Selasa, Ogos 11, 2015

KISAH BALA YANG DIKENAKAN KEPADA KAUM AAD KAUM NABI HUD ALAIHISSALAM

Kisah kaum Nabi Hud alaihissalam yang ditimpa bala oleh Allah Azzawajalla sangat hebat sehingga memecah gegendang telingan bila terdengar perkhabaran tentangnya. Ayat berkaitan dengan bala ini ialah dari surah al Ahqaf pada ayat 24 :

Awan tebal yang berarak merupakan permulaan azab kepada kaum Aad. Mereka berada dalam keadaan kemarau yang agak lama. Oleh itu, mereka sangat memerlukan hujan bagi mengairi semula ladang-ladang mereka. Disebabkan itulah mereka menyangka apabila awan hitam datang, hujan yang mereka perlukan telah datang, padahal yang datang 
itu bukannya hujan rahmat tetapi adalah hujan bala, sebagaimana dalam firman Allah pada ayat 24 surah Al Ahqaf.
Pernyataan Allah ini sebenarnya adalah jawapan kepada kesombongan kaum Aad yang pernah berkata "Bawalah azab kepada kami, kalau kamu wahai Hud adalah dari kalangan orang benar!". Ucapan sombong ini adalah punca dan titik mula kebinasaan mereka.

Al Imam Ahmad bin Ishak mengatakan, apabila kaum Aad menolak seruan atau dakwah Nabi Hud alahissalam, Allah menahan hujan dari turun selama 3 tahun berturut-turut, sehingga kehidupan mereka menjadi kacau bilau dengan suasana kering kontang yang menimpa bumi tempat kediaman mereka.
Mereka cuba menyelesaikan masalah kemarau ini dengan menghutuskan 70 orang dari kalangan mereka ke Tanah Haram dengan tujuan berdoa memohon hujan. Ketika itu Tanah Haram didiami oleh kaum atau bangsa Mamaliq, pemimpin Mamaliq bernama Mu'awiyah bin Bakr, beliau berasal dari keturunan Aad melalui aliran ibunya.

Berbalik kepada 70 orang tadi, apabila menghampiri Mekah mereka bertemu dengan Mu'awiyah, mereka telah berbuat jahat selama 30 hari atau sebulan dengan berpesta dengan minum arak sambil bergelak ketawa dan tarian dengan memukul gendang. Bagai memudahkan mereka berpesta ini, mereka menutup mulut Muawiyah dengan menghiburkannya dengan wanita-wanita cantik. Mereka telah lupa tujuan mereka ke bumi Mekah, mereka berpoya-poya sambil bergembira sedang bumi Aad kering kontang memerlukan air, doa mereka diperlukan.

Keadaan ini menyebabkan kaum Mu'awiyah marah dan ingin mengusir 70 orang kaum Aad ini dari bumi mereka,  Mu'awiyah cuba mengingatkan Kaum Aad tentang tujuan asal kedatangan mereka ke Mekah dengan syairnya :

kenapa engkau tidur di tengah hari
bangunlah, sambil merenung
barangkali Allah akan menghapus dukacita kita
lalu menyirami bumi Aad
Aad benar-benar telah gila
ucapannya tidak dapat dimengertikan
akibat dahaga yang mencekik
kami tidak punya harapan kepada pemimpin besar kami
bukan pula kepada sorang pembantu
kaum wanita mereka asalnya baik
sekarang jadi gila
binatang buas mendatangi mereka
tanpa takut ancaman lembing
sementara itu kamu di sana
bersuka cita sepanjang hari dan malam
teruk amat utusanmu sebgai utusan bangsa
mereka tanpa memperoleh ucapan salam dan selamat

apabila mendengar akan peringat berbentuk syair ini, kaum Aad mula ingat kembali tujuan kedatangan mereka. Mereka meninggalkan tempat pesta itu dan menuju ke Mekah. Apabila sampai di Ka'abah mereka terus berdoa meminta hujan dari Allah, mereka dipimpin oleh Aail bin 'Unuz. Setelah selesai berdoa, Allah mengirimkan awan berwarna-warni, sebahagian berwarna putih, merah dan sebahagian lagi berwarna hitam. Selepas itu kedengaran satu seruan"pilihlah awan mana yang kamu suka untuk kaummu dari tiga warna awan ini.

Qail bin 'Unuz berpandangan bahawa awan berwarna hitamlah yang berisi air yang banyak, lalu dia memilih awan berwarna hitam. Terdengar pula seruan sabaik sahaja Qail membuat pilihannya, kata seruan itu "engkau telah memilih kehancuran seluruhnya, tiada yang akan selamat orang tua atau kanak-kanak, semua akan binasa kecuali Bani al Luziyah!". 

Lalu Allah mengarahkan awan hitam menuju kepada kaum Aad, di dalamnya terdapat penyakit dan seksaan, dengan arahan dari PENCIPTAnya, awan awan terus berkumpul dan menebal, kaum Ad yang mendiami lembah al Mughaith keluar dari kediaman mereka apabila melihat awan tebal mendatangi mereka, mereka menyangkakan bahawa awan hitam dan tebal itu akan memberikan hujan kepada mereka, lalu Allah menjelaskan :
46:24
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; - 24 & 25 al Ahqaf

Manusia pertama yang perasan dengan isi kandungan awan ini ialah seorang perempuan Kaum Aad bernama Mahdu, dia sedar awan ini adalah sangat awan yang membawa bala yang dahsyat, katanya "Aku melihat gumpalan angin yang menyerupai bola api raksasa, di hadapannya berdiri seorang lelaki lagaknya seperti panglima.

Gumpalan angin itu diperintah Allah menghentam mereka selama 7 malam 8 hari sebagaimana firman Allah Ta'ala :69:7
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. 

Ketika berlakunya serangan bala Allah itu, Nabi Hud alaihissalam dan orang mukmin beredar dari tempat tersebut menuju ke Hazhirah. Semuanya selamat dari bencana atau bala itu.

Kesan buruk yang berlaku ialah radang kulit dan sesak nafas pada peringkat permulaan kemudian hilang, selepas itu ribut taufan dengan angin panas yang kencang menimpa mereka bertalu-talu hingga memusnahkan keseluruhan penduduk itu. 

Ambil pengarajan dari kisah ini, jika manusia terlalu sombong sehingga mencabar Allah Ta'ala, maka sudah pasti mereka akan dibinasakan.

Jumaat, Ogos 07, 2015

5 LEBIH MENJADI 5 YANG LEBIH BURUK



عن يحيى بن معاذ الرازي مَنْ كَثُرَ شَبْعُهُ كَثُرَ لَحْمُهُ ومن كَثُرَ لحمُهُ كَثُرَتْ شهوَتَه ومن كَثُرَتْ شهوتَهُ كَثُرَتْ ذُنُوْبُهُ ومن كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ قَسَا قَلْبُهُ ومن قَسَا قَلبُهُ غَرَقَ في آفَاْتِ الدُّنيا وزِيْنَتِها
Yahya Ar Razi berkata : (1) Barang siapa banyak kenyangnya, maka banyak dagingnya, (2) barang siapa banyak dagingnya, maka besar syahwatnya (nafsu kelaminnya), (3) barang siapa besar nafsu kelaminnya, maka banyak dosanya, (4) barang siapa banyak dosanya, maka keras hatinya, dan (5) barang siapa yang keras hatinya maka ia tenggelam dalam lautan bahaya dan kemewahan dunia.

Isnin, Ogos 03, 2015

Kisah Ibrahim B Adham Dengan Pencari Unta & Manusia Hodoh

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?” 
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz

Jumaat, Julai 03, 2015

5 YANG KU LIHAT 5 LEBIH BAIK



قال عمرُ رضي الله عنه رأيتُ جميعَ الأخلاءِ فلم أر خليلا أفضلَ من حفظِ اللسان  ورأيتُ جميعَ اللباسِ فلم أر لباسا أفضلَ من الورع  ورأيتُ جميعَ المال ِ فلم أر مالا أفضلَ من القناعة  ورأيتُ جميعَ البر فلم أر بِرّاً أفضلَ منَ النصيحة  ورأيتُ جميعَ الأطعمة فلم أر طعاما الذَّ من الصبر
Kata Umar ra, (1) aku melihat semua teman tetapi tiada teman yang lebih baik dari memelihara lisan, (2) aku memerhatikan semua pakaian, tetapi aku tidak melihat pakaian yang lebih baik dari wara’, (3) aku melihat semua harta tetapi aku tidak melihat yang lebih utama kecuali hidup qana’ah, (4) aku melihat semua kebaikan, tetapi aku tidak melihat lebih utama dari nasihat dan (5) aku melihat semua makanan tetapi aku tidak melihat makanan yang lebih lazat dari sabar.

PERBEZAAN TAUBAT DENGAN ISTIGHFAR

Taubat : dengan pengertian di atas, taubat terdiri dari 3 unsur yang kemudian dikenal dengan isitilah syarat taubat:
  1. Menyesal atas dosa yang dilakukannya di saat ini atau di masa lalu.
  2. Menghindarkan diri (sekarang juga) dari perbuatan itu dengan dasar apa yang dilakukannya adalah perbuatan maksiat atau pengingkaran kepada Allah. Penghindaran yang dilakukan pelaku dosa dengan alasan perbuatan itu membahayakan kesehatan dan merugikannya secara finansial tidak dinilai sebagai taubat.
  3. Komitmen meninggalkan perbuatan dosa di masa mendatang.
Istighfar:
  1. Permohonan ini mencakup dua hal :
    1. Permohonan agar Allah tidak membalas dosanya di dunia
    2. Permohonan agar dihindarkan dari kesan perbuatan dosa, yaitu siksa
  2. Istighfar terdiri dari istighfar secara lisan dan istighfar dalam bentuk perbuatan. Biasanya, ketika disebut kata istighfar, masyarakat muslim memahaminya dengan istighfar secara lisan. Tulisan-tulisan yang berkaitan juga biasanya berbicara tentang istighfar dengan mengutarakan redaksi-redaksi istighfar yang notabenenya adalah istighfar secara lisan.
  3. Istighfar dalam bentuk perbuatan (thalabul maghfirah bil fa'aal) dipraktik dengan Taubat.
Hubungan Taubat dengan Istighfar
  1. Taubat (dalam pengertian di atas) sudah mencakup Istighfar, tepatnya istighfar dalam bentuk perbuatan baik (thalabul maghfirah bil fa'aal).
  2. Istighfar (dengan lisan atau bil maqaal) dapat wujud tanpa Taubat mengingat istighfar kategori ini adalah sekedar permohonan ampun secara lisan.
  3. Meskipun seperti dijelaskan dalam isi yang ke 2, hubungan taubat dan istighfar adalah hubungan korelasi (talaazum) sehingga tidak dapat dipisahkan, tentunya jika pelaku dosa memang benar-benar menginginkan dosa terhapus. (Lihat beberapa ayat dan hadis di atas)
  4. Berdasarkan poin 3 maka ayat atau hadis yang secara redaksional hanya menyinggung istighfar sudah mencakup makna perintah taubat di dalamnya. Demikian yang diungkapkan oleh Ibnul Qayyim. (Lihat Al Mawsuu'ah Al Fiqhiyyah, entri kata Tawbah). Contoh : surat Nuh ayat 10

TIADA DIBERI 5 MELAINKAN DISEDIAKAN 5 YANG LAIN



قال النبي صلى الله عليه وسلم
لا يعطي اللهُ لأحدٍ خمسا إلا وقدْ اَعدَّ له خمسا أُخرى : لا يعطيهِ الشُّكرَ إلا وقد أعَدَّ له الزِّيادةَ  ولا يعطيهِ الإستغفارَ إلا وقد أعَدَّ له الغُفرانَ ولا يعطيه التوبةَ إلا وقد أعَدَّ له القَبولَ و لا يعطيه الصدقةَ إلا وقد أعَدَّ له التَّقَبُّلَ
Bersabda Nabi sollahu alaihi wasallam : Allah tidak berikan 5 hal kepada seseorang kekcuali Allah sediakan 5 yang lain : (1)   Allah berikan kesempatan untuk syukur, kecuali Dia telah sediakan tambahan. (2) Allah tidak memberikan kesempatan untuk berdoa, kecuali Dia telah menyediakan pintu ijabah. (3) Allah tidak memberi kesempatan untuk beristighfar, kecuali Dia telah menyediakan pintu maut. (4) Allah tidak memberi kesempatan untuk bertaubat kecuala Dia telah menyediakan pintu qabul (penerimaan taubat)(5) Tidak memberikan seseorang akan sedekah melainkan diterima oleh Allah Ta'ala.

Khamis, Julai 02, 2015

6 KETAKUTAN YANG MENGGANGGU ORANG MUKMIN

وقال - رضي الله عنه -: إن المؤمن في خمسة أنواع من الخوف؛
Usman rodhiyalLahu ‘anhu berkata, hendaknya seseorang mukmin merasa bimbang kepada 6 keadaan :
أحدها من قبل الله تعالى أن يأخذ منه الإيمان،
Pertama : Takut kepada Allah Ta’ala kalau-kalau mencabut imannya
والثاني من قبل الحفظة أن يكتبوا عليه ما يفتضح به يوم القيامة،
Kedua : Takut kepada malaikat hafazoh, kalau-kalau mereka menuliskan sesuatu yang memalukan pada hari kiamatnya.
والثالث من قبل الشيطان أن يبطل عمله،
Ketiga : Takut kepada syaitan kalau-kalau dia merosakkan pahala amalannya.
والرابع من قبل ملك الموت أن يأخذه في غفلة بغتة،
Keempat : Takutkan malaikatul maut (Izrai’) mencabut nyawanya ketika diada dalam keadaan lalai.
والخامس من قبل الدنيا أن يغتر بها وتشغله عن الآخرة
Kelima : Takut kepada dunia kalau-kalau dunia membuat dia terlena
والسادس من قِبَلِ الأهلِ العيَالِ أن يَشْتَغلَّ فيُشْغِلُونهُ عن ذِكرِ الله تعالى
Keenam : Takut kepada keluarga sendiri kalau-kalau dia menyibukkan mereka dan mereka menyibukkannya, sehingga mereka lupa akan mengingati Allah.