Khamis, Jun 19, 2014

RAJA SAUDI SEBAGAI ASAS KELUARNYA AL MAHDI




يقتتلُ عند كنزِكم ثلاثةٌ كلُّهُم ابنُ خليفةٍ ثمَّ لا يصيرُ إلى واحدٍ منهم ، ثمَّ تطلُعُ الراياتُ السودُ من قِبَلِ المشرقِ فيقتلونَكم قتلًا لم يُقتَلهُ قومٌ ، فإذا رأيتموهُ فبايِعوهُ ولو حبوًا على الثلجِ ، فإنهُ خليفةُ اللهِ المهديُّ
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: القرطبي المفسر - المصدر: التذكرة للقرطبي - الصفحة أو الرقم: 614
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح
Akan berperang di sisi perbendaharaanmu ini tiga orang semuanya anak khalifah, namun tidak menang walaupun seorang dari mereka, kemudian berkibarlah panji-panji hitam dari sudut timur memerangi kamu memerangi kamu dengan peperangan yang hebat yang tidak pernah berlaku sebelumnya, apabila kamu melihatnya berilah aku janjimu atau taat setia kepadanya walaupun dengan bersusah payah sehingga merangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah al Mahdi.

Hadis yang dinyatakan di atas adalah merupakah pemakluman dari baginda Sollahu Alaihi wasallam mengenai kedatangan Imam Al Mahdi.

Bilakah akan berlaku peperangan antara tiga anak raja sebagaimana dalam hadis tersebut?
Raja Abdullah
Raja Salman
Jika dilihat dari keadaan keturunan kesultanan Saudi Arabia sekarang, didapati bahawa pemerintah sekarang bernama Raja Abdullah yang berumor 90 tahun, jika Raja Abdullah meninggal dunia maka Raja Salman yang sekarang menyandang jawatan Putera Mahkota akan menjadi pemerintah Saudi Arabia. Namun apabila tiba masa ingin dilantik penggantinya sebagai Putera Mahkota, terdapat tiga anak raja yang layak dilantik. Lalu akan berlakulah perebutan antara ketiga-tiga anak raja ini dan berlakukan peperangan.

Jika benar andaian ini, maka Imam Al Mahdi telah sangat hampir keluar untuk memimpin dunia. 



UMUR IMAM AL MAHDI SEKARANG

Berdasarkan suatu kenyataan dalam buku Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam, bahawa tanda Al Mahdi dilahirkan ialah keluarnya komet berekor yang pernah keluar ketika kelahiran baginda sollahu alaihi wasallam. Mengikut kajian Sir Edmunt Halley, Komet Halley ini akan keluar pada tahun 1985 atau 1986. Pada tahun 1986, komet ini telah keluar sebagai menandakan bahawa Imam Al Mahdi telah keluar. Jika dikira umurnya, Imam Al Mahdi berumur 28 tahun sekarang.

Selasa, Jun 17, 2014

Peristiwa Bersejarah Pada Bulan Ramadhan Al-Mubaraq

1. Perang Badar
Perang Badar ialah perang pertama di dalam Islam. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil. Berlaku pada hari Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan, tahun kedua hijrah. Hal ini telah oleh Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.
Allah telah berfirman : (( Allah telah membantu kamu dalam perang badar sedang ketika itu kamu berasa hina. Takutlah Allah, moga-moga kamu bersyukur .))
Dr Wahbah al Zuhailie dalam kitabnya al Feqhul Islam, menyatakan satu riwayat daripada Ibnu Abbas , iaitu peristiwa itu berlaku pada 17 Ramadhan dan terbunuhnya firaun ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.
2. Fathu Makkah ( Pembukaan Kota Mekah )
Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Peristiwa ini telah digambarkan dengan sempurna di dalam surah al Fath ayat 1 : (( Sesungguhnya kami telah membuka kepada kamu pembukaan yang benar )).
Berlaku pada hari selasa, bersamaan 17 Ramadhan tahun 8 Hijrah. Rasulullah dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I'sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.
3. Perang Tabuk.
Berlaku beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Baginda keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh baginda s.a.w. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfourie, pada halaman 517.
4. Nuzul al Quran.
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah di Gua Hira'. Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin, bersamaan 21 Ramadhan atau 10 Ogos, tahun 610 Masihi. Peristiwa itu berlaku pada waktu malam. Baginda ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari.
Berlaku perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi'ul awwal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab. Tetapi kami merajihkan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan.Seperti mana firman Allah : (( Bulan Ramadhan diturunkan padanya al Qur'an..)) –Surah al Baqarah ayat 185.
Bukan setakat itu sahaja, malah firman Allah : (( Sesungguhnya kami turunkannya pada malam Lailatul Qadar )) – Surah al Qadr ayat 1. Seperti mana yang kita ketahui malam lailatul qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadhan.
Ia dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah al Dukhan ayat yang ke 3 : (( Sesungguhnya kami turunkan al Quran, pada malam yang diberkati, sesungguhnya kami telah memberi peringatan)). Rasulullah s.a.w berada di gua Hira pada bulan Ramadhan, jesteru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan Ramadhan juga seperti yang kita ketahui.
Tetapi, telah berlaku polemik, iaitu perselisihan ulamak pada menyatakan tarikh penurunan wahyu secara tepat. Antara pendapat tersebut ialah :
Pendapat 1 : Hari ke 7
Pendapat 2 : Hari ke 17
Pendapat 3 : Hari ke 18
Pendapat 4 : Hari ke 21
Dalam kitab Muhadarat Tarikh al Umam al Islamiah, karangan al Khadrie, jilid 1 halaman 69, menyatakan yang beliau berpendapat permulaan penurunan wahyu itu berlaku pada 17 Ramadhan. Tetapi al Mubarakfourie berpendapat tarikh yang sebenarnya ialah pada 21 Ramadhan.
Hujah al Mubarakfourie tentang tarikh 21 Ramadhan ialah kesemua ulamak sirah bersepakat peristiwa bi'sah nabi berlaku pada hari Isnin. Ini turut dikuatkan dengan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para imam-imam hadis seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sesungguhnya Rasul telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda bersabda : pada hari itu, aku dilahirkan, dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku. Dalam riwayat lain, terdapat lafaz : Hari yang aku dilahirkan padanya, dan hari yang aku dibi'sahkan atau hari yang diturunkan wahyu ke atasku. Hadis ini dikeluarkan dalam sahih Muslim ( Jilid 1 / halaman 368 ), Imam Ahmad ( Jilid 5 / halaman 397 dan 399 ), Imam al Baihaqie ( Jilid 4 / halaman 286 dan 300 ), al Hakim ( Jilid 3 / halaman 206 ).
Menurut al Mubarakfourie lagi, dalam tahun itu dan dalam bulan Ramadhan, hari Isnin tidak berlaku melainkan pada 7, 14, 21 dan 28 Ramadhan. Dan lailatul Qadar pula dalam riwayat hadis yang kuat menyatakan ianya berlaku dalam 10 hari terakhir Ramadhan dalam hari-hari yang ganjil. Jesteru jika dihitung mengikut firman Allah yang mengungkapkan penurunan al Quran pada malam lailatul Qadar, dari hadis bi'sah nabi yang berlaku pada hari Isnin dan perhitungan kalender secara ilmiahnya, menguatkan bahawa tarikh 21 Ramadhan berlakunya awal penurunan al Quran dan bukannya pada 17 Ramadhan. Inilah pendapat yang diterjih oleh al mubarakfourie.
Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.
5. Penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah.
Selepas pembukaan kota Mekah. Rasulullah telah menghantar beberapa batalion perang, yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :
i. Rasulullah s.a.w mengutuskan Khalid bin al Walid ke a'za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah.
ii. Di utus Amru bin al A's ke Suwa'. Lebikh kurang 3 km dari Mekah.
iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.
6. Pengislaman rombongan tsaqif pada tahun 9 Hijrah.
Selepas kepulangan Rasulullah s.a.w ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, pada tahun 9 Hijrah. Baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.
7. Peperangan al Zilaqah pada tahun 479 Hijrah.
Pada subuh hari Jumaat, 25 Ramadhan pada tahun 479 Hijrah telah berlaku peperangan al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal sekarang ini ). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke 6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.

Di dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4 halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan al zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk menyelidik al Quran.
8. Peperangan Ain Jalut pada Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Peperangan ini berlaku pada 3 April tahun 1260 Masihi bersamaan hari Jumaat, 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan Nablus di Palestin). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat. Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada halaman 48.
9. Pembukaan Andalus pada Ramadhan tahun 92 Hijrah.
Pembukaan Andalus berlaku pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah atau bersamaan 19 Julai tahun 711 Masihi. Pembukaan Andalus diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian, berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun'im Majid, jilid 2 halaman 204.

Hazim A'juz telah menulis satu artikel yang bertajuk Bulan Ramadhan al Mubarak menolak keperwiraan dan membersihkan ibadah dan taat dalam majalah al Iqtisad al Islami, bilangan 142. Keluaran March 1993 Masihi bersamaan Ramadhan 1413 Hijrah, halaman 20, telah mengambil kata-kata Syeikhul Azhar, Syaikh Jadul Haq Ali Jadul Haq iaitu :

" Sesiapa yang memberhentikan amalan mereka atau mengurangi amalan mereka dengan dakwaan dia berpuasa, maka jelaslah dia seorang yang jahil terhadap hukum agama, lalai terhadap implikasi berpuasa. Berpuasa tidak menghapuskan amalan atau mengabaikannya.
Sementara kaum muslimin sejak difardhukan puasa ke atas mereka, mereka beramal dan mereka juga berpuasa. Bahkan mereka berperang dan mereka juga berpuasa.".....

" Janganlah kamu menyangka bahawa, semua guru tidak akan bertindak atas kelakuan kamu jika sekarang ini adalah bulan Ramadhan."

" Malah saya akan bertindak juga jika kamu melampaui batas undang-undang"

" Saya tetap akan sebat kamu jika saya tahu saya benar. Saya tetap akan mendapat pahala, walaupun sekarang ialah bulan Ramadhan. Malah pahalanya akan berlipat kali ganda pula.

Muat Turun Dari : https://www.facebook.com/note.php?note_id=124469060934534

: 

Khamis, April 10, 2014

KATA-KATA HIKMAH TENTANG CINTA

1. Cinta menganggap sedikit pemberian yang ia keluarkan dan menganggap banyak pemberian kekasih walaupun sedikit.
( Syaikh Abu Yazid Al-Busthomi).

2. Cinta itu merangkul ketaaat dan menentang kedurhakaan.
(Sahal bin Abdullah).

3. Cinta adalah masuknya sifat –sifat kekasih pada sifat-sifat yang mencintainya.
Maksudnya orang yang mencintai selalu memuji-muji yang dicintainya, sehinga orang yang mencintai tenggelam dalam ingatan sifat-sifat yang dicintainya dan melupakan segala sifat-sifat dirinya sendiri dan persaaqnnya pada sifat- sifat yang dimilikinya.
( Al-Junaid).

4. Cinta adalah kesetiaan
( Abu Ali Ahmad Ar-Rudzabari).

5. Hakekat cinta ialah jika kamu memberi , maka kamu memberikan semua yang kamu miliki kepada orang yang kamu cintai, tanpa tersisa satu sedikitpun untukmu.
(Abu Abdullah Al-Qusyairi).

6. Disebut cinta karena cinta menghapus hati dari ingatan selain yang dicintainya.
( Dalf Asy Syibli).

7. Cinta selalu menegur kelengahan dirinya
( Ahmad bi Atha).

8. Cinta itu kesenangan, sedang letak hakekatanya terletak pada ketenangannya.
(Abu Ali ad Daqaq).

9. Cinta, jika kamu cemburu pada seorang kekasih, maka orang sepertimu adalah mencintainya.
(Dalf Asy-Syibli).

10. Cinta itu adalah dahan-dahan yang ditancapkan dalam hati sehingga hati akan berbuah
sesuai dengan kemampuan akal.
( Ahmad bin Atha).

11. Cinta bisa menyuntik darah dan menumpahkannya.
( An Nashr Abadzi).

12. Hakekat cinta tidak bisa berkurang karena kurangnya pemberian pemberian dan tidak bisa bertambah karena kebaikan yang diberikan kepadanya.
(Yahya bin Muadz).

13. Tidak benar orang yang mengaku telah mencintai Allah, tapi ia tidak menjaga batas-batas hukum Allah.
(Yahya bin Muadz).

14. Jika cinta itu benar maka hilanglah rasa ketersinggungan (karena kurang sopan).
(Al-Junaid ).

15. Cinta harus lebih mengutamakan yang dicintai.
(Muhammad bin Ali al-Kattani).

16. Hakekat cinta itu terwujud jika seorang hamba mampu melupakan bagiannya dari Allah dan melupakan kebutuhan-kebutuhannya kepada Allah.
(Abu Ya’kub as-Sussi).

17. Cinta itu menjauhi kesenangan dalam setiap keadaan. (An Nashr Abadzi).

18. Cinta itu berlebihan dalam kecenderungan tanpa berharap mendapatkan sesuatu
(al-Junaid)

19. Cinta itu suatu fitnah (ketidaktenangan) dalam hati sanubari.
(al-Junaid).

20. Cinta itu berawal dari tipuan dan berakhir dengan kematian.
(Abu Ali Ad Daqaq).

21. Cinta itu rasa kecenderunganmukepada sesuatu secara keseluruhan , kemudian kamu lebih mementingkan cinta itu daripada dirimu, jiwamu dan hartamu, kemudian kesetiaanmu padanya , baik ketika berada di tempat sunyi atau di tempat terbuka, kemudian ia memberitahukan kepadamu tentang keteledoran cintamu.
( Haris Al-Muhasibi ).

22. Cinta itu tidak patut untuk dua orang, sehingga yang satu berkata kepada orang lain.
( Sarry as-Saqathy).

23. Orang yang jatuh cinta itu jika diam saja dia akan binasa, sedangkan orang yang arif jika ia tidak diam dia akan binasa.
(Dalf Asy-Syibli).

24. Cinta itu apa dalam hati yang dapat membakar apa saja selain yang dicintainya. Cinta itu mencurahkan segala kemampuan, sedangkan kekasih itu boleh berbuat apa saja yang dia mau. Cinta itu membuka tabir dan semua rahasia.
( Ahmad An-Nuri).

25. Tidak benar suatu cinta kecuali harus keluar dari penglihatan cinta menuju penglihatan kekasih dengan tidak mengetahui cintanya.
(Ya’kub As-Sussi).

26. Setiap cinta mempunyai tujuan . Jika telah hilang tujuan itu, maka hilanglah cinta.
( Al-Junaid).

27. Cinta itu sesuatu yang dapat menghapus jejakmu.
(Abdullah al-Mubarak).

28. Cinta itu menyesali kesalahan untuk berbuat lurus.
(Ahmad bin Atha).

29. Cinta yang sekecil sawi lebih saya sukai daripada beribadah tujuh puluh tahun tanpa cinta.
(Yahya bin Muadz).

30. Cinta itu binasa dalam kelezatan, makrifat itu persaksian dan kebingungan, dan hancur dalam rasa takut.
( Ahli hakikat).

31. Rindu adalah kegoncangan hati untuk menemui yang dicintainya. Kerinduan tergantung dalam cintanya.
( Al-Junaid).

32. Cinta lebih tinggi dari rindu, karena rindu bersumber dari cinta.
(Ahmad bin Atha).

33. Cinta itu berasal dari keazalian dan menuju kepada Keabadian, serta tiada seorangpun dalam tujuh puluh ribu dunia ini yang mampu meminum setetes pun dari cinta itu hingga akhirnya menyatu di dalam-Nya.
(Rabiah Adawiyah).

34. Cinta adalah buhulnya iman, di mana orang tidak akan masuk tanpa cinta. Seorang hamba tidak akan sejahtera maupun selamat dari ancaman siksa Allah tanpa cinta.Maka hendaklah hamba itui berperilaku atas dasar cinta.
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

35. Cinta adalah dasar dari perwujudan segala sesuatu yang ada di alam semesta ini. Tanpa cinta, proses kehidupan tidak akan pernah terbangun dengan baik. Karena itu setiap hidup mesti memiliki cinta, kemauyandan perilaku.Dan setiap yang bergerak maka dasar yang menggerakkannya adalah cinta dan kemauan, Semua wujud tidak akan harmonis kecualai bila digerakkan oleh rasa cinta yang menjadikannya sendiri.
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah).

36. Sungguh cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, pernjara berubah menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Cintalah yang mampu melunakkan besi , menghancur-leburkan karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya, serta membuat budak menjadi pemimpin.
(Syaikh Jalaluddin Rumi).

37. Cinta kepada Allah itu laksana api apapun yang dilewatinya akan terbakar. Cinta kepada Allah itu laksana cahaya apapun yang dikenainya akan bersinar.Cinta kepada Allah itu langit apapun yang dibawahnya akan ditutupnya.
Cinta kepada Allah itu laksana angin apapun yang ditiupnya akan digerakkannya.
Cinta kepada Allah itu laksana air dengannya Allah menghidupkan segalanya. Cinta kepada Allah itu laksana bumi dari situ Allah menumbuhkan segalanya.Kepada siapa yang mencintai Allah, Dia berikan kekuasaan dan kekayaan.
(Sayyidina Ali krw).

38. Tugasku adalah hutang terhadap Cinta. Dengan bebas dan sukarela aku menerima apa pun yang terlarang untukku. Cinta seperti cinta seorang kekasih, kecuali sebagai pengganti mencintai gejala, aku mencintai yang Hakiki. Agama, kewajiban, adalah milik dan keyakinanku. Tujuan cinta manusia adalah menunjukkan yang terakhir, cinta sejati. Inilah cinta yang sadar.
(Ibnu Arabi ).

39. Hatiku mampu menerima setiap bentuk: ia adalah hamparan padang rumput bagi rusa dan biara bagi pendeta Kristen dan kuil bagi berhala dan Ka’bah bagi para Haji dan lembaran Taurat serta kitab Al Quran.
Aku menganut agama Cinta: Jalan mana pun yang diambil oleh unta-unta cinta, itulah agama dan keyakinanku.
(Ibnu Arabi)

40. Cinta dalam dataran tertentu bermakna penyerahan diri sepenuhnya. Cinta tidak berkurang karena keramahan.Bahkan sang pencipta harus tetap bertahan di depan sang kekasih, meskipun diusir.Ia harus menjadikan jiwanya sebagai sapu di pintu-Nya. (Faridudin Attar).

41. Andaikata dunia mau meraih cinta, ia tidak akan mampu dan andaikata ia mau menolaknya, ia tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan hasil usaha.Cinta berasal dari Tuhan.
(Ali bin Usman al-Hujwiri).

42. Cinta itu ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Buahnya menampakkan dirinya di hati, di lidah dan di anggota badan. Buah itu adalah ketaatan akan perintah Tuhan, dan kenangan terus menerus kepada kekasih yang memenuhi hati dan melimpah ke lidah.
(Imam Al-Ghozali).

43. Menurutnya Cinta yang hakiki adalah cinta tanpa syarat (unconditional love). Baginya Cinta adalah gelora hati terhadap yang dicintai sehingga menjadikan lupa pada diri sendiri.
(Imam Junaidi al-Baghdadi).

44. Tidak layak cinta antara dua sejoli mengatakan antara yang dicinta dan yang mencinta kecuali kata “kami” (bukan “aku”).
(Sirri al-Saqathy).

45. Cinta adalah tujuan puncak dari seluruh maqam spiritual dan Cinta menduduki derajat tertinggi. “(Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54).
(Imam Al-Ghozali).

46. Agama itu cinta, cinta itu agama.
(Imam Baghir).

47. Malapetakan paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain. Atau jika engkau mengarap kebaikan seseorang , tapi justru orang itu berharap agar kita celaka binasa.
(Imam ASy-Syafii).

48. Engkau durhaka kepada Allah dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya. Ini adalah suatu kemustahilan. Apabila benar engkau mencintai-Nya, pastilah engkau taati semua perintah-Nya. Sesungguhnya orang menaruh cinta tentulah bersedia menaati perintah orang yang dicintainya.
(Imam Asy-Syafii).

49. Di taman cinta yang indah mempesona, ibadah itu berubah menjadi keindahan dalam kehidupan yang membawa kesenangan, keriangan, dan kebahagiaan. Di bawah keteduhan naungan cinta, perintah ibadah tidak lagi menjadi beban yang harus dipikul , tetapi ia adalah suatu yang patut diterima dengan senang dan gembira.
(Khalid Muhammad Khalid).

50. Minuman Cinta adalah Cahaya yang cemerlang berkalian dari Kemahaindahan Sang Kekasih.
(Abul Hasan Asy-Syadzili).

51. Gelasnya adalah kelembutan yang menghubungkan ke bibir-bibir hati.
(Abu Hasan Asy-Syadzili).

52. Sang peminum adalah pihak yang mendapat limpahan agung kepada orang-orang istemewa seperti para Auliya dan hamba-hambaNya yang saleh. Allah Yang Maha Tahu kadar kepastian dan kebajikan bagi kekasih-kekasihNya.
(Abu Hasan Asy-Syadzili).

53. Sang Peminum adalah pecinta yang dibukakan keindahan cinta itu dan menyerap minuman nafas demi nafas jiwa.
(Abu Hasan Asy-Syadzili).

54. Rasa minuman cinta adalah rasa dibalik orang yang terdendam rindunya ketika hijab diturunkan
.(Abu Hasan Asy-Syadzili).

55. Sang peminum sejati adalah pecinta yang meneguk arak cinta itu, sejam dua jam
.(Abu Hasan Asy-Syadzili).

56. Rasa segar peminuman cinta adalah bagi orang yang dilimpahi arak cinta dan terus menerus meminumnya hingga kerongkongan penuh sampai ke urat nadinya.Cahaya Allah ada dibalik minuman yang melimpah itu.
(Abu Hasan Asy-Syadzili).

57. Mabuk Cinta adalah ketika seseorang hanyut dalam rasa dan hilang akal, tidak mengerti apayang dikatakan dan diucapkan padanya.
(Abu Hasan Asy-Syadzili).

58. Sadar dari mabuk cinta, adalah situasi sadar ketika gelas piala minuman cinta dikelilingkan,di hadapan mereka berbagai kondisi ruhani silih berganti, lalu kembali pada dzikir dan ketaatan. Tidak terhijabi oleh sifat-sifat dengan berbagai ragam kadar yang ada. itulah yang disebut sebagai waktu sadar cinta. ketika panda-ngannya meluas melintas batas dan pengetahuannya semakin bertam-bah.
(Syeikh Abul Hasan asy-Syadzili).

59. Cinta adalah Sifat Tuhan, yang tidak membutuhkan apapun, cinta pada selain-Nya adalah palsu.
(Imam Jalaluddin ar-Rumi) .

60. Cinta merupakan wujud cinta itu sendiri. Cinta tidak dapat digambarkan lebih jelas daripada apa yang digambarkan olehcinta lagi.
(Ibn Qayyim al-Jauziyyah).

61. Cinta yang hakiki adalah cinta tanpa syarat. Baginya Cinta adalah gelora hati terhadap yang dicintai sehinggamenjadikan lupa pada diri sendi
( Syaikh Abul Qasim Junaid bin Muhammad bin Junaid al-Baghdadi)

62. Hakikat cinta adalah sesuatu yang tidak berkurang karena berpaling dan tidak bertambah karena kebaikan.
(Yahya bin Muaz)

63. Hakikat cinta mengatakan bahwa kebersamaanmu dengan yang dicintai adalah dengan melepas sifat-sifatmu.
(Muhammad bin al Hasan bin Mansyur).

64. Cinta sejati adalah gugurnya semua cinta dari dalam hati kecuali cinta kepada kekasih.
(Fadhal al-Faraawy).

65. Tidak layak cinta antara dua sejoli mengatakan antara yang dicinta dan yang mencinta kecuali kata “kami” (bukan”aku”).
(Sirri al-Saqothy)

66. Cinta adalah tujuan puncak dari seluruh maqam spiritual dan Cinta menduduki derajat tertinggi.
(Imam Al-Ghazali)

67. Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri, membatasinya hanya akan menambah kabur dan kering maknanya.Maka batasan dan Penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri”
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

68. Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berdzikir kepada Allah S.W.T.
(Al-Junaid)

69. Siapa yang tidak mau mencicipi manisnya cinta tidak akan bisa menikmati kehidupan.
(Ibn Qayyim Al-Jauziyah)

70. Demi Allah, sesungguhnya sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat. Ia luput dari penglihatan manusia, ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dalam batu. Jika dinodai ia akan membakar, dan jika dicuba untuk ditinggalkan ia akan selalu membayangi.
(Al-Ashmu’i)

71. Tiada orang berakal yang dipuji, namanya kondang, kecuali saat dimabuk cinta (mendalam cintanya) Tiada pemuida yang merasakan derita kehidupan, kecuali ketika ia kasmaran.
(Abdullah bin Bahlul)

72. Kehidupan ini tak lebih dari gila asmara.
Bila kegilaan itu telah lewat, disusul dengan kegilaan secawan anggur. Bila masa tua singgah, manusia kembali bertingkah kekanakan.
( Ahmad At-Tamami)

73. Hati orang arif adalah mahligai cinta, dan hati pecinta adalah mahligai kerinduan, dan hati orang rindu adalah mahligai kedekatan.
(Abu Nuiam Al -isfahani).

74. Setiap saat cinta ini makin abadi. Setiap waktu orang makin terpukau olehnya.
(Fariduddin Aththar).

75. Petualangan antara aku dan kekasihku tak ada habisnya. Sesuatu yang tanpa mula dan tanpa akhir.(al Hafiz).

76. Cinta adalah lebirnya pecinta ke dalam sifat-Nya dan menetapnya yang dicinta di dalam Dzatnya.
(al-Junaid).

77. Cinta tidak berkurang karena kekejaman dan tidak bertambah karena keramahan.
( Al-Hujwiri).

78. Andaikata dunia mau meraih cinta, ia tidak akan mampu. Dan andaikan ia mau menolaknya, ia takkan kuasa. Karena cinta itu suatu anugerah , bukan hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan.
(Al-Hujwiri).

79. Kalau malaikat jatuh cinta. Dia menjadi manusia sempurna.
(Fariduddin Attar).

80. Antara pecinta dan kekasihnya tak ada antara. Ia bicara dari rindu. Ia mendamba dari rasa.
( Rabiah Adawiyah).

81. Di dalam cinta tak ada pengaduan dan keluhan, karena tujuan pecinta tak lain adalah tujuan sang kekasih.
(Al-Bakhori).

82. Diantara tanda-tanda cinta adalah sulitnya perpisahan antara pecinta dan kekasih.
( Al-Bakhori)

Selasa, April 08, 2014

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT ALA QURAN

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali anda baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...

CONTOH 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

CONTOH 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

CONTOH 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah) bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi ilmu

KENAPA RAMAI YANG KENA CANCER.....

TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!
Makalah ini merupakan satu perkongsian yang mungkin dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?

Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.
Cara yang tepat makan buah;
* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!
BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!
Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;
badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.
Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.
Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.
MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!
Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).
Cara Terbaik adalah:
Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong

KEHEBATAN WAKTU SOLAT



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
 
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYA’
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIYAMULLAI
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

KESIMPULAN
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya

Ahad, April 06, 2014

ISTERI CANTIK DAN SUAMI BURUK

Imran bin Hassan buruk rupa parasnya, kecil dan pendek, tetapi beliau mempunyai isteri yang cantik jelita serta rupawan, beliau dengan isterinya memang tidak sekufu dari segi kecantikkan. 
Suatu ketika Imran bin Hassan berehat-rehat dengan isterinya yang tercinta. Imran merenung ke muka isterinya, dan dia tidak henti-henti merenung ke muka isterinya...

Isteri Imran bertanya, “Wahai suamiku, ada apa dengan dirimu, mengapa engkau merenungiku terus menerus begitu?“...
Imran menjawab, “Alhamdulillah, engkau sungguh cantik.“...
Isterinya berkata, “Berbahagialah, sebab kita layak masuk syurga.“....
Imran bertanya, “Dari mana engkau tahu bahawa kita akan masuk syurga?“...
Isterinya menjawab, “Engkau dianugerahi isteri yang cantik, dan engkau bersyukur.... Sedangkan, aku diuji dengan suami yang buruk (tetapi baik perangainya), dan aku tetap bersabar.... Bukankah ORANG YANG SABAR DAN ORANG YANG BERSYUKUR AKAN MASUK KE DALAM SYURGA? ”.....

Bagaimana kalau kita ditakdirkan memiliki suami atau isteri yang sikapnya TIDAK BERSABAR DAN TIDAK BERSYUKUR? 

Ka’ab Al – Akhbar berkata, “SUAMI YANG BERSABAR ATAS PERILAKU ISTERINYA layak mendapat pahala seperti Nabi Ayub a.s.... ISTERI YANG BERSABAR ATAS PENGANIAYAAN SUAMINYA layak mendapat pahala seperti Asiyah, isteri Fir’aun.“.....