Khamis, April 29, 2010

Kerana Sebiji Kurma Ditolak doa Ibrahim bin Adham

Assalamualaikum, kisah Ibrahim bin Adham untuk renungan bersama. Rujukan blog Dais Rajih.
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata malaikat yang satu.

“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi..

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

“Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. “4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?” tanya Ibrahim.

“Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

“Nah, begitulah” kata ibrahim setelah bercerita,

“Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.

“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”

“Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu.”

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.” “O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”

Khamis, April 22, 2010

Ya'juj N Ma'juj

Gambar lokasi tembok dan tempat Ya'juj & Ma'juj.



Yakjuj dan makjuj sentiasa menggali tembok yang memisahkan mereka dengan dunia,bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”.
Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”.
Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi.
Umur mereka pun panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan.
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”?
Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.
Bersambung lagi Insya Allah.

Pelik.... Siput boleh tidur selama 3 tahun

Assalamualaikum
tahukah anda bahawa :
1) Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah "Muhammad".
2) Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah "Madu".
3) Makhluk Allah 'Siput' boleh tidur selama 3 tahun.
4) Dalam masa 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus.
5) Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telingan sebanyak 700 kali ganda.
6) Setiap lipstik mengandungi sisik ikan.
7) Apakah persamaan 'baju kalis peluru', printer laser, tanggan kecemasaan dan wiper kenderaan ?, jawapannya : semua ditemukan oleh orang perempuan.
8) Lihat zip yang ada pada baju dan pakaian, ada YKK, ia adalah singkatan dari Yoshida Kogyo Kabushibibaisha, pengeluar zip terbesar di dunia.
9) Bunyi itik tidak bergema, itulah kejadian Allah.
10)315 entrr dalam webster dictionary tahun 1996 addalah salah ejaan.
11) Secara purata, 12 bayi akan diberikan kepada orang tua yang salah dalam tempoh sehari.
12) Coklat membunuh anjing...memang benar, coklat mempengaruhi sistem jantung anjing.
Sekadar perkongisan ilmu. Semua ini dicari oleh pelajar-pelajar saya dalam buletin mereka.

Khamis, April 15, 2010

Seketika bersama ibu

Assalamualaikum
Semalam saya mengajar di Masjid An Nur, USJ 4......kebetulan tajuknya ialah "Kisah Lembu Bani Israel". Nama Al Baqarah sebenarnya diambil dari kisah lembu yang dimiliki oleh seorang anak yang soleh. Anak ini telah membahagikan masanya kepada 3 bahagian. 1/3 Beribadah, 1/3 kedua mencari rezeki dan 1/3 lagi berkhidmat kepada ibunya.
Dia memiliki seekor lembu hasil peninggalan al marhum ayahnya. Oleh kerana kesihankan anaknya, maka ibunya menyuruh anaknya itu menjual lembunya dengan harga 3 dinar, pesan si ibu jangan engkau tambah atau kurang tanpa memberitahuku.
Sampai di pekan, ada seorang lelaki yangg menawarkan dengan 6 dinar, anak itu tidak menjualnya kerana pesan ibu tadi...
esoknya, ibunya menyuruh anaknya menjual dengan harga 6 dinar, lalu lelaki itu datang laki dengan menawarkannya dengan harga 12 dinar...dia enggan.
Sampai di rumah dia menceritakan semuanya kepada ibunya....kata sang ibu, esok engkau tanya lelaki itu patut jual atau tidak......esoknya, lelaki itu mengatakan jangan jual sehinggalah datang Nabi Musa membelinya...akhirnya lembu itu dijual dengan harga emas seberat timbangan lembu itu. Kisah ini adalah kisah ketaatan kepada ibu.
Derhakakan ibu boleh mengundang bencana...seorang ahli politik mungkin akan hancur masa depan politiknya kerana menderhakai ibunya, juga seorang ahli perniagaan mungkin akan hancur businesnya kerana menderhakai ibu...marilah kita renung-renungkan.
"Ya Allah....Engkau tenangkan dan tenteramkanlah ibuku Zaharah dan juga ibuku Zainab di alam barzakh, hindarkanlah keduanya dari siksaan kubur dan neraka-Mu".

Rabu, April 07, 2010

Rayuan derma kawan rumah terbakar

Assalamualaikum
Buat teman-teman yang dihormati, beberapa minggu lalu, teman saya di Jengka 15, Pahang menghadapi musibah rumah terbakar. Buat membina rumah yang baru tentulah satu perkara yang agak sukar...oleh itu saya mohon kepada teman-teman, jika ada kelapangan untuk membantu teman saya ini. Sebarang bantuan sila salurkan melalui akaun peribadi saya "SHUKRI BIN MOHAMED @ HARUN PUBLIC BANK 4827763015, MAYBANK 156141216735, BANK ISLAM 06037020040143. Seluruh bantuan akan saya salurkan kepada rakan saya yang berhadapan dengan musibah itu. Allah sahaja sebagai saksinya akan kesusahannya.

Khamis, April 01, 2010

Tanda Kesusahan & Kesenangan

Assalamualaikum
Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasalllam :
علامة الشقاوة أربعة : نسيانُ الذنوب الماضية وهي عند الله محوفوظة وذكر الحسنات الماضية ولا يدري أقُبلتْ أم رُدَّتْ ونظرَهُ إلى من فوقه في الدنيا ونظرهُ إلى من دونه في الدين يقول الله أردتُهث ولم يُرِدْنِي فتركتُهُ وعلامة السعادة أربعة ذكر الذنوب الماضية ونسيان الحسنات الماضية ونطر ه إلى من فوقه في الدين ونظرهُ إلى من دونه في الدنيا
1) Lupa dosa-dosa yang lampau sedangkan ia masih tersimpan rapi di sisi Allah.
2) Sentiasa mengingati kebaikan atau pahalanya sedangkan ia tidak pasti diterima atau tidak.
3) Memerhati orang di atasnya dalam hal-hal harta dan kebendaan.
4) Memerhati orang di bawahnya dalam hal-hal agama dan peribadatan.
Allah berfirman, Aku inginkan mereka, akan tetapi mereka menolak-Ku, maka Aku meninggalkan / membiarkan mereka.
Seterusnya empat tanda kebahagian :
1) Sentiasa mengingati dosa-dosa yang lampau samada diampun atau tidak.
2) Melupai kebaikan dan pahala yang pernah dilakukannya, agar dia sentiasa ingin melakukan ibadah dan kebaikan.
3) Melihat orang di bawah dari segi harta dan kekayaan.
4) Melihat orang di atas dalam hal-hal agama dan ibadah.

Rabu, Mac 31, 2010

Peringatan kepada semua pemimpin.....

Assalamualaikum,
Buat sesiapa yang mempunyai jawatan, mereka mempunyai tanggungjawab ke atas orang bawahannya, terutama kepada pemimpin yang memerintah, marilah sama-sama kita memandang hadis ini sebagai peringatan Rasulullah kepada kita, agar semua pemimpin merasai dirinya tidak selamat dari api neraka Allah seandainya kita memiliki sifat tidak amanah dan menyusahkan rakyat atau orang bawah pimpinannya :
‏حَدَّثَنَا ‏ ‏شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏أَبُو الْأَشْهَبِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏الْحَسَنِ ‏ ‏قَالَ ‏
‏عَادَ ‏ ‏عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ ‏ ‏مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ ‏ ‏فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ ‏ ‏مَعْقِلٌ ‏ ‏إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏مَا مِنْ عَبْدٍ ‏ ‏يَسْتَرْعِيهِ ‏ ‏اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
(Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga)

Menggandaikan Islam kerana kepentingan dunia yang sedikit

Assalamualaikum
Sabda Rasulullah Sollahu alaihi wasallam :
عن أبي هريرةَ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : يخرُجُ في آخر الزمان رجالٌ يخختِلُون الدنيا بالدين يلبِسُونَ للناسِ جلودَ الضَّأنِ منَ اللِّينِ ألسنَتُهُم أحلى من السُّكرِ وقلوبُهم قلوبُ الِّذئاب يقول الله أبي تَغْتَرُّونَ أم عليَّ تَجْتَرِئونَ ؟ فَبِى حَلَفتُ لأبعَثَنَّ على أولئكَ منهم فتنةٌ تَدَعُ الحَليمَ منهم حيرانَ - رواه الترمذي(
Daripada Abi Hurairah ra berkata : Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda : Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama, mereka menunjukkan kepada orang pakaian yang dibuat dari kulit kambing (kerana berpua-pura zuhud dari dunia) untuk mendapatkan simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gua. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (iaitu mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah subhanahu wata'ala berfirman kepada mereka "apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku?, apakah kamu terlampau berani berbohong kepada-Ku?, demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alaim (Cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)
Keterangan Hadis :
Golongan yang dimaksudkan ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama demi untuk meraih keuntungan dunia, dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum-hukum Allah, serta memutar belitkan fakta. Mereka juga amat pandai mengemukakan hujjah-hujjah yang menarik dan alasan-alasan yang dapat memikat hati. Tetapi sebenarnya hujjah-hujjah dan alasan itu hanya semata-mata timbul dari kelicikkan mereka memutar belitkan kenyataan, mereka menipu orang laain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan ditimpa kekusutan yang sangat tajam sehinggakan orang yang alim dan banyak ilmu di kalangan mereka akan kehabisan aqal dan buah fikiran. Mereka akan menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Isnin, Mac 29, 2010

Tsunami ke 2


Assalamualaikum
Dalam satu article saya tahun lepas (tsunami ke 2), ada saya nyatakan bahawa satu lagi tsunami akan berlaku di sebelah indonesia pada 22 Julai 2009. kenyataan ini berdasarkan kajian pihak-pihak tertentu.
Memang pada tarikh tersebut tidak berlaku sebarang tsunami, akan tetapi pada 30 September 2009, sebulan lebih dari jangkaan asas tsunami ke dua berlaku gempa bumi besar di Padang sehingga mengorbankan beribu manusia.
Mungkin kajian ini ada benarnya?????. Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.

Segala kejadian sesuatu itu ada hikmahnya....

Dalam kitab PENAWAR BAGI HATI karangan Syeikh Abdul Qador al Mandili ada dituliskan satu kisah mengenai hikmah sesuatu kejadian.....mungkin kita sama-sama dapat menafaatnya Insya Allah.
Dikisahkan bahawa seoang NabiyuLLAH sedang mengerjakan ibadah di atas sebuah bukit, di sekitar bukit itu terdapat satu mata air yang sejuk serta nyaman airnya. Pada suatu hari seorang penunggang kuda singgah di tempat mata air itu, ia minum dengan puas sehingga apabila ia berlalu dari tempat itu, dia terlupa dengan kendinya yang terkandung 1000 keping wang emas.
Tidak berapa lama, datang seorang lelaki yang juga singgah untuk minum air dingin itu, sambil minum ia terpandang akan kendi itu, lalu terus diambilnya.
Selepas itu, datang pula seorang fakir miskin, si miskin ini kepenatan kerana bekerja mencari rezeki...selepas minum air di mata air itu dia berehat sehingga tertidur.
Si Miskin tadi terkejut dari lenaannya setelah dikejutkan oleh si penunggang kuda tadi. Penunggang kuda itu menuduh si miskin mencuri kendinya, si miskin menafikan...walaupun dinafikan, si penunggang tetap menuduh dia mengambil kendinya. Lalu si penunggang kuda membunuh si miskin tadi.
Melihat kajadian tadi, NabiyuLLAH tadipun bermunajat kepada Allah dengan katanya "Wahai Tuhanku apa ini? yang mengambil kendi orang yang lain, dan yang terkenanya orang lain, apakah salah si miskin itu?.
Lalu Allah berfirman "Engkau berusahalah beribadah, dan jangan ganggu urusan-Ku dan kerajaan-Ku!", Allah menempelak nabiyuLLAH itu. Lalu Allah menjelaskan bahawa simiskin itulah yang membunuh ayah kepada si penunggang kuda, maka AKU biarkan ia membunuhnya bagi tujuan membalasnya.
Yang kedua pula, bapa sipenunggang kuda pernah mencuri wang seribu dinar dari harta lelaki kedua yang mengambi lendi itu, maka Aku pulangkan semula kendinya yang juga adalah harta pusakanya.
Itulah hikmah yang hanya Allah sahaja mengetahuinya, tidak diketahui oleh orang biasa. Semoga sama-sama mendapat faedah dan manafaat.l

Bal'am Bin Baura akhir mati kafir.....


Assalamualaikum......
Rakan-rakan sekelian, para alim Ulama adalah golongan paling penting dalam Islam. Merekalah golongan yang amat gerun dan takutkan Allah, Firman Allah Ta'ala :
إنما يخشى الله من عباده العلماء
(Sesungguhnya, golongan yang paling takutkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya ialah para Ulama)
Para alim Ulama adalah golongan yang menjadi contoh manusia lain dari segi peribadatannya, kewarakkannya dan sebagainya. Ada juga ulama menjadi punca Allah mengurniakan keberkatan kepada sesuatu kaum dan tempat.
Namun begitu, terdapat juga segelintir ulama yang berperanan sebaliknya, ulama ini digelar dengan ulama Ussu' atau dengan maksud ulama jahat. Dalam sejarah, ada seorang alim yang warak dan maqbul doanya telah melakukan kesilapan, bermusuhan dengan Nabi Musa alaihissalam. Beliau ialah Bal'am bin Baura.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat daripada Firaun, sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju juga setelah isteri kecintaannya menerima sogokan daripada Raja [Bal'am kalah dengan pujukan isteri]. Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. Menurut cerita, doa dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan ia menjadi sebab kaum Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun lamanya. Apabila Nabi Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada sekatan tersebut, Allah s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama laknat turun kepada Bal’am. [mati dalam keadaan kafir] (http://n32.blogspot.com)
Semoga kisah ini menjadi pengi'tibaran untuk kita semua.

Isnin, Mac 22, 2010

Sebuah Kisah Yang Menyayat Hati Di Andalusia

Kisah ini juga dipetik dari Mran blog. Amat terharu cerita ini kepada jiwa yang bertunjangkan perjuangan.

Kawan-kawanku semua bacalah sebuah kisah yang menyayat hati ini dan ambil iktibar dari kisah ini.

Suatu petang, ditahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika ‘algojo penjara’ itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu ‘boot keras’milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.


“Hai… hentikan suara jelekmu! Hentikan… !” Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu’nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.
Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib… Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana ‘abduka… Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, “Bersabarlah wahai ustaz… InsyaALLAH tempatmu di Syurga.” Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, ‘algojo penjara itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. “Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami,Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan ’suara-suara’ yang seharusnya tidak didengari lagi di sini.

Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahuminta maaf dan masuk agama kami.” Mendengar “khutbah” itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, “Sungguh… aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALLAH.

Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh.” Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah ‘buku kecil’. Adolf Roberto berusaha memungutnya.

Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan genggenggamnya erat-erat. “Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!” bentak Roberto. “Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumurandosa untuk menyentuh barang suci ini!”ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu.
Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagiRoberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan ‘algojo penjara’ itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh Mendadak algojo itu termenung. “Ah… seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.” suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan “aneh” dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia).

Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwatak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapapuluh wanita berhijab (jilbab digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka pergelantungan tertiup angin petang yang kencang,
membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar- kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak-kanakcomel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, “Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa… .?
Ummi, cepat pulang ke rumah ummi… ” Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya,
“Abi… Abi… Abi… “
Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
Hai… siapa kamu?!” jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. “Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi… ” jawabnya memohon belas kasih. “Hah… siapa namamu budak, cuba ulangi!” bentak salah seorang dari mereka. “Saya Ahmad Izzah… ” dia kembali menjawab dengan agak kasar.
Tiba-tiba “plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. “Hai budak… ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang ‘Adolf Roberto’… Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!” ancam laki-laki itu.Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

A.Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah ‘tanda hitam’ ia berteriak histeria,
“Abi… Abi… Abi… “
Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahawa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai ‘tanda hitam’ pada bahagian pusat.Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, “Abi… aku masih ingat alif, ba, ta, tha… ” Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya.Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu… ” Terdengar suara Roberto meminta belas.
Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya,di tempat ini.
Sungguh tak masuk akal Ini semata-mata bukti kebesaran Allah. Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. “Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al- Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,”
Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah “Asyahadu anla Illaaha ilALlah, waasyahadu anna Muhammad Rasullullah… ‘. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum,setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, “Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya… ” Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman Allah…
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH, tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu.

Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS30:30)

Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu
As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam
bukunya… … … .sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad. ~~diladeilla

Kisah Benar….Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina

Kisah ini saya ambil dari laman web Mran3238's Blog, semoga sama-sama mendapat pengajaran.....“Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..


Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka

Selasa, Mac 16, 2010

Fenomena Bayi Dibuang...apa salah bayi ini ?

Assalamualaikum, wahai teman-teman...bila dengar ada orang buang bayi pula sehari dua ni, terasa benar kesihan pada bayi yang tidak berdosa itu. Pelik jugak kerana jika dilihat akan binatangpun sayangkan anaknya, cuma adalah beberapa jenis binatang yang makan anak sendiri, itu memang lumrah makhluak Allah yang tidak berakal. Yang pelik manusia yang cukup akal, tangan dan kaki ni, bertindak lebih dari binatang...
Apakah sebabnya ? apakah kerana kurangnya pendidikan agama yang mereka ada? atuapun mungkin mereka ini tersasul dan terdorong oleh keinginan nafsu yang tidak dapat dibendung, sehingga lupa masa depan, dan juga dengan maruah diri, ayah ibu dan keluarga.
Atau, mungkin fenomena ini disebabkan keadaan huru hara dan arus derhakakan Allah dari segala bidang dan segi..., mungkin juga pemimpin negara yang tidak berusaha supaya memerintah negara secara Islam..agaknya
Jika diingati sejarah dulu, misalnya Firaun bunuh ramai bayi lelaki, zaman jahiliyyah pulak bunuh bayi perempuan...zaman kita bunuh bayi lelaki dan perempuan, serta juga bunuh bayi yang tak tahu jantina lagi..nampak-nampak zaman kita ni lebih teruk lagi dari zaman Firaun dan zaman Jahiliyyah...mungkin kita boleh sama-sama fikir.

Isnin, Mac 08, 2010

Syahidah Hijab - Kerana Hijab dia dibunuh


Assalamualaikum.
Saya pindah kisah pejuang Islam Muslimah ini didada blog saya ini, buat kita semua menyegarkan semangat jihad dalam jiwa masing-masing.
Kisah bermula pada tahun lepas (2008), seorang muslimah warganegara Mesir, Dr Marwah al-Syarbini (32 tahun) membawa anak lelakinya Mustafa (3 tahun) ke sebuah taman permainan kanak-kanak di bandar Dresden. Di situ terdapat seorang lelaki warganegara German berbangsa Rusia dikenali sebagai Alex (28 tahun). Marwah meminta lelaki itu agar meninggalkan buai untuk memberi peluang kepada anaknya bermain. Lelaki tersebut bukan sahaja tidak mengendahkan permintaan Marwah, sebaliknya telah memaki hamun dan menuduhnya pengganas kerana memakai pakaian menutup aurat.
Demi mempertahankan maruah dan tuntutan agamanya, Marwah membuat pengaduan di Mahkamah. Mahkamah memerintahkan lelaki tersebut membayar denda kepada Marwah sebanyak 750 Euro. Lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dan meminta diulang bicara.
Pada hari yang ditetapkan, hari Rabu lepas (1 July) Marwah datang ke mahkamah untuk perpicaraan. Namun lelaki itu telah menunggunya dengan sebilau pisau, lantas menikamnya bertubi-tubi. Suaminya yang menyaksikan serangan itu cuba menghalang. Tetapi dia sendiri turut terkena tikaman. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba dan segera melepaskan tembakan. Malang sekali lagi, yang tertembak adalah suami Marwah, Dr Muhammad ‘Ukaz. Dengan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kepada ukhti kita, Dr Marwah, kita persembahkan sekalung tahniah di atas pemergiannya ke alam baqa’ dengan membawa gelaran SYAHIDAH HIJAB.

Ahad, Mac 07, 2010

Asal Usul Nama "al Maidah"


Salah satu surah yang diturunkan Allah ialah surah Al Maidah. Mengapakah Allah menamakan surah ini dengan al-Maidah? Ayat yang dipaparkan, adalah ayat yang menjadikan surah ini dinamakan Allah surah Al Maidah. Inilah kisah bagaimana sekumpulan penyokong kuat atau digelar dengan "al hawariyyun" nabi Isa alaihissalam meminta Allah menurunkan satu hidangan dari langit, firman Allah :
إذ قال الحواريون يا عيسى ابنَ مريمَ هلْ يستظيعُ ربُّك أن يُنزلَ علينا مآئدةً منَ السماء قال اتقوا الله إن كنتم مؤمنون
(Berkata al Hawariyyun (pengikut setia Nabi Isa as), wahai Isa bin Maryam, adakah Tuhanmu berkuasa menurunkan ke atas kami satu hidangan dari langit, lalu Isa berkata "takutlah kamu kepada Allah sekiranya kamu orang-orang yang yakin" - al Maidah 112) Inilah permintaan dari al Hawariyyun kepada Nabi Isa as. Sehinggakan Nabi Isa menimbulkan pertanyaan "tidakkan takut kamu kepada Allah" sehingga sanggup meminta sesuatu yang tidak sepatutnya. Lalu mereka menjawab, firman Allah Ta'ala"
نريد أن نأكلَ منها وتطمئن قلوبُنا ونعلمَ أن قد صدَقتَنا ونكونَ عليها منَ الشاهدين
(Mereka berkata, kami hanya ingin makan daripada hidangan tersebut dan agar hati kami menjadi tenang iaitu bertambah yakin. Juga supaya kami mengetahui dengan yakin bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan supaya kami menjadi orang yang menyaksikannya sendiri - Al Maidah 113.
Permohonan itu telah menjadi satu perkara besar kepada kaum Nabi Isa ketika itu, kerana inilah julung-julung kali permintaan ini dipohon dari Allah, sebelum ini tidak pernah lagi ada kaum-kaum terdahulu memintanya. lalu Nabi Isa as, berdoa kepada Allah, firman Allah Ta'ala :
قال عيس ابن مريم اللهم ربنآ أنزل علينا مآئدة من السماء تكونُ لنا عيدا لأولنا ,ءاخِرنا وءاية منك وارزُقنا وأن خيرث الرازقين
Isa Ibni Mariam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Surah Al Maidah ayat 114)
Nabi Isa telah berdoa untuk kaumnya, sebagai cara untuk menjadikan kaumnya beriman, Allah Ta'ala menyahut doa ini dengan satu syarat, firman Allah :
قال الله إني مُنَزِلُها عليكم فمن يكفُرْ بعدُ منكم فإنى أعذبُهُ عذابا لآ أُعّذبُهُ أحدا منَ العاملين
(Berfirman Allah Ta'ala : Sesungguhnya Aku menurunkannya ke atas kamu, akan tetapi sesiapa yang kufur selepas itu, Aku akan mengazabkan kamu dengan azab yang tidak pernah aku azabkan seseiapapun di atas muka bumi ini (sebelum ini) - Al Maidah 115.
Memang amat hebat firman Allah ini! apakah Bani Israel beriman? jawapannya ialah mereka sebenarnya hanya mengejek-ejek Allah. Akhirnya Allah telah mengazabkan mereka dengan ditukarkan rupa paras mereka menjadi kera dan babi. Inilah azab yang tidak pernah diturunkan Allah sebelum ini.
Marilah kita insaf dengan buruk perangai yahudi ini, mereka langung tidak mahu bertaqwa, mereka sentiasa ingkarkan Allah. Janganlah pula hal sebegini berlaku kepada kita. Nauuzubillah min za lik.
Sekadar renungan.

Pahala Besar Buat Pejuang Islam


Salam buat teman-teman, Salah satu amalan atau ibadah yang hebat perlu disedari oleh muslimin ialah berjuang atau berjihad pada jalan Allah. Ganjarannya amat besar, terdapat dalam hadis baginda sollahu 'alaihi wasallam mengenai ganjarannya, sebagaimana dalam hadis baginda :
مَن اغبرتْ قَدَمَاهُ في سبيل الله بهُما حرامٌ على النار
(Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah, kedua-duanya diharamkan dari tersentuh oleh api neraka - At Termizi, hadinya hasan sohih)
Hadis ini secara langsung menyebut tentang perlindungan dari api neraka, semata-mata kerana mengabungkan diri sebagai pejuang Islam. Sabda baginda lagi, sebagaimana di sebut oleh Al Imam Bukhari, bahawa berkata U'bayah : "Abu Abs menemui ketika aku menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu dia berkata kepadaku, "Aku telah mendengar baginda bersabda :
مَن اغبرتْ قَدَمَاهُ في سبيل الله حَرَّمَهُ اللهُ على النار
(Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka)
Sesiapa yang ingin jaminan selamat dari api neraka, maka gabungkan diri dengan perjuangan Islam.
Firman Allah Ta'ala dalam surah At Taubah, ayat 20 :
الذين ءامنوا وهاجرو وجاهدوا في سبيل الله بأموالهم وأنفسهم أعظمُ درجة عند الله وأولئك هم الفائزون
(Orang-orang yang beriman, juga yang berhijrah serta berjihad fi sabillah dengan harta benda dan jiwa raganya, mereka mendapat sebesar-besar darjat di sisi Allah, dan merekalah orang yang berjaya)
Memang tidak dinafikan, amat besar ganjaran bagi mereka yang berjihad fi sabillah. Oleh itu saudaraku, teruslah berjuang Islam, teruslah dengan kerja-kerja Islam, semoga Allah mengganjari kita dengan syurga-Nya. Amiiiin ya robb.

Khamis, Mac 04, 2010

Ingatlah Allah dalam solat-solat sunat.....


Assalamualaikum
Salah satu cara untuk mengingati Allah ialah dengan mendirikan solat-solat sunat. Buat siaran ini, saya berikan satu amalan solat sunat qabliah sebelum asar. Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam :
من صلى أربعَ ركَعاتٍ قبلَ العصر حرَّم اللهُ بدنَهُ على النار
(Sesiapa yang mengerjakan empat rakaaat solat sunat sebelum Asar, Allah akan mengharamkan tubuh badannya daripada api neraka - Riwayat At Tabrani dalam kitab al-Kabir.
Oleh itu saudara-saudara sekelian, tunaikan solat sunat ini dengan berterusan. Caranya ialah terus solat empat rakaat tanpa henti dan salam diberikan macam biasa. Semoga amalan-amalan kita diterima Allah, amiiiiin.

Sabtu, Februari 27, 2010

Maulidurrasul

Assalamualaikum buat teman-teman
Semalam jumaat, adalah hari yang penting buat seluruh umat Islam. Hari dimana lahirnya nabi besar kita Muhammad Sollahu alaihi wasallam. Beberapa hari sebelum kelahiran baginda, satu ketumbukan tentera telah dibinasakan Allah, tentera di bawah pimpinan Abrahah Panglima Perang Habasyah telah cuba menyerang Ka'bah As Syarif, dengan bilangan tentera yang ramai, serta dibantu oleh sekumpulan gajah. Allah menghancur tentera ini dengan hanya burung-burung kecil yang membawa batu-batu dari kawah api neraka, membaling ke arah mereka, sehingga jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.
Sewaktu lahirnya baginda Allah memberikan isyarat kejatuhan kerajaan Rom dan Parsi. Syria yang berada di bawah naungan kerajaan Rom juga akan dijatuhkan. Parsi telah di tawan ketika zaman Saidina Umar al Khattab, begitu juga dengan Kota Constantinopel telah juga di tawan, tetapi orang yang menawannya ialah Sultan Mohammad al Fateh, Syam atau Syria yang menjadi tanah jajahan Rom juga dijatuhkan ketika zaman Saidina Umar. Sekarang seluruh Syam telah Islam, dan seluruh Parsi telahpun juga Islam. Inilah isyarat politik yang ditunjukkan oleh Allah sewaktu lahirnya baginda.
Begitu besar sekali kelahiran baginda yang membawa cahaya keseluruh alam. Firman Allah :
وما ارسلناك إلا رحمة للعالمين
(Dan tidaklah kami utuskanmu wahai Muhammad melainkan untuk memberikan rahmat ke sekelian alam)
Seluruh kejahatan syirik yang wujud di benua Arab dan keruntuhan akhlak telah berjaya diselesaikan oleh Islam dengan kelahiran baginda Sollahu alaihi wasallam.

Khamis, Februari 25, 2010

Siri Jumpa Rasulullah Dalam Mimpi : Selawat Penyelamat Dari Dosa


Assalamualaikum
Ibnu al-Mulqan menceritakan dalam kitabnya berjudul "Al-Hadaiq", bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang tawaf di Baitillah, beliau hanya membanyakkan selawat tanpa doa dan bacaan yang lain. Apabila ditanya mengapakah beliau hanya berselawat, pemuda itu bercerita :
Sebenarnya, satu ketika waktu haji aku bersama bapaku, bapaku sakit lalu meninggal, malang menimpa bapaku, sebaik saja mati mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.
Aku sedih dengan apa yang menimpa bapaku, aku mengeluh "sesungguh semua manusia milik Allah maka kepada-Nyalah kita akan dikembalikan, ayahku meninggal dalam keadaan yang amat pelik.
Sebaik sahaja sampai waktu malam, aku terasa amat mengantuk, terus menyebabkan aku terlena. Dalam tidurkan aku dikunjungi oleh Rasulullah sollahu alaihi wasallam, baginda berpakaian putih dan wangian amat harum. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya, langsung lepas itu wajah bapaku berubah menjadi amat putih seumpama susu, selepas itu baginda menyapu pula perut bapaku, lalu kembali semula seperti asalnya tidak lagi membuncit.
Apabila baginda mula beredar, baginda bersabda "Sesungguhnya ayahmu adalah orang yang banyak melakukan maksiat dan dosa, tetapi dia juga banyak berselawat kepadaku, dia juga meminta bantuanku, dengan sebab itu aku datang membantunya, kerana aku adalah pembantu bagi orang-orang yang banyak berselawat ketika di atas muka bumi".
Inilah kisah mimpi bertemu Rasulullah sebagai peringatan untuk kita. Elakkan dari melakukan dosa, jangan pula menjadikan Rasulullah sebagai bomoh atau doktor untuk mengubati penyakit semata, malah baginda adalah ikutan dan contoh kita. Allahuma solli ala Muhammad.