasti tidak akan puas mengejar angan-angan dunia, ibarat fatamorgana.

Al-Kahf Ayat 8

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus

An-Nisa' Ayat 134

مَنْ كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

134. Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat


Dunia akan datang dengan mudah jika kita utamakan akhirat. Namun jika dikejar, dunia akan semakin jauh sambil mengejek keringat kita.

⚫ Jangan Mudah Terpengaruh.

Ayat kesembilan, Allah memulakan penceritaan Ashabul Kahfi.

Al-Kahf Ayat 9

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

9. Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan

Ashabul Kahfi adalah golongan remaja yang tidak sempat mencapai apa-apa kejayaan di mata manusia. Melainkan mereka berjaya memelihara iman. Itulah kejayaan besar di sisi Allah.

Kisah mereka membawa mesej, agar cekal menjaga jatidiri. Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang merosakkan, arus yang menyesatkan dan masyarakat yang serba jahil.

⚫ Doa Menghadapi Fitnah Islamphobia.

Ayat kesepuluh, Allah merakamkan doa yang diucap oleh Ashabul Kahfi. Sekaligus mengajar kita agar berdoa dengan doa yang sama tatkala berdepan dengan zaman serba keliru dan songsang.

Al-Kahf Ayat 10

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

10. (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)

Bersedia dengan senario golongan yang jahat mendominasi golongan yang benar. Islam didefinisikan oleh masyarakat yang rosak. Sementara ajaran Islam yang sebenar menjadi bahan cemuhan dan pengikutnya dibenci bahkan menjadi buruan. Maka Allah mengajar kita doa ini, supaya diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan Islam.

⚫ Wahai Allah, Lindungi Kami Dari Dajjal.

Ayat al-Quran tidak cukup dijadikan bahan bacaan dan hafalan semata-mata. Bahkan ia perlu serius dijadikan panduan, sebagai manual kehidupan seharian.

Allah telah mendedahkan kepada kita ruang-ruang strategik dalam kehidupan seharian kita, yang diintai oleh Dajjal. Ia dirumuskan secara ringkas dan padat melalui 10 ayat awal surah al-Kahfi.

Jika kita tidak beringat pesanan Allah itu, maka kita sangat berpotensi menjadi mangsa tipu daya Dajjal

Article ini di copy paste dari web Harakahdaily

Khamis, Jun 13, 2019

Makalah Ke 4 : Kata Usman ra, 10 Yang Disia-siakan - Muka Surat 272


Usman bin Affan ra mengatakan bahawa perkara yang paling disia-siakan ada 10, iaitu :
قال عثمان رضي الله عنه اضيَعُ الأشياءَ عَشَرَةٌ :
a.    Orang alim yang tidak ditanyai ilmunya.
عالِمٌ لا يُسئلُ عنهُ
b.    Ilmu yang tidak diamalkan.
وعلمٌ لا يُعملُ به
c.    Pendapat yang benar yang tidak diterima.
ورَاْيٌ صوابٌ لا يُقبَلُ
d.    Senjata yang tidak dipakai.
وسِلاحٌ لا يُستَعْمَلُ
e.    Masjid yang tidak dipakai solat.
ومسجدٌ لا يُصَلِى فيه
f.      Al Quran yang tidak dibaca.
ومُصحَفٌ لا يُقرأُ فيه
g.    Harta yang tidak diinfaqkan.
ومالٌ لا يُنْفَقُ منه
h.    Kuda / kenderaa yang tidak ditunggangi.
وخَيلٌ لا تُركَبُ
i.      Ilmu zuhud di hati orang yang cinta keduniawian.
وعلم الزُّهدِ في بطنِ مَنْ يريدُ الدنيا
j.      Umur panjang yang tidak digunakan sebagai bekal untuk perjalanan jauh (menuju akhirat)
وعمرٌ طويلٌ لا يُتَزَوَّدُ فيه لسَفَرِهِ
Penjelasan :
Tentang pentingnya zuhud Nabi bersabda :
منْ ازدادَ في العِلمِ رُشداً فلم يَزْدَد في الدنيا زُهداً لم يزدادْ منَ اللهِ إلا بُعدا
Barang siapa bertambah ilmunya, sedang dia tidak bertambah zuhud dalam urusan dunia, maka dia tidak bertambah kecuali bertambah jauh dari Allah.

Rabu, Mei 29, 2019

Makalah Ke 20 - Dikira Bersama dengan Allah - Ms 120


Makalah Ke 20
عن بعضِ الحُكماء حين سُئِلَ كيف أنت؟ فقال : انا معَ المَوْلى على المُوافَقَةِ ومع النفسِ على المُخالفةِ ومعَ الخَلقِ على النصيحة ومع الدنيا على الضرورة
Sebahagian ulama ahli hikmah ketika ditanya ; “Bagaimana keadaamu?” jawapannya :

a.       Aku ada bersama Allah, apabila memenuhi perintahnya.
b.       Aku bersama nafsu apabila aku memeranginya.
c.       Aku bersama dengan orang lain dalam keadaan saling menasihati.
d.       Aku bersama dunia ketika dalam keadaan darurat.


Makalah ke 27 Kemulian Umat Muhammad - Ms 128


Makalah ke 27

عن سَعدِ بنِ هلالٍ رحمه الله إنَّ العبدَ إذا اذنَبَ مِنَ اللهِ تعالى مَنَّ الله عليه بأربعِ خصالٍ : لا يَجُبُ عنهُ الرِّزقَ ولا يَجُبُ عنهُ الصحةَ ولا يُظْهِرُ عليه الذنبَ ولا يُعاقِبُهُ عاجِلاً
Saad bin Hilal ra mengatakan bahawa apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya :

  • a.    Dia tidak dihalangi untuk mendapat rezeki.
  • b.    Dia tidak terhalang untuk sihat.
  • c.    Allah tidak memperlihatkan dosanya.
  • d.    Allah tidak menyiksanya di dunia


Hikayat

Keluhan Nabi Adam alaihissalam Dengan Membandingkan Dirinya Dengan Umat Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam...

Diceritakan bahawa Nabi Adam alaihissalam berate, “sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemulian kepada umat Muhammad yang tidak Allah berikan kepadaku, iaitu :

a.    Penerimaan taubatku ketika aku di Mekah, sedangkan umat Muhammad bias taubat di sembarangan tempat.

b.    Aku berpakaian ketika aku berdosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, meskipun ia derhaka kepada Allah dalam keadaan telanjang.

c.    Ketika aku berbuatdosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isterinya.

d.    Aku berbuat dosa di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuatdosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Selasa, Mei 28, 2019

Makalah Ke 4 - 5 Kegelapan & 5 Lampunya Ms 143


Abu Bakar As Siddiq ra mengatakan bahawa kegelapan ada 5 dan lampunyapun ada 5, iaitu :
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه الظُّلُمُماتُ خمسٌ و السُّرْجُ لها خمسٌ :
حُبُّ الدُّنيا ظُلمَةٌ والسِّرَاْجُ لَها التقوى والذَّنبُ ظُلمَةٌ  والسِّرَاْجُ له التوبة والقبرُ ظُلمَةٌ والسِّرَاْجُ له لاإله إلا الله محمدٌ رسول اللهِ والآخرةُ ظُلمَةٌ  والسِّرَاْجُ لها العَمَلُ الصالحُ والصَّراطُ ظُلمَةٌ والسِّراجُ لهُ اليقين
a.    Cinta akan dunia adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah taqwa.
b.    Dosa adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah taubat.
c.    Kubur adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah bacaan kalimah
لا إله إلا الله
d.    Akhirat adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah amal soleh.
e.    Sirat al Mustaqim adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah keyakinan
Keterangan

CINTA DUNIA

Tentang mencintai dunia sesuai dengan sabda Nabi sollahu alaihi wasallam :
حبُّ الدنيا رأسُ كُلِّ خَطِيْئةٍ – رواه البهيقي
Cinta akan dunia adalah sumber kesalahanmu
Imam Al Ghazali mengomentari hadis tersebut dengan mafhum mukhalafahnya sebagai berikut :
وكَما أنَّ حُبها رأسُ كُلِّ خَطِيْئةٍ فبُغضُها رأسُ كُلِّ حَسَنَةٍ
Sebagaimana dikatakan bahawa mencintai dunia itu adalah sumber segala kesalahan, maka membenci dunia adalah sumber segala kebaikan.

DOSA

Dikemukakan oleh Al Hassan Basri bahawa hal itu juga sesuai dengan hadis berbunyi :

إنَّ العبدَ إذا اخطَأَ خطيئةً نُكِتَتْ في قلبِهِ نُكتَةٌ سَوداءُ فإذا هو نَزَعَ واسْتَغْفَرَ وتابَ صَقُلَ قلبُهُ وإنْ عادَ زِيْدَ فيها حتى تَعْلُ على قلبِهِ هو الرانُ الذي ذكَرَهُ اللهُ تعالى كلا بَلْ رانَ على قلوبِهم ما كانو يكسبون
Apabila seseorang hamba melakukan dosa satu kali, maka hatinya diberi titik noda (hitam). Apabila dia mencabutnya dan memohon ampun serta bertaubat, maka bersihlah hatinya. Apabila ia kembali lagi (berbuat dosa), maka bertambah hitamlah titit noda itu, hingga memenuhi hatinya. Sedang dia (doa itu menutupinya), sesuai dengan apa yang dikatang Allah dalam ayat

كلا بَلْ رانَ على قلوبِهم ما كانو يكسبون
Sekali-kali tidak, bahkan dosa yang telah mereka kerjakan dapat menutupi hati mereka (HR. Ahmad, Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’I, Ibnu Hibban dan Hakim.

KUBUR

Di antara sekian banyak fadhilah membaca kalimah tayyibah, iaitu
لا إله إلا الله
Antara lain :
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda :

قال النبي صلى الله عليه وسلم إنَّ الله حرَّمَ على النارِ مَنْ قال لا إله إلا الله يبتغي بها وجهَ الله تعالى
Sesungguhya Allah telah mengharamkan untk masuk neraka kepada orang yang membaca kalimat
لا إله إلا الله
Dengan niat mencari keredhaan Allah (HR Bukhari dan Muslim)

قال النبي صلى الله عليه وسلم : من قال لا إله إلا الله مُخْلِصا دخلَا الجنة قالوا : يا رسولَ الله فما اِخلاصُها ؟ قال : أن تَحْجُزَكُم عن كُلِّ ما حَرَمَ اللهُ عليكم – رواه الخطيب
Barang siapa yang membaca kalimat
لا إله إلا الله
Dengan niat ikhlas, tentu ia masuk syurga, lalu para sahabat bertanya “wahai Rasullah, apa keikhlasan bacaan tersebut?! Nabi bersabda “bacaan
لا إله إلا الله
Mencegahmu dari sesuatu yang telah diharamkan Allah HK Al Khatib.
Dikatakan ada 7 macam yang dapat menerangi alam kubur :
a.    Ikhlas dalam beribadah
الاخلاص في العبادة
b.    Berbakti baik kepada ibubapa
برُّ الوالدين
c.    Silaturrahim
صلة الرحيم
d.    Tidak mensia-siakan usia dalam kemaksiatan
أن لا يُضيعَ عُمرُهُ في المعصية
e.    Tidak mengikuti kehendak hawa nafsu
أن لا يتَّبِعَ هواه
f.     Bersungguh-sungguh dalam taat
أن يجْتَهِدَ في الطاعة
g.    Memperbanyak zikir kepada Allah
أن يُكْثِرَ ذكرَ الله
Keterangan

Amal soleh meliputi                                                            
عزِيْمة
dan
رُخْصَة
Azimah suatu keharusan, rukhsah dispensasi.
Contohnya solat zohor wajib 4 rakaat bagi mereka yang bepergian, tapi bagi mereka yang dalam perjalanan jauh diberi rukhsah untuk mengqasarkan solat zohor tersebut menjadi 2 rakaat dan yang paling baik dalam salat 4 rakaat bagi mereka yang berpergian jauh adalah mengambik RUKHSAH iaitu solat 2 rakaat sebagai dispensasi dari Allah. Hal ini berdasarkan hadis Nabi sollahu alaihi wasallam :
إنَّ الله يُحِبُّ أن يُؤخَذَ بِرُخْصِهِ كَما يُحِبُّ أنْ يُؤخَذَ بِعَزَأئِمهِ إنَّ الله بعَثَنِي بالحنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ دِيْنِ إبراهيم - رواه ابن عساكر
Sesungguhnya Allah mencitai orang yang mengambil / melakukan dispensasi darinya, sebagaimana Allah mencintai orang yang melaksanakan keharusannya. Sebab, Allah telah mengutuskan dengan ajaran agama yang mudah (elastis) iaitu agama Nabi Ibrahim as _ HR Ibnu Asakir

Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه وسلم اَدُّوا العَزَائِمَ واقْبَلوا الرخصةَ ودَعُوا الناسَ فقد كُفِتُمُوهم
Kerjakanlah keharusan-keharusan (azimah) terimalah rukhsah (keringanan) dari Allah seperti solat qosar / jama’. Tinggalkanlah orang-orang yang tidak mengerjakan aimah dan tidak menerima rukhsah. Sesungguhnya kamu telah diberi kecukupan atas mereka - HR Al Khatib.

Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه وسلم مَنْ لا يَقبَلْ رُخصةَ اللهِ عليه منَ الإثم مِثْلُ جبَلِ عَرَفَةَ – رواه أحمد
Barang siapa tidak menerima rukhsah dari Allah, maka baginya dosa sebesar gunung Arafah – HR Ahmad.
Yang disebut yakin berhubungan dengan
الصراط
Pada nasihat di atas adalah.
تحقِيقُ التَّصديقِ بالغَيبِ بإزالةِ كُلِّ رَيْبٍ
Menyatakan apa yang telah dibenarkan oleh hati atas hal yang ghaib dengan menghilangkan segala keraguan.