Selasa, Mac 25, 2008
SUASANA LEPAS PRU12
Salam bahagia buat semua. Selepas beberapa ketika berlangsungnya PRU12, banyak sangat berita sensasi yang masih kedengaran. Ini mungkin kerana keputusan PRU12 itu memberi kejutan yang tidak diduga sama sekali oleh semua pihak, walaupun oleh pakatan 'pembangkang' sekalipun.
4 negeri telah bertukar tampuk pemerintahan, 1 termasuk kelantan yang kekal dipertahankan oleh pemerintahan Ulama'. Kali ini suatu kejutan yang bukan calang-calang.
Kejutan juga berlaku kepada cara perlantikkan MB Perak, PAS yang memenangi 6 kerusi ditabalkan sebagam MB Perak kerana perlembagaan. Ramai juga pihak termasuk perti pemerintah yang memberi peringatan kepada LIM Kit Siang agar menghormati institusi raja, kerana LIM agak terlanjur sedikit, kalau tidakpun cuma sekadar menguji sensitiviti orang melayu sahaja. Selepas itu, kemelut itu terlerai dengan terlantiknya MB Perak dari orang melayu.
Selepas itu timbul pula isu perlantikkan MB Terengganu, apabila Pemangku Sultan Terengganu memberi watikahnya kepada YB AHmad Said ADUN Kijal, ramai memberi komentar, ada yang berbentuk persandaran undang-undang, ada juga berbentuk demostrasi. Pelik juga, kerana dulu kerajaan BN tidak membenarkan demostrasi jalanan, tapi kali ini pula dibenarkan dengan slogan "perhimpunan aman". Kalau dulu PAS buat demostrasi tak boleh, tapi bila BN buat boleh. Tak apalah, itu semua memang sudah lumrah, antara parti pemerintah dengan parti 'pembangkang'.
Cuma yang peliknya, beria-ia benar UMNO menyuruh LIM menghormati institusi raja, tetapi apabila tiba giliran UMNO sendiri dalam isu MB Terengganu, mereka tak ingat akan nasihat mereka kepada LIM. Banyak komentar dibuat, antaranya YB Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin jika menerima jawatan MB itu, Peguam Negara Abdul Ghani Patailpun memainkan peranannya.
Rasanya, siapapun yang menjadi MB Terengganu, semuanya dari BN/UMNO juga, apalah yang susah sangat nak terima. Bukan dipilih dari orang PAS, kalau dipilih dari orang PAS memanglah patut dipertikaikan, itupun nak kena jagalah tatasusila dengan istana, tak bolehlah dibuat macam tak ada protokol.
Satu hal lagi, ada juga YB BN yang mengugut untuk letak jawatan jika YB Ahmad Said dilantik MB. Itupun salah satu cara menentang ketentuan istana. Hai kalaulah letak jawatan, apa pula jadi dengan Terengganu....adakah ini bermaksud nak buat pilihanraya balik ????? hai payah nak faham tu. Adakah masa kenyataan emosi itu dibuat, yang pemberi kenyataan berada dalam keadaan sedar dan waras...... dan pernahkah difikirkan tentang mandat rakyat????? Semoga ALLAH menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan umum ini sebaik-baiknya.
Selasa, Februari 26, 2008
...buat pengundi negeriku yang tercinta Terengganu
Rasanya perlu diberikan peringatan kepada pengundi/rakyat terengganu bahawa pemerintah BN di terengganu ialah selama 44 tahun. Manakala PAS memerintah terengganu sekitar 4 tahun lebih sahaja. Sepanjang pemerintahan selama 4 tahun lebih itu, PAS telah menghapuskan cukai pintu, menghapuskan tol di Jambatan Sulatan Mahmud dan yang paling ketara ialah pemberian tanah kepada rakyat yang sejak 70 an lagi telah diberhentikan oleh kerajaan BN.
Susah juga ye, ada pengundi yang nak bayar cukai pintu, pelik juga ye. Begitu juga dengan pinjaman kenderaan yang telah menyelamatkan kakitangan kerajaan daripada riba, tetapi rakyat juga pilih BN dalam p/raya ke 11, agaknya rakyat nak bayar riba...yelah tu agoknya.
Wahai rakyat terengganu fikir-fikirkanlah.
TOLAK ISLAM HADHARI DGN PRU12 INI
Kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam perlu ingat bahawa 10 atau 11 tahun nanti agama Islam yang mulia ini akan bertukar dengan Islam Hadhari sekiranya mereka tidak bertindak sesuatu sewaktu diberi peluang mengubahnya ketika Pilihanraya.
Mengapa Islam Hadhari perlu ditolak. Mudah sahaja, antaranya.
Dari Segi Namanya
Dalam Al Quran Islam disebut sebagai agama yang sebenarnya yang diutuskan-NYA, Firman Allah ta'ala :
Khamis, Februari 21, 2008
CERITA SI TEMPANG DENGAN SI BUTA

lagi-lagi pilihanraya

Gambar ini adalah kilang arak yang besarnya menyamai 10x masjid, ataupun mungkin lebih lagi. Siapakah yang bertanggungjawab menjadikannya kekal sehingga sekarang ? Jawapan itu perlu semua pengundi tanya pada diri sendiri.
Jawapannya, bukan saya, saya cuma pangkah beri kuasa sahaja! tidakkah dengan memberi kuasa secara pangkah itu menyebabkan kerajaan sedia ada dapat meneruskan pemerintahannya dan meneruskan agenda kilang arak ini ??????? kalau begitu boleh tak dikatakan bahawa sesiapa yang memangkah ialah memberi kuasa, dan dengan kuasa itu kilang arak itu dikekalkan di bumi Malaysia, maknanya semua pengundi yang memberikan kuasa itu sebenarnya juga sedang mengekalkan kilang araknya itu???? adakah anda setuju.... ataupun anda mahu nafikan.
Itu tak sebut lagi, tempat nombor ekor, tempat jualan arak, karoke, rumah urut, tempat judi berlesen, dan lain-lain lagi. Kalau sesiapa yang pernah ke genting, cuba tengok puas-puas apa ada di atas sana, bukankah itu tempat judi ........ adakah anda semua yang membinanya? tidakkah gamaknya !!! tapi tidakkah anda yang beri undi sampai kerajaan yang ada mampu membinanya, maknanya andalah yang membinanya?????? gamaknya salah jugak tu....
Dah tu....agaknya ALLAH tanya tak usaha-usaha tangan kita yang kita duk pangkah setiap kali datang pilihanraya.
Saya gerun dengan neraka ALLAH.
Selasa, Februari 19, 2008
....tentang pilihanraya
Pelik juga ye rakan-rakan sekelian, bila tengok tv sehari dua ni rase jemu tak menentu, sekejap tayang tentang imtiaz di terengganu, sekejap tayang tentang peningkatan jenayah di kelantan. Dalam benak duk terfikir, negeri lain tak ada jenayah agaknya? dan di terengganu sahaja ke yang maju setakat ini di malaysia, negeri lain tak kut ye ? susah nak fikir, kadang-kadang fikir tak berapa logik sangat!
Saya pernah jugak tengok dan dengar kejayaan Ma'had Muhammadi di kelantan. Kejayaan sekolah sains agama di kelantan juga, tapi tak pulak ditayang dalam tv. Pelik jugak tu. Rasanya orang kelantan tahu benar pasal kelantan, malah orang luar yang sering berulang alik ke kelantanpun tahu kemajuan kelantan sehingga ke hari ini.
Bila saya lalu federal highway terpandang kilang arak besar di sebelah kiri, agaknya itukah dia kejayaan ????? susah nak kate tu ye. Bila naik pesawat mas, tengok orang tonggang arak, banyak pulak tu...tertanya jugak benak ni.....mestikah ada arak dalam pesawat kita ? tak ada arak tak maju ke ?
Dah tu bila tengok tv, terpandang pulak cerita-cerita pelik yang menyuburkan nafsu manusia, artis-artis melalak-lalak tak tentu pasal, anak-anak muda yang melonjak-lonjak kerana kagumkan artis pujaan mereka. Elok ke macam tu.
Apekah yang dilakukan oleh orang yang ada kuasa, yang ada kebendaan yang banyak, mana jabatan agama, mana institusi mufti, mana dia kadi-kadi, mana dia insitusi agama....tak nak tegur ke?
APAKAH SEMUA INI PERLU DIKEKALKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG TERPELAJAR.......fikir-fikirkanlah, kan kita ada kuasa mengubah tanpa rasa segan silu, tanpa rasa terancam apa-apa, tanpa perlu menumpahkah darah......kenapa tak serahkan kuasa kepada sesiapa yang mampu buat Islam, memerintah cara Islam, mentadbir cara Islam, menghukum cara Islam dan semuanya cara Islam.
Kan Islam dah memang sempurna, dah memang lengkap, dah memang terbukti sejak zaman berzaman dulu.
Semoga kita benar-benar beriman.
HARAPAN PILINRAYA KE 12
Tuan/puan harapan kita daripada Pilihanraya ke 12 ini menyaksikan pengharaman arak dan penghapusan program-program TV yang melampau. Adakah kerajaan baru yang akan dibentuk selepas pilihanraya ke 12 ini mampu melakukannya? kuasa di tangan anda.
Khamis, Februari 14, 2008
HUKUM DI SEBALIK PILIHANRAYA
Oleh kerana pilihanraya ini adalah satu-satu cara untuk melaksanakan hukum dan perundangan Islam, maka sudah tentu hukum mengundi adalah sesuatu yang amat dituntut, dengan ertikata lain hukumnya 'wajib aini' (Fardhu 'ain) terhadap setiap individu Muslim di Malaysia. Tidakkah dengan kuasa politik yang diberikan semasa pilihanraya dapat membolehkan sesuatu parti/kumpulan itu melaksanakan undang-undang ALLAH ? dan tidakkah sesiapa yang memberikan undinya kepada sesuatu parti yang memerintah secara Islam secara sendirinya juga telah melaksanakan Islam dalam ertikata sebenarnya ? dan tidakkah memberikan undi kepada parti yang tidak memerintah dengan Islam yang lengkap bermakna menolak perlaksanaan undang-undang Islam yang lengkap ? Oleh itu renunglah ayat di bawah semoga mendapat penjelasan yang sebenarnya.
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah (Al Maidah - 50)Dalil tentang ketaatan kepada pemerintah yang sering dibaca ialah sebagaimana ayat di bawah yang menjelaskan status ketaatan terhadap pemimpin dan kaitannya dengan ketaatan kepada ALLAH dan RasulNya.
Perhatikan ayat di atas, pada kalimah pemerintah (ulilAmri) tidak terdapat kalimah "athiu", yang bermaksud "taatilah", ini menjelaskan bahawa setiap pemerintah yang ingin dipatuhi mestilah terlebih dahulu mematuhi ALLAH dan rasulNya, barulah pemerintah tersebut boleh dipatuhi.

Oleh itu ingatlah bahawa undi anda memberikan dua kesan, samada menjamin Islam yang lengkap dapat dilaksanakan, ataupun undi anda sedar atau tidak sedang menentang keinginan melaksanakan Islam.
BAGAIMANA INGIN SELAMAT DARI FITNAH
Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.
(Cara Penyelesaiannya ialah) Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
Hadis riwayat : Abu Daud dan Tirmizi
HARI KIAMAT HAMPIR TIBA

Rabu, Februari 13, 2008
PEMBUBARAN PARLIMEN
Hari ini telah terjawap desas desus tarikh pembubaran parlimen apabila PM mengistiharkan tengah hari tadi. Pengistiharan ini menjelaskan spekulasi yang dibuat oleh banyak pihak selama ini.
Setiap warganegara bertanggungjawap untuk mengundi pemimpin yang mereka sukai. Nasihat kepada semua pengundi, beringat-ingatlah bahawa setiap perbuatan tangan kita itu akan disaksikan oleh ALLAH. Apa yang kita pilih, apa yang kita pangkah akan ditanya di padang Mahsyar.
Kalaulah masalah buang air kecil yang tidak sempurnapun akan ditanya, malah ada yang diazab dalam kubur kerana masalah tersebut, ini kan pula pilihanraya yang menentukan hala tuju negara samada mahu menuju kepada Keredhaan ALLAH, atau sebaliknya....maka sudah tentu lebih-lebih lagi akan ditanya dan dihitung.
Beringat-ingatlah supaya apa yang kita pilih mampu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa sekarang. Cara untuk menyelesaikan masalah ialah kembali kepada ALLAH dan RasulNYA, oleh itu pilihlah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat. Saya kira rakan-rakan semua telah mengetahui pilihan dan telah menentukan pilihan masing-masing.
Sekian shja.
Rabu, Februari 06, 2008
NI'MAT ALLAH TA'ALA
Semalam saya sempat hadir di majlis kuliah di Surau Gombak Tengah, Taman Hamonis. Memang di sini saya akan datang sebulan sekali, setiap selasa pertama. Kitab yang saya gunakan ialah PENAWAR BAGI HATI.
Semasa sedang bincang tentang topik Ni'mat Syukur, datang suatu idea tentang betapa ALLAH memberikan ni'mat yang amat banyak untuk kita. COntoh ni'mat ialah 'NI'MAT ISTERI', kerana adanya isteri kita terhindar dari dosa zina. Tidakkah itu suatu ni'mat yang tidak terhingga nilainya yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita selama ini? Juga kerana ada kerja yang halal yang juga ni'mat yang hebat dari ALLAH, tidak kerja itu menghindarkan kita dari dosa mencuri, menyamun, menipu dan lain-lain lagi. Sama-samalah kita fikirkan.
Khamis, Januari 24, 2008
DAJJAL SUDAH KELUAR?
Semasa saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau SPPK, Segambut, jemaah surau telah memberi saya tengok satu kitab berjudul "DAJJAL SUDAH MUNCUL DARI KHURASAN", ditulis oleh Abuy Fatiah Al Adnani.
Buku ini ditulis kerana menjawab kepada isu seorang lelaki yang bergelar "Sai Baba" di India yang berjaya mengeluarkan gandum dari jari jemarinya, sehingga boleh menjadikan bukit gandum.
Banyak kupasan yang diberikan tentang kaitan lelaki ini dengan Dajjal sebenarnya. Di antara ungkapan terakhir buku ini yang cuba memberikan kita penjelasan tentang kaitannya, katan penulisnya "Jika Sai Baba berumur panjang hingga datangnya Al Mahdi, kemudian matanya dibutakan oleh Allah dan dijadikan tulisan ka fa ra di dahinya, lalu ia keluar dari Khurasan bersama 70,000 yahudi Asbahan yg berpakaian tak brjahit, kemudian memasuki wilayah Kullah dan merusak di kanan dan kiri, kemudian masuk di depan Madinah dan menghentak-hentakkan kakinya, lalu dengan peristiwa itu semua penduru Madinah yang munafik keluar untuk mendatangai dirinya, maka dapat dipastikan bahawa Sai Baba itulah Dajjal yang dijanjikan."
Inilah ungkapan penulisnya.......semoga kita mendapat bimbingan dari hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku tersebut, Insya ALLAH saya akan keluarkan satu persatu hadisnya. Sila dapatkan buku tersebut untuk terus mengetahui maklumat2 penting mengenai Dajjal.
Sekian terima kasih.
Akhukum fiLLAH
Selasa, Januari 15, 2008
3 MANUSIA YG MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH
Tiga golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah arasy-Nya pada hari tiada lindungan melainkan lindungan-Nya sahaja, iaiatu :
(1) Orang yang berwudhuk ketika kepayahan;
(2) Orang yang berjalan ke rumah-rumah ALLAH ketika gelap;
(3) Orang yang memberikan makan kepada orang-orang yang kelaparan.
Ahad, Januari 13, 2008
KITAH BAHRUL MAZI
Bermula bulan januari 08, saya akan mula mengajar di Masjid Al Imam Termizi di Taman Sri Manja, Highway NPE. Kitab yang saya pilih ialah jilid pertama "Bahrul Mazi" terjemahan rumi dari jawi (teks asal).
Kuliah maghrib saya di Masjid tersebut ialah pada Selasa minggu ke 2 dan kuliah subuh sabtu minggu ke 4. Memang amat teruja bila kitab syeikh Marbawi ini saya gunakan, terasa akan keberkatan yang mengalir masuk melalui sentuhan setiap topiknya.
Semoga ALLAH menambah ilmu yang bermanafaat untuk kita semua Isya ALLAH. Topik yang dibincang ialah tentang hadis "segala sesuatu dengan niat .....", amat menarik perbincangannya. Sekianlah dimaklumkan terima kasih.
KITAB TAFSIR SURAH AL MULK

Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang suka membaca, saya mencadangkan satu buku berjudul TAFSIR SURAH AL MULK. Karangan Ustaz Syahril Azman Al Hafiz, Mudir Tahfiz rahimah di Jengka Pusat. Banyak keistimewaan kitab kecil ini, antaranya kelebihan surah Al Mulk, kisah-kisah menarik yang diselit-selit melalui tafsiran ayatnya, penjelasan yang rengkas dan padat, menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami, hadis-hadis sohih dimasukkan untuk menjelaskan dan menguatkan pandangan-pandangannya, dan banyak lagi.
Melihatkan kitabnya, kalau dibayar dengan seribu ringgitpun tidak mampu terbayar akan banyaknya ilmu di dalamnya.
Sila berhubung dengan saya untuk Ustaz Shukri Harun 019 6683601 untuk mendapatkannya dengan harga RM10.00 sahaja.
Sekian terima kasih.
Khamis, Januari 10, 2008
KHASIAT AIR GAU

Menyusuli Hijrah Rasul..........
Hari ini ini kita mengenangi lagi Hijrah baginda Sollahu 'alaihi wasallam. Entah ke berapapun tak tahulah......tapi kita seringkali lupa jasa baginda yang amat besar itu. Juga jasa sahabat-sahabat baginda yang begitu cemerlang. Antaranya Saidinia Ali yang sanggup berkorban nyawa bagi menggantikan rasulullah di tempat tidurnya.
Saya teringat bagaimana keadaan Saidina Bilal bin Rabah, beliau demam-demam beberpa hari bila sampai di Madinah al Munawwarah kerana rindukan tanah Mekah, perkara ini telah saya dapatkan dari satu nukilan Ulama dalam kitab Kisah Para Sahabat.
Pagi tadi saya sempat memenuhi satu undangan Kuliah Subuh di Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya. Agak ramai juga jemaah yang datang, termasuk muslimat. Pengisian yang saya buat lebih kurang satu jam 10 minit, alhamdulillah bagi saya, cukup berpuas hati kerana dapat menjelaskan perihal hijrah yang terlalu besar dan penting untuk diingati setiap mukminin dan mukminat.
Hijrah juga mengajar kita supaya sentiasa ikhlas dalam segala perbuatan dan amalan kita, ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah yang bermaksud "segala perbuatan dengan niat.....". Dalam kisah yang begitu hebat itu, sempat juga niat menjadi suatu topik sampingan yang dititipkan kepada umatnya.
Juga dalam kisah hijrah nabi ini, mengingatkan kita bahawa jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan dunia yang antaranya ialah fitnah wanita, kerana ada seorang sahabat yang berhijrah kerana mengikuti tunangnya yang turut berhijrah. Kita di ajar jangan alihkan niat kita yang sepatutnya hanya kepada ALLAH kepada sesuatu lebih rendah nilainya seperti harta benda dunia dan wanita.
Hijrah juga memperlihatkan suatu perkara yang paling penting, iaitu dengan Hijrah Islam kekal di atas muka bumi, dan dengan hijrah kita semua ditakdirkan menganut Islam, umat melayu menganut Islam hasil dari seruan pedagang-pedagang gujerat yang bermula dari yaman, dan yaman adalah tempat yang menjadi tempat da'wah Rasulullah selepas bertapaknya Islam di Madinah Al Munawwarah.
Semoga kita sama-sama mendapat peringatan. Wassalam.
Khamis, Disember 27, 2007
Pengembaraan ILMU 3
Untuk siri kali ini, saya nak perkenalkan sahabat-sahabat saya ketika belajar di Jordan. Kami semuanya sembilan orang. Saya sendiri, Ustaz Harun Sulaiman sekarang Pengetua Sekolah Agama di Lalang Pepuyu Kelantan, Dr Adnan sekarang orang kuat KUIS, Dr Khairul Anuar sekarang Pensyarah UPM, Ust Fadli tak dapat dikesan kemana, Ust Wan Aziz guru di Johor, Ust Nik Rahim guru di Darul Anuar Kelantan, 2 orang lagi tak ingat. Semuanya sekarang mempunyai kerjaya masing-masing. Saya mengharapkan agar rakan-rakan saya yang membaca blogspot saya ini menghubungi saya. Nanti kita kongsi lagi ......
Selasa, Disember 25, 2007
Pengembaraan ILMU 2
Untuk siri kali ini, saya nak kongsi tentang senarai guru-guru saya di Jordan. Untuk makluman semua, sesampai saya di Jordan dalam bulan September 1997, tempat penginapan kami ialah di satu pekan bernama 'SUWEILEH", terletak dalam 2 KM dari Universiti Jordan, jauh dari bandar Amman lebih kurang 8 KM. Sewaktu pertama kali sampai di Suwaileh kami menemui 3 orang malaysia yang telah lama belajar di situ.
Guru berbangsa arab yang pertama kami temui ialah Syeikh Dr Solah Abdul Fatah Al Kholidi, orangnya warak, amat mengambil berat tentang kami. Kitab pertama yang kami belajar dengannya ialah Tafsir Kalbi.
Kumpulan kami seramai 9 orang, semuanya mempunyai latar belakang Bahasa Arab melainkan saya sahaja. Dr. Solah tetap menyuruh kami membaca, bila saya baca ramai yang tersipu-sipu kerana banyak sangat salah, tetapi Dr. Solah tetap menyuruh saya baca, memang dia cukup sabar dalam mengajar kami. Di raut mukanya ternampak akan keikhlasan beliau, payah nak carai guru macam ni. Beliau juga mendapatkan seorang guru untuk mengajar bacaan Al Quran.
Syeikh Solah ini amat meminati As Syahid Syed Qutb. Thesis PHD beliau berasaskan kitab Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb ketika dalam penjara. Banyak juga buku-buku yang beliau karang, antaranya "Kisah-kisah umat terdahulu dalam 3 jilid", buku ini amat saya minati dan sering menjadi rujukan ketika membentangkan kisah-kisah nabi-nabi di kuliah-kuliah saya di Selangor dan Kuala Lumpur, juga buku beliau berjudul "taswibat fi ilmi quran", juga memberikan suatu suntikan hebat kepada ilmu al quran.
Pernah satut ketika, bila kami menyewa rumah di Suwaileh, agak hampir dengan Masjid Abdur Rahman bin Auf, tempat beliau bertugas sebagai imam. Penyewa rumah itu menipu kami, deposit dia ambil tetapi akhir menghalau kami tanpa mengembalikan wang deposit, Syeikh Solah menemui tuan rumah itu sendiri, akhir tuan rumah itu mengembalikan wang deposit. Syeikh Solah cukup mengambil berat pada kami. Bilangan kami ketika itu 9 orang.
Kita sambung dalam pengembaran ilmu yang lain pula.