Khamis, Mei 28, 2009

Hari kejatuhan Kota Konstantinopel



Salam sejahtera buat semua teman-teman pembaca, buat makluman semua pada hari ini 29 Mei 1453, Kota konstantinopel yang merupakan ibu negeri Kerajaan Bizantin telah jatuh ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Muhammad Murad yang juga dikenali dengan Sultan Muhammad al-Fateh. Rasulullah pernah bersabda "Sebaik-baik ketua ketua itu, dan sebaik-baik tentera, tentera itulah" selepas 800 tahun baginda bersabda, jadilah hadis nabi itu suatu realiti yang dapat dilihat orang yang terkemudian, meskipun baginda sendiri tidak dapat melihatnya.
Tapi sayangnya, apa jadi dengan konstantinopel ataupun Istanbul sekarang ini? dukacita sangat bila kita lihat, dengan gadis-gadis yang tidak bertudung, demostrasi jalanan kerana membantah pemerintahan Islam. Inilah dia generasi yang menerima kemenangan al-Fateh tanpa sebarang perjuangan, mereka menerima kemenangan yang telah siap. Orang dulu yang bersakit-sakitan kerana berjuang membebaskan Konstantinopel dari cengkemah Kristian, manakala orang sekarang berakhlak dengan akhlak kristian yang telah dijatuhkan oleh al-Fateh.
Hadis Rasulullah mengenai beliau :
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Pengenalan sedikit tentang Sultan Muhammad al Fateh :
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. (Sila rujuk website : satu perkongsian)

Saya menunggu al-Fateh kedua......siapa ye?

Rabu, Mei 27, 2009


Masa kuliah di Felda, saya telah bentangkan 10 perkara yang menyebabkan Allah tidak terima solat seseorang, inilah semua yang dibentangkan.
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Inilah semua 10 jenis manusia yang Allah tidak menerima solat mereka. Semoga sama-sama mendapat manafaatnya Insya' Allah.

Selasa, Mei 26, 2009


Assalamualaikum
Insya' ALLAH bermula 1 Jun 09 ini hingga 15 Jun 09 saya akan ke Mekah bersama rombongan kelolaan Al-Quds Travel. Menggunakan Syarikat Penerbangan Turki. Sebelum ke Mekah, rombongan akan ke Istanbul terlebih dahulu selama 4 hari. Kali ini merupakan kali ke 4 saya ke Mekah melalui Turki. Memang seronok ke Turki tempat yang banyak kesan sejarah zaman kerajaan Islam Othmaniah.
Pengalaman bawa jemaah ke Mekah sebenarnya telah saya lalui sejak tahun 1988 lagi. Mula saya ke Mekah dengan Syarikat Hijaz Travel dari Terengganu. Dengan Syarikah al-Quds ini sejak tahun 2001.
Hajipun telah saya tunaikan sebanyak 5 kali. Umrah dah banyak kali....walaupun dah banyak kali ke Mekah dan Madinah, namun hati tetap rindu dengan ka'bah, tetap rindukan Rasulullah. Bila masuk sahaja tahun baru, rasa tak sabar menunggu bulan 5 setiap tahun, kerana masa itulah saya akan ke Mekah.
Saya rasa sesiapa yang pernah ke Mekah memang mempunyai perasaan macam saya rasa sekarang. Memang ka'bah memberikan nostalgia yang tidak pernah padam di lubuk hati, itulah dia kesan-kesan bandar yang menjadi tempat kelahiran nabi mulia sollahu alaihi wasallam. ..... sekadar renungan.

Isnin, Mei 25, 2009

Pembangunan Kota Suci Mekah


Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang melihat dan membaca blog saya. Inilah gambar plan Masjidil Haram yang dihantar oleh teman saya Us Wan Zamri dari al Quds Travel semalam. Katanya bajet yang diperuntukkan ialah sebanyak 60 billion. Hebat pembangunan ini. Tengok saja gambarnya dah rasa hebat. Cuma ka'abahnya jadi begitu kecil sekali. Agaknya itulah yang disebut oleh Rasulullah bahawa apabila bangunan-bangunan di keliling Ka'abah telah melampau Ka'abah itu sendiri, itulah tandanya kiamat sudah terlalu hampir. Sekadar renungan bersama. Wasallam.

Khamis, Mei 21, 2009

Tanda Berkat itu ialah cahaya putih ???


Selalu kita dengan tentang keberkatan. Di antara tanda keberkatan yang wujud pada sesuatu seperti makanan ialah mencukupi untuk dimakan umpamanya di makan untuk sekeluarga. Juga bermaksud makananan untuk dua orang cukup untuk tiga orang begitulah seterusnyanya.
Dalam gambar ini kelihatan cahaya pada Masjid Nabawai di Madinah. Gambar ini diambil oleh dua orang angkasawan Amerika yang mengambilnya dari setelite mereka. Semua tempat gelap jika diteropong dari atas, melainkan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Seandainya benar kenyataan ini benarlah bahawa keberkatan itu boleh dilihat dengan warnanya yang berkilauan.
Allah sahajalah yang lebih mengetahui sebenarnya maksud keberkatan itu.

Laut Beku




Firman Allah Ta'ala :
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Assalamualaikum buat teman-teman, kali ini saya tunjukkan gambar laut beku di Pantai Taganrog, Rusia. Kebesaran Allah yang berguna bagi orang-orang yang berfikir serta berjaya menggunakan ni'mat akal yang dikurniakan Allah. Agaknya boleh kita tegaskan bahawa kiamat itu terlalu hampir sehingga semua yang pelik dan ajaib didedahkan Allah untuk dilihat oleh manusia. Mudah mudahan kita sama-sama mendapat menafaat.

SAI BABA ADALAH DAJAL ?


Gambar di sebelah kiri ini adalah seorang lelaki bernama Sai Baba yang mempunyai ciri-ciri menyamai ciri-ciri Dajjal. Banyak persamaan yang terdapat pada diri Sai Baba menyamai Dajjal yang disabdakan Rasulullah :

Persamaan antara DAJJAL dan SAI BABA:
1.Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kerinting, berkaki bengkok (agak pengkor).
Persamaan: Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kerinting.

2.Dajjal memiliki mata yang buta.
Persamaan: Sai Baba pernah mengalami kebutaan semasa muda kemudian sembuh kembali.
3.Dajjal datang dan bersamanya ada gunung roti dan sungai air.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4.Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kerlipan mata.

5.Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
Persamaan: Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6.Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga ramai sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya.
Persamaan: Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7.Dajjal akan muncul dan sebagai nabi.
Persamaan: Sai Baba meletakkan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.
8.Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih.
Persamaan: Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9.Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan.
Persamaan: Sai Baba mengakui bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10.Dajjal akan mendakwahkan agama Allah.
Persamaan: Dalam banyak majlis darshanya, Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur’an dan keharusan untuk memahaminya.

11.Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

12.Dajjal dapat menurunkan hujan.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13.Dajjal berupaya mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Persamaan: Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam tempoh yang singkat.

14.Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali.
Persamaan: Sai Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15.Dajjal berupaya berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya.
Persamaan: Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi (reincarnation) dirinya.

16.Dajjal berupaya membesarkan tubuhnya.
Persamaan: Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.

17.Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan.
Persamaan: Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga berupaya berjalan ke pasar, rumah sakit, projek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18.Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air.
Persamaan: Sai baba mampu mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19.Dajjal tidak memliki anak.
Persamaan: Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20.Dajjal memimpin orang yahudi.
Persamaan: Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.

21.Dajjal muncul di zaman pertikaian.
Persamaan: Sai Baba mengakui bahwa dia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, serta kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, iaitu India Selatan. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., bahawasanya Dajjal akan keluar dari bumi ini dari kawasan bahagian timur yang bernama Khurasan (Jamiu At-Tirmidzi).
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
“Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”
Adalah tidak mustahil bahawa Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya Al-Maseh Al-Dajjal.
Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari fitnah Dajjal ini dengan diberikanNya kekuatan kepada kita untuk menghadapinya.

Rabu, Mei 20, 2009

Dajjal Siri 2 - Kecepatan Perjalanannya

Assalamualaikum
Dalam siri 1 kita dijelaskan tentang besarnya fitnah dajjal ini. Kali ini pula kita akan ketahui cara dajjal bergerak. Amat laju seperti angin, sabda Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam :

قلنا يا رسول الله وما إسراعُهُ في الارض ؟ قال : كالغيثِ استدبرتْهُ الريح
Ertinya :
Kami bertanya "Wahai Rasulullah! bagaimana kecepatan perjalanannya di atas muka bumi ini ? Nabi sollallahhu 'alaihi wasallam menjawab "kecepatan perjalanannya adalah seperti kecepatan "al-Ghaist" bermaksud hujan atau awan yang dipukul angin yang kencang - Riwayat Imam Muslim.
Hadis ini menjelskan tentang keadaan dajjal yang mampu berjalan dengan cepat serta laju. Dajjal mampu sampai di sesuatu tempat dengana cepat dan laju, tidak menjadi halangan baginya untuk merantau dari negeri ke negeri, dari kampung ke kampung dalam waktu yang amat singkat. Inilah dia kemampuan dajjal.

Doa Penyembuh



Doa di sebelah ini saya salin dari laman web Darussyifa. Semoga sama-sama mendapat manafaatnya Insya' Allah.

Doa Segala Penawar


Ini juga antara doa-doa yang boleh diamalkan. Sila kunjungan laman web darussyifa.

Doa Dari Wabak

Assalamualaikum
Bagi rakan-rakan yang akan ke luar negara dan tak dapat elak, terpaksa juga tunaikan hasrat hati untuk menziarahi keluarga di mana-mana bahagian di Eropah atau di USA, maka perlulah berhati-hati dalam suasana merebaknya "selsema babi" ini. Antara doa yang boleh dibaca ialah sebagaimana berikut :

اللهم اكشِفْ عَنِّي الوباء والبلاء والفحشاء ما لا تكشفُ غيرَعُ
(Ya Allah, lindungilah aku dari wabak penyakit, bala bencana dan sebarang kekejian yang tiada perlindungan selain-Nya.

Doa ini sebagai satu cara dan usaha untuk kita mohon perlindungan dari sebarang wabak penyakit. Meskipun begitu, Rasulullah pernah menyarankan agar kita tidak keluar dari tempat yang kena wabak dan tidak masuk ke tempat yang terkena wabak.
Wabak ini petanda kepada kebenaran Islam yang meletakkan binatang babi ini sejenis binatang yang banyak mudharatnya serta banyak masalahnya. Allah sahaja yang mengetahui penawar yang paling mujarab.
Bala ALlah datang ke dunia tidak pernah memilih sesiapa yang jahat sahaja sebagai mangsanya, Allah berfirman :
واتقوا فتنة لا تصيبن الذي ظلموا منكم خاصة
(Takutlah kamu kepada fitnah/bala yang tidak mengenai orang-orang yang jahat sahajat...tetapi juga mengenai orang baik)
Setiap muslim dan mukmin mestilah beristighfar kepada ALlah sentiasa, agar musibah tertolak dengan permohonan taubat itu.
Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat pengajaran.

Ahad, Mei 17, 2009

Selamat hari guru.....2009

Salam buat semua guru
Kepada semua yang berada dalam bidang pendidikan termasuk ustaz-ustaz yang mengajar di surau masjid. saya ucapkan :
"SELAMAT HARI GURU"
Jasamu tetap dikenang, Allah sahaja yang membalas jasamu.

Jumaat, Mei 15, 2009

TSUNAMI KE 2


Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pembaca
Saya ada sebut kepada rakan-rakan yang mendengar kuliah saya di PLUS awal bulan baru-baru ini, untuk menyiarkan satu gambar jangkaan tsunami ke 2. Gambar yang di siarkan adalah sebagaimana di atas. Peta/gambar ini dikirim oleh adik saya di Kuantan. Apapun yang bermain di fikiran kita, samada ia benar atau tidak, ia sekadar peringatan untuk kita. Sebagaimana nabi kita memberikan amaran tentang hari Kiamat. Ramai juga orang yang amat takut dengan peristiwa tsunami yang lalu, tetapi mereka yang gerun dan takut ini tidak semesti juga gerun kepada hari kiamat yang lebih dahsyat dari tsunami itu lagi. Ambil pengi'tibaran apabila sesuatu diberitahu kepada kita.

Selasa, April 21, 2009

Guru Minta Tukar Ke Negeri Asal

Assalamualaikum
semalam adik ipar saya datang ke rumah dari negeri sembilan. Beliau tengah mengandung. Terkejut jugaklah kerana datangnya secara mengejut. Katanya, nak ke Putrajaya, hantar borang pertukaran ke Kelantan. Adik ipar saya ni, dah hampir dua tahun berkhidmat sebagai guru di Negeri Sembilan. 2 anaknya ditinggalkan di Kelantan bersama suaminya, juga seorang guru. Agaknya dia dah tak sanggup berulang alik dari nogori ke kelantanlah yang menyebabkan akhirnya dia ke pejabat kementerian pelajaran untuk mohon pertukaran.
Masa adik saya ni ke kaunter untuk hantar borang pertukarannya....pegawai yang menerima orang tersebut kata, payah ni, ngajar tak sampai 3 tahun...kalau awak ada kabel tebal okalah, kenal dato' ke, orang besar ke, menteri ke..barulah permohonan ni dilayan. Pegawai tu pulak senyumpun tidak, caranya agar kasar, boleh menyebabkan orang berasa hati.
Adik saya tu dalam keadaan mengandung...memang cukup letih. Layanan pulak tak elok, inilah agaknya yang dihadapi oleh ramai guru-guru yang berhadapan dengan masalah di posting ke merata tempat, berpisah dengan suami, isteri dan anak-anak. Kalau ye pun tak boleh tukar, berilah layanan yang baik dan menyenangkan hati. Rasanya Islam menyuruh hamba-hamba ALLAH bersikap dan berakhlak mulia. Agaknya kalau ada orang besar berpangkat, tentu pegawai ini akan bersikap lemah lembut. Memanglah, orang yang tidak kenal sesiapa memang tidak ada sebab dihormati...betullah agaknya....Allah Maha Mengetahui kesusahan adik ipar saya ini...dan DIA lebih mengetahui apa yang telah dikatakan oleh pegawai itu.....alangkah baiknya kalau berikan sebuah senyuman yang melegakan semua orang....

Selasa, April 14, 2009

Nak Senang Akhirat Atau Dunia ?

Assalamualaikum
Lama dah tak menulis, agak sibuk minggu ni. Kali ni nak kongsi dengan teman-teman semua tentang satu perkara. Masa saya ke UM jumpa beberapa pensyarah, rakan-rakan lama ketika menuntut di Jordan dulu. Ada jugak salah seorang yang bekerja sebagai hakim Mahkamah Syariah. Semasa sedang berbual-bual, keluarlah cerita tentang kerja masing-masing. Saya tanya "kerja apa yang paling mudah urusan?". Salah seorang pensyarah tanya balik "Mudah akhirat ke, mudah dunia?". Spontan soalan saya itu dijawab dengan soalan lain. Begitu cepat jawapan diberikan. Jawapan yang diberikan itu rengkas tetapi menjelaskan betapa sibuknya di dunia, betapa susahpun di dunia, susah lagi di akhirat.
Kerja-kerja yang kita lihat menerima tekanan dan tanggungjawab besar, akan banyaklah soal jawabnya di akhirat nanti, kalau kerja-kerja yang agak mudah dan kurang tanggungjawabnya agaknya kuranglah soal jawabnya di akhirat.
Rasulullah sendiripun pernah berdoa "YA Allah, masukkan aku dalam golongan orang miskin!", mendengar doa baginda ini isteri baginda Siti Aisyah ingin sedikit penjelasan mengenainya. Baginda menjawab "kerana orang miskin lebih dulu masuk syurga dari orang kaya!". Jawapan ini menampakkan kepada kita betapa susahnya perhitungan terhadap orang kaya kerana hartanya.
Begitulah juga dengan tanggungjawab kerja, kalau orang itu hakim, maka tanggungjawab di sebalik hukuman yang diputuskannya amat besar dan mempunyai kaitan dengan akhirat. Kerja sebagai guru dan pensyarah juga besar juga tanggungjawabnya, silap didikan yang diberikan, kita akan menanggungnya di akhirat. Berat tu. Memang semeua perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan dipertanggungjawab oleh ALlah, kita kena jawap dan jelaskan. Kalau hal-hal kecil seperti masalah kencingpun di tanya, bagaimana pulak hal-hal besar seperti politik ke, ekonomi ke, undi ke dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah Luqman :
"Apapun jua yang dilakukan walaupun sebesar biji sawi, lalu perlakuan itu disembunyikan di dalam batu besar atau di langit atau di dalam bumi, perbuatan itu tetap akan dibawa di hadapan Allah untuk dihitung".
Saya merasakan jawapan sahabat saya itu perlu dikongsi bersama dalam blog ini, agar kita semua merasai akan perhitungan Allah di akhirat adalah sesuatu yang hebat dan dahsyat. Semoga Allah menyelamatkan kita dari perhitungan yang lama dan panjang, dan moga-moga Allah menyelamatkan kita dari api neraka. Wallahu a'lam.

Isnin, April 06, 2009

KESAKITAN RASULULLAH SEBELUM WAFAT

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : خطب رسولُ الله صلى الله عليه وسلم الناسَ وقال : "إن الله خيّر عبدا بين الدنيا وما عندَ الله فاختارُ ذلك العبدُ ما عندَ الله" قال : فبكى أبو بكر فعجبنا ببكائه أن يُخبَر رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عبدٍ خير. فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم هو المُخيرَّ وكان أبو بكر أعلمنا
Dari Abi Saeed al-Khudri katanya : Rasulullah berceramah kepada manusia dengan katanya "Sesungguhnya ALLAH telah memberi pilih kepada seorang hamba di antara dunia dengan apa yang di sisi ALLAH, lalu hamba itu memilih apa yang di sisi ALLAH", mendengar ceramah nabi itu lalu menangislah Saidina Abu Bakar, apabila baginda memberitahu tentang pilihan hamba itu. Orang yang diberi pilih itu ialah baginda Sollahu 'alaihi wasallam.
Hadis ini ialah adalah isyarat kepada hampirnya baginda Sollahu 'alaihi wasallam meninggal dunia, akan tetapi maksud perkataan baginda ini hanya difahami dan di tangkap maksudnya oleh Saidina Abu Bakar.
Kata Al-Hafiz Ibnu Al-Hajar : Adalah Abu Bakar faham tanda kepada isyarat yang nabi cuba nyatakan, yang mana baginda akan gering hingga wafat baginda, sebab itulah yang menyebabkan Abu Bakar menangis.
Bersambung Insya ALLAH.

Bagaiman Allah Melayani Orang yang Bersedekah

من تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ ولا يَقْبَلُ اللهُ إلا طيبا فإنَّ اللهَ يَأْخُذُهَاْ بِيَمِيْنِهِ فَيُرَبِّيْها لَهُ كما يُرَبِّي أَحَدُكُم فَلْوَهُ حتى تكونَ مثلَ الجبلِ

Sesiapa yang bersedekah sebarat sebiji kurma dari rezki yang baik yakni halal, sedang Allah Ta’ala tiada menerima melainkan yang baik sahaja, maka sesungguhnya Allah akan menerima sedekah itu dengan penuh kemegahan, lalu dia memelihara (menyimpannya) umpama seseorang kamu memalihara anak kuda yang baru lahir, sehingga akhrnya sedekah itu membesar seperti sebuah gunung.

Melihat hadis diatas, terasa macam kita ni tidak mengambil peluang dari pahala dan ganjaran besar yang diberikan ALLAH kepada penderma. Oleh itu, saudara sekelian cubalah jadikan amalan sedekah/derma ini sebagai amalan harian kita. Di kiri kanan kita ada orang yang memerlukan bantuan kita. Kenapa kita tidak gunakan peluang beramal yang besar ganjarannya ini. Ayohlah saudaraku, mendermalah.

5 YANG DICINTAI 5 YANG DILUPAI

وقال النبي صلى الله عليه وسلم
سَيأْتِي زمانٌ على أُمتي يُحِبُّونَ خمساً وينسَوْنَ خمساً : يحِبُّونَ الدنيا وينْسَونَ العُقْبَى يُحِبُونَ الدُّور ويَنْسَونَ القبور ويحبون الْمال وينْسَونَ الحساب ويحبون العيال وينسَونَ الحق ويحبون النفس وينسونَ الله هم مني رَراءٌ وأنا منهم بريءٌ

Akan datang zaman terhadap umatku di mana mereka cintakan lima melupai lima yang lain :

Mereka cintakan dunia lupakan Akhirat;
Mereka cintakan istana/kediaman mereka melupai kubur;
Mereka cintakan harta dengan melupai hitungan/hisab;
Mereka cintakan keluarga melupai kebenaran;
Mereka cintakan diri melupai Allah;

Mereka dengan-KU melepaskan dirinya dari-Ku, dan Aku lepaskan diriku dari mereka.

Selasa, Mac 31, 2009

SIFAT-SIFAT HARI KIAMAT


Rakan-rakan sekelian, perbincangan kita kali ini ialah mengenai sifat-sifat kiamat yang perlu diketahui oleh orang muttaqin :
1. Hari tidak diterima syafaat tanpa izin ALLAH, Rujukan : al-Baqarah 48 (ولا يُقْبَلُ منها شفاعةٌ) Bermaksud : (Dan tidak diterima sebarang syafaat);
2. Hari yang tiada sebarang pertolongan Rujukan : al-Baqarah 48 (ولا هم يُنْصَرُونَ), bermaksud : (dan mereka tiada penolong);
3. Hari yang sangat panjang masanya, sehari menyamai seribu tahun hitungan masa dunia. Rujukan : al-Baqarah ayat 281 (وإنَّ يوما عندَ ربِّكَ كألفِ سنةٍ مِمَّا تَعُدُّون) Bermaksud : dan sesungguhnya hari yang mana di sisi Allah seumpama seribu tahun tengah hari-hari mereka hitungkan);
4. Hari dikembalikan kepada pemilik sebenar dan disempurnakan semua balasan, Rujukan : al-Baqarah 48 : (يوما تُرجَعون فيه إلى الله ثم تُوَفّى كُلُّ نفسٍ ما كسبتْ), bermaksud : (Hari dikembali padanya kepada ALLAH kemudian dimatikan setiap jiwa)
Kesemua empat sifat hari kiamat ini adalah gambaran betapa dahsyatnya hari yang dijanjikan Allah itu. Kita akan pergi ke sana, tak lama lagi, entah petang ini, malam ini atau esok. Kita pasti akan ke sana....mahu atau tak mahu, tetap juga kita akan ke sana. Daripada pergi tanpa redha dalam keadaan tiada persiapan, sebaiknya kita pergi dengan redha dan dengan persiapan.
Insya' ALLAh kalau ada kesempatan, akan disambung lagi sifat-sifat hari kiamat yang lain pula, semoga mendapat manafaat jua.
Wassalam.

Jumaat, Mac 20, 2009

Kisah Solat Isya' Qosar Dengan Imam Tamam



Salam sejahtera buat teman-teman sekelian......kali ini nak kongsi pula tentang solat isya' untuk musafir. Masa balik ke kampung baru-baru ni, sempatlah singgah di satu masjid yang besar atas bukit, bawahnya banyak kedai tempat menjamu selera. Bila dengar azan bergegaslah saya ke masjid untuk solat isya', sempatlah pada raka'at ke 2. Tak berapa lama datang 2 orang yang memulakan solatnya pada raka'at ke 3, tapi yang peliknya 2 orang sahabat kita ni beri salam bersama imam, manakala saya sambung lagi satu raka'at kerana tak cukup lagi, saya tadi masbuq. Tengah solat tu rasa tak khusyu' kerana duk mikirkan 2 sahabat kita ni. Selepas sahaja beri salam dengan imam 2 sahabt kita tadi tu terus solat maghrib, agaknya solat maghrib jama' ta'khir. Itulah kisahnya.......

Saya ni terasa benar kesilapan yang dilakukan ini, tapi tak berupaya menegurnya, kerana mereka cepat keluar dahulu dari saya. Lama juga fikirkan kemungkinan ada ulama' yang menulis dan membenarkan cara begini, saya mentelaah jugalah sikit-sikit, nak cari kalaulah ada alim ulama' yang membenarkannya, ilmu tak banyak, tulah yang kena mencari pandangan dan komentar ulama mu'tabar. Masa mencari tu, kebetulan sempat tenguk kitab Sayyid Sabiq (Fiqhussunnah), tak nampak pandangan beliau tentang boleh berimamkan orang solat tamam (Orang muqim - Solat Isya' penuh 4 rakaat), setakat yang saya rujuk, tak jumpa pula perbincangan syeikh Sayyid Sabiq tentang isu yang sedang saya kemukakan ini.

Melalui kitab Ibnu Rusydi al-Hafid berjudul Bidayatul "Mujtahid wa nihatul Muqtasid", tidak ada pula terjumpa sepanjang bacaan saya tentang perkataan membenarkan perbuatan 2 lelaki di atas. Kitab ke 3 saya rujuk ialah kitab Dr Wahbah Zuhaily "Fiqhul Islami Wa Adilatuhu", jenuh jugalah mencarinya, orang cetek ilmu gitulah, mesti merujuk...sayangnya saya juga tak jumpa perbincangan Syeikh Wahbah Zuhaily mengenainya, agaknya nak kena membaca banyak lagi. Tinggal satu lagi kitab yang ada dalam rak saya iaitu "Majmu'" karangan al-Imam an-Nawawi. Banyak nak kena baca tu, saya sedang membacanya...cuma tak dapatlah menulis mengenai pandangan as-Syeikh an-Nawawi, kena tunggu masalah juga.

Macamanapun, kita pasti bahawa tidak mungkin orang yang tidak sempat takbiruatul ihram dengan imam siap bersama dengan imam melainkan kalau dia sempat ruku' dengan imam pada rakaat yang pertama dengan sekadar jangkamasa sebutan "subanALLAH", maka bolehlah dia beri salam bersama imam. Tetapi kalau dah memang tak sempat dengan imam, dah tu pulak memang tak cukup rakaat pula, di tambah lagi dengan keadaan dia takbiratul ihram semasa imam solat isya' pada rakaat ke 3....macamana kita nak kata perbuatan sahabat kita 2 orang tu sah dan boleh diterima. Rasanya itulah khulasahnya....kalau teman-teman ada pandangan dan ada pernah terbaca mana-mana pandangan, maka sudilah kiranya berikan pada saya mengenainya, saya mengaji tak banyak, dan memang tak banyakpun membaca, dah tu pulak memang tak sempat dengar kuliah-kuliah ustaz2 kita kerana masa ustaz2 mengajar, saya mengajar jugak.

Di bawah ini saya berikan sedikit nota mengenai solat jama' & qosar :

Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak bolehdiqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama’
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Ahad, Mac 15, 2009

Tanda Akhir Kiamat

MATAHARI TERBIT DARI BARAT


‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ‏ ‏وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ ‏ ‏قَالُوا حَدَّثَنَا ‏ ‏إِسْمَعِيلُ يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏الْعَلَاءِ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبِهَا آمَنَ النَّاسُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ فَيَوْمَئِذٍ ‏
‏لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ‏

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Seandainya seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t ketika matahari terbit dari arah barat, maka pada waktu itu

Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya
Penjelasan An Nawawi dalam syarahnya :

‏قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَا تَقُوم السَّاعَة حَتَّى تَطْلُع الشَّمْس مِنْ مَغْرِبهَا فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبهَا آمَنَ النَّاس كُلّهمْ أَجْمَعُونَ فَيَوْمَئِذٍ لَا يَنْفَع نَفْسًا إِيمَانهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْل أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانهَا خَيْرًا ) ‏‏قَالَ الْقَاضِي عِيَاض رَحِمَهُ اللَّه : هَذَا
الْحَدِيث عَلَى ظَاهِره عِنْد أَهْل الْحَدِيث وَالْفِقْه وَالْمُتَكَلِّمِينَ مِنْ أَهْل السُّنَّة خِلَافًا لِمَا تَأَوَّلَتْهُ الْبَاطِنِيَّة

Setelah matahari terbit dari arah barat, maka berimanlah manusia semuanya sedang ketika itu tidak memberi guna iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya. Berkata Qodhi 'Iyadh, hadis ini pada zahirnya di sisi ahli hadis, ahli fekah, Al mutakallimin dan kalangan ahli sunnah, bersalahan dengan penjelasannya secara dalamnya.
Tanda kiamat ini adala antara tanda besar kiamat. Mengikut kajiana ahli falak dan saintis barat, memang matahari sedang beredar sedikit demi sedikit dari arah tempatnya yang asal. Menjadi satu masalah besar ialah taubat tidak akan diterima setelah berlaku perubahan tempat naik ini, dan yang lebih dahsyat lagi ialah iman seseorang tidak diterima jika seseorang itu beriman selepas berlakunya perubahan tampat naik ini....wallahu 'alam.




. ‏

Sabtu, Mac 14, 2009

Tanda-tanda Kecil Kiamat

Inilah dia tanda-tanda kiamat yang kebanyakannya telah keluar dan berlaku di sekitar kita:Penaklukan BaitulmuqaddisDari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela
Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzikPada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan beritaPada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
Orang akan melakukan homoseksual.
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

Berkurangnya sifat amanahTerasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta
zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakanMendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan
al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya)
hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat IslamApabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri
Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari
[2] dan Muslim
Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku
gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Rabu, Mac 11, 2009

HEBAT SIFAT PENDERMA NABI IBRAHIM - AYAT 8 SURAH AL INSAN




Kepada semua rakan-rakan yang dihormati.....kali ini saya nak kongsi ilmu tentang ayat ke 8 dari surah al-Insan. Ayat berbunyi :
ويُطعمونَ الطعامَ على حُبِّه مسكينا ويتيما و أسيرا
(Ertinya : Mereka juga mengenyangkan dengan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang)
Sifat memberi makan ini sebenarnya adalah sifat golongan al-Abrar yang terdapat dalam ayat 5, 6 & 7 dari surah yang sama.
Berkenaan dengan ayat "Memberi makanan", menurut 'Atho' :
كان إبراهيم صلوات الله تعالى عليه وسلامه إذا أراد أن يتغدى ول يجد من يتغدى معه
سار الْميل والْميلين في طلب من ينغدى معهُ
(Ertinya : Adalah Nabi Ibrahim alaihissalam apabila hendak makan, dan apabila dia tidak menemui seseorang untuk makan bersama, maka dia akan berjalan sejauh sebatu atau dua batu untuk mencari orang yang mahu diajak makan bersama dengannya - Rujukan Tanbihul ghofilin, ms 320)
Menurut Ikrimah RodiyALLAHU 'anhu :
كان إبراهيم صلوات الله تعالى عليه وسلامه يسمى أبا الضيفان وكان لقصره أربعة أبواب ينظر من أي مجيئ المرء
(Ertinya : Adalah Ibrahim alaihissalam dinamakan bapa tetamu, pintu mahligainya ada empat, dia melihat pintu melalui empat pintu tersebut, dari arah mana datangnya seseorang)
Berkata Jabir bin Abdullah rodhiyALLAH 'anhuma :
فإني سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
ما اتخذ الله إبراهيم خليلا إلا لإطعامه الطعام وإفشاء السلام وصلاتُهُ بالليل والناس نيام
(Ertinya : Maka sesungguhnya aku dengar Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam bersabda : Allah tidak jadikan Ibrahim sebagai kekasih melainkan kerana sifatnya yang suka memberi makan, menyebarkan salam dan sembahyang malam dalam keadaan manusia lain tidur nyenyak)
Inilah Sifat Penderma yang ada pada Nabi Ibrahim alaihissalam, hebat sungguh sifat pendermanya, jarang kita jumpai orang yang sebegini hebatnya.

Khamis, Mac 05, 2009

Nostalgia Kelahiran Manusia Agung


Assalamualaikum

Mulai minggu depan, kita sambut lagi hari lahir Rasul tercinta. Terasa benar akan dhaifnya diri apabila mengingati baginda yang serba sempurna dibandingkan diri yang baru sesaat berjuang. Tapi, Rasulullah tetap kita kenangi, menjadi nostalgia indah buat mukmin yang cuba mengislahkan dirinya ke arah kebaikkan.

Biarpun hati ini bimbang akan kekurangan diri yang mungkin tidak disedari, tetapi mengingati hari lahir baginda merupakan satu suntikan perjuangan yang mampu menjadikan kita lebih berdaya saing.

Satu kelebihan yang ada pada baginda ialah isteri-isteri baginda dan anak-anak baginda semua tergolong daripada manusia yang menyertai sama dalam perjuangan baginda. Walaupun begitu, apa yang kita lihat mengenai penduduk di Mekah itu sendiri, kebanyakkannya mempunyai tali persaudaraan dengan baginda Sollahu alaihi wasallam, dan ramai juga yang menjadi penentang kepada perjuangan baginda.

Namun bila kita undur ke belakang sedikit, lihat akan perjuangan Nabi Nuh dan Nabi Lut alaihimasssalam. Suatu memori duka perjuangan yang tidak mampu diselesaikan dengan kekuatan perjuangan iaitu mengenai kekufuran anak Nabi Nuh, juga Isterinya, begitu juga dengan isteri Nabi Lut alaihissalam.

Bolehkah kita tuduh, kedua-dua nabi ini tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri ? Rasanya tak patut kalau kita guna kalimah 'tuduh'. Tidak ada pula dinyatakan dalam al-Quran mengenai mereka yang lalai dalam mendidikan keluarga mereka. Dari sini bolehlah kita nyatakan bahawa, kesilapan bukan pada nabi Nuh dan nabi Lut yang mulia lagi bersih ini, tetapi adalah satu kehendak ALLAH yang tidak mampu diatur selia oleh hamba-hamba-Nya meskipun ia seorang nabi. Hati manusia milik ALLAH, hati isteri nabi Lut dan isteri Nabi Nuh serta anaknya terletak di tangan ALLAH, hidayah itu milik ALLAH, firman ALLAH Ta'ala :

إنك لا تهدي من أحببتَ ولكن الله يهدي من يشاء

(sesungguhnya kamu tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kamu kasih, akan tetapi ALLAH lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya)

Hakikat para nabi ini telahpun melaksanakan tugasan mereka mendidik kaum mereka dan keluarga mereka, yang menyebabkan mereka menerima da'wah yang dibawa ialah ALLAH kerana ALLAH memilik hati manusia.
Rasulullah sendiripun merasai kepedihannya apabila Abu Thalib, bapa saudaranya yang sentiasa mempertahankan baginda, apabila kesudahan hidupnya tanpa beriman kepada ALLAH, mati musyrik. Firman ALLAH dalam Surah At-Taubah ayat 113 : (ayat pada paparan di permulaan article)
(Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka)
Meskipun pedih untuk menerima ketentuan ini, tetapi manusia mesti akur dan patuh, disebaliknya memang ada hikmah yang kita tidak tentu mengetahuinya. Nabi Nuh alaihissalam pernah bertanya ALLAH sebagaimana terdapat dalah surah Hud ayat 45.
(Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.)
Apa jawapan ALLAH, firman-Nya:
(Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.)
Inilah jawapan ALLAh yang menunjukkan bahawa semuanya dibawah ketentuan-Nya, meskipun orang yang mengeluh dan merayu itu nabi-Nya yang amat dikasihi-Nya. Hikmahnya berada dalam ilmu ALLAH, bila perlu barulah ALLAH maklumkan.
Kisah Luqman al-Hakim juga sama, menurut satu riwayat dalam Tafsir Ibnu Kasthir, bahawa anak Luqman tidak beriman kepada ALLAH Ta'ala, tetapi apabila melihat kepada kata-kata Luqman yang penuh dengan hikmah, seolah-olah kita tidak percaya begitu keadaan anaknya, inilah bukti bahawa hati itu milik ALLAH. Bagi manusia ialah doa dan harapan kepada ALLAH semata serta usaha mendidik, usaha memperjuangkan, usaha dan usaha, dan yang menjayakannya ataupun sebaliknya, adalah milih ALLAH sepenuhnya. Kita hanya disuruh berkata :
حسبنا الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
(Memadailah ALLAH, Dialah sebaik-baik tempat pergantungan dan penyerahan diri, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan kekuatan-Nya, Dialah Yang Maha Tinggi dan Maha Hebat)
Abu Nu'man Adib.

Rabu, Februari 25, 2009

Nasihat buat peringatan

Assalasmualaikum
Buat peringatan kali ini, kita bersama dengan kalam Saidina Abu Bakar As Siddiq, kata As Siddiq :
من دخلَ القبر بلا زادٍ فكأنما ركب البحر بلا سفينة
(Sesiapa yang masuk kubur tanpa persediaan, seumpama ia belayar di lautan tanpa kapal)
Peringatan tentang mati adalah satu-satu peringatan yang sepatutnya memberi kesan hebat kepada jiwa mukmin. Rasulullahpun pernah memberi peringatan kata sabda baginda :
اكثروا من ذكرٍ هاذمَ اللذات , الموت
(Banyakkan mengingati perkara yang memusnah kelazatan, iaitu mati)
Antara perkara yang menjadi penghalang kepada manusia mengingati mati ialah dunia, yakni cintakan mati. Baginda pernah memberi amaran kepada kita melalui hadisnya, sabda baginda dalam hadis baginda :
حُبُّ الدنيا وكراهيةُ الموت
(Cintakan dunia, bencikan mati)
Hadis ini sering dibaca oleh ustaz-ustaz kita di masjid-masjid dan surau-surau, kalimah yang ada kaitan dengan hal ini ialah "al Wahnu" sahabat bertanya apakah al wahnu itu, maka baginda menjelaskan dengan dengan dua perkara ini.
Maksudnya, ramai muslim yang mengabaikan persiapan diri kerana mengejar dunia. saidina Umar al Khattab pernah menyebut :
عز الدنيا بالما وعز الآخرة بصالحِ الأعمال
(Dimuliakan dunia dengan harta, dimuliakkan akhirat dengan amalan-amalan soleh)
Paling merisaukan kita di kalangan para ilmuan juga terkadang melupai kematian ini, dan ramai juga yang terpikat dengan dunia, sehingga ilmu yang dimiliki menjadi barang dagangan. Bila dijemput ceramah atau forum maka ada yang meletakkan nilaian yang tinggi, sekadar RM350pun masih tidak mencukupi.
Ada juga dikalangan muslim yang berniaga, mengejar keuntungan, siang dan malam, harta yang terkumpul amat banyak tetapi masih tidak mencukupi. Bagi memenuhi ruangan nafsunya, mereka mengabaikan tanggungjawab mereka seperti tanggungjawab mendidik anak-anak dan sebagainya. Muslim yang begini keadaannya adalah muslim yang lupakan mati yang saban hari menjadi peringatan bagi mereka-mereka yang berfikir serta menggunakan akal mereka. Mudah mudahan peringatan ini memberi guna kepada kita semua.
Abu Nu'man Adib

Isnin, Februari 09, 2009

SOLAT GERHANA BULAN


1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
2. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang paling baik / afdhal 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat, terdapat juga pandangan mengatakan bahawa afdhal dipanjangkan bacaan di setiap rakaat.
Hadis Nabi berkenaan cara solat Khusuf :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


(Sila rujuk Kitab Matla' al Badrain)

Isnin, Januari 19, 2009





Assalamualaikum, kepada semua rakan-rakan sila baca surah di bawah. Insya' ALLAH sama-sama kita tadabburnya dengan khusyuk dan tawadu':


{1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.




Surah ini adalah surah yang menjelaskan tentang cara-cara menyambut kemenangan. Bila kita membacanya dan tadabbur semua ayatnya dari ayat pertama hingga ke tiga, jelaslah bahawa Allah menyarankan kepada kita melakukan perkara-perkara berikut bila kita menerima kejayaan dan kemenangan iaitu :
1} Bertasbihlah sebanyak mungkin;
2} Bertaubatlah sebanyak mungkin.
Inilah dua perkara yang perlu dilakukan oleh sesiapa yang menang, terutama para duat (Pendakwah) yang menang dan berjaya dalam perjuangan mereka. SUJUD SYUKUR juga amat digalakkan untuk kita lakukan. Sujudlah pada ALLAH yang menganugerahkan kemenangan kepada kita. DIA yang menentukan kita menang. Kemenangan itu pula adalah kemenangan untuk memberikan suntikan semangat untuk terus menyambung perjuangan.
Ingatlah saudara-saudara sekelian, kemenangan itu kurniaan ALLAH, untuk menguji kita, firman ALLAh dalam surah al-Ankabut ayat 3 :
{Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.}
Biarlah kemenangan yang kita terima ini kita terimanya dengan penuh rasa khusyuk pada ALLAh azzwajalla. Biar kelihatan kelainannya menyambut kemenangan, sambutan penuh dengan ucapan zikir dan tahmid kepada ALLAh. Itulah sepatutnya. Mudah-mudahan kita semua bersaksai bahawa setiap kemenangan itu pasti akan datang, dengan syarat pejuang Islam sentiasa tawadu' kepada ALLAH.
Sekian sahaja untuk renungan bersama.




Ahad, Januari 18, 2009

KEMENANGAN SEBAGAI HADIAH KEGIGIHAN PERJUANGAN

Salam untuk semua......
Berjuang adalah kerja kita. Menang atau kalah persoalan kedua. Dalam hati memang nak menang, tapi tidak bermakna kalau kalah maka tak berjuang, maksudnya perjuangan itu adalah tuntutannya, bukan kemenangan itu yang asas utama. Menang memang kita mahu, tapi mesti jelas mana satu yang lebih berbentuk asas dan pokok.
Jangan lupa bahawa perjuangan ini ada orang yang memulainya. Orang-orang dulu, golongan lalu yang berhadapan dengan terlalu banyak kerenah dan kesukaran. Mereka berjuang bermati matian tanpa penat dan lelah. Mereka umpama orang yang menanam sepohon pokok, pokok itu berbuah ketika orang menanamnya telah tiada, tetapi dirasai dan dikecapi oleh orang yang datang kemudian.
Inilah yang perlu disedari oleh pejuang-pejuang muda sekarang ini, mereka bukan yang memulakan perjuangan tetapi meneruskannya perjuangan orang lama yang telah lama berjuang.
Hasilnya ialah kemenangan yang mula kelihatan sekarang ini. Terasa kemenangan ini adalah hasil dari perjuangn orang-orang tua kita dulu. Nama mereka masih lagi kedengaran di sebut-sebut.
Al Marhum Ustaz Fadhil Nur adalah antara saf pejuang Islam yang pergi meninggal terlalu banyak hasilan perjuangannya. Rasanya jasa al marhum memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun jua.
Orang-orang tua yang lain juga seperti Al Marhum Daud Samad, Menteri Besar terengganu masa PAs perintah Terengganu satu ketika dulu. Orang yang juga mati dalam perjuangan seperti "Samad Gol" yang mati kena tetap sewaktu keluar dari dewan Zulkifli di Kota Bharu, al marhum juga adalah salah seorang yang berjasa dalam perjuangan ini.
Tokoh-tokoh kita yang lain seperti Prof Zulkifli, sebelum beliau Dr. Burhanuddin al Helmey juga adalah saf pejuang Islam yang berjasa besar kepada perjuangan.
Semua pejuang yang menerima pesaka perjuangan mereka perlu ingat tentang jasa mereka ini, kita jangan lupa kepada usaha-usaha mereka.
Rebahnya BN dalam p/raya kecil p036 Kuala Terengganu merupakan petanda awal untuk penolakkan total rakyat kepada kerajaan yang ada sekarang. Memang sukar pihak kerajaan menerima kekalahan yang dikira terlalu pahit untuk ditelah.
Kemenangan ini adalah hasil daripada kejituan perjuangan, kematangan perjuangan serta kematangan kerja-kerja jama'i yang memang menjadi satu syarat utama kepada setiap perjuangan.
Pihak kerajaan mesti ingat bahawa Rasulullah pernah menyebut "kamu akan ditimpa dengan dua penyakit, iaitu al wahnu, maksudnya ialah sukakan dunia bencikan mati", harta dan kekayaan adalah perosak kepada perjuangan tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak pejuang-pejuang Islam. Kekayaan akan memakan dan menafikan perjuangan seseorang. Inilah pemusnah kepada kematangan perjuangan.
Pangkat juga adalah punca kekalahan dan kelemahan yang dilahirkan daripada kekayaan. Ini juga dikejar oleh manusia tidak kira siapapun. Semua pihak perlu beringat-ingat tentang penyakit ini yang menjadikan manusia hilang pertimbangan.
Perjuangan mesti diteruskan, agar Islam yang dibawa dapat didaulatkan di atas muka bumi. Sesiapa yang lupa kepada kerja membawa Islam ini akan tercicir dari amanah Islam ini, mereka akan mencari bentuk perjuangan yang lain, dan disinilah mulanya kejatuhan seseorang atau sesuatu kumpulan.
Kita harap agar perjuangan ini kekal dengan kemurniaanya, serta kejituannya juga mempunyai ciri-ciri pejuangan Islam yang sebenarnya.
Sekadar luahan dan keluhan sebentar.

Isnin, Januari 12, 2009

KELUHAN PALESTIN



Assalamualaikum
Apelah yang mahu dikatakan tentang kemelut di Palestin sekarang ini. Apakah daya upaya kita untuk menolong dan membantu dari kejauhan ini?
Setiap hari kita mendengar kematian, darah, syahid. Sekadar mendengar sahaja tidak lebih dari itu!
Mahu kita ucapkan "bersabarlah!", dah berapa lama mereka bersabar. Nak kita ucapkan terimakah qoda' qodar ALlah, mereka dah kering air mata.
Nak kita seru ALLAh agar menolong mereka, kita banyak dosa dan kesalahan.....apakah Allah akan mendengar doa kita dan rintihan kita yang banyak dosa ini. Dah tu...apa yang nak kita buat, selain mengadu pada ALLAH semata-mata. Adakah cara lain yang boleh kita buat ? jawapannya "tak ade!".
Kita tak serik untuk berdoa....ALlah pasti mendengar keluhan dan rintihan kita.....anak-anak yang terbujuk kaku itu, amat menyedihkan kita yang melihatnya. Hati mana yang tak pilu dan terharu dengan kematian mereka.
Rasa marah pada Zionis/yahudi dan jug amerikapun membuat-buak, tapi apakah mereka pedulikan kemarahan kita itu yang langsung tidak memberi kesan kepada setiap keputusan dan tindak tanduk mereka???? Seperti gigitan nyamuk sahaja lagaknya, tak rasa apa-apa.
Negara-negara arab yang banyak minyak tu.....rasa geram jugak dengan sikap mereka.....nak bincang pun tak ingin......Mesir tu satu hal, tutup sempadan....desakan amerikalah tu. Harta negara arab banyak, minyak banyak......satu senpun tak memberi guna kepada persaudara Islam.
keluhan kita nipun entah ade kesan ataupun tidak???????? Ya ALLAh berikalah kasihan belasMu kepada penduduka palestin....mereka tidak ada salah apa-apa YA ALLAH.

Rabu, Disember 31, 2008

RENUNGAN AYAT 27 SURAH FATHIR

AYAT 27 SURAH FATHIR
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Begitu jelas firman di atas, bagi memaklumkan setiap insan bahawa unsur air yang turun dari langit, sama sahaja isi kandungannya, rupanya juga sama tetapi mampu menumbuhkan berbagai jenis pokok dan tanam-tanaman.
Allah menumbuhkan pokok dan buah berdasarkan iklim dan cuaca setiap negeri dan negara. Anggur dan apel tumbuh di negeri berlainan, manakala langsat, duku tumbuh di negeri yang berlainan.
Allah jadikan sungai-sungai untuk menjadi simpanan air untuk manusia, pokok dan binatang. Manakala air laut yang masin itu tidak sesuai untuk diminum atau untuk disiram pokok-pokok. Hidupan laut seperti ikanpun juga berbeza berdasarkan masin dan tawau setiap air itu. Ikan berada di air tawar berbeza dengan ikan di air masin, begitu juga berbeza di air payau. SubhanALLAH, itulah keagungan pencipataan-Nya yang perlu dikaji dan diteliti manusia, agar jiwa kita menyedari serta insaf di atas setiap kesalahan yang kita lakukan.
Alam yang indah ini serba lengkap ini membekalkan makanan yang banyak kepada kita, agar manusia mampu mentadbir dunia ini. Inilah peringatan yang seharusnya wujud dalam jiwa kita masing-masing.
Abu Nu'man Adib.

Selasa, Disember 30, 2008

KEMATIAN ITU SUATU KEPASTIAN

Assalamualaikum
Buat rakan-rakan seperjuangan di Jengka, kepergian seorang pejuang Islam Che Awang adalah suatu kehilangan yang amat sukar dicari ganti. Sepanjang perjalanan ke Jengka dari Ampang, saya mengimbau kembali seluruh kisah-kisah dengan al marhum. Keelokan akhlak budinya, suka menolong orang dan berbagai-bagai lagi. Semua warga perjuangan di Jengka perlu mengingati jasa beliau sepanjang al marhum bersama kita. Anak-anaknya dan isterinya adalah amanah yang ditinggalkan untuk kita. Saya berharap agar, seluruh warga perjuangan jengka mengambil kira kesusahan yang bakal dihadapi oleh isteri al marhum. Anak-anak yang masih kecil, kalau tak silap yang paling kecil berusia 3 tahun.
Ingatlah betapa kuatnya semangat al marhum dalam mengharungi liku-liku perjuangan, beliau pernah memberikan sebahagian dari rumahnya untuk dijadikan markas bagi gerak kerja dakwah, sebelum markas sekarang. Pengorbanan itu sudah cukup menjadikan beliau salah seorang dari orang yang memberikan infaq kepada perjuangan Islam.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :
من جهزَ غَازياً في سبيلِ اللهِ فقد غَزا ومن خَلَفَ غازيا في أهلِه بخير فقد غزا
(Orang yang melengkapkan seorang pejuang fisabillah sama seperti berjuang, dan sesiapa yang membantu keluarga pejuang fisabillah dengan baik, sama seperti ia berjuang juga)
Saya juga merasakan betapa al marhum cukup mendapat didikan dari alim ulama di "Masjid Lama", Bandar Jengka. Banyak kali beli menyebut pada saya, dulu (masa muda dulu) banyak sangat maksiat yang saya buat, sekarang ini saya nak hapuskan semua maksiat itu dengan menjadikan rumahnya sebagai sebuah markas untuk kerja-kerja perjuangan fisabillah, tak perlu bayar apa-apa. Bukan senang nak beri separuh rumah ni kepada kerjaa-kerja perjuangan, dan kita tak jumpa ramai orang macam ni.
Seringkali al marhum menjadi "driver" saya bila ceramah ke tempah jauh, yang paling banyak kali beliau ikut saya ialah ketika ke Lepar Utara (dalam 100 km). Al Marhum juga pernah menjadi pengecat rumah saya yang saya beli di Jalan Obor, tanpa upah, tanpa sebarang pulangan.....kata al marhum "Allah bayar!!!!".
Sewaktu sampai di Jengka di hari kepergiannya, saya lihat pak sheikh Nazri, mi roti canai, dan beberapa orang lagi mengalirkan air mata...kerana kesedihan yang amat sangat dengan kepergiannya. Ini menandakan betapa rakan-rakan mengasihi al marhum, menyanyanginya...mudah-mudahan rasa ukhuwwah ini akan menjadikan bekalan beliau meneruskan perjalanan ke alam barzakh dengan tenang dan aman serta diberi rahmat yang berpanjangan.
inilah sekadar luahan kehilangan rakan dan juga saudara yang amat bermakna dalam kehidupan perjuangan sepanjang saya di Jengka dari Jun 1997 hingga Oktober 2003........
Semoga ALLAH menggolongkan beliau sebaris dengan pejuang-pejuang Islam yang sedang mengecapi ni'matnya.

Rabu, Disember 24, 2008

TAQWA ANAK KECIL

Assalamualaikum
Kepada semua rakan-rakan, kali ini saya ingin menceritakan kisah seorang budak kecil dengan seorang tua.
Seketika seorang budak kecil sedang menangis tersedu-sedu di tepi sebuah tasik. Datanglah seorang tua memujuknya sambil bertanya, "mengapa kau menangis". Budak kecil menjawab "Saya gerun dengan ayat yang berbunyi
ياأيها الذي آمنوا قوا أنفسكم
(wahai orang beriman peliharalah dirimu".
Kata orang tua itu "kamu pasti selamat dari api neraka!' Lantas budak kecil itu menjawab "tahukah pakcik bahawa apabila seseorang ingin menyalakan api, tidakkkah dinyalakan dulu ranting-ranting kecil!?, aku bimbang aku menjadi golongan pertama untuk dinyalakan api neraka!!!!. Kata orang tua itu "kamu lebih mengetahui dan lebih memahami dari ku", orang tua itu menangis. Inilah keinsafan yang benar-benar menyayatkan hati.....walLAHU 'alam.

Rabu, Disember 17, 2008

SEMUA MAKHLUK ALLAH BERTASBIH

Assalamualaikum
Kepada semua rakan-rakan yang selalu mencari ilmu menerusi blog dan laman web, hari ini saya berikan satu ayat yang dipetik dari surah Al-Isra' pada ayat 44, ayatnya berbunyi :
(Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Berkenaan dengan ayat ini, ada dinyatakan satu hadis dalam Tafsir Ibni Katshir sebagaimana berikut :
وَفِي حَدِيث أَبِي ذَرّ أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ فِي يَده حَصَيَات فَسَمِعَ لَهُنَّ تَسْبِيح كَحَنِينِ النَّحْل وَكَذَا فِي يَد أَبِي بَكْر وَعُمَر وَعُثْمَان رَضِيَ اللَّه عَنْهُمْ وَهُوَ حَدِيث مَشْهُور فِي الْمَسَانِيد
(Maksud : Dalam satu hadis riwayat Abu Zar, Rasulullah telah mengambil beberapa anak batu, baginda mendengar bunyi tasbih batu-batu tersebut seperti bunyi dengung lebah, begitulah terdapat hadis yang sama pada Abu Bakar, Umar dan Osman rodhiyALLAH 'anhum)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah pernah melarang membunuh katak, kerana kata baginda Sollahu 'alaihi wasallam, bunyi katak adalah tasbihnya kepada ALLAH, teks hadisnya seperti berikut :

وَفِي سُنَن النَّسَائِيّ عَنْ عَبْد اللَّه بْن عَمْرو قَالَ : نَهَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْل الضِّفْدَع وَقَالَ " نَقِيقهَا تَسْبِيح
Menerusi hadis yang lain, Rasulullah bersabda :

فَقَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَلَسَ " إِنَّ نُوحًا عَلَيْهِ السَّلَام لَمَّا حَضَرَتْهُ الْوَفَاة دَعَا اِبْنَيْهِ فَقَالَ إِنِّي قَاصّ عَلَيْكُمَا الْوَصِيَّة آمُركُمَا بِاثْنَتَيْنِ وَأَنْهَاكُمَا عَنْ اِثْنَتَيْنِ أَنْهَاكُمَا عَنْ الشِّرْك بِاَللَّهِ وَالْكِبْر وَآمُركُمَا بِلَا إِلَه إِلَّا اللَّه فَإِنَّ السَّمَاوَات وَالْأَرْض وَمَا فِيهِمَا لَوْ وُضِعَتْ فِي كِفَّة الْمِيزَان وَوُضِعَتْ لَا إِلَه إِلَّا اللَّه فِي الْكِفَّة الْأُخْرَى كَانَتْ أَرْجَح وَلَوْ أَنَّ السَّمَاوَات وَالْأَرْض كَانَتَا حَلْقَة فَوُضِعَتْ لَا إِلَه إِلَّا اللَّه عَلَيْهِمَا لَقَصَمَتْهُمَا أَوْ لَفَصَمَتْهُمَا وَآمُركُمَا بِسُبْحَان اللَّه وَبِحَمْدِهِ فَإِنَّهَا صَلَاة كُلّ شَيْء وَبِهَا يُرْزَق كُلّ شَيْء
(Maksud : Bahawa Nabi Nuh alaihissalam apabila hampir wafat, dipanggilnya anak-anaknya dan berwasiat, katanya Aku perintahkan dua dan melarang dua iaitu 'Syirik dan bongkak', dan aku perintahkan kamu dengan La ilaha ILLAH, demi langit dan bumi dan diantara kedua-duanya (turut bertasbih), seandainya diletakkan amalan manusia di satu neraca pada mizan ALlah, manakala yang sebelahnya diletakkan dengan La ialaha iLLAH maka berat lagi lailahailLAH, dan demi langit dan bumi seandainya diletakkan Lailaha ilLAH atas keduanya nescaya hancur berkecailah kedua-duanya, dan aku perintahkan kamu dengan 'SubhanaLLAH dan pujian terhadap-Nya, kerana ia adalah doa seluruh makhluk dan dengannya diberikan rezeki)
قَالَ قَتَادَة فِي قَوْله : " وَإِنْ مِنْ شَيْء إِلَّا يُسَبِّح بِحَمْدِهِ " قَالَ كُلّ شَيْء فِيهِ رُوح يُسَبِّح مِنْ شَجَر أَوْ شَيْء فِيهِ
(Kata Qotadah : semua perkara yang mempunyai ruh bertasbih, daripada pokok atau semua di dalamnya...)
Amat banyak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ulama-ulama mengenai ayat tasbih ini. Kitapun pernah dengar bahawa baginda sollahu 'alaihi wasallam pernah menyuruh Saidatina Fatimah mengucapkan "SubhanaLLAH 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali ketika ingin tidur, kerana ia memberikan rezeki. Inilah keagungan tasbih pada ALLAH. Mudah-mudahan kita sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir sentiasa. Agar hati kita yang selalu panas dan baran menjadi sejuk. Agar semua tindakan kita mempunyai bertunjangkan ikhlas kepada ALLAH azzawajalla. Punca-punca rezeki juga dilengkapkan oleh ALLAH dalam bertasbih ini. Lihatlah binatang-binatang yang sentiasa bertasbih dengan bahasa mereka sendiri diberikan rezeki oleh ALLAH melalui berbagai-bagai cara. Hebatnya ALLAh yang dipuja dan dipuji oleh seluruh makhluk. SubhanALLAH.

Isnin, Disember 01, 2008

Jangan Lupa Pada ALLAH

Dalam satu hadis baginda Sollahu 'alaihi wasallam menyebutkan :


إن الشيطانَ وَضَعَ خُرطُومَهُ على قلبِ ابنِ آدمَ فإذا ذكرَ الله خَنَّانَ وإذا نَسِيَ اللهِ اِلتَقَمَ قلبَهُ فَوَسْوَسَ

"Sesungguhnya syaitan itu melatakkan belalainya ke dalam hati anak Adam, apabila anak Adam itu mengingati ALLAH, syaitanpun bersembunyi, tetapi apabila anak Adam melupai ALLAH diragutnya hati anak Adam itu lalu digodanya semahunya".

Sekiranya manusia beriman kepada ALLAH meneliti kehidupannya maka memang banyak kali kelihatan perlanggaran terhadap larangan-larangan ALLAH , ini semua menyebabkan manusia berpotensi untuk terus menerus melanggari apa yang dilarang oleh ALLAH. Sesungguhnya Allah memberikan hidayahNya mengikut kehendakNya, termasuklah menjauhi maksiat dan mungkar, juga merupakan dari bimbingan ALLAH.
Al-Quran yang dibawa menerusi Rasulullah tercinta adalah hidayah ALLAH yang kekal di atas muka bumi, sesiapa yang menjuhi dan menghindarinya, maka jauhlah ia dari hidayah ALLAH.
Rasulullah juga pernah memberitahu bahawa Syaitan sentiasa melakukan perkara mengganggu manusia dengan semua cara, termasuk merasuk manusia, baginda mengajar kita untuk menjampi, dengan sabda baginda seperti berikut :

بسمِ الله أََرقِيكَ مِن كُلِّ شيءٍ يُؤْذِيْكَ ومن كُلِّ نَفْسٍ أَو عَينٍ حَاْسِدٍ الله يُشْفِيْكَ بسمِ الله أَرقِيْكَ

"Dengan nama ALLAH aku menjampimu dari terkena sesuatu yang menyakitimu dan dari terkena bahaya setiap diri atau mata orang yang hasad. Semoga ALLAH menyembuhkan sakitmu dengan menyebutkan nama ALLAH aku menjampimu".
Setiap umat Islam perlu menyedari bahawa kehadiran dua surah ataupun lebih dikenali dengan "dua qul" adalah satu hadiah dari ALLAH untuk melindungi manusia dari sebarang rasukkan syaitan.
Tercatat dalam kitab Bahrul Muhit bahawa sebab diturunkan 2 qul ini ialah semasa Rasulullah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-a'som. Yahudi ini telah mencuri sikat baginda, diletakkan celah-celah sikat tersebut kulit mayang kurma yang dirungkaikan menjadi 9 simpulan semuanya. Dengan sebab sihir ini Rasulullah hilang kesedaran, seolah-olah baginda terasa melakukan sesuatu tetapi sebenarnya baginda tidak melakukannya. Sempena dengan itu ALLAH mengutuskan 2 qul ini, setiap kali dibaca satu ayat terlerailah satu simpulan pada sikit itu, sehingga semua 9 ayat dibaca, maka terungkailah semua simpulan sihir itu.
Itu sejarah sihir yang terkena kepada diri Rasulullah tercinta, dan bagaimana mujarabnya 2 qul itu.
Semoga ALLAH menghidari kita dari hasutan Iblis dan tentera-tenteranya, mereka tidak mampu sekali-kali mengalahkan ALLAH.