Rabu, Januari 11, 2012

SIFAT IMAM MAHDI


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا عَلَى شِرَارِ النَّاسِ. (مسلم والإمام أحمد(
Dari Ibn Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak berlaku saat qiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk) - Muslim dan Imam Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي (وَفِي رِوَايَةٍ لِأَبِي دَاوُدَ: يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي).
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak habis umur dunia ini sehingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku yang namanya menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan: "Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayahku") - (Tirmizi dan Abu Daud)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas,  hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan,  sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Daud)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَاءً يُصِيبُ هَذِهِ الْأُمَّةَ حَتَّى لَا يَجِدَ الرَّجُلُ مَلْجَأً يَلْجَأُ إِلَيْهِ مِنَ الظُّلْمِ فَيَبْعَثُ اللَّهُ رَجُلًا مِنْ عِتْرَتِي وَأَهْلِ بَيْتِي فَيَمْلَأُ بِهِ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الْأَرْضِ لَا تَدَعُ السَّمَاءُ مِنْ قَطْرِهَا شَيْئًا إِلَّا صَبَّتْهُ مِدْرَارًا وَلَا تَدَعُ الْأَرْضُ مِنْ نَبَاتِهَا شَيْئًا إِلَّا أَخْرَجَتْهُ حَتَّى يَتَمَنَّى الْأَحْيَاءُ وَالْأَمْوَاتُ أَنْ يَعِيشَ فِي ذَلِكَ سَبْعَ سِنينَ أَوْ ثَمَانَ سِنِينَ أَوْ تِسْعَ سِنِينَ.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman;  maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapang atau pun sembilan tahun."
IMAM MAHDI
Berdasarkan firman Allah:
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?
Maka dalam kitab Alamat Kiamat oleh Syeikh Jalaluddin di antaranya dituliskan begini: Ulama-ulama mengira bilangan huruf " baghtah " itu ialah sebanyak 1407 tahun. Ertinya tempoh berlaku kejadian alamat kiamat yang besar dengan turunnya ayat ini ialah 1407 tahun. Atas dasar inilah Imam Sayuti rahimahumullahu taala dalam kitabnya “Kasyaf” membuat ijtihad bahawa kedatangan Imam Mahdi (Mujaddid akhir zaman) sebagai satu tanda alamat kiamat yang besar itu ialah pada tahun 1407 Hijriah. Dengan kata lain, mujaddid itu akan lahir di awal kurun ke 15 Hijrah. Untuk menyaksikan benar tidaknya ijtihad ini, kita lihat pula apa kata lmam lbnu Hajar dalam kitab: Al Qaulul Mukhtasar fi ‘alamatif Mahdi Muntazar tentang tanda-tanda hampir kedatangan Mahdi, berdasarkan hadis-hadis. Di antaranya ialah:
1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan banyak gempa.
2. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji. Orang-orang haji dirampas di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hinggalah mengalir darah di Jumrah.
ltulah antara yang disebut oleh lbnu Hajar sebagai tanda terdekat kemunculan Imam Mahdi.
Tentang perselisihan dan gempa bumi, memang sudah jadi perkara biasa saja dalam kehidupan kita hari ini. Selalu ada berita dalam akhbar berlakunya gempa bumi di negeri-negeri di dunia ini. Berita yang terbaru kita dengar ialah dua gempa bumi yang tiap- tiap salah satunya berlaku di Los Angeles (Amerika). Tentang pertumpahan darah dan pembunuhan di musim haji pun nampaknya sudah bermula dan Insya-Allah rasanya akan berterusan. Ayatollah Khomeini telah mengisytiharkan yang Iran akan membalas dendam kepada Arab Saudi kerana membunuh orang Iran di musim haji yang lalu. Dari itu mungkin berlaku pada musim-musim haji yang akan datang. Sebab Iran yang menganut fahaman Syiah itu, memang berhajat untuk menawan Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah. 
Supaya bumi itu berada dalam pentadbiran mereka.Syiah menganggap hanya mereka yang layak memiliki Makkah, sebab hanya Syiahlah aqidah yang benar. Mazhab-mazhab lain salah dan kafir belaka. Atas keyakinan itulah Iran tunjuk perasaan di Makkah. Kemungkinan ini akan diulang di setiap musim haji. Kalaulah Arab Saudi atau sesiapa juga menentang maka akan berlakulah lagi pembunuhan dan pertumpahan darah. Untuk kejadian ini berlaku di Mina dan di Jumrah adalah tidak mustahil. Dan sekiranya terjadi demikian, maka itulah saat hampir munculnya lmam Mahdi. lnilah yang dikatakan oleh lbnu Hajar dalam Al Qaulul . Sebelum dia (Imam Mahdi) dibai’ah antara rukun dan maqam berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah (haji) dan berlakunyya rampasan orang haji di Mina.
Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka saya rasa Mujaddid kurun ke 15 ini ialah Imam Mahdi. Rasulullah S.A.W mengisyaratkan kedatangan Imam Mahdi dengan sabda baginda:

1.        Ertinya - Jika tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadiian dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaiiman dan kekejaman. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
2. 
عن عبد الله بنِ مسعودٍ رضي الله عنه : قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم لا تذهبُ الدنيا حتى يملك العربُ رجلٌ من أهل بيتي يواطِئُ اسمُهُ اسمي

Ertinya :
Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku. (Riwayat Abu Daud).


3. Sementara sepotong hadis yang lebih terkenal dengan nama Hadis Panji-panji bermaksud:

Dari Abdullah yang, berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda, dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka maka kedua mata .Rasulullah S.A.W berlinang airmata dan wajah baginda berubah, aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, ‘Kami ahlul-bait telah dipilihkan oleh Allah S.W.T akan akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama mereka panji- panji berwarna hitam setia meminta kebaikan tetapi mereka tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menolaknya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana la dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datanglah mereka walaupun mereka merangkak di atas salji. ” (Riwayat lbnu Majah).
4. Ertinya:
Dari Abu Said Al Khudri dari Nabi S.A. W yang bersabda, “‘Di antara khalifah-khalifah kamu ialah seorang khalifah yang mencurahkan harta benda tanpa mengira-ngira. ” (Riwayat Muslim).
5. Ertinya : Dari Abu Said Al Khudri yang berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Mahdi ialah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ianya dipenuhi kezaliman dan kekejaman dan ia memerintah selama tujuh tahun. ” (Riwayat Abu Daud dan Hakim).
6. Dari kitab Ahlul Kahfi  yang ditulis oleh Muhammad Taisir Zibyan pada muka surat 24, terdapat hadis dari lbnu Abbas di mana Rasulullah S.A.W bersabda:
Ertinya : Ashabul Kahfi itu adalah pembantu-pembantu Al Mahdi.
Untuk mengetahui secara detail tentang Imam Mahdi, mari kita tengok dalam kitab Al Qaulul Mukhtasar fi alamatil Mahdi Al-Muntazar oleh lbnu Hajar.
Berikut adalah petikan Kitab:
Al Qaulul Mukhtasar Fi Alamatil Mahdi Al Muntazar oleh lbnu Hajar Al Haitami. Petikan ini, ialah sebahagian daripada kesimpulan (intipati) yang dibuat oleh Imam lbnu Hajar tentang Mahdi, berdasarkan hadis.
A. SIFAT PERIBADI AL MAHDI
1. Keturunannya ialah dari ahlil bait Rasulullah.
2. Nasab keturunannya ialah Sayidina Hassan bin Ali
3. Namanya Muhammad dan nama bapanya seperti nama bapa Rasulullah iaitu Abdullah.
4. Namanya seperti nama Rasulullah, tubuhnya seperti Rasulullah. Akhlaknya juga seperti akhlak Rasulullah dan gelaran yang diberikan ialah Abu Abdillah
5. Warna kulitnya warna Arab, saiz tubuhnya seperti tubuh Israel. Di pipi kanannya ada tahi lalat; seolah-olah bintang yang bercahaya. Keningnya lengkung, hidungnya mancung, giginya jarang dan renggang antara dua pehanya.
6. Umur Mahdi 40 tahun. Lama masa pemerintahannya menurut riwayat yang paling banyak dan paling masyhur ialah 7 tahun. Riwayat lain mengatakan 19 tahun beberapa bulan, ada yang kata 20 tahun, 40 tahun, 24 tahun dan riwayat lain daripada atas mengatakan 30 tahun.
7. Mahdi memakai serban di kepalanya. Ada malaikat di atas kepalanya dan menyeru, “Sesungguhnya inilah Mahdi, hendaklah kamu mengikut akannya.”
8. Menetap di Baitul Maqdis.
9. Imam Mahdi ialah umat Rasulullah menjadi seorang khalifah akhir zaman yang akan meraup harta dengan tangannya tanpa mengiranya.
10. Imam Mahdi akan keluar pada umat Rasulullah. Allah akan mengutusnya kekayaan bagi manusia. Umat dalam nikmat. Binatang ternak berkembang biak. Bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia membagi harta dengan saksama di kalangan manusia.
11. Dia merupakan safwatullah di kalangan makhluk.
12. Dia keluar pada bulan Muharram, menyerulah penyeru daripada langit, ketahuilah olehmu bahawa safwatullah dari kalangan makhluk ialah polan itu (Mahdi). Hendaklah kamu dengar dan taat padanya. Keluar Safiani sebelumnya.
B. TANDA KEDATANGAN AL MAHDI
1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan banyak gempa.
2. Dia akan datang sesudah terbitnya bendera hitam di sebelah Timur.
3. Ada seruan daripada langit yang mengatakan sesungguhnya pemimpin kamu ialah polan itu (Mahdi).
4. Bila kamu melihat panji-panji hitam dari pihak Khurasan, hendaklah kamu mendatanginya sekalipun merangkak atas salji kerana pada mereka ada khalifah Allah.
5. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji. Dirampas orang haji di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hingga mengalirlah darah di Jumrah.
6. Sebelum dia dibai’ah antara rukun dan maqam berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah (haji) dan berlakunya rampasan orang haji di Mina.
7. Dia bersembahyang subuh di Baitul Maqdis bersama orang mukmin, tiba-tiba Nabi Isa turun. Dia mempersilakan Nabi Isa menjadi Imam. Nabi Isa meletakkan dua tangannya antara dua bahunya lantas berkata, “Ke depanlah, sembahyanglah, sesungguhnya bagi engkaulah (imam) sembahyang ini.”
C. CORAK PEMERINTAHAN AL MAHDI
1. Keluar manusia daripada pihak timur menyerahkan kekuasaan untuknya.
2. Membangunkan urusan agama di akhir zaman secara keseluruhan sepertimana didirikan oleh Rasulullah di awalnya.
3. Hidup manusia bersamanya sebagaimana hidupnya lebah dengan rajanya (erat dan penuh kasih sayang).
4. Imam Mahdi menghukum dan membawa keadilan. Memecah salib dan membunuh babi.
5. Mengubah suasana dunia iaitu memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana penuh dengan kekejaman.
6. Membahagi harta dengan adil dan sama rata pada segenap manusia.
7. Hati umat Muhammad S.A.W di zaman Mahdi dipenuhi kekayaan.
8. Orang baik mahu pun jahat, di zaman Mahdi mendapat nikmat yang tidak pernah dirasai sebelumnya.
9. Mahdi memiliki dunia sepertimana dimiliki oleh Raja Zulqarnain dan Nabi Sulaiman as.
10. Mahdi berperang ikut sunnah sepertimana Nabi S.A.W berperang ikut wahyu.
11. Bilangan mereka yang membai’ah lmam Mahdi iaitu 313 orang. Ada perempuan. Maka lmam Mahdi dapat menguasai setiap diktator hinggalah merasa keadilan. Beliau memerintah selama 7 tahun.
12. Mahdi penutup bagi agama Allah S.W.T sepertimana Allah membuka agamanya dengan Nabi Muhammad S.A.W
13. Selepas dibai’ah, satu utusan tentera daripada Syam yang diutus untuk memeranginya telah ditenggelamkan di Zilhalifah.
14. Pemegang panji-panjinya ialah seorang pemuda puak Tamimi yang datang dari Timur.
15. Mahdi memerangi Rom dalam masa 3 hari. Dapat kemenangan di hari ke 3. Hingga dapat membuka Al Konstantiniah
Demikianlah sebahagian di antara Khulasah yang dibuat oleh lbnu Hajar tentang Imam Mahdi. Susunan dan alih bahasa yang terdapat di atas adalah dibuat untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.
Dalam kitab Adduratun Nafi’ah Fi Isy Ratus Saa’ah  oleh Syeikh Osman Jalaluddin terdapat lagi keterangan yang detail tentang lmam Mahdi. Berikut ialah daripada kitab tersebut yang dibuat dari muka surat 3 ke muka surat 22.
SIFAT DAN TABIAT IMAM AL MAHDI
Sesungguhnya Imam Mahdi itu mempunyai nama yang serupa dengan nama Nabi kita iaitu Muhammad bin Abdullah. Beliau berketurunan daripada Hassan Hussein iaitu cucu Nabi Muhammad S.A.W. Tubuhnya sederhana, warna kulitnya putih kemerah-merahan, jarang bulu dua pelipisnya, hidungnya mancung, keningnya melengkung, mukanya memanjang, luas dua matanya yang bercelak, giginya berkilat-kilat lagi putih, pada pipi kanannya terdapat tahi lalat hitam, mukanya berseri-seri, janggutnya tebal dan ia mempunyai satu tanda umpama cop “Khatamun Nubuwwah” pada belikat Nabi Muhammad S.A.W. Pehanya renggang dan ia memakai baju belah dada yang berwarna putih lagi pendek.
Mengenai tabiatnya pula ialah, ia tidak membangunkan orang tidur kecuali apabila masuk waktu sembahyang. la tidak menumpahkan darah yang tiada halal, memerangi orang yang meninggalkan sunnah Nabi S.A.W dan orang kafir musyrik. Beliau juga akan menghapuskan segala perbuatan bid’ah yang menyimpang dari pegangan atau iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Imam Mahdi juga akan menjadi raja yang memerintah seluruh dunia seperti Zulqarnain dan Nabi Sulaiman a.s. Di samping itu ia akan memusnahkan segala salib Kristian dan membunuh babi.
Imam Mahdi sangat penyayang dan pemurah kepada sekelian muslimin. Imam Mahdi di redhai setiap yang hidup di langit dan bumi sehinggakan sekelian burung-burung, binatang liar di hutan dan ikan-ikan di laut akan menyukainya. Kekayaannya melimpah-ruah dan menyeru kepada sesiapa yang berhajat untuk mengambilnya. Tetapi hanya seorang sahaja yang menyahutnya kerana di waktu itu semua orang kaya-raya (boleh jadi kaya hati). Lelaki itu pun mengaut harta-harta sekehendak hatinya tetapi kemudiannya mengembalikan semula kepada Imam Mahdi.
PAKAIAN AL MAHDI
Sewaktu zahir ke dunia Imam Mahdi memakai satu serban dengan malaikat di atasnya. Malaikat itu akan menyeru:
“lnilah Mahdi khalifah Allah, ikutilah ia dengan ikhlas dan yakin.” Kemudian akan keluar daripada serban itu satu tangan mengisyaratkan satu bai’ah kepada Imam Mahdi. Imam Mahdi memiliki baju Rasulullah S.A.W , satu pedang, satu bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu yang bertulisan “Bermula perjanjian itu bagi Allah” berwarna hitam. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W baju itu tidak pernah dipakai kecuali apabila zahir Imam Mahdi.
KELEBIHAN AL MAHDI
Imam Mahdi akan menanam sebatang kayu kering ke dalam tanah yang kering lalu kayu itu tumbuh dan berdaun hijau. Apabila imam Mahdi mengisyaratkan dengan tangannya kepada burung di udara, burung itu akan jatuh ke atas tangannya. Kemudian ada seruan dari langit yang mengatakan,
“Wahai manusia! Bahawasanya Allah akan mengutus beliau kepada orang-orang yang degil dan munafik dan ia akan memerintah kamu semua. ”
PEMERINTAHAN AL MAHDI DI DUNIA
Imam Mahdi sangat gagah perkasa dan sekelian manusia mengharapkan pertolongan dan perlindungan serta keamanan daripadanya. Allah akan mengurniakan sebanyak 3000 malaikat yang akan memukul setiap orang yang menentang lmam Mahdi. Malaikat Jibril dan Mikail juga akan turun bersama pada waktu itu.
Suasana aman ketika itu hingga membolehkan harimau dan kambing berhimpun di satu tempat. Kanak-kanak akan bermain dengan segala ular dan kala tanpa bahaya. Orang-orang yang membuat perhumaan dan bersawah padi cukup makmur malah benih semaiannya tumbuh dengan hasil yang digandakan oleh Allah sebanyak 700 cupak.
Di masa pemerintahannya lagi, ia akan memadamkan segala fitnah dan menghapuskan maksiat umpamanya riba, perzinaan, minum arak dan sebagainya. la akan melaksanakan segala yang diamanahkan dan mewujudkan keamanan di seluruh alam ini, sehinggakan orang-orang perempuan yang pergi haji akan bersama-sama jemaah perempuan sahaja kerana mereka tidak takut sesuatu apa pun kecuali kepada Allah.
Alamat Yang Hampir Zahir Imam Mahdi Ke Dunia
ADA BEBERAPA TANDA SEBELUM MUNCUL AL MAHDI
1. Pecahnya sungai Furat (sungai yang besar di dalam negeri Baghdad) masuk ke laut Farsi.
2. Gerhana bulan pada awal malam bulan Ramadhan dan gerhana matahari di awal Ramadhan. Kedua-dua gerhana itu belum pernah berlaku sebelum ini.
3. Gerhana bulan berlaku sebanyak dua kali dalam bulan Ramadhan.
4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
5. Terbit bintang berekor yang cerah dari timur
6. Zahir api besar selama 3 ataupun 7 malam dari timur.
7. Zahir kelam pada langit.
8. Zahir langit merah yang berlainan dari biasa.
9. Terdapat seruan dari langit yang difahami oleh semua manusia yang mengatakan bahawa lmam Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam kampung Khuristan di dalam negeri Syria.
11. Seruan dengan nama Imam Mahdi yang sangat kuat dari langit yang didengari oleh semua manusia. Waktu itu orang tidur akan terjaga, yang berdiri akan terduduk dan yang duduk akan berdiri disebabkan terperanjat.
12. Zahir suatu jemaah lelaki di bulan Syawal. Kemudian kedengaran suara membatalkan peperangan di dalam bulan Zulkaedah. Setelah itu berlaku peperangan dalam bulan Zulhijjah dengan kejadian samun ke atas jemaah haji serta pertumpahan darah di atas Jumratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Berlaku gempa bumi.
14. Kedengaran dua seruan dari langit, seruan pertama menyebut bahawa lmam Mahdi yang zahir itu sebenarnya keluarga Muhammad S.A.W. Suara kedua pula mengatakan bahawa lmam Mahdi itu daripada keluarga Isa a.s.
Fitnah-Fitnah Yang Berlaku Sebelum Zahir Imam Mahdi
5 FITNAH SEBELUM MUNCULNYA AL MAHDI
1. Sewaktu pecah sungai Furat, keluarlah emas daripada bukit yang berdekatan. Akibatnya berpuak-puaklah manusia kepada 3 kumpulan untuk mendapatkannya. Salah satu daripada kumpulan yang lebih hampir dengan timbunan emas itu berkata, “Demi Allah kami akan membunuh sekelian manusia kerana jika kami biarkannya nescaya habislah ia (harta).” Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diingini sehingga berlakulah pembunuhan yang besar di mana hanya seorang sahaja dalam setiap seratus orang yang hidup.
2. Keluar seorang daripada keturunan Sufyani yang kafir daripada anak Khalid bin Sufyan dalam negeri Syam, yang akan menyebabkan peperangan yang besar.
3. Berlaku peperangan yang berpunca daripada puak Ibqa’. Ibqa’ ini ialah suatu yang ada padanya warna putih dan hitam dari negeri Mesir.
4. Muncul puak Ashab. Ashab ialah sesuatu yang bercampur warna putih dan merah.
5. Muncul puak A’raj yang mana A’raj itu ialah orang yang berjalan capek dari Maghribi.
Berlakulah peperangan di antara puak-puak itu selama setahun di mana kemenangannya di pihak Sufyani. Kemudian muncul pula seorang raja dari negeri Maghribi yang membunuh semua lelaki, menawan perempuan lalu menunggu di bumi Arab untuk memerangi puak Sufyani yang sedang mengalahkan puak Quraisy.
Walau bagaimanapun, pihak Raja Maghribi dikalahkan oleh puak Sufyani sehingga habislah harta bendanya dirampas. Pihak Sufyani meneruskan peperangan dengan pihak Rom dan Turki di mana berlakunya berbagai-bagai penganiayaan umpamanya perut perempuan yang mengandung dibelah ,dan kanak-kanak dibunuh. Lelaki-lelaki pihak Quraisy yang melarikan diri ke Turki dituntut secara paksa dan setengah daripada mereka berjaya lari ke Khurasan setelah dipukul dan disiksa di Damsyik.
Di dalam perjalanan memburu saki-baki orang-orang Quraisy itu, angkatan berkuda puak Sufyani membinasakan kota-kota negeri, memasuki kota Baghdad dan membunuh seramai 100,000 jiwa. Apabila memasuki Kufah, mereka membunuh 60,000 jiwa lagi serta menawan kanak-kanak dan perempuan. Manakala sampai ke negeri Khurasan, bertambah-tambah lagi kekejaman mereka.
Setiap keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan Bani Hasyim dari penduduk Khurasan itu ditangkap lalu dibunuh di tempat itu juga. Separuh ahlul bait itu dihantar ke Kufah. Kemudiah puak Sufyani itu memasuki kampung-kampung dan merata-rata tempat.
Setelah berlaku kelima-lima perkara tadi, zahirlah Imam Mahdi tetapi tidak diketahui di mana ia menzahirkan diri. Semasa berlaku huru-hara itu, ia berserta dengan pembantunya dan tujuh orang lagi melarikan diri dari Madinah dan bersembunyi di Makkah. Manakala mendengar berita itu, Raja Madinah pun mengutus surat kepada Raja Makkah memberitahu kedatangan lmam Mahdi dan menyebut nama-nama jemaahnya. Raja Makkah sangat gembira mendengar khabar itu lalu menjemput Imam Mahdi beserta jemaahnya menemui baginda. Imam Mahdi dan jemaahnya menemui Raja Makkah dan meminta perlindungan politik lalu dibenarkan tinggal di Makkah dengan aman.
Tetapi Raja Makkah menipu dengan memanggil dua orang utusan Imam Mahdi lalu membunuh salah seorangnya di satu tempat antara rukun Hajarul Aswad dan maqam Ibrahim. Seorang lagi telah berjaya melarikan diri dan memberitahu Imam Mahdi. Bersiaplah Imam Mahdi untuk memerangi Raja Makkah yang dimurkai Allah dan segala isi langit, lalu berkhemah di Taif di satu bukit, lalu bergabung dengan penduduk di situ. Berperanglah buat pertama kalinya Imam Mahdi dan jemaahnya dengan Raja Makkah. Imam Mahdi berjaya mengalahkan mereka sementara Rajanya pula dibunuh. ltulah perang pertama dari 6 peperangan.
PEPERANGAN KE 2
Peperangan kedua ialah memerangi negeri Turki Konstantiniah yang mana Imam Mahdi turut dibantu oleh para auliya’. Ada dua sebab negeri itu diperangi, pertama mungkin ia akan jatuh ke tangan orang kafir pada akhir zaman umpamanya Rusia, kedua, ialah kemungkinan mereka telah keluar dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 7 tahun setelah peperangan itu, barulah keluar dajal laknatullah yang kemudiannya dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi di Baitul Maqdis.
Pada 1343 H, semasa berada di Madinah penulis (Syeikh Jalaluddin) telah berjumpa dengan seorang soleh dari negeri Turki yang berkata, “Negeri Turki sekarang dalam kacau bilau dalam hal agama, orang-orang muda semuanya keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali orang tua yang masih berpegang teguh dengan agama.” Pada tahun 1342 H, sewaktu pemerintahan Syarif Husein di Makkah seorang guru yang bersyarah di Masjidil Haram menceritakan kezahiran lmam Mahdi yang akan memerangi Makkah dan Turki. Apabila penulis menanyakan mengapa kedua negeri itu diperangi sedangkan kedua-duanya negeri Islam, ia menjawab, “Barangkali pada akhir zaman, penduduk kedua-dua negeri itu keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
Berkata Sohibul Qamus jatuhnya Konstantaniah oleh pihak muslimin itu adalah satu tanda kiamat. Tinggi kota Konstantiniah itu ialah lebih kurang 21 hasta dan gereja-gerejanya sangat tinggi. Di sini gereja itu terdapat beberapa tiang yang ukur lilitnya 4 depa.
Pada kepala tiang itu ada gambar kuda daripada tembaga yang ditunggang oleh seorang lelaki sambil memegang buah yang bulat dari emas dan sebelah tangan lagi terbuka anak jarinya seperti orang memberi isyarat. Orang itulah...
...munafik, sepertiga lagi mati syahid dan sepertiga lagi tiada difitnahkan ke atas mereka selama-lamanya.
Selepas itu puak Rom dan muslimin memerangi Parsi dan menang serta menawan segala kanak-kanak mereka. Kemudian orang Rom meminta harta rampasan lalu diberikan oleh orang muslimin segala harta dan anak-anak kafir Parsi itu. Mereka meminta juga anak-anak kaum muslimin orang Parsi, tetapi tidak diberikan. Ini menggembirakan orang-orang Rom kerana orang-orang Islam telah melanggar janji lama iaitu memberi lebih kepada mereka kerana bilangan mereka lebih ramai, alat perang yang lebih sempurna dan mereka lebih kuat. Lalu mereka pun mengadu kepada Raja Turki dan meminta untuk memerangi orang Islam.Permintaan mereka ditolak oleh Raja Turki kerana orang Islam itu ialah puak yang sentiasa menang dan kuat. Orang-orang Rom itu pun memberitahu Raja Rom, lalu berangkatlah angkatan perang Rom dengan 8 jemaah yang setiapnya mempunyai seramai 12,000 askar melalui jalan laut.
Apabila mereka berhenti berlabuh di pelabuhan Syria, segala kapal-kapal dibakar dan menawan seluruh bumi Syam kecuali bandar Damsyik dan Mu’taq. Apabila melihat orang-orang Syam diperangi Raja Turki pun menyiapkan angkatan perangnya melalui jalan darat iaitu Qansarian dalam negeri Syam lalu bergabung dengan penduduk di situ yang seramai 300,000 kemudian ditambah lagi dengan kekuatan tentera Yaman seramai 1,000 orang dan 40,000 orang bangsa Humair. Dalam peperangan itu orang Islam telah berjaya.
Kemudian orang-orang Yaman dan Humair berhimpun di satu bukit di negeri Syam sementara pihak muslimin lain berkumpul pula di tepi Sungai Ariat sedangkan pihak musyrikin pula di tepi Sungai Rokiah yang hitam. Lalu berlakulah perang antara tentera Islam dengan pihak musyrikin. Di dalam peperangan itu terbunuhlah pihak muslimin seramai sepertiga, sepertiga lagi berundur dan tinggallah sepertiga lagi.
Selepas itu tentera Muslimin berpecah kepada 3 puak. Puak pertama ingin terus menyerah dan mengatakan bahawa kalau agama ini ada kegunaan dan kemuliaannya nescaya dibantu oleh Allah. Puak kedua pula tetap yakin bahawa orang-orang Rom tidak akan mengalahkan mereka selama-lamanya lalu menganjurkan supaya melalui kawasan orang Badwi (yang jauh daripada negeri dan kampung) negeri Iraq, Yaman dan Hijaz yang belum dibinasakan oleh tentera Rom. Puak yang ketiga pula menasihati kedua-dua pihak tadi supaya tidak taksub dengan kumpulan masing-masing kerana Allah tidak akan membantu dan menyeru mereka supaya bersatu semula. Akhirnya mereka bergabung semula dengan mengangkat perjanjian perang.
Apabila melihatkan gabungan mereka yang terlalu kecil, bergembiralah Raja Rom lalu diserulah mereka bahawa salib itu boleh memberi bekas. Tetapi pihak Muslimin menafikan kata-kata itu kerana yang memberi kemenangan dan kejayaan itu hanyalah dengan pertolongan Allah dan wali-waliNya. Selepas itu dengan kuasa Allah turunlah 200,000 malaikat berserta Mikail dengan pertolongan para auliya’. Dengan azab siksa yang diturunkan juga matilah sebahagian orang kafir dan orang-orang Islam memperolehi kemenangan. Kemudian tentera Muslimin memasuki bandar Rom dan diminta keamanan dengan perjanjian bayaran jizyah oleh orang-orang Rom. Mereka kemudiannya diberikan keamanan.
Mereka (orang-orang Rom) mendustai orang-orang Islam itu dengan mengatakan bahawa Dajal telah datang untuk merosakkan orang-orang Islam. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan menakut-nakutkan orang Islam itu untuk menghapuskan kesemuanya lelaki dan perempuan Muslim dari muka bumi Rom itu. Berita ini telah sampai ke pengetahuan orang-orang Arab Islam di tempat lain. Orang-orang Rom dibunuh sementara perempuan dan kanak-kanaknya ditawan, segala harta dirampas dan seluruh kota Rom ditawan dalam masa tiga hari. Kemenangan ini disambut dengan puji-pujian takbir dan tahlil kepada Allah sehingga ke waktu Subuh tanpa tidur.
Apabila terbir fajar, orang-orang Islam melaungkan takbir dengan suara yang sehabis kuat, lalu runtuhlah kota Rom. Kejadian itu menakjubkan orang-orang Rom di mana akhirnya mereka mengakui bahawa memerangi orang-orang Islam bererti memerangi Allah. Emas dan tawanan dibahagi-bahagikan sehinggakan masing-masing memperolehi 300 orang anak dara. Selepas itu timbullah Dajal sebagai alamat hampir kiamat.
PEPERANGAN KE 3
Imam Mahdi akan memerangi negeri India dan membunuh semua orang kafir dan orang-orang Islam yang terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di dalam hadis ada menyebutkan bahawa terdapat 72 golongan yang masuk neraka dan mereka inilah yang akan diperangi oleh Imam Mahdi kelak.
PEPERANGAN KE 4
lmam Mahdi akan memerangi semua pendapat bid’ah tersebut walau di mana sekalipun mereka berada.

PEPERANGAN KE 5
lmam Mahdi memerangi puak Sufyani dan segala tenteranya.
PEPERANGAN KE 6
Memerangi penduduk Bandar Qati’. Bandar Qati’ ini terletak di satu daratan yang hijau pada bahagian laut. Panjang bandar itu 1000 batu dan lebarnya 500 batu, mempunyai 360 pintu yang dikawal oleh seramai 1000 askar pada setiapnya. Sewaktu ketibaan Imam Mahdi dengan tenteranya dari Konstantiniah Al Kubra, mereka melaungkan takbir sebanyak 3 kali lalu runtuhlah dinding bandar Qati’. lmam Mahdi dan tenteranya akan memerangi mereka dan membunuh 1,000 000 orang.
Setelah selesai peperangan itu, Imam Mahdi berserta tenteranya menuju ke Baitul Maqdis dengan 1000 buah kapal. Apabila sampai ke bumi Syam Palestin di antara tempat bernama ‘Aka, Shur dan Ghazza, mereka memperolehi beberapa harta yang banyak dan melimpah ruah. Imam Mahdi dan tenteranya tiba dan tinggal di Baitul Maqdis sehinggalah keluar Dajal.
Dalam kitab Al Hawi lil Fatawa terdapat keterangan tentang lmam Mahdi. Berikut adalah terjemahan kitab tersebut yang dipetik dari muka surat 145.
 "lmam Mahdi lahir di dalam lingkungan tentera seramai 313 orang lelaki iaitu bilangan tentera Badar, bukan secara berjanji untuk bertemu. Mereka itu adalah ruhbanul bil lail, fursan bin nahar. Ertinya ahli ibadah di waktu malam, singa-singa di waktu siang."
Daripada lbnu Masud dia telah berkata apabila telah terputus perdagangan dan segala jalan-jalan dan banyaknya berlaku fitnah akan keluarlah 7 orang ulama daripada beberapa pelusuk dunia tanpa janji (mereka saling tidak kenal mengenal). Setiap seorang di kalangan mereka akan dibai’ah oleh 300 orang dan beberapa belas orang lelaki. Mereka semuanya akan berhimpun di Makkah. Ketujuh- tujuh orang itu akan bertemu. Sesama mereka akan bertanya, mengapa kamu datang? Jawab yang lain, kami mencari (lelaki) orang yang agar di atas tangannya fitnah ini akan tenang dan Kistantiniah itu akan dibuka. Sesungguhnya kami tahu namanya, nama bapanya, nama ibunya dan tenteranya. 7 orang itu pun sepakat. Mereka pun sama-sama mencari. Maka mereka bertemu di Makkah.
Demikianlah keterangan tentang Imam Mahdi. Ulama-ulama telah menghurainya dengan panjang lebar berdasarkan hadis-hadis tentangnya. Umat Islam sepatutnya mengambil kenyataan ini sebagai satu berita besar dan menggembirakan.Yang penting dan menanti-nanti agar ianya segera berlaku. Sebab agama Islam dan umat Islam hari ini sudah begitu lemah dan hinanya. Maksiat dan mungkar jadi mainan dunia. Manusia bertuhankan hawa nafsu dan syaitan. Allah dan RasulNya dibuat macam tidak ada, atau kalau ada pun, macam Al Quran buruk sahaja. Iman dan ukhwah Islamiah hancur bak air batu di bawah matahari terik. Musuh sedang meratah umat Islam bagai memakan makanan dalam satu dulang. Alangkah malangnya! Masakan kita tidak sedih melihatkan itu semua! Masakan kita tidak ingin melihat dunia ini kembali pada tangan Islam. Di mana maksiat dan mungkar sangat berkurangan. Hati manusia penuh dengan Iman dan ghairah kembali membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah. Kemewahan merata, harta melimpah ruah.
Namun manusia berhati zuhud terhadap dunia dan sangat menyintai akhirat. Maka terjadilah kasih sayang yang tulin dan erat antara umat. Dunia aman damai lagi makmur dan mendapat keampunan dan kasih sayang dari Allah. Keadilan merata dan orang kafir pun tunduk pada Islam dengan cara sanggup membayar jizyah. Alangkah indahnya hidup dalam keadaan itu. Segala sistem ekonomi, politik, pelajaran dan pendidikan, ketenteraan dan apa juga, semuanya berjalan mengikut lunas-lunas Islam. Tidak sebagaimana sekarang, ekonomi ribanya menindas, politik demokrasinya kotor, pelajarannya liar, tidak mengarah kepada menegakkan hukum-hukum Allah. Manakala pendidikan membentuk manusia-manusia yang rasuah, sombong, bakhil, tipu, zina, judi, rogol, arak dan 1001 macam mungkar lagi.
Siapa juga yang cintakan kebenaran dan keadilan, sepatutnya rindu menanti kedatangan Imam Mahdi. Hanya dia pemimpin yang mampu, dengan izin Allah, untuk mengganti kejahilan manusia-manusia ini dengan Islam. Sebagaimana mampunya Rasulullah menumbangkan jahiliah untuk digantikan dengan hukum-hukum Allah. Kalau bukan Mahdi, kita tidak ada seorang pun pemimpin dunia kini yang boleh menghentikan peperangan, penindasan dan kezaliman, menumpaskan maksiat, mencetuskan perpaduan, menundukkan orang kafir, menyamakan pembahagian harta, menegakkan hukum Islam, menumbangkan pemerintahan yang zalim, mengujudkan keamanan dan seterusnya untuk menegakkan negara Islam di seluruh dunia.
Kebanyakan pemimpin Islam hari ini bukan sahaja tidak mampu untuk mengamankan negaranya atau harakahnya, rumah tangganya sendiri pun kucar kacir. Demikian juga halnya dengan ulama-ulama kita. Hukum Islam bukan sahaja tidak dijalankan di pejabat atau di qariahnya, dalam rumah sendiri pun tidak berlaku. Saya berkata begitu bukanlan bermaksud hendak mematikan semangat juang pejuang-pejuang Islam hari ini. Jangan pula mereka berkata, “Kalau begitu kita tak payah berjuanglah. Sebab kalau berjuang pun tak dapat negara Islam.”
Jihad fisabilillah adalah termasuk perintah Allah dan hukumnya adalah wajib. Jadi setiap umat Islam yang mukallaf wajiblah perjuangkan Islam. Tapi ingat, niat dan matlamat kita menunaikan perintah Allah ialah bukan untuk mendapatkan negara Islam tetapi ialah kerana Allah ada dan untuk mendapat keampunan Allah di padang Mahsyar nanti. Samada berjaya atau tidak, itu tidak menghalang kita dari terus berjuang. Seseorang yang bila diberitahu hanya Mahdi yang boleh mengembalikan Islam ke seluruh negara dan dunia, bukan kita terus mengambil keputusan untuk pencen dari berjuang, menunjukkan perjuangannya selama, ini bukanlah kerana Allah. Samalah dengan seorang yang sembahyang kerana hendak kaya, tapi bila tidak kaya-kaya juga dia pun malas nak bersembahyang. Orang ini tidak ikhlas namanya.
Tidak boleh juga kita berjuang kerana hendak jadi pengikut Imam Mahdi atau hendak menunggu lmam Mahdi. Nanti kalau Imam Mahdi lambat datangnya, dia pun tidak mahu berjuang lagi. ltupun tidak ikhlas namanya. Imam Mahdi datang ke tak datang ke kita tetap berjuang kerana Allah. Biar kita mati dalam berjihad fisabilillah, moga-moga syahid.
Hakikat penantian Imam Mahdi yang sebenarnya ialah mengharapkan pembelaan Allah S.W.T. terhadap agamanya yang kita cintai ini. Moga-moga bila Imam Mahdi datang, tegak kembalilah Islam di bumi ini. Perasaan dan harapan itulah yang mendorong kita untuk mendoa, menyebut-nyebut, mengingat-ingat dan bercakap-cakap tentang lmam Mahdi ini. Ini jugalah yang dibuat oleh lmam Bukhari dalam keluhan rasanya pada Tuhan:
Tuhan,
dada bumi mengharapkan
turunnya tangkisan ghaib dari udara
turunnya tangan kuat
yang kuasa menyapu kegelapan
dan mengangkat kaum-kaum yang lemah di bumi.
Sebab kalau bukan seorang yang benar-benar didatangkan oleh Allah, yang ada berkat dan karamah serta ilmu dan kekuatan yang bertaraf mujtahid dan mujaddid, mustahil rasanya umat ini dapat dipimpin kepada Islam. Maka marilah kita sama-sama mengharapkan lahirnya lmam Mahdi. Jika takdirnya kita dapat bertemunya, maka berikrarlah untuk mengalu-alukan dan memberi bai’ah padanya. Agar kita dapat bersamanya mengembalikan kebenaran dan keadilan di bumi Allah ini
[Dipetik daripada buku Siapakah Mujaddid kurun ke 15]

Jumaat, Disember 30, 2011

LOKASI KEDUDUKAN DAJJAL SEKARANG



حَدَّثَنَا ابْنُ بُرَيْدَةَ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ شَرَاحِيلَ الشَّعْبِيُّ شَعْبُ هَمْدَانَ أَنَّهُ سَأَلَ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ أُخْتَ الضَّحَّاكِ بْنِ قَيْسٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ فَقَالَ حَدِّثِينِي حَدِيثًا سَمِعْتِيهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُسْنِدِيهِ إِلَى أَحَدٍ غَيْرِهِ فَقَالَتْ لَئِنْ شِئْتَ لَأَفْعَلَنَّ فَقَالَ لَهَا أَجَلْ حَدِّثِينِي فَقَالَتْ نَكَحْتُ ابْنَ الْمُغِيرَةِ وَهُوَ مِنْ خِيَارِ شَبَابِ قُرَيْشٍ يَوْمَئِذٍ فَأُصِيبَ فِي أَوَّلِ الْجِهَادِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا تَأَيَّمْتُ خَطَبَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَطَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَوْلَاهُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَكُنْتُ قَدْ حُدِّثْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ أُسَامَةَ فَلَمَّا كَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ أَمْرِي بِيَدِكَ فَأَنْكِحْنِي مَنْ شِئْتَ فَقَالَ انْتَقِلِي إِلَى أُمِّ شَرِيكٍ وَأُمُّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ غَنِيَّةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ عَظِيمَةُ النَّفَقَةِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَنْزِلُ عَلَيْهَا الضِّيفَانُ فَقُلْتُ سَأَفْعَلُ فَقَالَ لَا تَفْعَلِي إِنَّ أُمَّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ كَثِيرَةُ الضِّيفَانِ فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسْقُطَ عَنْكِ خِمَارُكِ أَوْ يَنْكَشِفَ الثَّوْبُ عَنْ سَاقَيْكِ فَيَرَى الْقَوْمُ مِنْكِ بَعْضَ مَا تَكْرَهِينَ وَلَكِنْ انْتَقِلِي إِلَى ابْنِ عَمِّكِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي فِهْرٍ فِهْرِ قُرَيْشٍ وَهُوَ مِنْ الْبَطْنِ الَّذِي هِيَ مِنْهُ فَانْتَقَلْتُ إِلَيْهِ فَلَمَّا انْقَضَتْ عِدَّتِي سَمِعْتُ نِدَاءَ الْمُنَادِي مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِي الصَّلَاةَ جَامِعَةً فَخَرَجْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنْتُ فِي صَفِّ النِّسَاءِ الَّتِي تَلِي ظُهُورَ الْقَوْمِ فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَضْحَكُ فَقَالَ لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلَّاهُ ثُمَّ قَالَ أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ إِنِّي وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلَا لِرَهْبَةٍ وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لِأَنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كَانَ رَجُلًا نَصْرَانِيًّا فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ وَحَدَّثَنِي حَدِيثًا وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ حَدَّثَنِي أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلَاثِينَ َرجُلًا مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ فَلَعِبَ بِهِمْ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي الْبَحْرِ ثُمَّ أَرْفَئُوا إِلَى جَزِيرَةٍ فِي الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ فَجَلَسُوا فِي أَقْرُبْ السَّفِينَةِ فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ  فَقَالُوا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قَالُوا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ أَيُّهَا الْقَوْمُ انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ قَالَ لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلًا فَرِقْنَا مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً قَالَ فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ قُلْنَا وَيْلَكَ مَا أَنْتَ قَالَ قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ قَالُوا نَحْنُ أُنَاسٌ مِنْ الْعَرَبِ رَكِبْنَا فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ فَقُلْنَا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قُلْنَا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً  فَقَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لَا تُثْمِرَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِيهَا مَاءٌ قَالُوا هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ قَالَ أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ قَالُوا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِي الْعَيْنِ مَاءٌ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الْأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ قَالُوا قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ قَالَ أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنْ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ قَالَ لَهُمْ قَدْ كَانَ ذَلِكَ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي إِنِّي أَنَا الْمَسِيحُ وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الْأَرْضِ فَلَا أَدَعَ قَرْيَةً إِلَّا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَائِكَةً يَحْرُسُونَهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِي الْمِنْبَرِ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَلَا هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ فَقَالَ النَّاسُ نَعَمْ فَإِنَّهُ أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنْ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ أَلَا إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لَا بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ قَالَتْ فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 


Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, "Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” 

Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. 

‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.  

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. "Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. 

Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.  Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. 

Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.  Mereka berkata, “Celaka kau, apakah kamu ini ? Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah mata-mata.’ Mereka bertanya, ‘Mata-mata apa?” Dia menjawab, ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’ Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. 

Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. 

Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?  Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini.  Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” 

‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.” Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. 
KEBUN KURMA DI BAISAN
Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!” (Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.) Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?” “Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?” “Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’ Lalu dia berkata lagi. 
TASIK TOBARI
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!” (Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.) “Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ? “Apakah tasik itu masih berair ? ‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,” 
AIR MATA ZUHGAR
Dia berkata, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!” (Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.) “Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?” “Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” 
PERUTUSAN RASULULLAH
“Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,” “Apakah orang-orang Arab memenanginya?” Ya” “Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.” “Apakah demikian?” “Ya” ‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. 

Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.” 

Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?” o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.” Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” 

Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.” Hadis riwayat Muslim.  Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

ASAL USUL DAJJAL


Article ini saya baca pagi ini, dan rasanya ia suatu yang baru dalam kajian pasal Dajjal, saya masukkan dalam blog saya untuk sama kongsi maklumat ilmiah pasal dajjalmini "sabda Rasulullah : sesungguh Allah melihat, dajjal itu buta matanya!
Mohon izin dari tuan punya article untuk saya terbitkan dalam blog saya ini, terima kasih.

“Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”

Di atas adalah pernyataan teori saya tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini saya ingin menjelaskan mengapa saya beranggapan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi.

Apa itu Ashkenazi?

Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.

Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi  yang digelar Bani Israel.

Populasi Suku Ashkenazi?

Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel.

Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?

Pandangan peribadi saya ialah YA.

Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:

1 (Pertama) – Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.

“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”

Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.

Yahudi Isfahan mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka.

2 (Kedua) – Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.

Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:

Politik Antarabangsa
Ekonomi Dunia
Hiburan dan Perfileman
Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.

3 (Ketiga) – Berdasarkan pendapat Janet Moser

Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.

Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:

“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”

P/S: Sama ada ayat-ayat dari Injil benar atay tidak bukanlah tugas kita, ia adalah tugas cendekiawan-cendekiawan Islam untuk memperbetulkannya, misalnya Syeikh Ahmed Deedat, Syeikh Dr. Zakir Nair dan Muhammad Isa Dawud. Namun apa yang hendak ditegaskan di sini ialah umat Kristian sendiri mempercayai bahawa Dajjal itu adalah berketurunan Yahudi.

Permasalahan Suku Bangsa Asal Dajjal

Cuma yang boleh kita perhalusi ialah dari suku manakah Dajjal itu berasal kerana Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:

Mizrahi
Khazar
Sephardi
Askhenazi
Samaritan
Tetapi dalam suku-suku di atas saya berkeyakinan (InsyaAllah) Dajjal itu adalah dari suku Ashkenazi di atas beberapa fakta.

Fakta 1: Tokoh-Tokoh Suku Ashkenazi

Ada beberapa sebab tertentu mengapa saya cenderong untuk mengatakan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Fakta-fakta tersebut ialah…

Kebanyakan tokoh-tokoh perang dunia berasal dari suku Ashkenazi.
Tokoh-tokoh sains Eropah adalah dari bangsa Yahudi
Tokoh-tokoh ekonomi dunia sekarang adalah berasal dari Yahudi suku Ashkenazi
Kesemua tokoh berpengaruh dunia adalah berbangsa Yahudi Ashkenazi
Albert Eistein,merupakan Yahudi suku Ashkenazi, beliau adalah saintis terulung yang diagung-agungkan oleh barat sehingga wataknya dimasukkan dalam program Microsoft Office bahagian ‘Office Assistant”. Padanlah begitu, Bill Gates juga berbangsa Yahudi.
Karl Marx, juga berbangsa Yahudi suku Ashkenazi. Beliau menulis beberapa buku dan juga pengasas fahaman Nazi yang selepas itu didokong oleh Adolf Hitler (juga seorang Yahudi, sebelah ibunya).
Henry Kensigger, bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat juga dari suku Ashkenazi. Sekarang ini menjadi salah seorang pemimpin kumpulan sulit bernama The Bilderberg Group.
Keluarga Rothschild. Merupakan keluarga yang terkaya di dunia dan 50% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya. Keluarga Rothschild adalah penyebab bagi segala peperangan dunia dari 1800-an ahingga sekarang.
Keluarga Rockefeller, juga penguasa ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya termasuk semua mesin-mesin carigali minyak dismua negara Arab. Rockefeller adalah pengasas kepada Trilateral Commission malah mempunyai universiti sendiri. Sesetengah pengkaji konspirasi meramalkan dia adalah orang yang boleh berhubung terus dengan AntiChrist (Dajjal)
Di atas hanya beberapa tokoh sahaja dari suku Yahudi Ashkenazi. Yahudi dari suku lain juga mungkin menguasai pelbagai dimensi sosial dunia. Cuma Dajjal berkemungkinan lebih cenderung untuk menaikkan saudara mara sukunya pada peringkat teratas.

“Yakni Dajjal mahukan tokoh-tokoh dari sukunya iaitu Ashkenazi menjadi pemimpin bagi semua tokoh-tokoh dari suku Yahudi yang lainnya”

# Fakta 2 : Misteri Angka 13

Terdapat fakta lain yang lebih menyakinakn saya tentang suku Ashkenazi ini. Fakta itu ialah tentang malapetaka penyakit yang ditimpakan Allah ke atas suku ini.

Angka tiga belas (13) amat menarik untuk dikaji dan dijadikan hujah kukuh. Allah telah menimpakan 13 jenis penyakit “wajib” atas suku ini. Maksud perkataan wajib itu ialah setiap 25 hingga 40 orang dari suku Ashkenazi akan terkena salah satu penyakit genetik ini. Sumber adalah berdasarkan statistik dari Jewish Genetics Centre. Sesungguhnya penyakit genetik Ashekanazi ini mempunyai 13 jenis:

1. Bloom’s Syndrome
2. Canavan Disease
3. Cystic Fibrosis
4. Factor XI Deficiency
5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)
6. Fanconi Anemia
7. Gaucher Disease
8. Mucolipidosis IV
9. Niemann-Pick Disease
10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia
11. Nonsyndromic Hearing Loss
12. Tay-Sachs Disease
13. Torsion Dystonia
(Sumber : www.jewishgeneticscentre.org)

Penyakit ini sebanyak 90% melanda masyarakat Yahudi Ashkenazi di Israel. Kadang kala ia dihidapi juga oleh orang-orang Yahudi di Amerika dan Eropah. Namun ia tetap menyerang golongan Yahudi suku Ashkenazi walau di mana mereka berada.

Dan saya percaya ibu bapa Dajjal mengidap salah satu penyakit di atas dan saya juga percaya Dajjal salah satu penyakit di atas. Fritz Springmeier (pengkaji konspirasi Yahudi) menyatakan Dajjal berasal dari salah satu 13 keturunan pilihan.13 keturunan itu ialah:

1. Keluarga Astor
2. Keluarga Bundy
3. Keluarga Collins
4. Keluarga DuPont
5. Keluarga Freeman
6. Keluarga Kennedy
7. Keluarga Lee
8. Keluarga Onassis
9. Keluarga Reynolds
10. Keluarga Rockefeller
11. Keluarga Rothschild
12. Keluarga Russell
13. Keluarga Van Duyn

# Fakta 4 : Ujian Kecerdasan IQ

Walaupun suku Ashkenazi dimudharatkan dengan 13 jenis penyakit mutasi, namun Allah berkehendak ke atas mereka untuk menjadi suku bangsa paling bijak dari suku-suku lain.

Muhamad Isa Dawud pula sering menggunakan perkataan-perkataan ini untuk membahaskan tentang Dajjal, iaitu

“anak genius itu….” atau “….yang genius itu”

Pada mulanya saya hanya beranggapan Muhammad Isa Dawud sengaja menggunakan perkataan “genius” untuk membezakan Dajjal dan manusia biasa. Tetapi gelaran yang diberikan Muhammad Isa Dawud memang benar.

Menurut Danial A. Segal, seorang pakar antropologi, kajian ke atas tahap IQ bangsa Yahudi Ashkenazi mendapati mereka mengatasi suku-suku bangsa lain di dunia. Mereka mencatat 7 – 12 mata dan ke atas bagi setiap kajian.
Berikut adalah Ujian IQ ke atas sampel Yahudi Ashkenazi berdasarkan dari 6 sumber.

Source

Sample sizes. Number of Ashkenazi Jews tested.

Average IQ Ashkenazi Jews in USA and/or UK

Backman 1972
1236

107.8 verbal IQ

Backman in present study
150

107.5 crystallized IQ

Lynn
Estimated

103.5 Ashkenazi Jews in Israel

Storfer
Suggested IQ

112

Bachman 1970
Lesser than 100

112.8

Herrnstein/Murray 1994
59

112.6

Atau lihat buku-buku berikut:

Daniel A. Segal ‘The European’: Allegories of Racial Purity, Anthropology Today, Vol. 7, No. 5 (1991), muka surat. 7-9

Barnett, Susan M. and Williams, Wendy (2004). “National Intelligence and the Emperor’s New Clothes”. Contemporary Psychology: APA Review of Books 49 (4): muka surat 389-396.

Saya juga sarankan anda baca kajian oleh Gregory Cochran, Jason Hardy dan Henry Harpending dalam jurnal mereka yang bertajuk ‘Natural History of Ashkenazi Intelligance’.

Klik link ini untuk download (format .pdf)

Kaitan Ashkenazi dan Dajjal : persoalan-persoalan yang timbul

Sekiranya Dajjal bukan perancang bagi segala kemusnahan dunia mengapa semua kekayaan dunia dan pemerintahan dimiliki oleh golongan elit Yahudi Ashkenazi?
Mengapa suku Ashkenazi amat berpengaruh dan sedang meluaskan pengaruhnya dari tahun 1800 hingga sekarang?
Mengapa Dajjal memilih suku ini dari suku-suku lain untuk memimpin kumpulan-kumpulan sulit Yahudi seperti Bilderberg, Skull and Bones, Illuminati, Trilateral Commission, Freemason dan Council on Foreign Relationship?
Mengapa hanya keturunan keluarga Rothschild dan Rockefeller sahaja yang dipilih untuk menguasai ekonomi dunia sejak 300 tahun dahulu?
Mengapa konspirator-konspirator Yahudi dari suku lain (misalnya Mizrahi dan Sephardi) tidak membantah penguasaan Rothschild dan Rockefeller?
Adakah mereka semua telah ketahui bahawa Rothschild dan Rockefeleer adalah keluarga terpilih oleh Raja mereka?
Ataupun adakah suku-suku Yahudi lain telah pun mengetahui bahawa Dajjal berasal dari suku ini?
Oleh kerana persoalan-persoalan inilah yang membuatkan penulis amat yakin suku Ashkenazi adalah suku asal Dajjal. Dan Dajjal sudah tentu mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memilih sukunya sendiri.

Kesimpulan

Umum mengetahui bahawa dunia hari ini dikuasai oleh bangsa Yahudi dari segala aspek bermula dari politik hinggalah ke dunia hiburan serta pendidikan.

Tetapi masyarakat dunia (khususnya umat Islam), tidak mengetahui bahawa kebanyakan Yahudi yang menguasai dunia hari ini adalah dari suku Ashkenazi. Dan ramai juga yang tidak tahu, mengapa.

Wallahu’alam…


Tags:     suku Ashkenazi      bani israel      yahudi      Asal Usul Keturunan Dajjal      jewish      AntiChrist      Sahih      riba      rockefeller      adolf hitler      IRA      iman      Muhammad      anak      konspirasi      ekonomi      Ahmad      rap      riwayat      Politik      Riwayat Ahmad      tahap      mic      arak      pdf      illuminati      islam      manusia      Muslim      kristian      hadith      DAP      ALLAH      umat ISLAM      amerika      bangsa      dunia      pemerintah      hiburan      eropah      istik      LEGO      peribadi      Rothschild      jews      ISA      Muhammad Isa Dawud      PAS      ibu bapa      fb      aman      Freemason      GRO      ujian      penyakit      isteri      ego      000      ima
Latest Articles
Konsep Sederhana (Wasatiy) & K-FIQH 2012 - (Created: 2011-12-28 16:16:58)
Tudung Yang Dipin Ke Belakang; Menyamai Biarawati Kristian? - (Created: 2011-12-28 15:24:27)
Ceramah Countdown KL 2012 - (Created: 2011-12-26 17:33:55)
Aurat Wanita Islam Dihadapan Wanita Bukan Islam - (Created: 2011-12-20 10:36:04)
Sanggul Tinggi - (Created: 2011-12-20 07:21:07)
Video Yang Merosakkan Akidah - (Created: 2011-12-18 00:00:00)
Asal Usul Bubur Asyura - (Created: 2011-12-06 15:57:51)

Khamis, Disember 01, 2011

Membalas Kebaikan Orang Lain

Bismillah.. Para pembaca rahimakumullah, berterima kasih atas pemberian orang lain adalah perangai terpuji. Setiap muslim hendaknya menghiasi diri dengannya. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (artinya): “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).” (Ar-Rahman: 60) Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan umatnya agar membalas kebaikan orang lain, sebagaimana sabdanya: “Barangsiapa diperlakukan baik (oleh orang), hendaknya ia membalasnya. Apabila ia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, hendaknya ia memujinya. Jika ia memujinya, maka ia telah berterima kasih kepadanya; namun jika menyembunyikannya, berarti ia telah mengingkarinya…” (HR. Al- Bukhari dalam Al-Adab Al- Mufrad. Lihat Shahih Al- Adab Al-Mufrad no. 157) Pada umumnya, seseorang merasa berat hati untuk mengeluarkan tenaga, harta, waktu, dan yang semisalnya jika tidak ada imbal balik darinya. Oleh karena itu, barangsiapa yang mencurahkan semua itu untuk saudaranya dengan hati yang tulus, orang seperti ini berhak dibalas kebaikannya dan disyukuri pemberiannya. Apabila kita diperintahkan untuk berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita dan memaafkannya, tentu balasan orang yang berbuat baik kepada kita hanyalah kebaikan. Perlu diketahui juga, dalam Islam orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima. Nabi Shalallahu‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tangan yang di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (penerima pemberian).” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh karena itu, hendaknya kita menjadi umat yang suka memberi daripada banyak menerima. Jika kita menerima pemberian, berbalas budilah!, karena seperti itulah contoh dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menerima hadiah (pemberian selain shadaqah) dan membalasnya.” (Shahih Al- Bukhari no. 2585)

Berbalas budi -di samping merupakan perangai yang disukai oleh Islam dan terpuji di tengah masyarakat- adalah salah satu cara untuk mencegah timbulnya keinginan mengungkit-ungkit pemberian yang bisa membatalkan amal pemberiannya. Bentuk Balas Budi Bentuk membalas kebaikan orang sangat banyak ragam dan bentuknya.

Tentu saja setiap orang membalas sesuai dengan keadaan dan kemampuannya. Jika seseorang membalas dengan yang sepadan atau lebih baik, inilah yang diharapkan. Jika tidak, maka memuji orang yang memberi di hadapan orang lain, mendoakan kebaikan, dan memintakan ampunan baginya, juga merupakan bentuk membalas kebaikan orang. Dahulu, orang-orang Muhajirin datang kepada Nabi Shalallahu‘alaihi wa Sallam dengan mengatakan, “Wahai Rasulullah, orang- orang Anshar telah pergi membawa seluruh pahala. Kami tidak pernah melihat suatu kaum yang paling banyak pmberiannya dan paling bagus bantuannya pada saat kekurangan selain mereka. Mereka juga telah mencukupi kebutuhan kita.” Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Bukankah kalian telah memuji dan mendoakan mereka?”

Para Muhajirin menjawab, “Iya.” Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Itu dibalas dengan itu.” (HR. Abu Dawud dan An-Nasa`i. Lihat Shahih At-Targhib no. 963) Maksudnya, selagi orang- orang Muhajirin memuji orang-orang Anshar karena kebaikan mereka, para Muhajirin telah membalas kebaikan mereka.

Di antara bentuk pujian yang paling bagus untuk orang yang berbuat baik adalah ucapan: ﺟﺰﺍﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﺧﻴﺮﺍ “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.” Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa diperlakukan baik lalu ia mengatakan kepada pelakunya, ﺟﺰﺍﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﺧﻴﺮﺍ “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan,” ia telah tinggi dalam memujinya.” (Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2035, cet. Al-Ma’arif)

Mensyukuri yang Sedikit Sebelum yang Banyak Seseorang belum dikatakan mensyukuri Allah Subhanallahu wa Ta’ala jika belum berterima kasih terhadap kebaikan orang. Hal ini seperti yang disabdakan oleh Nabi Shalallahu‘alaihi wa Sallam: “Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu‘anhu, dan Abu Dawud dalam Sunan-nya) Hadits ini mengandung dua pengertian:

1. Orang yang tabiat dan kebiasaannya tidak mau berterima kasih terhadap kebaikan orang, biasanya ia juga mengingkari nikmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan tidak mensyukuri-Nya.
2. Allah Subhanallahu wa Ta’ala tidak menerima syukur hamba kepada-Nya apabila hamba tersebut tidak mensyukuri kebaikan orang, karena dua hal ini saling berkaitan. Ini adalah makna ucapan Al- Imam Al-Khatthabi v seperti disebutkan dalam‘Aunul Ma’bud (13/114, cet.

Darul Kutub Al-Ilmiyah). Orang yang tidak bisa mensyukuri pemberian orang meskipun hanya sedikit, bagaimana ia akan bisa mensyukuri pemberian Allah Subhanallahu wa Ta’ala yang tak terbilang?! Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (artinya): “Dan jika kamu menghitung- hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.” (An-Nahl: 1 Orang-orang yang Harus Disyukuri Pemberiannya Di antara manusia yang wajib disyukuri kebaikannya adalah kedua orang tua. Ini sebagaimana firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala (artinya): “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu.” (Luqman: 14) Kedua orang tua telah mengorbankan semua miliknya demi kebaikan anaknya. Mereka siap menanggung derita karena ada seribu asa untuk buah hatinya. Oleh karena itu, sebaik apa pun seorang anak menyuguhkan berbagai pelayanan kepada kedua orang tuanya, belumlah mempu membalas kebaikan mereka, kecuali apabila mereka tertawan musuh atau diperbudak lalu sang anak membebaskannya dan memerdekakannya. Hak kedua orang tua sangatlah besar sehingga sangat besar pula dosa yang ditanggung oleh seseorang manakala

10 SIFAT TERCELA

10 Sifat Tercela ( Kitab Penawar Hati) – Blog Ustaz Azhar Idrus

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan—————————-Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap———————Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah———————–Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki—————-Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil———————Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah———————Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia——————-Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong———————–Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri———————————-Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak———————————–Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.
Read more: http://ustazazhar.net/v01/#ixzz1ZgOzTC4N


Pesanan : satu group fb baru nama ‘Facebooker 1Malaysia’ telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ahad, November 27, 2011

ORANG DUDUK ATAS KASTURI

ORANG DUDUK ATAS KASTURI
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran semata-mata kerana Allah s.a.w dan kemudian  mengimami orang ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak orang lain kepada solah semata-mata kerana Allah s.a.w . Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga antara dirinya dengan orang bawahannya.” (Hadith riwayat Tabarani)

Keterangan

       Kepedihan, kedahsyatan, kengerian, musibah dan kesusahan hari kiamat adalah begitu hebat sekali sehingga tidak ada mana-mana hati orang islam yang kosong daripada perkara ini atau tidak mengetahui tentang perkara ini. Sekiranya kita terlepas daripada segala kerumitan pada hari tersebut kerana sesuatu sebab tertentu maka itu adalah lebih baik daripada ribuan nikmat dan lebih berharga daripada jutaan kegembiraan. Sekiranya seseorang itu bukan sekadar terlepas daripada kerumitan tersebut, malah mendapat kegembiraan dan kenikmatan yang lain lagi maka orang yang sedemikian adalah orang yang benar-benar bertuah. Sementara itu, kebinasaan dan kerugian yang besarlah bagi manusia yang tidak berperasaan, yang mengatakan bahawa mempelajari al-Quran adalah sia-sia, tidak berguna dan membuang masa sahaja.

       Dalam kitab Mu’jam Kabir, pada permulaan hadith ini dinukilkan bahawa sahabat Rasulullah s.a.w Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a berkata, “Sekiranya saya tidak mendengar hadith ini daripada Rasulullah s.a.w (beliau mengulangi kata-kata ini sebanyak tujuh kali) maka saya sekali-kali tidak akan meriwayatkan hadith ini.”

PAHLAWAN NERAKA

                        Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

                        "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

                        "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." 

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." 

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. mengambilnya.  Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. 

Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

MALAIKAT ARASH LUPA TASBIH

Malaikat Arasy Lupa Bacaan Tasbih
يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُم بسكارى ولكن عذاب اللهِ شديد.

Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Ka'bah baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”

Rasulullah SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”

Orang itu berhenti di satu sudut Kakbah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”

Orang itu berasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, karena aku ini orang badui? Kalaulah bukan karena ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya Rasulullah SAW.
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab badui itu.

Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.”

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini Nabi Muhammad?” “Ya,” jawab Nabi SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.

Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badui itu seraya berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takabur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahwa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar.”

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.”

Orang Arab badui berkata lagi, “Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.”

Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badui itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya karena tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. 

Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.”

Betapa sukanya orang Arab badui itu, apabila mendengar berita itu dan menangis karena tidak berdaya menahan rasa terharu.