Sabtu, September 13, 2014

SEJARAH PEMBINAAN KA'ABAH




Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t. telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilinginya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ”Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia.
Tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan untuk manusia ialah Kaabah. Ini berdasarkan hadis Abi Zar al-Ghifari r.a., ketika beliau bertanya Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina?” Jawab Rasulullah” “Masjidilharam.” Kemudian beliau bertanya lagi: “Selepas itu?” Jawab Rasulullah: “Masjidil Aqsa.” Beliau bertanya: “Berapakah jarak masa antara kedua-duanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Empat puluh tahun.”
Maksud “jarak masa 40 tahun” ialah jarak di antara pembinaan tapak asas kedua-duanya. Ini menunjukkan bahawa orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Kaabah bukan Nabi Ibrahim a.s. dan orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Baitul Maqdis bukan Nabi Sulaiman a.s.
Hal itu kerana jarak masa antara kedua-duanya adalah lebih daripada seribu tahun. Mereka berdua ialah orang yang memperbaharui binaan kedua-duanya, wallahu a’lam.
Tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah pembinaan kaabah dan Masjidilharam. Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah s.w.t. menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.
Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa nabi s.a.w. telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. yang mengharamkan Makkah pada hari penciptaan langit dan bumi.”
Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Haram jika tidak kerana kewujudan Kaabah padanya.
Perkara yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama ialah penentuan siapakah orang yang pertama membinanya, khasnya binaan sebelum Nabi Ibrahim a.s. Walaupun ia disebut oleh ahli-ahli sejarah tetapi riwayat tersebut memerlukan penelitian dan kajian yang terperinci untuk menentukan kesahihannya.
Menurut riwayat Abu al-Walid al-Azraqi r.h. dalam kitabnya Akhbar Makkah, Ka’ab al-Ahbar telah berkata bahawa Kaabah ialah buih yang terapung di atas air selama empat puluh tahun sebelum Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi dan daripadanya dihamparkan kejadian bumi.
Mujahid r.hm.: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tapak rumah ini (Kaabah) 2000 tahun sebelum dijadikan bumi dan asas (tapak) binaannya berada di lapisan bumi yang ketujuh.
Pembinaan Kaabah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan ini sebahagiannya telah sabit dengan dalil yang terang dan jelas dan sebahagiannya pula hanya berdasarkan catatan ahli sejarah. Berikut akan disebut secara ringkas mengenai sejarah pembinaan Kaabah.
Pertama: Binaan Malaikat
Al-Azraqi meriwayatkan kepada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain r.hm., beliau berkata bahawa Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat: “Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.” Kemudian para malaikat bertanya: “Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?”
Setelah itu mereka berasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah s.w.t., lalu mereka bertawaf di sekililing Arasy untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu Bait al-Ma’mur dan Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy. Kemudian Allah s.w.t. telah mengutus para malaikat supaya membina baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait al-Ma’mur.
Kedua: Binaan Nabi Adam a.s.
Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa beliau berkata: “Semasa Adam a.s. diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata: “Wahai Tuhan, mengapa aku tidak mendengar lagi suara malaikat?” Allah s.wt. berfirman: ‘Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam.’ Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilingi Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.
Bumi telah dikecilkan oleh Allah dan tempoh perjalanannya menjadi pendek. Setiap tempat dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai di Makkah, malaikat Jibrail a.s. memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk dibina Kaabah. Bahan binaannya terdiri daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Juudi dan Hira’. Sementara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam.
Kata Ibn Abbas: “Adam ialah manusia pertama yang mengasaskan al-Bait (Kaabah). Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ.”
Imam al-Syafi’i r.hm. meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi katanya: “Sewaktu Adam a.s. menunaikan fardu haji, baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya “Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.”
Ketiga: Binaan Syith bin Adam
Binaan ketiga oleh Syith ialah selepas hilangnya kesan binaan Adam a.s. Al-Azraqi telah meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa beliau berkata apabila diangkatkan khemah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Adam a.s. daripada perhiasan syurga untuk diletakkan di tapak Baitullah di Makkah selepas wafatnya Adam a.s., anak-anaknya pun membina di tempat itu sebuah rumah daripada tanah dan batu. Mereka dan generasi-generasi seterusnya sentiasa memakmurkan rumah itu sehinggalah ia musnah dalam banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. Apabila tiba zaman Nabi Ibrahim a.s., Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda supaya membina semula rumah itu.
Perhatian: Tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini. Kata Syeikh Husain Ba Salamah r.hm., telah datang beberapa riwayat daripada sahabat dan tabiin tentang binaan Kaabah oleh malaikat, Adam dan Syith. Semuanya menyebut tentang peristiwa yang berlaku tanpa menyatakan sumber riwayat tersebut sama ada ia daripada Nabi s.a.w. atau Bani Israil (ahli kitab).
Oleh itu, ramai ulama tafsir berpegang dengannya serta mencatatkan dalam kitab tafsir mereka kecuali al-Hafiz Imaduddin ibn kathir r.hm.. Beliau telah mengkritiknya dan menyatakan bahawa riwayat tersebut sumbernya daripada bani Israil (al-Israiliyyat).
Keempat: Binaan Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s.
Binaan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Ismail a.s. telah di ceritakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan ingatlah, ketika Kami (Allah) menyediakan kepada Ibrahim tempat Baitullah (dengan mengatakan) janganlah engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun dan sucikanlah RumahKu ini untuk orang yang tawaf dan orang yang beribadat dan orang yang rukuk dan sujud.
Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. ialah berdasarkan perintah daripada Allah s.w.t., iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim a.s. datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail a.s. di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail a.s. telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia.
Sewaktu Nabi Ibrahim a.s. tiba, anaknya ismail a.s. sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim a.s. memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: “Wahai ismail! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.” Ismail mewnjawab: “Taatlah perintah Allah itu.” Lalu bapanya berkata lagi: “Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.” Ismail berkata: “Di manakah tempatnya?” Nabi Ibrahim a.s. menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)
Maqam Ibrahim
Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah dengan dibantu oleh anaknya nabi Ismail a.s. yang membawa batu di atas tengkuknya dan menghulurkannya kepada bapanya. Setelah binaan tersebut semakin tinggi, Nabi Ibrahim a.s. tidak sampai untuk membinanya, lalu Nabi Ismail a.s. mendekatkan batu kepadanya lantas Nabi Ibrahim a.s. berdiri di atas batu tersebut dan meneruskan pembinaannya. Batu itulah yang dikenali dengan nama Maqam Ibrahim yang ada sekarang.
Hajarulaswad
Apabila sampai di tapak Hajarulaswad, Nabi Ibrahim a.s. meminta agar ismail a.s. mengambil seketul batu yang boleh dijadikan sebagai tanda tempat permulaan tawaf. Tiba-tiba datang malaikat Jibrail membawa Hajarulaswad dari syurga atau dari Bukit Abi Qubais. Setelah Ismail datang, baginda terkejut lalu bertanya: “Dari mana bapa mendapat batu ini?” Jawab Nabi Ibrahim a.s.: “Jibrail yang membawanya kepadaku.”
Hijr ismail
Hijr ismail ialah sebuah lingkungan yang terletak di utara Kaabah. Bentuknya ialah separa bulatan. Hijr Ismail dijadikan oleh nabi Ibrahim a.s. sebagai sebuah bangsal tempat berteduh di tepi Kaabah dan ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail a.s.
Riwayat ini menunjukkan bahawa hijr Ismail tersebut tidak termasuk dalam binaan Kaabah, sebaliknya ia merupakan kandang yang terletak di luar daripadanya. Namun begitu, semasa kaum Quraisy membina Kaabah, mereka telah mengecilkannya di bahagian utara kerana kekurangan belanja. Mereka mengurangkan sebanyak enam hasta (3 meter) menurut riwayat yang sahih dan memasukkannya ke dalam Hjir Ismail.
Abdullah bin al-Zubair pada zaman pemerintahannya telah memasukkan kesemuanya ke dalam binaan Kaabah.
Walau bagaimanapun, apabila Hajjaj memerintah beliau telah membinanya semula menurut binaan Quraisy dan demikianlah keadaannya hingga sekarang.
Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijr kerana ia termasuk dalam Kaabah dan sesiapa yang inigin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh melakukan solat di dalam Hijr kerana sebahagian daripadanya ialah Kaabah.
Kata Sayidatina Aishah r.ha: “Suatu hari, saya ingin memasuk kaabah untuk bersolat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. pun memegang tangan saya lalu membawa saya masuk ke dalam Hijr dan bersabda (maksudnya):
“Solatlah dalam Hijr ini kalau kamu mahu masuk ke dalam Kaabah kerana ialah sebahagian daripada Kaabah, tetapi kaummu (Quraisy) kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya daripada binaan Kaabah.”
Berkata Abdullah bin Abbas r.a.: “Bersolatlah ditempat solat orang yang terpilih dan minumlah minuman orang yang baik.” Orang ramai bertanya Ibn Abas: “Dimanakah tempat solat itu?” Jawabnya: “Di bawah Mizab (saluran emas).” “Dan apakah minuman itu?” Jawabnya: “Air zamzam.”
Ukuran binaan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. adalah seperti berikut: Tingginya ialah Sembilan hasta, panjang bahagian pintunya tiga puluh hasta, panjang bahagian belakangnya (Rukun Iraqi) ialah tiga puluh satu hasta, panjang bahagian saluran emas ialah dua puluh dua hasta dan panjang Rukun Yamani ialah dua puluh hasta. Tapaknya terletak di atas bumi dan ia tidak berpintu.
Setelah selesai membina Kaabah, malaikat Jibrail a.s. memperlihatkan Nabi Ibrahim a.s. tempat manasik (ibadat haji). Kemudian, Allah s.w.t. memerintahkan agar nabi Ibrahim a.s. menyeru manusia supaya datang mengerjakan haji. Nabi Ibrahim a.s. menjawab: “Suaraku tidak sampai kepada mereka.” Allah s.w.t. berfirman: “Tugas engkau ialah menyeru dan Kami akan menyampaikannya.” Maka Nabi Ibrahim a.s. pun naik ke atas Maqam dan menyeru: “Wahai manusia, Allah s.w.t. telah memfardukan ke atas kamu ibadat haji.” Maka semua yang berada di dalam sulbi lelaki dan rahim perempuan mendengarnya dan semua yang beriman serta mereka yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mengerjakan haji menjawab: “Labbaikallahumma Labbaik.”
Kelima: Al-Amaliq
Amaliq ialah satu suku kaum yang berasal dari Yaman. Setelah mereka mengetahui bahawa terdapat sumber air di makkah dan kabilah Jurhum telah berpindah ke Makkah, mereka turut berpindah ke Makkah dan tinggal di jiyad iaitu kawasan bahagian bawah Makkah (al-Masfalah). Setiap pedagang yang datang dari Yaman yang memasuki kawasan ini akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama al-Sumaida’ bin Hud bin Hadr bin Mazin. Kabilah ini sentiasa berperang dengan kabilah Jurhum. Setelah mereka mendapat kemenangan, hak menjaga Kaabah telah jatuh ke tangan mereka.
Sewaktu di bawah penjagaan mereka, telah berlaku kerosakan pada Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s., lalu mereka membaikinya mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s. tanpa sebarang tambahan.
Keenam: Jurhum
Jurhum ialah kabilah yang pertama datang menumpang air zamzam Siti hajar. Mereka berkampung di Bukit Qu’aiqi’an, iaitu bukit yang bertentangan dengan Bukti Abi Qubais atau istana al-Safa. Mereka menguasai kawasan atas Makkah (al-Ma’la). Setiap pedagang yang memasuki kawasan mereka akan dikenakan cukai 10 peratus.
Kabilah ini diketuai oleh al-Harith bin Mudhad. Beliau ialah orang pertama dari suku ini yang menjaga kaabah setelah menewaskan kabilah Amaliq. Pemerintahan mereka berterusan selama 300 tahun.
Semasa pemerintahan mereka, telah berlaku kejadian banjir di Makkah. Air memasuki kawasan Kaabah dari sebelah atas sehingga meruntuhkan setengah binaan Kaabah. Kemudian, Jurhum membinanya semula berdasarkan asas binaan Nabi Ibrahim a.s. tetapi mereka meninggikan sedikit binaannya dan menjadikan pintunya berdaun dua serta dikunci.
Lama kelamaan, kabilah Jurhum tidak lagi mengambil berat tentang kesucian Kaabah, sehingga berlaku beberapa kejadian maksiat yang tidak pernah terjadi sebelumnya.
Antaranya ialah perbuatan zina antara Asaf dan Nailah di dalam Kaabah. Allah s.w.t. telah menukarkan kedua-duanya kepada batu sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia. Kemudian kedua-duanya dikeluarkan dari Kaabah dan Asaf diletakkan di atas bukit Safa manakala Nailah di atas Marwah. Kemudain, kabilah Jurhum telah bertawaf di antara kedua-duanya.
Antara kejadian yang tidak baik ialah percubaan untuk mencuri harta yang dihadiahkan kepada Kaabah dan pelbagai kejahatan lain lagi.
Ketujuh: Qusai Datuk Nabi
Selepas Jurhum, Makkah dikuasai pula oleh kabilah Khuza’ah. Kemudian makkah diperintah oleh datuk Nabi s.a.w. iaitu Qusai bin Kilab. Pada masa pemerintahannya, beliau telah mengumpul harta yang halal dan meruntuhkan Kaabah untuk dibina semula dengan satu binaan baru yang tidak pernah dibuat oleh orang sebelumnya.
Tinggi binaannya berukuran berukuran 25 hasta dan ia mempunyai atap daripada batang kayu ‘Dum’ (seperti batang nibung dan besar seperti batang kelapa) yang kukuh dan pelapah tamar. Asasnya masih seperti binaan Nabi Ibrahim a.s.
Semasa pembinaan ini, Hajarulaswad telah hilang dan tidak ada sesiapa yang mengetahui tempat ia berada. Setelah disiasat, Qusai diberitahu tempat bahawa kabilah Iyad semasa dihalau keluar dari Makkah oleh anak-anak Mudhar bin izar telah mengambilnya dan menanamnya di salah sebuah bukit di Makkah.
Peristiwa ini disaksikan oleh seorang perempuan. Qusai lalu pergi berjumpa dengan perempuan tersebut dan merayu agar beliau menunjukkan tempat tersebut.
Akhirnya Hajarulaswad ditemui kembali lalu disimpan oleh Qusai selama turun-temurun sehinggalah ke zaman Quraisy.
Kata Imam al-Mawardi rahimahullah: “Qusai bin Kilab ialah orang pertama dalam kalangan Quraisy yang membina Kaabah selepas Nabi Ibrahim a.s. dan beliau juga merupakan orang yang pertama membina atap Kaabah.”
Perhatian: Berkata sesetengah ulama: Selepas daripada binaan Qusai inilah, Abdul Muttalib membina pula Kaabah iaitu sebelum pembinaan oleh Quraisy. Sekiranya maklumat ini benar, Abdul Muttalib bolehlah dianggap sekadar membaiki kerosakan yang berlaku pada binaan Qusai, wallahu a’lam.
Kelapan: Binaan Quraisy pada tahun 591M
Kaabah yang dibina, sekali lagi menghadapi kerosakan. Sebagaimana yang diceritakan, seorang perempuan telah menyalakan api untuk membakar kemenyan bagi mewangikan Kaabah. Tiba-tiba bara api yang dibakarnya telah tercampak atau terpercik mengenai kelambu Kaabah dan menyebabkan berlakunya kebakaran ke atas Kaabah yang menyebabkan binaannya menjadi tidak kuat lagi. Selepas itu, berlaku pula banjir yang melanda Kaabah yang menyebabkan berlaku keruntuhan pada sebahagian Kaabah.
Selepas berlakunya peristiwa itu, para pemimpin Quraisy telah bermesyuarat untuk membina semula Kaabah yang telah runtuh sebahagiannya. Kebetulan pada masa yang sama, sebuah kapal dagang kepunyaan saudagar Rom telah pecah di lautan Jeddah. Bersama mereka ada seorang tukang kayu yang mahir bernama Yaqum. Quraisy telah membeli kayu dari kapal tersebut untuk dijadikan binaan atap dan tiang Kaabah.
Pihak Quraisy telah berazam untuk meruntuhkan semua binaan yang tinggal dan membinanya semula dengan asas yang baru kerana asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. telah terlalu lama.
Menurut al-Sinjari jarak antara binaan Nabi Ibrahim a.s. dengan binaan Quraisy ialah 2645 tahun.
Di dalam Kaabah, terdapat sebuah telaga yang di dalamnya tersimpan harta-harta yang dihadiahkan kepada Kaabah. Dalam telaga itu, ada seekor ular berbisa yang berwarna hitam di atas belakangnya, putih di bawah perutnya dan berkepala seperti kepala seekor kambing.
Ular ini telah berada di situ selama lima ratus tahun iaitu sejak zaman Jurhum lagi. Ular tersebut bertindak sebagai pengawal harta Kaabah kerana banyak berlaku kecurian ke atas harta Kaabah pada waktu itu.
Ketika kaum Quraisy berada dalam ketakutan untuk meruntuhkan Kaabah, ular itu sentiasa keluar menzahirkan dirinya. Oleh itu, mereka pun berkumpul di Maqam Ibrahim dan salah seorang pemimpin Quraisy bernama al-Walid bin al-Mughirah telah menyampaikan khutbah kepada kaumnya.
“Bukankah kamu semua mahukan kebaikan untuk membina Kaabah,” Mereka menjawab: “ya!”
Kata al-Walid: “Allah tidak akan membinasakan orang yang ingin melakukan kebaikan. Tetapi ingatlah, jangan sekali-kali kamu memasukkan perbelanjaan untuk membina rumah Tuhan kamu ini kecuali harta yang baik hasil usaha kamu. Jangan kamu masukkan harta riba, judi, pelacuran dan semua yang tidak baik dari harta kamu kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima kecuali harta yang baik.”
Kemudian mereka pun berdoa: “Wahai Tuhan, sekiranya apa yang kami lakukan ini mendapat keredaan Engkau maka jauhkanlah ular ini daripada kami.”
Selepas itu datang seekor burung dari langit menuju kea rah ular yang sedang berada di atas dinding Kaabah dan menyambar kepalanya serta mencampaknya kearah kawasan Jiyad.
Namun, perasaan takut akan dimurka dan ditimpa azab oleh Allah s.w.t. masih menebal dalam diri mereka sehingga al-Walid sekali lagi berkata: “Aku akan mula meruntuhkannya. Aku telah tua. Sekiranya aku mati maka ia di sebabkan ajal yang sudah tiba.”
Beliau pun mengambil pemukul dan mula meruntuhkannya. Tetapi dengan tiba-tiba batu di bawah kakinya bergerak. Lantas beliau pun berdoa: “Wahai Tuhan, janganlah engkau menakuti kami, sesungguhnya kami ingin membaikinya dan kami tidak melakukannya kecuali untuk kebaikan.”
Kemudian beliau terus meruntuhkan Kaabah di bahagian dua rukun pada hari itu. Manakala orang lain hanya memerhatikan sahaja dan tidak menyertainya, bahkan mereka terus menunggu apakah akibat yang akan menimpa ke atas al-Walid pada hari itu.
Setelah tidak ada apa-apa yang berlaku, pada keesokan harinya ramailah yang bersama-sama meruntuhkan binaan Kaabah yang masih tinggal, sehingga sampai kepada asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. yang berupa sebuah batu besar yang berwarna hijau yang berbentuk bonggol-bonggol unta. Untuk mengangkat seketul batu tersebut, memerlukan 30 orang lelaki.
Al-Walid pun memasukkan cangkulnya di celah dua batu lalu menggoncangkannya hingga tercabut seketul batu dan dengan pantas Abu Wahab al-Makhzumi cuba mengambilnya tetapi batu itu terlepas dari tangannya dan terus kembali ke tempat asalnya.
Tiba-tiba suatu cahaya seperti kilat terpancar dari bawah batu tersebut dan bumi Makkah terus bergoncang. Mereka serta-merta berhenti memecahkan batu tersebut dan menjenguk ke bawahnya mereka dapati asas Kaabah terletak di situ.
Setelah itu, mereka pun mengumpulkan bahan binaan asal lalu mengeluarkan harta yang mereka kumpul untuk membina Kaabah tetapi ia tidak mencukupi untuk membiayai pembinaannya mengikut binaan asal.
Oleh itu mereka pun berbincang dan membuat keputusan akan membina mengikut kadar perbelanjaan yang mereka mampu dengan mengecilkan binaan asal Kaabah sepanjang enam hasta sejengkal (3 meter) di bahagian Hijr ismail. Ia ditanda dengan lingkungan separa bulatan supaya orang ramai melakukan tawaf di bahagian belakangnya sahaja. Tempat ini dikenali dengan nama “Hijr Ismail” atau “Hatim”.
Mereka menambah ketinggiannya sebanyak Sembilan hasta mkenjadi 18 hasta, dan membina siap dengan enam batang tiang. Pintunya pula dijadikan satu sahaja dan diangkat untuk menahan daripada dimasuki air ketika banjir dan untuk mengawalnya daripada dimasuki oleh orang yang mereka tidak sukai.
Semasa pembinaan ini, Rasulullah s.a.w. menyertainya dengan mengangkat batu bata untuk binaan Kaabah. Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. berumur 35 tahun. Setiap kabilah diberikan satu bahagian daripada penjuru Kaabah.
Apabila tiba masa untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula berbantah. Setiap kabilah mendakwa mereka lebih berhak meletakkannya sehingga sebahagiannya bersumpah untuk berperang sekiranya mereka tidak dapat meletakkannya.
Bani ‘Abd al-Dar telah membawa satu bekas darah dan mereka bersumpah bersama Bani ‘Adi akan mepertahankannya sehingga mati. Darah itu dinamakan “La’aqah al-Dam”. Puak Quraisy menangguhkan pembinaan selama empat atau lima hari. Kemudian mereka berkumpul di masjid dan bermesyuarat.
Orang yang paling tua dalam kalangan Quraisy iaitu Abu Umayyah Huzaifah bin al-Mughirah al-Makhzumi berkata: “Orang yang akan memustuskan perkara ini ialah orang yang pertama memasuki masjid dari pintu Bani Syaibah.” (Ia salah satu pintu Masjidilharam di kawasan rumah orang Quraisy, terletak di belakang Maqam Ibrahim. Untuk memperingatinya, pintu no.26 di sebelah tempat sa’i dinamakan dengan Bab Bani Syaibah).
Mereka pun bersetuju di atas perkara tersebut. Orang yang pertama memasuki pintu tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Setelah melihatnya mereka pun bersetuju untuk menjadikan Baginda hakim dan mereka memberitahu masalah tersebut kepada Nabi s.a.w. yang pada ketika itu berumur 35 tahun, dan terkenal dengan gelaran “al-Amin”.
Rasulullah s.a.w. mengambil sehelai kain dan meletakkan Hajarulaswad di atasnya. Kemudian Baginda mengarahkan setiap kabilah melantik seorang wakil untuk mengangkatnya hingga ke tempatnya. Lalu Rasulullah s.a.w. mengambilnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkan Hajarulaswad di tempatnya.
Dalam al-Rahiq al-Makhtum disebutkan: “Kaabah yang dibina oleh Quraisy adalah berbentuk empat persegi, tingginya 15 meter, lebar di bahagian Hajarulaswad dan yang bertentangan dengannya 10 meter. Hajarulaswad tingginya dari lantyai 1.50 meter, bahagian pintu dan yang bertentangan dengannya 12 meter. Tinggi pintunya dari lantai 2 meter, dilingkungi tapak bawahnya dengan binaannya dengan batu setinggi 0.25 meter dan lebarnya 0.30 meter dan dinamakan dengan Shazarwan, ia dari tapak asal (binaaan Nabi Ibrahim a.s.) tetapi Quraisy mengeluarkannya kerana kekurangan nafkah.”
Kesembilan: Binaan Abdullah bin al-Zubair r.a.
Pada tahun 64 Hijrah bersamaan dengan tahun 683 Masihi daripada Aishah r.ha. katanya: “Nabi s.a.w. telah bersabda kepadanya yang *bermaksud: “Wahai Aisyah! Kalaulah kerana kaummu (Quraisy) yang masih baru meninggalkan suasana jahiliah (kufur) nescaya aku akan mengarahkan supaya diruntuhkan Kaabah dan dibina semula dengan memasukkan bahagian yang telah dikeluarkan oleh Quraisy dan merendahkan binaan (pintunya) di atas tanah, mengadakan baginya dua pintu, satu di bahagian timur dan satu lagi di bahagian barat, binaannya menurut asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.”
Kata al-Bukhari: “Bersandarkan kepada hadis ini Ibn al-Zubair r.a. meruntuhkan Kaabah dan membinanya semula menurut apa yang dicita-citakan oleh Rasulullah s.a.w.
Setelah berlaku kepungan terhadap Abdullah bin al-Zubair serta pengikutnya di makkah, mereka telah berselindung di alam Masjidilharam. Tentera yang datang dari Syam di bawah pimpinan al-husain bin Numair telah menyerang mereka. Akibat daripada beberapa serangan tersebut, kebakaran telah berlaku lalu terkena Kaabah.
Terdapat pula riwayat yang mengatakan bahawa kebakaran itu berpunca daripada api yang dinyalakan oleh salah seorang dalam kalangan mereka yang sedang berlindung di dalam Masjidilharam.
Setelah Ibn al-Zubair r.a. bermesyuarat dengan beberapa orang sahabat tentang aabah, Abdullah bin Abbas r.a. mencadangkan agar dibaiki bahagian-bahagian yang rosak sahaja dan setelah beberapa hari selepas kejadian itu Ibn al-Zubair memustuskan untuk membina semula Kaabah berdasarkan haids Aishah. Lalu kaabah diruntuhkan dan beliau membinanya semula mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s.
Kesepuluh: Binaan al-Hajjaj, tahun 74H / 693M
Apabila Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi serta tenteranya mengakhiri kepungan terhadap Abdullah bin al-Zubair r.a. dan membunuhnya beliau mengutus surat kepada khalifah Abdul Malik bin Marwan memberitahunya bahawa Ibn al-Zubair telah menambah binaan Kaabah dengan memasukkan Hijr Ismail ke dalam binaan Kaabah dan mengadakan pintu kedua.
Seterusnya Hajjaj meminta izin daripada khalifah untuk mengembalikan Kaabah kepada binaan asal yang dibuat oleh Quraisy. Setelah mendengarnya, khalifah memberi persetujuan dengan cadangan tersebut, kerana pada sangkaannya Ibn al-Zubair telah menambahnya mengikut kemahuannya. Maka ditutupnya pintu kedua sebelah barat, diangkat pintu sebelah timur dan dikembalikan kedudukan Hijr Ismail.
Selepas itu, Abdul Malik bin Marwan bertemu dengan al-Harith bin Abdullah, lantas beliau memberitahu khalifah bahawa apa yang dibuat oleh Ibn al-Zubair ialah berdasarkan hadis yang didengarnya daripada ibu saudaranya Siti Aushah r.ha. Setelah mendengarnya, khalifah terdiam sejenak lalu berkata: “Kalaulah saya tahu hadis ini sebelum membina semula Kaabah sudah tentu saya tidak akan mengubahnya.”
Perhatian: Sewaktu pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, baginda telah bertanya kepada Imam Malik r.hm. tentang hasratnya untuk mengembalikan binaan Kaabah mengikut binaan Ibn al-Zubair r.a. kerana binaan tersebut bertepatan dengan hasrat Rasulullah s.a.w.
Jawab Imam Malik: “Saya berseru kepada Tuan Amirul Mukminin kerana Allah, jangan Tuan jadikan Baitullah ini sebagai permainan pemerintah. Setiap orang akan meruntuh dan membina mengikut kehendaknya, dengan itu akan hilang kehebatannya daripada hati-hati orang Mukmin, wabillahit taufiq.”
Kesebelas: Sultan Murad Khan 4, tahun 1040H / 1630M
Selepas binaan Hajjaj, Kaabah kekal dengan binaannya hinggalah zaman pemerintahan Sultan Murad 4, iaitu pada 19 Sya’ban tahun 1039H, apabila berlaku banjir besar yang melanda Makkah dan menyebabkan runtuhnya dinding Kaabah.
Oleh itu, Sultan Murad telah memerintahkan agar dibina kembali Kaabah mengikut binaan asal yang dibuat pada zaman Hajjaj. Kerja-kerja pembinaannya siap pada bulan Ramadan tahun 1040H.
Kedua belas: Arab Saudi
Kaabah dan Masjidilharam kekal berada dalam keadaan tersebut lebih kurang 400 tahun lamanya sehinggalah zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Aziz. Beliau telah melancarkan projek pembesaran dan pembinaan semula Masjidilharam dan Kaabah yang bermula pada tahun 1375H dan disambung pula dengan projek perluasan tempat tawaf dan system pengaliran air Masjidilharam pada 1398H. Kemudian diikuti oleh projek-projek pembaikan berikut:
Pertama: Pada 18 Rejab 1377H bersamaan 1957M, pada zaman pemerintahan Raja Sa’ud bin Abdul Aziz, telah berlaku keretakan pada dinding Kaabah dan beberapa kerosakan di bahagian atap Kaabah. Raja Sa’ud telah memerintahkan agar memperbaikinya.
Kedua: Pada tahun 1417H bersamaan 1996M, iaitu pada zaman pemerintahan Khadimul Haramain Raja Fahd bin Abdul Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan kesan daripada keadaan binaan yang terlalu lama yang dibuat oleh Sultan Murad. Oleh itu, Khadimul Haramain telah mengarahkan agar memperbaharui binaan Kaabah sepenuhnya.
Wallahualam...
Suka
Suka ·  · 

Jumaat, September 12, 2014

PANDUAN JIKA HILANG IC

Assalamualaikum

Dua minggu yang lalu anak saya kehilangan kad pengenalannya di sekolahnya. Saya dan isteri terus ke JPN dengan membawa anak saya, untuk tujuan membuat kad pengenalan baru.

Maklumat yang saya dapat ialah, jika umur bawah 18 tahun, report polis tak perlu terus saja dapat buat IC di JPN. Tapi perlu diingat bahawa apabila kita berbuat begini kita akan dikenakan denda RM80.00 kerana kelalaian.

Untuk mengelakkan kita daripada didenda RM80.00, elok ke balai polis untuk report kehilangan IC, selepas itu barulah bawa report tersebut ke JPN dan buat IC baru, in shaa Allah tiada sebarang denda dikenakan. IC sementara akan diberikan sementara menunggu IC baru siap. Biasanya selepas 2 minggu IC baru akan siap.

Sekadar perkongsian.

Jumaat, Ogos 15, 2014

KATA-KATA PEJUANG ISLAM


Dipetik dari : http://pejuangkite.wordpress.com/kata-kata-hikmah/

 Islam bukan barang mainan,tapi islam ini milik Allah. Bumi ini milik nya maka kenapa tidak kita mengetipikan Allah dalam setiap bab-bab hidup ini
 “KALAU MEREKA MENGGANTUNGKU SERIBU KALI, DEMI ALLAH AKU TIDAK AKAN BERPALING DARIPADA KEBENARAN, KAMI TIDAK TUNDUK TATKALA KAMI MENGUNGKAPKAN.. SESUNGGUHNYA MATI PADA JALAN ALLAH ITU SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI. . YA ALLAH TERIMALAH.. YA ALLAH TERIMALAH.” _DR BADII MURSYIDUL AM IKHWAN MUSLIMIN


 ” Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau…Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa…tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek…kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka” _ Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz B Nik Mat _ Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia & Menteri Besar kelantan Darul Naim (1990 ~ 2013)


“ISLAM akan tetap menang sama-ada dengan atau tanpa Kalian. Namun Kalian tanpa Islam pasti akan rugi dan hilang tanpa bekas” Almarhum Syeikhul Islam Ahmed Hoosen Deedat ( احمد حسين ديدات‎ July 1918 – 8 August 2005)


“Apabila pintu-pintu penjara mula dibuka, tali-tali gantung mula dipersiapkan untuk kita, itulah tandanya perjuangan kita mula menampakkan kejayaan.” As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna (14 October 1906 – 12 February 1949)

"Anda jangan perasan macam anda seorang Ulama' kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kupiah" Al Marhum Ustz Fadhil Nor
 Di dunia ini hanya ada dua panji. Panji Taghut (Tirani/kejahatan) Dan Islam. Lihatlah ke dalam diri kamu, Atas panji yang mana kamu berdiri?? As-Syahid Syeikh Ahmad Ismail Yasin (28 Jun 1936-22 Mac 2004) Tokoh Dakwah Islam Pengasas HAMAS.

 “Anda jangan perasan macam anda seorang Ulama’ kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kupiah” Al Marhum Ustz Fadhil Nor . Mantan Presiden PAS



"Bergantung kepada Allah Yang Maha Kuasa, menyerupai pokok yang baik yang mempunyai buah-buahan yang cemerlang, digambarkan kedua-dua di dalam jiwa dan kehidupan individu dan mahupun ummat."  Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi . Pengerusi Ulama Sedunia
“Bergantung kepada Allah Yang Maha Kuasa, menyerupai pokok yang baik yang mempunyai buah-buahan yang cemerlang, digambarkan kedua-dua di dalam jiwa dan kehidupan individu dan mahupun ummat.” Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi . Pengerusi Ulama Sedunia



Dunia Islam seperti abang-abang Nabi Yusuf yang membuangnya kedalam perigi. Sepertimana abang-abang Nabi Yusuf , Allah akan memalukan dunia Islam yang mengkhianati saudara lelaki dan saudara perempuan di Mesir. Tiada siapa dapat menghalang masyarakat Mesir untuk memerintah Mesir” _Perdana Menteri Turki, Erdogan






 “Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Dia meredhai aku dan aku meredhai-Nya” _As Syahid Syed Qutb

“Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat” – Sayid Jamaluddin al-Afghani


 “Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada” – *Sheikh Abdul Qadir Audah,bekas pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir. – Syahid di tali gantung pada jam 6 pagi selepas subuh tahun 1954.

“Aku telah pergi ke negara Barat dan menemui Islam tanpa Muslim, aku kembali ke negara Arab dan aku bertemu dengan Muslim tanpa Islam.” – Syeikh Muhammad Abduh.



“Jari telunjuk saya, yang mengakui dalam setiap ibadah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, tidak bisa menulis kata-kata dusta, kami tidak menyerah, kami menang atau mati! ” As Syahid Umar Mukhtar, Amir Mujahidin Libya 1931 (Kata-kata terakhir kepada hakim selepas di tanya erti penyesalan) :::Perjuangan Dari 1920~1930 menentang Itali::: Syahid Di tali Gantung pada 1931

 “Sesungguhnya ikhwan ibarat pohon besar yang rendang yang boleh kita berteduh di bawahnya. Semoga Allah merahmati as-Syahid yang menanamnya. Semoga Allah mengampunkan mereka yang tergesa gesa memetik buahnya” al-Alim Allamah Al-Mufassir Shekh Mutawalli Sya’rawi al-Azhari Rahimahullah
1240327_234410343378566_131064680_n
Ada Orang bertanya Ustaz sampai bila nak mengajar .. Tak nak pencen ke .. ?
Maka Tuan Guru mjawab .. ” SAMPAI MATI SAYA AKAN BACA KITAB .. BIAR SAMPAI TAK ADA SUARA NAK BACA KITAB .. BIAR HILANG SUARA KAT DUNIA .. DI AKHIRAT ESOK KITA REHAT .. …”
~ Tuan Guru Haji Sidek Noor ~
579769_226586150817883_818962638_n
"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta, kadang2 Allah tak bagi sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta, tapi bukan Allah tak bagi terus , Allah ganti dengan yang sesuai, kadang2 Allah tak bagi sebab Allah teringin (rindu) nak dengar kita duk merayu kat DIA,kadang2 Allah tak bagi sebab Allah takut kita lupa diri, tapi teruslah minta sebab kita HAMBA-NYA" _ Ulama’ Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki (1912~Sekarang)
“Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta, kadang2 Allah tak bagi sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta, tapi bukan Allah tak bagi terus , Allah ganti dengan yang sesuai, kadang2 Allah tak bagi sebab Allah teringin (rindu) nak dengar kita duk merayu kat DIA,kadang2 Allah tak bagi sebab Allah takut kita lupa diri, tapi teruslah minta sebab kita HAMBA-NYA” _ Ulama’ Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki (1912~Sekarang)

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir_ HAMKA
“KALIAN KU PANGGIL UNTUK MEMIKUL AMANAH UMMAT YANG MENJADI TANGGUNGJAWAB KU. AKU ADALAH SALAH SEORANG DARI KALIAN DAN KU HARAP KALIAN MENYATAKAN PENDAPAT YANG SEBENARNYA. KALIAN PUNYAI KEBEBASAN UNTUK MENENTANG DAN MENYETUJUI PENDAPATKU. AKU TIDAK MAHU KALIAN MENGIKUTI PENDAPATKU, DIHADAPAN KALIAN ADA KITABULLAH(AL-QURAN) YANG BERKATA BENAR. SUNGGUH,JIKA AKU MENYATAKAN SESUATU MAKA TIDAK LAIN YANG AKU KEHENDAKI ADALAH KEBENARAN” KHALIFAH UMAR AR-KHATTAB
“Selagi kita berpegang kepada Al Quran dan sunnah,
kita akan selamat di dunia dan akhirat…” TG Tuan Ibrahim Tuan Man
“Tidak mustahil Allah kembalikan
fitnah kepada tuannya semula..” _ TG TUAN IBRAHIM TUAN MAN

“Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan..” _TG HJ ABDUL HAJI B AWANG PRESIDEN PARTAI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
”Sebaik-baik menentang musuh ialah dengan senjatanya sendiri! Qaedah ini dipegang benar oleh zending dalam pekerjaannya menasranikan orang Islam. Tidak ada satu agama yang amat menyusahkan zending dan missi dalam pekerjaan mereka daripada agama Islam.”
”Sebaik-baik menentang musuh ialah dengan senjatanya sendiri! Qaedah ini dipegang benar oleh zending dalam pekerjaannya menasranikan orang Islam. Tidak ada satu agama yang amat menyusahkan zending dan missi dalam pekerjaan mereka daripada agama Islam.”

Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan adalah urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid ,Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial – TGNA ..gambar malaysiakini

“Kita di kelantan acap kali negeri kita awan gelap hendak rempuh kita,tapi alhamdulilah. Kerana rakyat kita boleh jadi di sisi Allah rakyat yang nya bertakwa dari segi peribadi. Rakyat nya bertakwa dan pemimpinnya juga bertakwa” Dato’Paduka Husam Musa (Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan TG Nik Abd Aziz) .

"Ya,kita memilih POLITIK untuk ISLAM,kita guna politik untuk ISLAM. bukan guna ISLAM untuk Politik "Al-Fadhil Ustaz Dato Ismail Kamus
“Ya,kita memilih POLITIK untuk ISLAM,kita guna politik untuk ISLAM. bukan guna ISLAM untuk Politik “Al-Fadhil Ustaz Dato Ismail Kamus
“ Yang haq itu haq, yg batil itu batil….letakkan keadilan benar2 pada tempatnya…" Almarhum Mantan SS Dato’ Mufti Selangor, Tuan Guru Ishak Baharom
“ Yang haq itu haq, yg batil itu batil….letakkan keadilan benar2 pada tempatnya…” Almarhum Mantan SS Dato’ Mufti Selangor, Tuan Guru Ishak Baharom

Rabu, Julai 09, 2014

Kisah Mengharukan Sahabat Julaibib

Sempena Maulidur Rasul ikutilah kisah sedih dan menakjubkan seorang sahabat Nabi yang bernama Julaibib 


Kisah Julaibib
Kisah Menakjubkan Sahabat Nabi Julaibib Mendapatkan Jodoh - Namanya Julaibib, begitulah dia biasa dipanggil. Nama ini sendiri mungkin sudah menunjukkan ciri fisiknya yang kerdil dan pendek. Nama Julaibib adalah nama yang tidak biasa dan tidak lengkap. Nama ini, tentu bukan ia sendiri yang menghendaki. Bukan pula orangtuanya. Julaibib hadir ke dunia tanpa mengetahui siapa ayah dan ibunya. Demikian pula orang-orang, semua tidak tahu, atau tidak mau tahu tentang nasab Julaibib. Bagi masyarakat Yatsrib, tidak bernasab dantidak bersuku adalah cacat sosial yang sangat besar.
Kisah ini pernah saya dengar dari  seorang tokoh ikhwan muslimin ketika berceramah di Masjid Rusila pada tahun 1983, cermahnya diterjemah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kedua2 penceramah dan penterjemah manangis  dengan kisah ini.

JULAIBIB YANG TERSISIH
Tampilan fisik dan kesehariannya juga menjadi alas an sulitnya orang lain ingin berdekat-dekat dengannya. Wajahnya jelek terkesan sangar, pendek, bunguk, hitam, dan fakir. Kainnya usang, pakaiannya lusuh, kakinya pecah-pecah tidak beralas. Tidak ada rumah untuk berteduh, tidur hanya berbantalkan tangan, berkasurkan pasir dan kerikil. Tidak ada perabotan, minum hanya dari kolam umum yang diciduk dengan tangkupan telapak tangan. Abu Barzah, pemimpin Bani Aslam, sampai-sampai berkata tentang Julaibib, “Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kalian! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang mengerikan padanya!” demikianlah keadaan Julaibib pada saat itu.

Namun jika Allah berkehendak menurunkan rahmatNya, tidak satu makhluk pun bisa menghalangi. Julaibib menerima hidayah, dan dia selalu berada di shaf terdepan dalam shalat maupun jihad. Meski hampir semua orang tetap memperlakukannya seolah ia tiada, tidak begitu dengan Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam Shollallahu ‘alaihi wasallam sang rahmat bagi semesta alam. Julaibib yang tinggal di shuffah Masjid Nabawi, suatu hari ditegur oleh Sang Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam, “Julaibib…”, begitu lembut beliau memanggil, “Tidakkah engkau menikah?”
“Siapakah orangnya Ya Rasulallah Shollallahu ‘alaihi wasallam”, kata Julaibib, “yang mau menikahkan putrinya dengan diriku ini?”
Julaibib menjawab dengan tetap tersenyum. Tidak ada kesan menyesali diri atau menyalahkan takdir Allah pada kata-kata maupun air mukanya. Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam juga tersenyum. Mungkin memang tidak ada orang tua yang berkenan pada Julaibib. Tapi hari berikutnya, ketika bertemu dengan Julaibib, Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam menanyakan hal yang sama. “Julaibib, tidakkah engkau menikah?”. Dan Julaibib menjawab dengan jawaban yang sama. Begitu, begitu, begitu. Tiga kali. Tiga hari berturut-turut.
Dan di hari ketiga itulah, Sang Nabi menggamit lengan Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Anshar. “Aku ingin menikahkan putri kalian.”, kata Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam pada si empunya rumah, “
“Betapa indahnya dan betapa barakahnya”, begitu si wali menjawab berseri-seri, mengira bahwa sang Nabi lah calon menantunya. “Ooh.. Ya Rasulallah Shollallahu ‘alaihi wasallam, ini sungguh akan menjadi cahaya yang menyingkirkan temaram di rumah kami.”
“Tetapi bukan untukku”, kata Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam, “ku pinang putri kalian untuk Julaibib”
“Julaibib?”, nyaris terpekik ayah sang gadis
“Ya. Untuk Julaibib.”
“Ya Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam”, terdengar helaan nafas berat. “Saya harus meminta pertimbangan istri saya tentang hal ini”
“Dengan Julaibib?”, istrinya berseru, “Bagaimana bisa? Julaibib berwajah lecak, tidak bernasab, tidak berkabilah, tidak berpangkat, dan tidak berharta. Demi Allah tidak. Tidak akan pernah putri kita menikah dengan Julaibib”
Perdebatan itu tidak berlangsung lama. Sang putri dari balik tirai berkata anggun, “Siapa yang meminta?”
Sang ayah dan sang ibu menjelaskan.
“Apakah kalian hendak menolak permintaan Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, karena Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku”. Sang gadis yang shalehah lalu membaca ayat ini :


dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (QS. Al Ahzab : 36)
Dan sang Nabi dengan tertunduk berdoa untuk sang gadis shalihah, “Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah..”
Doa yang indah.

Pelajaran dari Kisah Julaibib
Kita belajar dari Julaibib untuk tidak meratapi diri sendiri, untuk tidak menyalahkan takdir, untuk selalu pasrah dan taat pada Allah dan RasulNya. Tidak mudah menjadi Julaibib. Hidup dalam pilihan-pilihan yang sangat terbatas.
Memang pasti, ada batas-batas manusiawi yang terlalu tinggi untuk kita lampaui. Tapi jika kita telah taat kepada Allah, jangan khawatirkan itu lagi. Ia Maha Tahu batas-batas kemampuan diri kita. Ia tidakkan membebani kita melebihi yang kita sanggup memikulnya.
Urusan kita sebagai hamba memang taat kepada Allah. Lain tidak! Jika kita bertidakwa padaNya, Allah akan bukakan jalan keluar dari masalah-masalah yang di luar kuasa kita.
Urusan kita adalah taat kepada Allah. 

Maka benarlah doa sang Nabi. Maka Allah karuniakan jalan keluar baginya. Maka kebersamaan di dunia itu tidak ditakdirkan terlalu lama. Meski di dunia sang istri shalehah dan bertaqwa, tapi bidadari telah terlampau lama merindukannya. Julaibib telah dihajatkan langit mesti tercibir di bumi. Ia lebih pantas menghuni surga daripada dunia yang bersikap tidak terlalu bersahabat padanya.
Saat syahid, Sang Nabi begitu kehilangan. Tapi ia akan mengajarkan sesuatu kepada para sahabatnya. Maka ia bertanya diakhir pertempuran. “Apakah kalian kehilangan seseorang?”
“Tidak Ya Rasulallah Shollallahu ‘alaihi wasallam!”, serempak sekali. Sepertinya Julaibib memang tidak beda ada dan tiadanya di kalangan mereka.
“Apakah kalian kehilangan seseorang?”, Sang Nabi bertanya lagi. Kali ini wajahnya merah bersemu.
“Tidak Ya Rasulallah Shollallahu ‘alaihi wasallam!”. Kali ini sebagian menjawab dengan was-was dan tidak seyakin tadi. Beberapa menengok ke kanan dan ke kiri.
Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam menghela nafasnya. “Tetapi aku kehilangan Julaibib”, kata beliau.
Para sahabat tersadar,“Carilah Julaibib!”
Maka ditemukanlah dia, Julaibib yang mulia. Terbunuh dengan luka-luka, semua dari arah muka. Di sekitarnya tergolek tujuh jasad musuh yang telah ia bunuh. Sang Rasul, dengan tangannya sendiri mengafani Sang Syahid. Beliau Shollallahu ‘alaihi wasallam menshalatkannya secara pribadi. Dan kalimat hari berbangkit. “Ya Allah, dia adalah bagian dari diriku dan aku adalah bagian dari dirinya.”
Di jalan cinta para pejuang, biarkan cinta berhenti di titik ketaatan. Meloncati rasa suka dan tidak suka. Melampaui batas cinta dan benci. Karena hikmah sejati tidak selalu terungkap di awal pagi. Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat. Tapi yakinlah, di jalan cinta para pejuang, Allah lebih tahu tentang kita. Dan Dialah yang akan menyutradarai pentas kepahlawanan para aktor ketaatan. Dan semua akan berakhir seindah surga. Surga yang telah dijanjikanNya.

“Apalah ertinya rupa yang cantik dan kedudukan yang tinggi, tapi rumah tangga porak peranda. Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami. Apalah yang dibanggakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi. Memadailah rezeki yang sedikit yang Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah dengan suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami tersebut dapat memberi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi Akihrat.”

Ahad, Jun 29, 2014

Copy paste
ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR)

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring