Khamis, Julai 07, 2011

SIFAT KE 16 MUNAFIQ - MENCACI MAKI

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafiq dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.
Firman Allah subhanahu wata'ala :
والذين يُؤذونَ المؤمنين والمومنات بغيرٍ ما اكتسَبُوا فقدِ احْتَمَلقوا بِهِما وإثما مبينا
(Ertinya : Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin perempuan dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata - al Ahzab 58)
Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan, keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan. Malah umat Islam hendaklah sentiasa menjagai kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berladaskan iman.
يا أيها الذين ءامنوا لا يسخرْ قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا منهم
(Ertinya : Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci) suatu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina - Al Hujurat - 11)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
لا ينبغي لصديقٍ أن يكونَ لَعَّانا
(Ertinya : Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk sahabatnya - Muslim dari Abi Hurairah)
Rasulullah sollahu alahi wasallam :
ليسَ المؤمنُ بطعانٍ ولا بِلعَّانٍ ولا بالفاحِشِ ولا بالبَذِيَّ
(Ertinya : Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci, bukan suka menghina, bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang suka bercakap keji - Muslim)
Dalam Islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya. Jika seseorang itu menghina, mengutuk atau mengeji, maka dianggap berlaku jahat sesama muslim.
Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat didbenci dan mendatangkan kemurkaan Allah subhanu wata'ala.
Rasulullah sollahu alahi wasallam :
سابُ المُسلم فسُوقُ وقتالُهُ كُفرٌ
(Ertinya : Mencaci orang Islam itu termasuk kerja fasiq dan membunuhnya termasuk kafir)
Rasulullah sollahu alahi wasallam :
لَعْنُ المُؤمنِ كَقَتْلِهِ
(Ertinya ; Mengutuk seseorang muslim itu seperti membunuhnya)
Rasulullah sollahu alahi wasallam :
لا يدخلُ الجنةَ مَنْ لا يَأْمَنُ جارَهُ بِوائِقِهِ
(Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya (menyakiti)

Rabu, Julai 06, 2011

WAFATNYA MANUSIA MULIA

Kisah Kewafatan Baginda Rasulullah sollahu alahi wasallam ini dipetik dari FB Juari bin Shaharin :
Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

BAI'AH IMAM MAHDI

Assalamualaikum,
Setelah kita mengetahui tanda-tanda kedatangan al Mahdi..... maka bila tiba bulan Muharram setelah berlaku peristiwa berdarah di Mina itu, mada di ketika itulah al Mahdi akan dibai'ah, beliau akan dilantik sebagai pemimpin yang mesti dipatuhi.
Pada mulanya, telah datang kke negeri Mekah tujuh orang ulama yang dataang dari penjuru yang berbeza-beza tanpa adaa sedikitpun perjanjian.
Mereka datang ke Mekah dengan tujuan yang sama iaitu menccari Imam Mahdi, bagi tujuan membai'ahnya. Mereka 7 ulama ini telahpun dibai'ahkan oleh pengikut-pengikut mereka, oleh itu kehadiran mereka adalah merupakan sebagai wakil kumpulan mereka ke Mekah mencari al Mahdi.
Sewaktu mereka bertemu, masing-masing bertanya apakah tujuan mereka datang ke Mekah, lantas mereka menjawab, kami datang orang yang mampu menyelesaikan kemelut umat Islam yang berlaku, yang mana pemimpin itulah yang akan membebaskan Qustantiniah iaitu kerajaan Rom sekarang (bukannya Qustantiniah istanbul sekarang).
.... bersambung.

Selasa, Julai 05, 2011

4 TANDA KEDATANGAN MAHDI

Assalamualaikum
Sebelum kedatangan Imam Mahdi, akan keluar 4 tanda, 2 tanda tanda kelahirannya, manakala 2 lagi ketika perlantikannya:
1) KETIKA LAHIRNYA
a) Akan keluar bintang berekor di ufuk timur, bintang kelihatan di langit selamat 3 malam ataupun 7 malam.
Bintang berekor ini telahpun keluar pada tahun 1986 dan berada di langit lebih 3 hari.
b) Akan berlaku gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan dan diikuti dengan gerhana matahari 2 minggu selepas itu, pada hari yang sama, fenomena ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia.
Pada tahun 1981, telah berlaku 2 gerhan ini, kedua-duanya berlaku pada hari Jumaat. Seterusnya pada tahun berikutnya iaitu 1982 berlaku juga 2 gerhana ini pada hari Selasa.
2) KETIKA PERLANTIKKANNYA
a) Pada satu musim haji akan berlaku huru hara di Mina, darah akan mengalir di Jumrah al Aqobah, banyak kecurian barang-barang jemaah haji berlaku.
b) Akan muncul tapak tangan yang terhulur dari langit sehingga dapat disaksikan di kebanyakan tempat bersama dengan satu suara seruan dari langit menyebut "Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Imam al Mahdi!".
(Rujukan : Buku "Kiamat Hampir Tiba" oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)

Khamis, Jun 09, 2011

SILATURRAHIM


Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata: "Seorang Badwi menhadang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: "Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda s.a.w. tiba-tiba Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w. sendiri, tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya." Baginda s.a.w. bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."
Abul Laits berkata: "Hadis ini sebagai dalil bahawa memutuskan hubungan kekeluargaan itu dosa besar sebab dapat menolak rahmat baginya dan bagi kawan-kawan yang duduk bersamanya, kerana itu maka kewajipan kita tiap muslim harus bertaubat dari pemutusan terhadap kekeluargaan dan istighfar minta ampun kepada Allah s.w.t. dan segera menghubungi keluarga untuk mencari rahmat Allah s.w.t. dan menjauhkan diri dari api neraka."
Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak ada perbuatan hasanah yang lebih cepat pahalanya daripada menghubungi keluarga dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya didunia disamping siksanya kelak diakhirat seperti putus hubungan kekeluargaan dan berlaku zalim aniaya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?" Jawab Baginda s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."
Tiga macam dari akhlak orang ahli syurga, tidak terdapat kecuali pada orang yang baik, pemurah hati iaitu:
• Berbuat baik kepada orang berbuat jahat kepadanya
• Memaafkan orang yang zalim kepadanya
• dan loman kepada orang yang bakhil kepadanya
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Adhdhahaak bin Muzakim ketika menafsirkan ayat yang berbunyi: "Yamhu Allahu maa yasya'u wayuts bitu." (Tafsirannya) "Sesungguhnya seorang itu adakalanya menyambung kekeluargaannya padahal umurnya sudah tinggal tiga hari, tiba-tiba Allah s.w.t. menambah umurnya hingga tiga puluh tahun, dan adakalanya ia memutuskan hubungan kekeluargaan sedang umurnya masih sisa tiga puluh tahun, maka dipotong oleh Allah s.w.t. menjadi hanya tiga hari."
Tsauban r.a berkata Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur kecuali amal kebaikan (taat) dan adakalanya seseorang itu tidak mendapat rezeki kerana berbuat dosa."
Ibn Umar r.a. berkata: "Siapa yang takwa kepada Tuhan dan menghubungi keluarganya maka akan ditambah umurnya dan diperbanyak harta kekayaannya dan disayang oleh keluarganya."
Abul Laits berkata: "Erti bertambah umur itu terdapat dua macam. Sebahagian ulama berpendapat bertambah kebaikannya dan ada juga yang mengertikan bertambah umur sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda s.a.w. Ada pula yang berpendapat tidak dapat ditambah sebagaimana firman Allah s.w.t.(Yang berbunyi): "Idza jaa'a ajalluhum la yasta khiruna sa'atan wala yastakdimun." (Yang bermaksud): "Jika telah tiba ajal mereka maka tidak dapat diunsirkan (ditunda) sesaat dan tidak dapat dimajukan." Tetapi erti bertambah umur iaitu dicatat terus pahalanya sesudah matinya, maka tercatatnya pahala sesudah mati itu sama dengan bertambah umur."
Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Baginda s.a.w. bersabda: "Bertakwa kamu kepada Allah s.w.t. dan menghubungi keluargamu sebab yang sedemikian itu baik untukmu diakhirat dan lebih tetap bagimu didunia." Ada keretangan: "Jika kau mempunyai kerabat lalu tidak pergi kepadanya dengan kakimu dan tidak kau bantu dengan hartamu bereti telah kau putus hubungannya."
Didalam Shuhuf ada tersebut: "Hai anak Adam, hubungilah kerabatmu dengan membantunya dengan hartamu dan jika kau bakhil dengan hartamu atau sedikit hartamu maka berjalan kepadanya dengan kakimu." Baginda s.a.w. bersabda: "Hubungilah kerabatmu walau hanya dengan memberi salam kepadanya."
Maimun bin Mahran berkata: "Tiga macam yang tidak dibezakan simuslim dengan kafir iaitu:
• Siapa yang berjanji kepadanya maka harus ditepati baik kepada muslim atau kafir
• Dan kepada keluargamu harus kau hubungi baik ia muslim atau kafir
• dan siapa memberi amanat kepadamu harus kau kembalikan kepadanya baik ia muslim atau kafir

Ka'bul- Ahbaar berkata: "Demi Allah yang membelah laut untuk Musa a.s. dan Bani Israil, tertulis didalam kitab Taurat: "Takutlah kepada Tuhanmu dan berbaktilah kepada ibu bapamu dan sambunglah hubungan kerabatmu, nescaya Aku tambah umurmu dan Aku mudahkan kekayaanmu, dan Aku jauhkan kesukaranmu."
Dan Allah s.w.t. menyuruh bersilaturrahim dalam beberapa ayat al-Quran yang berbunyi: "Wattaqu Allahal ladzi tasa'aluna bihi wal arham. (Yang bermaksud): "Dan takutlah kamu pada Allah yang dalam semua hajatmu kamu minta padaNya dan jagalah hubungan kerabatmu. Dan jangan kamu putuskan hubungan dengan mereka." Ayat yang lain pula berbunyi: "Wa ati dzai qurba haqqahu." (Yang bermaksud): "Laksanakan kewajipanmu terhadap kerabat." Didalam ayat yang lain pula berbunyi: "Inna Allaha ya'muru bil adli ihsani wa ieta'i dzil qurba." (Yang bermaksud): "Sungguh Allah menyuruh kamu berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t.) dan berlaku baik terhadap sesama makhluk dan menyambung hubungan kerabat." Ayat yang lain pula berbunyi: Wa yanha anil fah sya'i walmunkari wal bagh yi." (Yang bermaksud): "Dan melarang perbuatan-perbuatan dosa (yang keji) dan mungkar dan penganiayaan." Ayat yang lain pula berbunyi: "Ya'idhukum la'allakum tadzakkarun." (Yang bermaksud): "Allah menasihatkan padamu supaya kamu sedar."
Usman bin Madh'uun r.a. berkata "Baginda s.a.w. sebagai sahabat karib kepadaku, kerana itu pertama aku masuk Islam hanya kerana malu kepadanya sebab ia selalu menganjurkan kepadaku supaya masuk Islam, maka aku masuk Islam tetapi hatiku belum mantap kepada Islam. Tiba-tiba pada suatu hari saya duduk dengannya, tiba-tiba ia mengaibkan aku seolah-olah ia berbicara dengan orang yang disampingnya, kemudian ia menghadap kembali kepadaku sambil bersabda: "Malaikat Jibril telah datang kepadaku membawa ayat (Yang berbunyi): "Innallah ya'muru bil'adili wal insani wa ita'i dzil qurba." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t) dan berbuat baik dan mengertikan kewajipan terhadap kerabat.", maka saya merasa sangat gembira dan mulai meresap iman dalam dadaku, maka aku bangun pergi kepada Abu Thalib dan saya berutahu bahawa saya tadi duduk dengan anak saudaranya, tiba-tiba ia dituruni ayat tersebut. Abi Thalib berkata: "Ikutlah Muhammad, nescaya kamu untung dan terpimpin, demi Allah anak saudaraku itu hanya menganjurkan kepada akhlak dan budi yang baik, jika ia benar atau dusta, maka ia tidak mengajak kamu kecuali kepada kebaikan." Ketika Baginda s.a.w. mendengar suara Abu Thalib sedemikian maka ia ingin kalau-kalau ia masuk Islam, maka diajaknya masuk Islam tetapi Abu Thalib menolak, maka turunlah ayat yang berbunyi: "Innaka la tahdi man ahbabta wala kinnallaha yahdi man yasya'u." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada siapa yang kamu sayangi tetapi Allah memberi hidayah pada siapa yang Dia kehendaki."
Dan dalam yang berbunyi: "Fahal asaitum in tawallaitum an tufsidu fil ardhi wa tuqath thi'uu arhamaakum. Ulaikalladzina la 'anahumullahu fa ashammahun wa a'ma absharahum." (Yang bermaksud): "Apakah ada kemungkinan jika kamu telah menjadi wali (pemimpin) diatas bumi ini lalu kamu merosak dan memutuskan hubungan kerabat. Mereka yang berbuat demikian itu, orang-orang yang dikutuk oleh Allah sehingga dipekakkan telinga mereka dan dibutakan mata mereka." (Surah Muhammad ayat 22-23)
Allah s.w.t. telah berfirman kepada rahim: "Akulah Arrahman dan engkau rahim, Aku akan memutuskan rahmatKu terhadap orang yang memutuskan hubungan dan Aku akan menyambungkan rahmatKu kepada orang yang menghubungimu."
Rahim itu bergantung dengan arsy berdoa siang malam: "Ya Robbi, sambunglah hubungan orang yang menghubungiku dan outuskan hubungan orang yang memutuskan hubungan dengan aku."
Alhasan Albashri berkata: "Jika manusia telah telah menonjolkan ilmunya dan mengabaikan amal perbuatannya dan kasih sayang hanya dengan lidah, sedangkan dalam hati mereka penuh rasa benci dan memutuskan hubungan kekeluargaan, maka mereka akan terkutuk (dilaknat) oleh Allah s.w.t. maka dipekakkan dan dibutakan mata hati mereka."
Abul-laits meriwayatkan dengan sandanya dari Yahya bin Salim berkata: "Dahulu di Mekkah ini ada orang berasal dari Khurasan, seorang soleh dan orang-orang biasa menitipkan segala harta mereka kepadanya. Maka ada seorang menitipkan kepadanya wang sebanyak sepuluh ribu dinar, lalu ia pergi untuk kepentingannya, kemudian orang itu kembali ke Mekkah sedang orang yang dititipi itu telah mati, maka ia bertanya kepada keluarga dan anak-anaknya tentang harta titipannya itu. Dijawab: "Kami tidak mengetahui apa-apa seba dia tidak memberitahu apa-apa kepada kami." Lalu orang itu bertanya kepada ulama-ulama Fuqaha' yang banayk sekali diMekkah. "Saya titip kepada ...(Fulan) sepuluh ribu dinar dan kini orang itu telah mati dan saya bertanya kepada keluarga dan anak-anaknya, mereka menjawab tidak mengetahui hal keadaan ini, maka bagaimanakah pendapatmu?" Jawab para ulama yang ditanya itu: "Kami mengharap semoga orang itu min ahlil jannah, nanti malam jika lewat tengah malam, maka pergilah engkau kezamzam dan panggillah namanya didalam perigi zamzam itu dan katakan: "Ya Fulan bin Fulan, saya yang titip kepadamu dahulu itu."
Maka dilaksanakan nasihat itu dan dipanggil nama orang itu sampai tiga kali, tetapi tidak ada jawapan. Maka ia kembali kepada para ulama yang memberitahu kepadanya. Mereka berkata: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, kami khuatir kalau-kalau kawan mu itu ahli neraka, sekarang kau pergi keYaman dan pergi keBirhut, disana ada perigi, jika lewat tengah malam kau panggil: "Ya Fulan bin Fulan, saya yang titip wang kepadamu dahulu itu." dan ketika ia memanggil sekali sahaja telah mendapat jawapan. Lalu ditanya: "Kasihan kau, mengapakah kau disini, padahal dahulu kau orang yang baik?" Jawabnya: "Saya mempunyai keluarga diKhurasan, maka saya putuskan hubungan dengan mereka sehingga mati, maka Allah s.w.t. menuntut aku dengan ini dan menempatkan diriku disini, adapun hartamu masih tetap ada dan saya tidak mempercayakan harta kepada sesiapapun walau terhadap anak-anak saya, harta itu saya tanam dirumah, maka kau minta izin kepada anakku untuk masuk rumahku, kemudian kau masuk dan galilah ditempat yang saya tunjuk itu, nescaya kau akan mendapat hartamu masih cukup." Maka segera ia kembali dan minta izin kepada anak-anaknya untuk menggali tempat yang ditunjuk itu, maka benar bahawa hartanya masih utuh semuanya.
Abul Laits berkata: "Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
• Mendapat keridhoan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
• Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mikmin
• Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
• Mendapat pujian kaum muslimin
• Menjengkelkan iblis laknatullah
• Menambah umur
• Menjadi berkat rezekinya
• Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
• Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
• Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya
Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
• Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya
• Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati
• Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
Al-Hasan berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua langkah manusia yang disukai Allah s.w.t. ialah:
• Langkah menuju sembahyang fardhu dan
• Langkah menuju silaturrahim kepada kerabat yang mahram
Lima macam siapa yang melaziminya bertambah hasanatnya bagaikan bukit yang besar dan dilapangkan rezekinya iaitu:
• Siapa yang selalu sedekah sedikit atau banyak
• Orang yang menghubungi kerabat
• Orang yang selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah s.w.t.
• Orang yang selalu berwuduk dan tidak memboros penggunaan air
• Orang yang tetap taat kepada kedua ibu bapanya

Isnin, Mei 30, 2011

ILMU AKAN DIANGKAT KE LANGIT

عن حذيفةَ بنِ اليمانِ رضي الله عنه قال : قال رسولُ الله صلى الله صلى الله عليه وسلم :
يَدرُسُ الاسلامُ كما يَدرُسُ وشيءُ الثَّوْبِ حتى لا يُدْرَى ما صِيامٌ ولا صلاةٌ ولا نُسُكٌ ولا صَدَقةٌ وَلَيُسْرَى على كتابِ اللهِ في ليلةٍ فلا يَبْقَى في الأَرضِ منهُ ءايَةٌ وتَبْقَى طوائِفُ منَ النَّاسِ الشيخُ الكبيرُ والعَجوزُ يقولون : أدرَكْنا ءابَاءَنا على هذه الكلمةِ : لا إله إلا اللهُ فنحنُ نقولُ فقال لَهُ صِلَةُ : ما تُغْنِي عنهم لا إله إلا اللهُ وهم لا يَدْرونَ ما صلاةٌ ولا صيامٌ ولا نُسُكٌ و لا صدقةٌ ؟ فأَعْرَضَ عنهُ حُذيْفَةُ ثم رَدَّهَا عليه ثلاثاً كلُّ ذلك يُعْرِضُ عنهُ حُذيفةُ ثم اَقْبَلَ عليه في الثالثةِ فقال : يا صلَةُ! تُنْجِيْهِم منَ النار ثلاثا – رواه ابن ماجه

Dari Huzaifah bin al Yaman, ia berkata : Rasulullah saw telah berkata :
Islam akan luntur seperti lusuhnya corak atau warna pakaian (bila ia telah lama dipakai). Sehingga (sampai disebut pada masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudka ndengan nusuk (ibadah), dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah.
Dan Al Quran akan dihilangkan kesemunaya pada suatu malam sahaj, maka (pada keesokan harinya) tidak tinggal di permukaan bumi daripdaanya walaupun satu hanya, maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antara orang-orang tua, laki-laki memperkatakan kalimah “La Ilaha iLLALLAH”, lalu kamipun menggantikannya juga.
Maka berkata (apa guna La Ilaha iLLALLAH) terhadap mereka, sedangkan merekaa sudah tidaka memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk dan sedekah ? Maka Huzaifah memalingkan muka daripada setiap kali pertanyaan, kemudian silah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, kalimah itu dapat menyelamatkan merka daripada api neraka (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali)
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ :
إن الله لا يَقبِضُ العِلمَ انتِزاعاً ينتَزِعُهُ منَ الناسِ ولكن يَقْبِضُ العِلمَ بقبضِ العُلماءِ حتى إذا لم يَتْرُكْ عالما اتخِذَ الناسُ رؤُوساً جُهَّالاً فَسُئِلوا فأفْتَوا بغيرِ علمٍ بَضَلُّوا واضَلُّوا –رواه مسلم

(Bahawasanya Allah tidak mencabut akan ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan Ulama, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, maka apabila pemimpin jahil itu di Tanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan.

Rabu, Mei 18, 2011

KISAH KUBUR & JENAZAH

Sewaktu puteri bongsu baginda Fatimah r.a. meninggal dunia, jenazahnya telah diusung oleh 4 orang Iaitu suaminya Saidina Ali bin Abi Talib, Anak-anaknya Hasan dan Husin, serta Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a.
Sebaik sahaja sampai di tepi kubur berkatalah Abu Zar Al-Ghifary r.a kepada kubur, "Wahai kubur, sesungguhya jenazah yang kami usung ini adalah jenazah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
a. (Kisah riwayat dari Ibnu Hajar mengenai kubur dipenuhi api kerana tuannya meninggalkan solat, saudara simati terjatuh uncangnya ke dalam kubur, digalinya didapati kubur itu penuh dgn api)
2. Hendaklah dia bersedekah
a) (Kisah terlalu kedekut : Cerita lucu, suami dgn isterinya, isteri teringin nak naik pesawat ringan, harga pusing kapal terbang 50, 80, 100 – sisteri jatuh krn engkau tek benar bercakap)
b) Kisah sedekah seorang perempuan dgn 2 keping roti.kahwin dgn raja – difitnah – anak jatuh ke dlm air – 2 orang menolongnya 2 perkara anak keluar dari air diberi tangannya balik
c) حديث أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه و سلم قال ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان ينزلان فيقول أحدهما اللهم أعط منفقا خلفا ويقول الآخر اللهم أعط ممسكا تلفا.
Dan daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda: “Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru “musnahkanlah orang yang menahan hartanya.” (Muttafaq `alayh : Al Bukhari 1442, Muslim 1010)
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
Kisah datuk dengan cucunya – kata cucunya kenapa baca quran kalau tdk tahu maknanya – buang masa saja – datuk suruh cucunya ambil bekas utk angkutt arang – bekas jadi kotor – dia cuba angkut air – tiris – cuba lagi tiris – akhirnya dia fedup – kata datuknya – apa jadi dgn bekas tadi – dah bersih – itulah tujuannya.
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Kisah Fatimah menggiling gandunm – nakkan pembantu :
Lalu beliau Saw. duduk di antara kami hingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau Saw. di dadaku. Lalu beliau bersabda, ‘Maukah kalian berdua jika aku beritahu sesuatu yang lebih baik dari yang kalian minta kepadaku (pembantu)? Jika kalian hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbih 33x, dan bertahmidlah 33x. Maka itu lebih baik bagi kalian berdua daripada pembantu.” (HR. Bukhari dan Muslim/ Muttafaq ‘alaih)

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
Kisah Lucu Anak Beranak Kuat Menipu...HAHAHA!!!
Aziz seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya. Petang itu Aziz berjaya mencipta robot yang boleh mengesan orang bercakap bohong. Robot itu ada tangan seperti manusia. Sesiapa berbohong akan terus dilempang robot itu. Aziz sangat gembira dan membawa robot itu pulang ke rumah dan menunggu anaknya pulang. Tapi anaknya masih belum pulang. Sehingga ke pagi baru lah anaknya pulang.
Aziz: Dari mana tadi tak balik-balik?
Anak: Saya ada kelas tambahan ayah.
(PANG!!! Anaknya dilempang robot tersebut)
Aziz: Kalau nak tahu, ini robot yang baru ayah cipta. Robot ini akan tampar sesiapa saja yang bercakap bohong. Dalam rumah ni semua orang kena cakap benar, jujur. Hah! Kenapa kau pulang lewat?
Anak: Saya baru habis menonton movie di rumah kawan, ayah…
Aziz: Cerita apa?
Anak: Papadom
(PANG!!! Robot bagi penampar lagi)
Aziz: Cakap jujur cerita apa yang kamu tengok?
Anak: Maaf ayah, saya tertengok cerita blue!
Aziz: Kurang ajar!! Berani kamu menipu ayah. Mujur ayah cipta robot tu. Kalau tidak mati-mati ayah kena tipu. Kamu nak jadi apa dah besar nanti hah? Masa ayah sebaya kamu dulu, ayah tak pernah buat kerja tak senonoh camtu.
(PANG!!! Tiba-tiba Aziz dilempang robotnya sendiri. Suasana hening seketika. Isteri Aziz kemudian mencelah;)
Isteri Aziz: Hah! Sama saja anak dengan bapak. Ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi? Haa, ikut perangai mak ni. Tak pernah tengok benda2 tak senonoh camtu.
(PANG!!! Robot itu menampar muka isteri Aziz. Suasana hening seketika…masing2 memandang sesama sendiri.)
2. Jangan mengkhianat – Tanda Munafiq
Kisah Juha dgn orang tua – rantai emas – blk dari musafir – org tua buat2 tak kenal – Juha jumpa hakim – jumpa gabenor – perancangan – duduk depan kedai org tua – org tua marah – dtg pegawai istana – melayani juha – org tahu tertanya2 siapa dia – gabenor dtg melawat – menegur juha – kenapa tak dtg istana – org tua makin rasa susah hati – dia pulangkan balik rantai – ditangkap oleh pegawai istana.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."

4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

KISAH KUBUR – SIKSAAN KPD ORG YG MENINGGALKAN SOLAT

IBNU Hajar rahmatullah alaih (atau nama sebenar ulama muktabar itu ialah Imam Ibnu Hajar Al Makki Al Haitsami) menulis dalam kitabnya Azzawajir (Al Zawajir) bahawa seorang wanita telah meninggal dunia.Adik lelakinya telah menghadiri upacara pengkebumiannya. Tanpa disedarinya uncangnya terjatuh ke dalam kubur ketika mengebumikan jenazah tersebut.
Dia amat bersedih setelah menyedari kehilangan uncangnya.Dia telah membuat keputusan untuk menggali kubur itu secara senyap-senyap untuk mengambil semula uncangnya. Apabila dia menggali kubur itu, dia mendapati api memenuhi kubur itu. Dia pulang dalam keadaan menangis dan menceritakan keadaan yang dilihatnya itu kepada ibunya serta bertanya sebab berlaku sedemikian. Ibunya memberitahu bahawa kakaknya itu selalu malas mengerjakan solah dan sering mengqadakan solahnya.‘Semoga Allah melindungi kita daripada keadaan itu.’Pengajarannya: Jangan sekali-kali mencuaikan perintah solah. Nabi Muhammad s.a.w telah mendidik para sahabatnya r.a serta umat Islam keseluruhannya sehingga akhir zaman supaya bukan sahaja menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya, bahkan supaya bertekun mengambil berat terhadap solat berjemaah bagi lelaki (wanita lebih afdhal solat sendirian di rumah). Baginda s.a.w tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya.Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah

Isnin, Mei 09, 2011

PESANAN RASULULLAH UNTUK PARA ISTERI


Pesanan Untuk Wanita Ini amat berguna untuk setiap isteri, saya petik dari blog Dakwah Remaja.
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….
wallahu taa’la a’la waa’lam..

Khamis, April 28, 2011

PENGISIAN ILMU

PENGISIAN 1
رُوِيَ عنِ النَّبِيِّ  أَنَّهُ قال
خَصْلَتَاْنِ لا شَيءَ أفضَلُ مِنْهُمَاْ : الإِيْمَاْنُ باللهِ وَ النَّفْعُ لِلْمُسْلِمِيْنَ و خَصْلَتَاْنِ لا شَيءَ أَخْبَثُ مِنْهُما :
الشِّرْكُ باللهِ والضَّرُّ بِالْمُسْلِمِيْنَ
Diriwayatkan dari Nabi sollahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
Dua perkara tiada yang lebih baik dari kedua-duanya, iaitu Iman dengan Allah dan memanafaat diri untuk kepentingaa orang-orang Islam.
Dan dua perkara yang amat buruk dari kedua-duanya, iaitu Syirik kepada Allah dan memudharatkan orang-orang Islam.

PENGISIAN 2
وقال :
علَيْكُم بِمَجَاْلِسَةِ العُلَمَاء وَاسْتِمَاْعِ كَلاَمَ الحُكَمَاْء فَإِنَّ اللهَ تَعَاْلَى يُحْيِيْ الْقَلْبَ الْمَيْتَ بِنُوْرِ الحِكْمَة كَمَاْ
يُحْيِيْ الأرْضَ الْمَيْتَةَ بِمَاْءِ الْمَطُر
Dan bersabda baginda Sollahu ‘alaihiwasallam :
Biasakanlah diri dengan majlis alim ulama’ serta mendengar percakapannya, kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati sebagaimana bumi yang mati dihidupkan oleh air hujan.
وعَنْ عُثمَاْنَ بن عَفَّاْن :
هَمَّ الدُّنْيَاْ ظُلْمَةٌ في الْقَلْبِ هَمَّ الآخِرَة نُوْرٌ في القَلْبِ

Dan dari Uthman bin Affan, katanya :
Bercita-cita dunia adalah kegelapan dalam hati,
Manakala bercita-citakan Akhirat menerangi hati seseorang.

PENGISIAN 3
وعَنْ عِلِي :
مَنْ كَاْنَ في طَلَبِ العِلْمِ كانَتْ الجُنَّةُ في طَلَبِهِ وَمَنْ كَاْن في طلَبِ الْمَعْصِيَة كانَتْ النَّاْرُ في طَلَبِهِ
Dari Ali, katanya :
Sesiapa yang menuntut ilmu, syurga adalah dalam tuntutannya,
Dan sesiapa yang menuntut kemaksiatan adalah neraka dalam tuntutannya

PENGISIAN 4
وقيلَ :
إن الشَّهْوَةَ تُصيِّرُ المُلوك عبيداً والصَّبْرُ يصيِّرُ العبيدُ ملوكا ... ألا تَرى إلى قصةِ يوسف وزليخا
Dikatakan:
Sesungguhnya syahwat menjadikan seseorang raja itu hamba,
Manakala sabar itu menjadikan hamba itu raja…..
Tidakkah kamu lihat kepada kisah Nabi Yusof dengan Zulaikha, Yusof alaihissalam sabar dalam menghadapi ujian maka dia menjadi orang paling hebat. Manakala Zulaikha mengikut hawa nafsu yang menjatuhkan martabat manusia.


PENGISIAN 5
رُوِيَ عنِ النبي  أنه قال :
منْ أصبحَ وهو يشْكُو ضيقَ المَعاْشِ فكأنما يشكو رَبَّهُ ومَنْ أصبحَ لأُمورِ الدنيا حزينا فقدْ أصبحَ ساخِطاً
على اللهِ ومَنْ تَوَاْضَعَ لِغَنيٍّ لِغِنَاْهُ فقد ذهَبَ ثُلُثا دِيْنُهُ
Diriwayatkan dari Nabi  dengan sabdanya :
Sesiapa yang pada paginya mengadu tentang kesempitan hidupnya,
seperti ia mengadu kepada Tuhannya.
Sesiapa yang setiap pagi merasa sedih di atas urusan-urusan dunianya
maka jadilah ia mendapat kemurkaan Allah,
Sesiapa yang rendahkan dirinya kepada orang kaya sesungguhnya
telah pergi sepertiga agamanya.

PENGISIAN 6

وعن كعبِ الأحبار رضي الله عنهُ قال :
الحُصونُ للمؤمنين ثلاثٌ : المسجدُ حُصْنٌ وذِكرُ اللهِ حُصنٌ وقراءةُ القرءان حُصنٌ

Daripada Ka’bul Ahbar, katanya : Kubu untuk para mukminin tiga.
Masjid adalah kubu mukmin.
ZikrulLah adalah kubu orang mukmin
Bacaan al-Quran juga adalah kubu orang mukmin.

PENGISIAN 7


وعن أَبي هُريرةَ أنه قال :
قال النبي  ثلاثُ الكفارات فإسباغُ الوضوءِ في السَّبُورات ونَقْلُ الأقدامِ إلى الجماعات وانتِظارُ
الصلاة بعدَ الصلاة
Dari Abi Hurairah, Bersabda Nabi  tiga perkara yang boleh menebus dosa seseorang,
iaitu meratakan air sembahyang walaupun dalam keadaan kesusahan seperti
kesejukan, mengatur tapak kaki ke masjid untuk solat berjemaah dan menunggu
solat ke solat yang lain.

Ahad, April 17, 2011

FITNAH DALAM AL QURAN

Assalamualaikum....
Semasa berkuliah di Masjid Kota Damansara, ada satu soalan yang dikemukakan melalui sma, menanyakan tentang bahagian-bahagian fitnah. Dalam al Quran, kalimah 'FITNAH' memberikan beberapa maksud, sebagaimana berikut :
1) Ayat 15 surah At Thaghabun, Firman Allah Subhanu wata'ala :
إنما أموالُكُم وأولادُكم فتنةٌ واللهُ عندهُ أجرٌ عظيمٌ
(Maksudnya : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi 'Ujian', dan di sisi Allah jualah pahala yang besar)
Fitnah yang diamksudkan dalam ayat ini ialah, ujian terhadap seseorang itu datang melalui keturunannya dan harta bendanya. Kedua-dua ujian ini boleh menyebabkan si muslim kurang komitmentnya dengan agamanya.
2) Ayat 63 Surah as Sofaat, Firman Allah Subhanu wata'ala :
إنا جعلنا فتنةَ للظالمين
(Maksudnya : Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat)
Fitnah dalam ayat ini membawa maksud balasan azab kepada orang yang menjadi ahli neraka, buah zaqqum adalah satu balasan yang paling layak untuk mereka yang dahulu di dunia mendustai ayat-ayat Allah, serta melakukan kejahatan dan kebejatan.
3) Ayat 20 Surah al Furqan, Firman Allah Subhanu wata'ala :
وما أرسلنا قبلِكَ منَ المُرسلين إلا إنهم ليأكلون الطعامَ ويمشُون في الأسواق وجعلنا بعضَكُم لبعضٍ فتنة أتصبِرون وكان ربُّكَ بصيرا
(Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapt bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makluknya).
Fitnah dalam ayat ini adalah suatu perkara yang memperlihatkan dua puan, satu puak menekan puak yang lain dan satu lain bertahan dengan bersabar dan menanganinya dengan baik dan tenang...dan akhirnya dengan fitnah ini lahir golongan yang kental kesabarannya.
4) Ayat 85 Surah Yunus, Firman Allah Subhanu wata'ala :
فقالو على اللهِ توَكَّلنا ربَّنا لا تجعلنا فتنةً للقوم الظالمين
(Maksudnya : Lalu mereka berkata, kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaran bagi kaum yang zalim ganas)
Fitnah dalam ayat ini dalam keadaan adanya sesuatu kaum atau individu yang menggunakan orang lain untuk kepentingan dirinya atau kumpulan mereka sendiri.
Saudara.....
Setakat ini dulu 4 ayat yang mencakupi 4 suasana dan keadaan, untuk menjadi pengiktibaran bagi orang-orang yang mahu berfikir. Firman Allah Subhanahu wata'ala :
كذلك يُبَيِنُ اللهُ لكمُ الآياتِ لعلكم تتفكرون
(Maksudnya : Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
2)

Selasa, April 05, 2011

ROTAN CARA MENDIDIK ANAK-ANAK


Seandainya setiap ibubapa memahami kepentingan rotan kepada anak-anak, serta mengetahui bahawa rotan ini adalah dari anjuran Rasulullah sollallahu alaihi wasallam maka sudah tentu cara ini diamalkan sepanjang masa dan ketika.

Assalamualaikum
Ramai pakar motivasi yang tidak bersetuju dengan penggunaan rotan untuk mengajar anak-anak. Apakah puncanya pakar-pakar motivasi ini memandang rotan secara negatif. Sememangnya tentu ada sebabnya yang tertentu.....namun bagi kita, Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam ada menyebut tentang rotan ini dalam hadis-hadis baginda, misalnya :

رَحِمَ اللهُ عَبداً عَلَّقَ في بيتِهِ سَوطاً يُؤَدِّبُ أَهْلَهُ
(رواية الأمام السيوطي)
(Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya)

Dalam hadis baginda yang lain ada dinyatakan :
لَأَنْ يُؤَدِّبُ أحَدُكُم ولَدَهُ بسَوطٍ خيرٌ لهُ من أن يتصدَّقَ عنه صاعٍ
ابن حجر في تحرير المقال
(Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah)

Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah :
مُروا الصبِيَّ بالصلوات إذا بلغَ سَبْعَ سنين وإذا بلغَ عشرَ سنين فاضرِبوا عليها
رواه أبو داود والطبراني في الكبير
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang)
Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar dosanya.

Rasulullah menyuruh kita mengajar adab dan akhlak dengan pemantauan secara berotan, jika kelihatan anak-anak itu dari kalangan manusia yang patuh dan taat, maka rotan tidak perlu digunakan. Namun menggantungkan rotan di rumah masih-masing adalah tanda untuk memperingatkan anak-anak agar sentiasa ingatkan solat serta berakhlak tinggi.
Maka kesannya, sudah tentu anak-anak dapat diajar sejak dari kecil dan diadabkan dengan cara yang benar-benar mengikut aturan agama.

Namun, rotan yang dianjurkan Islam sebenarnya bukanlah rotan yang boleh mendatangkan luka atau parah. Ia adalah rotan yang bertujuan mendidik.
Pakar-pakar motivasi perlu melihat dalam ruangan yang amat positif, agar kaedah rotan ini menjadi salah satu cara terbaik yang mampu mengadabkan anak-anak.

Isnin, April 04, 2011

10 Perkara Yang Mematikan Hati

سئل ابراهيم بن ادهم رحمه الله عليه: مابالنا ندعو ولا يستجاب لنا؟ قال:ماتت قلوبكم من عشره اشياء: عرفتم الله ولم تؤدوا حقه
عرفتم النار ولم تهربوا منها
عرفتم كتاب الله ولم تعملوا به.
تدفنون موتاكم ولا تعتبرون.
انشغلتم بعيوب غيركم وتركتم عيوب انفسكم.
عرفتم الجنه ولم تعملوا لها.
عرفتم ان الموت حق ولم تستعدوا له.
ادعيتم عداوه الشيطان وواليتموه.
تأكلوا رزق الله ولا تشكرونه.
ادعيتم محبه الرسول صلى الله عليه وسلم وتركتم سنته واثره

Ditanya orang kepada Ibrahim bin Adham, apakah gerangan sebab doa-doa kita tidak di maqbulan, kata Ibrahim kerana hati kamu mati kerana 10 perkara :
1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu kenal api neraki, tetapi kamu tidak melarikan diri darinya.
3. Kamu kenal kitab Allah, akan tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. kamu mengemebumikan jenazah-jenazah, akan tetapi kamu tidak mengambil pengajaran.
5. Kamu sentiasa sibuk dengan keaiban orang, akan keaiban kamu kamu biarkan.
6. Kamu kenal syurga, akan tetapi kamu tiddak beramal untuknya.
7. Kamu tahu mati suatu yang benar, akan tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
8. Kamu mendakwan bermusuh dengan syaitan, akan tetapi kamu menjadikannya teman.
9. Kamu makan rezeki Allah, akan kamu tidak mensyukuri-Nya.
10. Kamu mendakwa cintakan Rasulullah akan tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
Katan Ibrahim bin Adham disebabkan 10 perkara inilah, menyebabkan doa-doa seseorang tidak kabulkan. Mohon dijauhkan Allah dari penyebab yang 10 ini.

Selasa, Mac 29, 2011

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG


ASSALAMUALAIKUM.....buat semua rakan-rakan yang sentiasa memantau blog2 ilmu untuk peningkatan diri. Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang Ilmu akan hilang dari atas muka bumi ini.
Saya merujuk buku 40 hadis tanda kiamat tulisan oleh Syeikh Banjari, terdapat 4 atau 5 hadis yang mempunyai kaitan dengan ilmu, salah satu darinya saya naqalkannya di bawah ini, insya Allah jika ada masa, akan saya masukkan yang 3 atau 4 lagi. Cuma saya hadapi masalah untuk membesar teks arabnya....mungkin ada yang mampu menolong saya dalam hal ini.
Sabda Rasulullah Sollahu alaihi wasallam :
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم
Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam bersabda : Bahawasanya Allah subhanahu wata'ala tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah subhanahu wata'ala menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama', maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - Riwayat Muslim.
Pengajaran Hadis :
1. Ilmu akan terhakis dari atas muka bumi dengan cara dimatikan para alim ulama.
2. Ataupun ulama itu dimatikan fungsinya, seperti digam, atau ditarik balik tauliah menngajarnya.
3. Atau memang ada orang yang mahu menyekat fungsi alim ulama.
4. Rasulullah juga memberi amaran tentang golongan yang jahil yang akan mengambil tempat alim ulama setelah peranan mereka dimatikan, mereka adalah pemimpin2 yang tidak sedar akan kejahilan mereka sendiri.
5. Sifat pemimpin ini ialah, mereka itu sesat, malah mereka juga menyesatkan orang lain.
Sekadar untuk pemerhatian setiap mereka yang subur dan segar jiwanya.

Ahad, Mac 20, 2011

MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pad jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itusetiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI :

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA
1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Yang Lain

Rabu, Mac 16, 2011

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA


PESAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Ahad, Mac 06, 2011

LAMAN WEB PEMBAHAGIAN HARTA PESAKA

Assalamualaikum.....kepada teman-teman yang ingin mengetahui tentang pembahagian harta pesaka serta apa yang berkaitan dengannya, cubalah layari laman web USM seperti "http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html". Saya ucapakan jazahullah khairan jaza' di atas sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mencipta dan menguruskan program ini, amat banyak gunanya. Semoga Allah menggandakan pahala kalian semua.

Khamis, Mac 03, 2011

Kisah Tukang Sihir Firaun - Surah al A'raf

Assalamualaikum....salam sejahtera buat rakan-rakan di luar sana. Pagi ini saya sempat membaca ayat 127 surah al A'raf. Bila sampai saja di sisi ayat ini, terasa betapa hebatnya iman para ahli sihir firaun yang beriman dengan Nabi Musa as secara total. Iman mereka yang seketika itu terus diuji dengan ujian getir, ujian itu ujian pengorbanan jiwa raga untuk iman mereka. Firman Allah swt :
قال فرعون ءامنتم قبل ءاذن لكم
(Berkata firaun "kamu beriman sebelum kamu minta izin dariku?"
Soalan ini terkeluar dari mulut firaun, menyaksikan betapa hina dan bongkaknya, dia perasan yang dialah yang menentukan nasib seseorang, sehingga mahu beriman kepada Allahpun perlu lesen dan permit darinya. Inilah kesombongan manusia yang mencapai tahap yang tinggi. Firaun sepantasnya dibinasakan kerana kesombongannya telah terlalu melampau batas....
Bagi saya....bila mengenang akan iman ahli sihir ini, dengan sekadar melihat tali Nabi Musa berubah rupa menjadi ular besar, mereka terus serahkan diri bertaubat kepada Allah dan beriman dengan Nabi Musa as. Ini disebabkan mereka kenal mana satu sihir dan mana satu mukjizat...apa yang dibawa oleh Nabi Musa bukan sihir, kerana sihir tidak mampu mengubah tongkat menjadi ular sebenarnya, sihir hanya sekadar mengabui mata orang semata-mata. Dengan pengetahuan ini, menyebabkan mereka sedar bahawa Nabi Musa adalah orang yang benar-benar datang dari Allah, kerana kalau tukang sihir sudah tentu tidak dapat melakukan sebagaimana yang dilakukan Nabi Musa as.
Apabila melihat orang-orang kuat dan kepercayaannya sudah tidak taat kepadanya, maka Firaunpun mengancam dengan ancaman yang amat kejam, kata Firaun :
لأقطعن أيديكم وأرجلكم من خلافٍ ثم لأصلبنكم أجمعين
(Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semua - al A'raf 124)
Bukan sekadar ini kekejamannya, malah dia lebih kejam lagi dengan mengancam akan membunuh bayi-bayi lelaki sebagai salah satu tindakan membinasakan baka yang beriman dengan nabi Musa as. Firman Allah swt :
وقال الملأُ من قوم فرعونَ أتذرُ موسى وقومَهُ ليُفسدوا في الأرضِ ويذركَ وءالهتَكَ قال سنُقتل أبناءهم ونستحي نسآءهم وإنا فوقهم قاهرون - الأعراف 127
(Dan berkatalah pula ketua-ketua dari pengikutnya yang setia "Adakah engkau (Wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firmaun menjawab "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka.
Agak pelik tindakan Firaun, yang beriman ialah ahli Sihir, tetapi mengapa yang dibunuhnya ialah bayi lelaki????? Ini adalah kerana, bagi Firaun orang-orang beriman ini akan melahirkan generasi beriman pula, dan Firaun sedar bahawa ini mengancam empayar kerajaannya....jadi untuk melindungi kerajaannya dari jatuh, dia perlu bertindak untuk mengelakkan keruntuhan kerajaannya.
Sesiapa sahaja yang bertaraf kerajaan akan bertindak ganas, semata-mata untuk menjaga kedudukan mereka...bukan sekadar menipu, malah membunuhpun mereka sanggup.
Marilah teman-teman sekelian, kita berusaha mencapai iman ahli sihir ini. Begitu juga setiap kerajaan yang terasa bahawa kedudukan mereka kukuh, mereka perlu merasa bimbang....jika mereka tersasar dari jalan Allah, bila-bila masa kerajaan itu akan jatuh....Sekadar renungan dan perkongsian ilmu.

Selasa, Februari 22, 2011

Tafsir Ayat 29 Surah al Kahfi

Assalamualaikum.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala :
وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا
Dan katakanlah:` Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghitamkan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling hina.
Huraiannya :
Pada ayat ini Allah SWT memerintahkan lagi kepada Rasul Nya", supaya menegaskan kepada orang-orang kafir itu bahwa kebenaran yang disampaikan kepada mereka itu adalah dari Tuhan semesta alam.
Adalah kewajiban mereka untuk mengikuti kebenaran itu dan mengamalkannya. Manfaat dan kebenaran itu, tentulah kembali kepada mereka yang mengamalkannya. Demikian pula sebaliknya akibat yang buruk dan pengingkaran terhadap kebenaran itu kembali pula kepada mereka yang ingkar.
Maka oleh karena itu barangsiapa yang ingin beriman kepada Nya ingin masuk ke dalam barisan orang-orang yang beriman maka bersegeralah, Jangan sekali-kali memberikan syarat-syarat dan alasan-alasan yang dibuat-buat sebagaimana halnya pembesar-pembesar musyrikin yang memandang rendah terhadap orang-orang mukmin yang fakir tersebut di atas. Sekiranya kebenaran yang dibawa itu, tidak dihiraukan, malah dibuang jauh-jauh, maka itu urusan kamu, silakan lakukan apa yang kamu kehendaki.
Rasulullah saw tidak memperoleh kerugian apa-apa, jika mereka beriman sememangnya itu paling baik dan pilihan yang bijak. Namun mereka bebas menentukan hala tuju hidup mereka, mereka mahukan kekufuran silakan, kalau mereka mahukan keimanaan maka silakan.
Bagi Rasulullah kerja baginda hanyalah menyeru, manakala memasukkan hidayah ke dalam hati seseorang maka itu adalah urusan Allah Subahanahu wata'ala.

Allah SWT berfirman:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Artinya:
Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri. (Q.S. Al Isra': 7)

Tetapi jika manusia itu memilih kekafiran dan membiarkan keimanan, bererti mereka telah melakukan suatu kesilapan besar, yakni mereka telah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, mereka memilih yang salah. Karena itu kepada mereka, Allah memberikan ancaman yang keras, yaitu akan melemparkan mereka ke dalam neraka. mereka tidak akan terlepas dari neraka itu, karena gejolak api neraka itu mengepung mereka dari segala penjuru, sehingga mereka laksana seorang yang tertutup dalam kurungan. Bilamana dalam neraka itu mereka meminta minum karena dahaga, maka mereka akan diberi air yang panasnya seperti cairan besi yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Sungguh alangkah jelek air yang mereka minum itu. Tidak mungkin air yang mereka minum demikian panasnya itu dapat menyegarkan kerongkongan, dan tidak dapat pula mendinginkan dada yang sedang kepanasan, bahkan lebih menghancurkan diri mereka. Dan neraka yang mereka diami itu adalah tempat yang paling buruk dan penuh dengan siksaan.

Khamis, Februari 10, 2011

KESAN KEPULANGAN PELAJAR KITA DARI MESIR

Assalamualaikum.....semoga teman-teman dalam kondisi yang baik serta sihat. Bila baca article Us Idris Ahmad mengenap kesan 'pemulangan' pelajar-pelajar Malaysia ke tanah air.
Saya amat risau dengan kesan-kesan kehadapan yang akan berlaku, masa depan medan ilmu iaitu Mesir, yang telah diterokai oleh orang-orang tua kita sejak tahun 20an lagi.
Mungkinkah akan berlaku fenomena ini, jika benar maka ianya adalah suatu musibah yang besar kepada masa depan ilmu di Malaysia. Selama ini Mesir telah membekalkan ilmuan agama dalam jumlah yang besar setiap tahun.
Bayangkan, sehingga kini secara data bertulisnya, hampir 11,000 lebih pelajar kita sedang belajar di sana telah pulang ke Malaysia. Untuk kembali ke bumi Mesir, masih dalam dilema, adakah kerajaaan Malaysia akan menghantar mereka tanpa dikenakan bayaran ? Jika tiada tanggungan kerajaan, maka berapa ramaikah yang akan kembali menyambung pengajian mereka semula di Mesir?????
Saya berharap dan merayu kepada semua sahabat2 kita yang bertitle penuntut di Mesir, agar berusaha sedaya upaya untuk kembali belajar di Kaherah, setelah suasana aman di sana. Jangan sekali-kali patah semangat kerana kekurangan wang untuk belanja tambang pulang ke Mesir.....mudah-mudahan Allah memberi kelapangan kepada kalian semua...amin ya Rabbalalamin.

Selasa, Februari 01, 2011

Rakyat Mesir Bangun Dari Tidur

Assalamualaikum, dunia semuanya gempar dengan demostrasi yang berlaku di jalan-jalan kota Kaherah. Rakyat menyatakan penentangannya di tengah jalan. Menuntut sesuatu yang pasti, iaitu kejatuhan presidennya yang berkuasa sejak 32 tahun lalu. Semua kerajaan sepatutnya mengambil pengiktibaran ini, supaya rakyat tidak dipermainkan dalam percaturan politik negara. Biarpun sekuat mana sesuatu kerjaan itu, namun sekiranya tidak betul perjalanannya dan menyimpang dari ajaran Allah maka, akan rebah dan jatuh juga akhirnya.
Presiden Husni Mubarak banyak menyusahkan pejuang-pejuang Islam, ada ditangkap sejak berbelas-belas tahun, ada yang hilang tanpa khabar berita. Paling menyakitkan hati apabila beliau yang menyekat makanan dan ubat-ubatan masuk ke Ghaza suatu ketika dulu, walaupun dibuka setelah didesak oleh umat Islam dunia. Dia mengkhianati semangat persaudaraan Islam. Memang sepatutnya beliau jatuh....kerana kewujudannya tidak langsung memberi manafaat kepada Islam dan kepentingannya.
Secara peribadi saya melihat kemelut ini sebagai isyarat kepada pemerintah yang bersifat sama sebagaimana Husni Mubarak ini. Ingatlah bahawa kejatuhan kerajaan Islam Andalusia adalah pengajaran yang paling buruk pernah dihadapi oleh umat Islam, kerajaan yang tertegak sejak 700 tahun lebih, kerana kelalaian umat Islam sendiri menyebabkan ia jatuh. Bagaimana pula dengan kerajaan yang baru diperintah sekitar 50 hingga 100 tahun? cuba kita fikirkan.......

Khamis, Januari 27, 2011

TITIAN SIRAT

Assalamualaikum kepada teman-teman yang budiman. Perkara-perkara ghaib yang dicipta oleh Allah mestilah diyakini dan dipercayai oleh setiap muslim, firman Allah Ta'ala :
الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون - البقرة 2
(Orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mengerjakan solat, serta menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikankan kepadanya)

Salah satu dari cabang aqidah atau kepercayaan ialah mempercayai adanya titian sirat yang merentangi kawah api neraka dan menghala ke syurga. Setiap manusia akan melalui titian ini, sesiapa yang selamat, maka berjayalah ke syurga, akan tetapi jika sebaliknya, maka dialah penghuni api neraka yang menyeramkan itu. Firman Allah Ta'ala :
وإن منكم إلا واردُها كان على ربِّك حتما مقضيا ثم نُنجى الذين اتقَوا ونَذَرُ الظالمين فيها جِثِيا
(Ertinya : dan tidak ada seorangpun daripada kamu (samada yang beriman atau kafir) melainkan akan sampai kepadanya dengan melaluinya (atas sirat), yang demikian adalah satu perkara yang mesti berlaku yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu, kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaaqwa dan kami akan membiarkan orang-orang yang zalim didalam neraka dalam keadaan melutut - Surah Maryam ayat 71 hingga 72)
2 ayat ini menjelaskan bahawa semua manusia akan melalui titian sirat ini, siapapun pasti akan melaluinya, inilah tempat penapisan antara ahli neraka dan ahli syurga. Sesiapa yang ditakdirkan menjadi ahli neraka akan jatuh dari titian ke kawah api neraka.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :
عن أبي هريرة رضي الله عنه, أن البي صلى الله عليه وسلم قال : يضرب الصراط بين ظهراني جهنم فأكون أولَ من يجَوز من الرسل بأمته ولا يتكلم يومئذ أحد إلا الرسل وكلام الرسل يومئذ الله سلم سلم وفي جهنم كلاليب مثل شوك السعدان هل رأيتَهُم شوك السعدان قالوا نعم فإنها مثل شوك السعدان غير إنه لا يعلم قدر علمها إلا الله تعالى تخف الناس بأعمالهم فمنهم من يوبق بعلمه ومنهم من يخردل ثم ينجو (رواه البخاري ومسلم والترمذي
(Ertinya : Diletakkan titian sirat di atas neraka jahannam, maka aku menjadi orang yang pertama di kalangan rasul-rasul yang menyeberangi bersama umat masing-masing, dan ucapan rasul-rasul pada hari itu ialah berdoa "Ya Tuhanku selamatkanlah!, Ya Tuhanku selamatkanlah!!!" Dan pada neraka jahannam itu ada pengait-pengait seperti duri pokok sa'dan, adakah kamu pernah lihat duri sa'dan itu ? mereka menjawab ya. Rasulullah sollahu alahi wasallam meneruskan sabdanya : "maka sesungguhnya ia (pengit-pengait itu seperti duri pokok sa'dan, tetapi tidak diketahui betapa besarnya melainkan Allah Ta'ala, Ia mengait manusia bersama amalan-amalan merka (yang jahat) diantaranya ada orang yang binasa disebabkan amalannya, dan ada pula orang yang dihalang-halang dan diputuskan perjalanannya, akhirnya ia terselamat juga - Riwayat Al Bukhari, Muslim & Termizi)
Begitu hebat ujian titian ini sehingga sesiapa melepasi akan terselamat dari kehinaannya, dan menjadi ahli tetap syurga. Semoga Allah menyelamatkan kita dari neraka, dan memberi kejayaan kepada kita meniti titian sirat ini.


(jjdjd

Khamis, Disember 23, 2010

KARAMAH ULAMA

Assalamualaikum
Semasa mendengar ceramah Al Fadhil Al Ustaz Azhar Idrus di U Tube....terdengar satu pengisian penting mengenai karamah...kata Ustaz Azhar, mana lebih karamah ahli sufi dengan keramah ahli fekah atau ahli hadis.
Kata Us Azhar....."karamah boleh ke Mekah, untuk seorang sahaja, tetapi keramah ahli fekah dan ahli hadis, dapat diambil manafaat oleh ramai orang, tidakkah ini bermaksud karamah ahli fekah dan hadis melebih dari karamah alim biasa....! amat menarik perkataan ini.....percakapan orang yang faham dan mendalam ilmunya. Mudah mudahan dapat manafaat bersama.

Rabu, Disember 15, 2010

NASIHAT BERGUNA


Insya ALLAH, semua nasihat dan kata-kata hikmah di bawah mampu mendidik jiwa kita :
HAMKA
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan
keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat
daripadanya.
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja.
BUDIMAN
Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu
yang tidak dapat dibeli dengan wang.
SAYIDINA ALI ABI TALIB
Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada
harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang.
Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akan
mendengar beberapa perkataan lagi.
IBNU MAAFA'
Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh
orang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidak
jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina.