Selasa, November 18, 2025
MENGISI PERJUANGAN
Rabu, Februari 05, 2025
PILIHAN BUKANNYA BERDASARKAN KEINGINAN TETAPI HARUSLAH BERDASARKAN KEPERLUAN
Kerapkali bila kita memilih, akan tetapi kita kurang ambil perhatian bagaimanakah kita memilih, sehinggakan kita terjebak di antara keinginan diri daripada keperluan diri. Berkemungkinan kemahiran memilih itu suatu yang tidak kita gunakan dengan betul, bukannya tidak pandai memilih, tetapi kita kurang ambil perhatian.
![]() |
Memilih sesuatu yang tepat mestilah berdasarkan ciri-cirinya, seperti di antara brake dengan signal, mana yang lebih membahayakan nyawa pemandu jika tidak diselenggara terlebih dahulu, jawapannya sudah tentu brake.
Dalam mendapatkan pedoman memilih sesuatu yang tepat dan betul, maka pedoman dari Allah sangat-sangat kita perlukan, di bawah ini ada hadis yang mempunyai kaitan dengan apa yang dibicarakan, sabda Rasulullah SAW :
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الدُّعَاءَ لِمُهِمِّاتِ أُمُورِنَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ، قَالَ: إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيدَةِ، ثُمَّ لِيَقُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي استخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَاسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي."
Sekadar perkongsian buat kita sama-sama berfikir lebih rasional serta logik dalam menentukan sesuatu yang kurang risikonya dan kurang masalah.
INTIPATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Semasa mendengar satu pengisian kuliah subuh, saya sempat terfokas dengan satu susunan bahasa ustz penceramah tentang antara tujuan besar dilakukan Israk & Mikraj, iaitu...
ALLAH RINDU DENGAN HAMBANYA YANG MULIA IAITU RASULULLAH SAW.. lalu dijemputnya baginda ke pangkuanNya.
Saya berpendapat, pandangan ustz penceramah ini sangat menyentuh jiwa dan merupakan suatu pandangan yang boleh dijadikan sebagai khulasah peristiwa Israk & Mikraj.
Sabtu, Februari 01, 2025
Jubb Al Hazn Lembah Paling Rendah Di Neraka
Rasulullah SAW bersabda:
وعن أبي هريرة - رضي الله عنه - . قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : " تعوذوا بالله من جب الحزن " . قالوا : يا رسول الله ! وما جب الحزن ؟ قال : " واد في جهنم تتعوذ منه جهنم كل يوم أربعمائة مرة " . قيل يا رسول الله ! ومن يدخلها ؟ قال : " القراء المراءون بأعمالهم " .
رواه الترمذي ، وكذا ابن ماجه ، وزاد فيه : " وإن من أبغض القراء إلى الله تعالى الذين يزورون الأمراء " قال المحاربي : يعني الجورة .
“Sesungguhnya di Neraka Jahanam ada sebuah lembah, di mana Jahanam itu sendiri setiap hari memohon perlindungan darinya (kepada Allah SWT) sebanyak 400 kali. Lembah tersebut dihuni oleh para qurra’ yang gemar mengunjungi para penguasa.”
Seandainya diumpamakan neraka jahanam ini sebuah samudera yang luas, maka Jubb Al Hazn ini adalah palung atau lembahnya. Jadi Jubb Al Hazn ini merupakan bagian yang paling rendah atau dalam dari neraka jahanam.
MIMPI RASULLLAH MELIHAT RUMAISAD, BUNYI LANGKAH BILAL & ISTANA UMAR AL KHATTAB
Begitu juga riwayat daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
رَأَيْتُنِي دَخَلْتُ الجَنَّةَ، فَإِذَا أَنَا بِالرُّمَيْصَاءِ، امْرَأَةِ أَبِي طَلْحَةَ، وَسَمِعْتُ خَشَفَةً، فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: هَذَا بِلاَلٌ، وَرَأَيْتُ قَصْرًا بِفِنَائِهِ جَارِيَةٌ، فَقُلْتُ: لِمَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: لِعُمَرَ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَهُ فَأَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَذَكَرْتُ غَيْرَتَكَ فَقَالَ عُمَرُ: بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعَلَيْكَ أَغَارُ.
Maksudnya:
“Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga. Aku terlihat al-Rumaisa’, isteri Abu Talhah (di dalam syurga). Aku mendengar bunyi tapak kaki maka aku bertanya: ‘Siapakah dia?’ Seseorang menjawab: ‘Dia Bilal.’ Kemudian aku melihat sebuah istana yang di halamannya terdapat seorang wanita. Aku bertanya: ‘(Istana) ini kepunyaan siapa?’ Seseorang menjawab: ‘Ia milik Umar.’ Aku ingin masuk untuk melihatnya, tetapi aku teringat akan kecemburuanmu wahai Umar (maka aku tidak masuk). Umar berkata: ‘Kutebus ayah dan ibuku demimu wahai Rasulullah SAW, adakah wajar aku mencemburuimu?’”Riwayat al-Bukhari (3679)
1. Ar Rumaisad
Rumaisad juga dikenali dengan Ummu Sulaim yang berkahwin dengan Abu Talhah dengan maskahwinnya ialah mengucap dua kalimah syahadah, semasa perkahwinannya, Abu Talhah telah memeluk Islam sebagai Masahwinya. Rumaisad mempunyai anak yang sangat patuh dan berkhidmat kepada Rasulullah iaitu Anas bin Malik. Anas berkhidmat dengan Rasulullah berbelas tahun.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "خَدَمْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ، فَمَا قَالَ لِي أُفٍّ قَطُّ، وَمَا سَأَلَنِي لِشَيْءٍ فَقُلتُ: لَا، وَمَا رَآَنِي إِلَّا ضَحِكَ."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini menggambarkan betapa Anas bin Malik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun. Tidak pernah ada kata kasar atau sikap buruk yang keluar dari Rasulullah terhadapnya, bahkan beliau selalu tersenyum dan memberikan perhatian yang baik. Perkhidmatan Anas menunjukkan dedikasi yang luar biasa dalam melayani Rasulullah dengan penuh kasih sayang.
2. Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah semua dikenali oleh sahabat-sahabat nabi pada zamannya, malah juga dikenali oleh orang zaman moden ini.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "رَأَيْتُ بِلَالًا فِي الجَنَّةِ، فَقُلتُ: يَا بِلَالُ! مَا أَذْهَبَ بِكَ؟ فَقَالَ: "رَأَيْتُ فِي مَنْامِي أَنِّي أَتَيْتُ بِهِ فَقَالَ: إِنَّ لِي فِي الجَنَّةِ حَتَّى رَأَيْتُهُ فِي الجَنَّةِ"
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengisahkan tentang pertemuan Umar bin Khattab dengan Bilal bin Rabah di surga dalam mimpi. Sebuah tanda penghargaan Allah terhadap pengorbanan dan ketulusan Bilal selama hidupnya di dunia, terutama dalam peranannya sebagai muazin pertama dalam Islam.
3. Saidina Umar Al Khattab
Manusia muliah serta sangat dikenali oleh semua umat Islam dari dulu hingga sekarang.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِ عُمَرَ وَقَلْبِهِ».
(Diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Hadis ini menunjukkan bahwa Umar bin Khattab adalah seorang sahabat yang sangat dihormati dan dipercayai oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda bahwa Allah menjadikan kebenaran selalu terungkap melalui ucapan dan hati Umar. Umar dikenal dengan ketegasan dan kebijaksanaannya dalam menjaga prinsip Islam.
Jumaat, Disember 29, 2023
TANAMAN SYURGA
An-Nur Ayat 36
فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
36. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,
Allah SWT berfirman dalam ayat tersebut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا، وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”[5]
An-Nur Ayat 41
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan
Surat An-Nur Ayat 37
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
37. laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang
Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata:
يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله.
Maksudnya: “Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas”. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?”. Jawab Nabi Ibrahim: “(Ucapan)
لا حول ولا قوة إلا بالله “.
(Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’abul Iman)”.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diangkat ke langit, Ibrahim berkata kepadaku, ya Muhammad sampaikanlah Salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka sesungguhnya Syurga itu tanahnya bagus, buminya subur, airnya jernih dan sesungguhnya ia adalah tanah datar yang luas dan tanamannya ialah Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar".
Riwayat Tirmidzi, status hadis - Hasan (baik)
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya menriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:-
“Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya.
Apabila mereka ditanyakan:-
‘Mengapa kamu berhenti bekerja?’
Mereka menjawab:-
‘Kami sedang menunggu bahan-bahannya.’”
Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
Ibn Rajab al-Hambali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya.
Malaikat itu berkata:-
“Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama ‘Villa Kebahagiaan’ (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempurna dibina.”
Tujuh hari kemudian, orang yang soleh itu meninggal dunia.
Zikir Dan Pohon Syurga
Hadith ini dan beberapa hadith yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.
At-Tirmidzi dan an-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ’, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.”
Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang membaca
‘سُبْحَانَ اللّهِ
، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’
akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.”
Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu.
Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabi'in di Makkah:-
“Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.”
Tokoh tabi'in yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabahberkata:-
“Majlis zikir ialah majlis halal dan haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.”
Wangian Daripada Pelbagai Minyak Wangi
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:-
“Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.”
Benar ucapan beliau.
Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Ia tidak memerlukan pembiayaan yang banyak. Dengan hanya mengucap tasbih dan tahlil. Kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abadi.
Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya.
Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap masa.
Salah seorang tokoh tabi'in yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan.
Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.
Said bin Zaid berkata:-
Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.”
Malik bin Dinar berkata:-
“Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakka
nnya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari
Sabtu, Mei 13, 2023
3 Kejayaan Dalam Quran
Terdapat perbezaan ketara di antara 3 KEMENANGAN yang terdapat Dalam Al Quran
ما الفرق بين أنواع الفوز يوم القيامة ؟
١- الفوز المبين .
٢- الفوز الكبير .
٣- الفوز العظيم .
١- *الفوز المبين* : هو مجرد النجاة من النار .
قال تعالى :
(*قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ .مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ*)
Apakah perbezaan antara jenis kemenangan pada hari kiamat?
1- Kemenangan yang jelas.
2- Kemenangan besar.
3- Kemenangan yang hebat.
1- * Kemenangan YG JELAS *: Ia hanyalah keselamatan dari api Neraka.
Allah berfirman:
إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
(*Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhanku, akan ditimpa azab hari yang besar. yen*)
يونس ١٥
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
2. KEMENANGAN BESAR
٢- *الفوز الكبير* : هو مجرد دخولك الجنة .
قال تعالى :
(*إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ*) البروج ١١
Kemenangan besar*: baru masuk syurga.
Allah berfirman:
(*Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Itulah kemenangan yang besar*)
٣- *الفوز العظيم* : هو الفوز برضوان الله سبحانه وتعالى .
قال تعالى :
*(وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي* *مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ* *طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ*)
التوبة ٧٢
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
3- * Kemenangan HEBAT *: Ia adalah memenangi keredhaan Tuhan Yang Maha Esa.
Allah berfirman:
*(Allah telah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan dengan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan tempat kediaman yang baik di dalam syurga itu keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang besar*)
أسأل الله الفوز العظيم لي ولكم ولوالدينا وذرياتنا وجميع المسلمين و المسلمات الأحياء منهم والأموات .
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
Saya memohon kepada Tuhan kemenangan yang besar untuk anda, saya, ibu bapa kami, keturunan kami, dan semua orang Islam, lelaki dan wanita, hidup dan mati.
Ya Allah Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan maka ampunilah kami🌹🌹🌹🌹🌹
Sabtu, Disember 11, 2021
Kisah Pelakon Filem Ar Risalah - Bilal
علي أحمد سالم
Jika anda pernah menonton filem Ar-Risalah tahun 1976 tentu anda kenal watak ini. Beliau yang membawa watak Saidina Bilal.
Pakcik Ali berasal dari Libya, beliau seorang yang cukup merendah diri dan sentiasa berbahasa Arab fushah.
Selepas melakonkan watak Bilal, beliau mendapat pelawaan untuk membawa watak lakonan hebat lain. Tapi semuanya di tolak kerana beliau mengatakan tidak ada watak yang boleh menandingi watak sahabat besar Nabi
صلى الله عليه وسلم
iaitu Saidina Bilal.
Malah seorang pengarah filem dari Perancis pernah cuba memberikan watak sebuah filem kepada beliau, tawaran itu tetap di tolak.
Filem Ar-Risalah di taja oleh beberapa negara, antaranya Libya dan Kuwait.
Pada peringkat awal, nama filem itu di beri judul Muhammad Rasulullah. Namun di tentang hebat oleh warga Amerika hingga beberapa pawagam di bakar dan premis filem turut di serang. Akhirnya ia di tukar kepada Ar-Risalah dan ia mula di tayang di negara Uncle Sam itu.
Filem itu juga mendapat tentangan hebat dari beberapa negara dan ulamak Islam kerana mereka menentang watak sahabat Nabi
صلى الله عليه وسلم
di filemkan walau pun telah mendapat persetujuan daripada Al-Azhar.
Hari ini negara Islam yang menentang filem tersebut telah pun memmbenarkan penayangannya kepada umum.
Mengikut cerita pakcik Ali, pemegang watak Saidina Wahsy yang membunuh Saidina Hamzah beliau bukanlah seorang pelakon. Tapi hanya pekerja syarikat tenaga eletrik Libya.
Pengarah Ar-Risalah, Mustafa el-Aqqad berkeras mahu mengambil pemegang watak Saidina Wahsy itu berlakon kerana mahu pemegang watak itu kekal sebagai seorang yang seolahnya tidak ada apa-apa perasaan waktu melontarkan tombak ke arah Saidina Hamzah.
Pakcik Ali bercerita lagi, ibu kepada pemegang watak Saidina Wahsy pernah menghalau anaknya keluar dari rumah kerana marah anaknya memegang watak itu hingga ketua-ketua kabilah terpaksa datang memujuk dan menerangkan bahawa itu hanya lakonan filem. Dan anaknya tidaklah sejahat seperti "pelakon itu".
Pakcik Ali mengakhiri ucapan jika ada lagi pelawaan lakonan filem dengan berkata
رُبّ خيرٍ لم تنلْهُ كان شراً لو أتاكَ
bahawa beliau tidak sekali-kali akan berlakon lagi selepas watak Saidina Bilal
Khamis, Oktober 21, 2021
KISAH DI SEBALIK KALUNG BERWARNA MERAH
Ia berkata: ‘ambillah dinar-dinar ini’. Namun aku menolaknya.
Kemudian aku berangkat menuju Syâm. Aku singgah di al-Quds (Palestina) untuk menuju Baghdâd. (Dalam perjalanan), aku bernaung di sebuah masjid di kota Halab (Aleppo, Syria) dalam keadaan dingin dan lapar. Para jama’ah masjid tersebut menghampiriku, maka aku pun mengimami shalat mereka. Makanan, lantas mereka suguhkan untukku.
Saat itu, Ramadhân baru menghampiri. Mereka berkata padaku:
‘Imam kami telah wafat, mohon kiranya engkau bisa mengimami shalat bersama kami bulan ini’. Aku mengiyakan permintaan mereka.
Kembali mereka berkata padaku: ‘Imam kami punya seorang putri’. Aku pun dinikahkan dengannya. Setahun lamanya aku tinggal bersamanya, dan aku memberinya seorang putra. Saat menjalani masa nifas, ia ditimpa oleh sakit.
Suatu hari aku melihat istriku. Di lehernya ada seuntai kalung—yang dulu pernah aku temukan dan aku kembalikan pada pemiliknya, seorang Syaikh yang tua lagi buta—masih dengan benangnya yang berwarna merah.
Aku lantas bertutur pada istriku: ‘Pada kalung ini, ada sebuah kisah’. Kemudian aku menceritakan padanya kejadianku bersama Syaikh kala itu.
Iapun menangis, seraya berkata: ‘Engkau…, engkaulah orangnya, demi Allâh. Dulu ayahku pernah menangis, dalam munajatnya ia berkata: ‘Yâ Allâh…!! Karuniakanlah putriku seorang suami semisal laki-laki yang telah mengembalikan kalung ini padaku’. Sungguh Allâh telah mengabulkan do’anya”. Istriku lantas wafat menyambut ajalnya.
Kisah ini yang indah lagi ajaib ini termaktub dalam Mirâtu az-Zamân hal. 8/52-53. Saya menukilnya dari Siyar A’lâmin Nubalâ’: 14/332-333 (cet. Dârulhadïts-Kairo, 1427-H), karya Imam adz-Dzahabi rahimahullâh (wafat: 748-H)
Sabtu, Jun 05, 2021
Kelebihan Surah Al Mulk
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890
Selasa, Januari 05, 2021
Sai'd Bin Musayyap Tolak Pinangan Anak Raja Kerana Bimbang Puterinya Tergoda Dgn Dunia
Suatu hari, Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan tiba-tiba terbangun dari tidur siangnya dan tergesa. Ia segera memanggil penjaga, “Wahai Maisarah.
Penjaga sultan yang tegap dan gagah pun segera datang, “Ada apa Amirul mukminin?” tanyanya.
“Pergilah ke Masjid Nabawi dan undanglah kemari salah seorang ulama di sana untuk memberikan peringatan di istana,” pinta Ibn Marwan.
Maisarah pun segera ke masjid. Namun di sana hanya ada seorang syekh yang usianya telah sepuh. Namun auranya penuh wibawa dan karismatik. Orang-orang menghormatinya karena ilmunya yang tinggi.
Melihatnya, Maisarah pun mendekat majelis sang syekh. Ia menunjukkan jarinya memberikan tanda kepada syekh. Namun Syekh tak menghiraukannya. Karena tak dipedulikan, Maisarah akhirnya menghampiri sang syekh. “Tidakkah Anda melihat saya menunjuk kepada Anda?” ujarnya.
Sang syekh pun menjawab, “Anda menunjuk saya?”
Maisarah berkata, “Ya”
Syekh pun kembali bertanya, “Apa keperluan Anda?”
Maisarah menjawab, “Amirul mukminin memintaku untuk pergi ke Masjid Nabawi dan membawa seorang ulama untuk mengajarkan hadis untuknya.”
Syekh itu menjawab ringan, “Bukan saya orang yang beliau maksud.”
“Tapi amirul mukminin menginginkan seorang ulama untuk berbincang dengannya,” kata Maisarah.
Namun syekh hanya menjawab, “Barangsiapa yang menghendaki sesuatu, maka seharusnya dialah yang datang. Masjid ini memiliki ruangan yang luas. Jika beliau iingin, datanglah. Selain itu, hadts lebih layak untuk didatangi, namun beliau enggan mendatanginya,” kata syekh.
Maisarah pun kembali ke istana tanpa membawa seorang ulama. Ia menemui amirull mukminin dan mengisahkan pertemuannya dengan seorang syaikh sepuh tadi. Mendengar kisah Maisarah, Ibn Marwan pun menebak, “Pasti dia adalah Syekh Sa’id bin Musayyab,” tebakan sutan benar. Amirul mukminin pun meninggalkan tempatnya dan kembali ke kamar.
Ketika sang sultan telah masuk, anak-anaknya pun saling membicarakan kisah Maisarah yang mereka pun mendengarnya. Putra bungsu sultan pun geram. “Siapakah orang yang berani menentang Amirul Mukminin dan menolaknya. Padahal dunia tunduk padanya, raja-raja Romawi pun gentar karena wibawanya?” ujar si bungsu heran.
Kakaknya pun menimpali, “Dia adalah syekh yang putrinya pernah dipinang oleh ayah untuk saudara kita, Al Walid. Namun syekh menolak pinangan itu,” ujarnya.
Si bungsu makin terheran-heran. “Benarkah itu? Dia menolak menikahkan putrinya dengan putra mahkota?” ujarnya.
Nmaun sang kakak tak tahu bagaimana peristiwa penolakan itu terjadi. Lalu seorang pengasuh putra sultan pun berkata bahwa ia mengetahui kisah itu. “Sekiranya diizinkan, saya akan menceritakan seluruh kisah itu,” ujarnya. Ia pun kemudian mengisahkannya kepada kedua putra sultan.
“Gadis putri sang syekh telah menikah dengan seorang pemuda di kampung saya bernama Abu Wada’ah. Kebetulan dia adalah tetangga dekat saya. Pernikahannya menjadi suatu kisah yang sangat romantis seperti yang diceritakan Abu Wada’ah sendiri kepada saya,” ujar sang pengasuh.
Abu Wa’dah merupakan salah seorang murid Syekh Sa’id bin Musayyab. Ia tak pernah absen di setiap majelis beliau. Hingga suatu hari, ia tak menghadiri majelis selama beberapa hari. Tak ada kabar datang darinya.
Lalu ketika Abu Wa’dah telah mendatangi majelis, ia segera mendapat sapaan dari syekh. “Kemana saja kau wahai Abu Wada’ah?” tanya syaikh.
“Saya sibuk mengurus jenazah istri saya yang meninggal,” jawabnya.
Syekh pun berkata, “Jika kau memberi kabar, pastilah aku akan takziyah dan membantu kesulitamu,” kata syaikh.
Abu Wada’ah pun merasa berterima kasih atas kebaikan syaikh. Saat majelis telah usai, syaikh kembali menyapanya. Ia meminta Abu Wada’ah duduk sejenak untuk berbincang.
“Apa kau tak berfikir untuk menikah lagi?” tanya syaikh.
Mendengarnya tentu Abu Wada’ah terkejut. ‘Semoga Allah merahmati Anda wahai syaikh. Siapa yang mau menikahkan putrinya dengan saya sementara saya ini hanyalah pemuda yatim dan hidup dalam kondisi fakir. Aku hanya memiliki harta dua atau tiga dirham,” ujarnya.
Namun jawaban syaikh sangat mengejutkan, “Aku akan menikahkanmu dengan putriku,” ujarnya.
Abu Wada’ah tentu saja heran bukan kepalang. Ia sangat kaget mendengarnya. “Anda wahai syaikh? Anda berkenan menikahkan putri anda denga saya sementara anda tahu betul kondisi saya?” tanyanya tak percaya.
Namun syekh menjawab santai, “Ya benar. Jika ada seorang datang dan saya menyukai agama dan akhlaknya, maka saya akan menikahkan putri saya dengannya. Dan kau adalah orangyang saya sukai agama dan akhlaknya,’ jawab syekh.
Putri syekh pun kemudian menikah dengan Abu Wada’ah. Dalam membangun rumah tangga, syaikh selalu siap membantu rumah tangga putri dan murid kesayangannya.
Mendengar kisah Abu Wada’ah itu, para putra sultan pun terkejut. “Orang itu sungguh mengherankan,” ujar si bungsu, tak habis pikir dengan sikap syekh Sa’id.
Namun si pengasuh yang bercerita menimpali, “Apa yang mengherankan wahai tuan? Syekh memang manusia yang menjadikan dunia hanya sebagai kendaraan dan perbekalan untuk akhirat. Demi Allah, bukan karena beliau tak suka putra Amirul Mukminin. Hanya saja, syekh memandang A Walid tak sebandign dengan putrinya. Syekh hanya khawatir putrinya akan tergoda dengan fitnah dunia,” ujarnya.
Si pengasuh pun melanjutan kisahnya, bahwa syekh pernah ditanya mengapa menolak pinangan amirul mukminin dan justru memilih menikahkan putri dengan seorang awam yang miskin.
Dengan mantap syekh menjawab, “Putriku adalah amanat di leherku, maka kupilihkan apa yang sesuai untuk kebaikan dan keselamatan dirinya. Bagaimana pendapat kalian jika ia pindah ke istana Bani Umayyah lalu bergelimang harta? Bagaimana keteguhan agamanya nanti?” jawab Syekh
Rabu, November 04, 2020
Penyakit Yang Tidak Kelihatan
Penyakit Yang Tidak Terlihat.. Ia membunuh kerehatan menghalang kebahagiaan..Ada 4 tanda..berwaspadalah.. Sheikh Dr. Muhammad Ratib an-Nabulsi mengatakan bahawa terdapat penyakit senyap tidak terlihat tergolong di antara penyakit sangat berbahaya.
Anda tidak perasan akan tanda-tandanya..anda tidak merasakan apa-apa mengenainya.. Namun apabila ia menguasai diri anda maka ia pasti akan mengakibatkan kemudaratan yang amat dahsyat. Penyakit berbahaya yang dimaksudkan ialah 'Merasakan nikmat yang diperoleh hanya satu kebiasaan sekadar lumrah semata-mata '.
Penyakit ini ada 4 situasi untuk dinilai setiap diri kita sama ada ia ada pada diri kita atau pun tidak..
Situasi 1 - Nikmat
Anda merasa biasa sahaja akan segala nikmat dari Allah ke atas diri anda..seolah-olah ia bukan dari Allah..anda seakan hilang deria dan rasa bahawa nikmat itu datang dariNya...seolah-olah semua nikmat itu merupakan hak anda dan terhasil dari usaha dan upaya diri anda semata-mata.
Situasi 2 - Ahli Keluarga Dalam Keadaan Baik
Anda biasa pulang ke rumah dan ahli keluarga anda..anda dapati mereka semua dalam keadaan baik..dalam situasi yang elok..anda tidak pun memanjatkan puji dan syukur kepada Allah atas segala perkara ini..
Situasi 3 - Selesa Membeli Belah
Anda pergi membeli belah di pasar juga kedai..anda memasukkan segala keperluan dan barangan anda ke dalam troli..anda melangsaikan bayarannya..lalu anda melangkah pulang ke rumah..tanpa anda memuji dan mensyukuri kepada yang memberikan semua itu kepada anda..lantaran segala hal ini telah menjadi kebiasaan dan menjadi satu hak kepada anda di dalam kehidupan..
Situasi 4 - Bangun Tidur Tanpa Ada Masalah
Anda bangkit daripada tidur saban hari..dalam keadaan aman tenteram..kesihatan yang baik..tanpa anda mengadu sebarang rasa sakit..tapi anda tidak pun memuji dan mensyukuri kepada Allah..
Awaslah..anda sebenarnya di jurang kebahayaan yang jelas nyata.. - apabila anda merasakan nikmat itu terbiasa..anda makan sedangkan di luar sana masih ramai terlantar kelaparan..atau ada yang punya makanan tapi tidak boleh memakannya..maka oleh itu pujilah Allah dan bersyukurlah sebanyaknya.
Anda memasuki rumah sedangkan Allah ingin menganugerahkan nikmat ke atas diri anda dengan menutup aib anda dan menganugerahkan kasih dan sayang dengan kehadiran bonda ayahanda, pasangan hidup juga anak-anak..dengan kesihatan yang baik dan keadaan hidup yang selesa bahagia..maka puji dan syukurilah sebanyaknya kepada Allah.
Jangan jadikan hidup anda membuatkan anda menyangka bahawa nikmat itu satu perkara lumrah bahkan hendaklah anda membiasakan dalam hidup anda memuji dan mensyukuri nikmat Allah..Tuhan Yang Maha Agung.. Tiada Yang Baru? Jika sekiranya ditanya pada diri anda akan keadaan diri anda jangan sekali-kali mengatakan biasa saja..tiada apa yang baru..
Sebenarnya anda berada di dalam nikmat yang sangat banyak tidak mampu anda menghitungnya pun.. Sesungguhnya Allah sentiasa memperbaharui nikmatNya ke atas diri anda pada hari ini dan pada setiap hari..maka wajiblah anda memuji Allah dan bersyukur padaNya..kerana orang lain berkemungkinan diharamkan segala nikmat yang anda miliki pada saat dan tika ini..
Maka perhatikan betapa ramai manusia dulunya aman sentosa namun sekarang ketakutan.. * betapa ramai manusia dulunya sihat namun sekarang kesakitan.. * betapa ramai manusia dulunya bekerja namun sekarang menganggur.. * betapa ramai manusia dulunya kuat namun sekarang menjadi lemah tidak berdaya.. Sedangkan anda sentiasa diperbaharui nikmat ke atas diri anda...
-Sheikh Dr.Muhammad Ratib an-Nabulsi
Isnin, Oktober 26, 2020
41 PERKARA YG KHUSUS EKSKLUSIF BAGI NABI MUHAMMAD SAW
أبواب الشمول في أربعين خصائص الرسول لسلمان الجاوي
Pintu2 syumul (merangkumi) pada 40 perkara yg eksklusif bagi Nabi saw oleh pu salman Sempena kedatangan Rabiul Anwar dan sempena 40 tahun hijrah umur yg Allahberikan pada al-faqir. Lahir pada pkl 2.30pm 4 rabiul awwal tahun 1402 hijrah. malam ni 4 rabiul awwal 1442h.
1. wajib korban.
2. wajib witir .
3. wajib 2 rakaat duha.
Utk 3 perkara diatas hadis : ثلاث هن علي فرائض ولكم تطوع النحر والوتر وركعتا الضحى “
tiga perkara wajib bagi ku dan sunat utk kamu semua: korban, solat witir dan 2 rakaat duha. “ Hr Ahmad 4. wajib tahajjud.
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا (79) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.al-Israa
5. wajib siwak. ثلاث هن علي فرائض وهن لكم سنة (منها) السواك “
tiga perkara wajib bagi ku dan sunat utk kamu semua (antaranya) siwak.” Hr al-Baihaqi 6. haram zakat. إن الصدقة لا تحل لنا
Sesungguhnya zakat tidak halal bg kami. Hr ahmad.
7. haram makan bawang. Ini pendapat Mawardi berdasarkan hadis Nabi saw enggan memakannya.
8. haram duduk bersandar. Ini pendapat ibnul Qas berdasarkan Hadis:
“Aku tidak makan bersandar.” Hr Baihaqi
9. haram tanggal pakaian perang bila dah pakai hingga berperang. Nabi saw bersabda: “ tidak patut bagi Nabi bila sudah pakai pakaian perang dan diizinkan perang utk balik sehinggalah selesai perang.” Hr Baihaqi
10. haram meneruskan perkahwinan dgn wanita yg tidak suka baginda. Bila Nabi saw menikahi anak wanita Jun , wanita itu berkata “ Aku berlindung kpd tuhan dari mu.” Nabi saw bersabda : الحقي بأهلك
“Pergi ke rumah orang tua mu (cerai).” Hr Bukhari
11. harus puasa wisal (puasa siang sambung ke malam). Haram bagi Umatnya. Sahabat berkata “kenapa engkau boleh puasa wisal” Nabi saw menjawab: إني لست مثلكم Sesungguhnya aku tidak seperti kamu . Hr Bukhari Muslim
12. harus pilih dari harta ghanimah. Ia dipanggil safaya , antaranya ialah safiah bin huyayy yg dipilih oleh Nabi saw.
13. harus masuk Mekkah tanpa ihram. Nabi saw masuk ke Makkah tanpa ihram dgn serban hitam.(hr Muslim)
14. harus bunuh di tanah haram. Seperti Nabi saw membunuh ibnu Khatal yg telah menghina Nabi saw. 15. hartanya tidak diwarisi. Nabi saw bersabda : لا نورث ما تركناه صدقة “
Kami tidak mewarisi harta, apa yg tinggal adalah sedekah.” Hr Bukhari
16. harus menghukum dlm perbicaraan dgn ilmunya (tanpa saksi dan pengakuan) seperti Nabi saw memberi izin hindun mengambil harta suaminya abu sufian tanpa memanggilnya.
17. harus ambik makanan dan minuman yg diperlukan tanpa izin tuannya. Firman Allah swt: النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ Nabi itu lebih utama dari orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; 6 : al-Ahzab.
18.wajib ummatnya mengasihiNya dgn kasih yg tinggi. Nabi saw bersabda: “ Tidak beriman seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari keluarganya hartanya ayahnya anaknya dan seluruh manusia.” Bukhari Muslim
19. boleh solat selepas bangun tidur (khilaf). kerana Hadis Nabi “Mataku tidur tetapi tidak hatiku.” Hr Bukhari
20. menyentuh bukan mahram tidak batal wuduk , kerana Nabi saw menyentuh aisyah Ketika solat malam. Ini pendapat Imam Nawawi dlm kitab Majmuk.
21. boleh masuk masjid dlm keadaan berjunub. Ini pendapat ibnu Qass dlm kitab talkhis berdasarkan hadis Ali yg diperdebatkan sanadnya.
22. kahwin lebih dari 4. Nabi saw wafat meninggalkan 9 isteri.
23. kahwin dgn lafaz hibah. Ini pendapat Imam Ghazali berdasarkan ayat 50 : al-Ahzab
24. boleh nikah waktu ihram (khilaf). Berdasarkan Hadis Nabi saw bernikah dgn Maimunah Ketika sedang berihram (hr Bukhari).
25. boleh berkahwin dgn dikahwinkan oleh Allah. Berdasarkan ayat 37 : al-Ahzab : …Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya…
26. boleh melihat belakang seperti melihat depan. فإني أراكم من أمامي ومن خلفي
Sesungguhnya aku melihat kamu dari depan dan dari belakang. Hr Muslim
27. balu2nya tidak boleh dinikahi. Firman Allah : وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
Dan isteri2 Rasul adalah ibu2 mereka. (6 : al-Ahzab)
28. penyudah segala Nabi. Firman Allah : …tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi… (40 : al-Ahzab)
29. ummatnya sebaik2 ummat. نحن آخرها وخيرها Kami umat akhir zaman tetapi yg terbaik. Hr Tirmizi
30. wajib menyahut panggilan Nabi saw walaupun dalam solat berdasarkan Nabi saw menegur Abi Said bin Mua’lla yg tidak menyahut seruan Nabi Ketika beliau solat.
31. haram menggunakan gelaran kunyahnya iaitu Abu Qasim (Hr Bukhari Muslim) . Imam Nawawi mentarjikh ianya khas masa hayat Nabi saw sahaja
. 32. musuhnya takut padanya sebelum sampai sebulan.
33. risalahnya utk semua (semua manusia dan jin).
34. bumi ini semuanya tempat solat.
35. tanah ini bahan bersuci (tayammum).
36. halal harta rampasan perang utknya. Kelima perkara diatas terkandung dlm hadis Nabi saw: أعطيت خمسا ، لم يعطهن أحد من الأنبياء قبلي : نصرت بالرعب مسيرة شهر ، وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا ، فأيما رجل من أمتي أدركته الصلاة فليصل ، وأحلت لي المغانم ، ولم تحل لأحد قبلي ، وأعطيت الشفاعة وكان النبي يبعث إلى قومه خاصة ، وبعثت إلى الناس خاصة “Aku diberi lima (keistimewaan) yang tidak diberikan kepada seorang nabi pun sebelum:
1. Aku ditolong dengan rasa takut (yang diharamkan Allah di hati para musuh) sejauh perjalanan sebulan,
2. Bumi dijadikan masjid dan suci untukku, maka dimana pun seseorang di antara umatku yang menjumpai (waktu) shalat, maka shalatlah,
3. Harta rampasan perang dihalalkan untukku dan tidak dihalalkan untuk seorang pun sebelumnya,
4. aku diberi syafaat,
5. Dan Setiap nabi diutus khusus kepada kaumnya, sedangkan aku diutus untu seluruh manusia.” Hr Bukhari Muslim
37. sof ummatnya seperti sof para malaikat. Hadis : Kami diberi kelebihan 3 perkara (antaranya) Dijadikan saf2 solat kami seperti sof2 para malaikat. Hr Muslim
38. empunya syafaat uzma pada hari kiamat. Syafaat mempercepatkan hisab pada hari kiamat di saat Nabi2 lain tidak sanggup meminta pada tuhan utk mempercepatkan hisab. (Hr Bukhari Muslim)
39. penghulu anak adam. Nabi saw bersabda : “ Akulah penghulu anak adam pada hari kiamat.” Hr Muslim
40. Paling ramai Ummat. Hadis :
أنا أكثر تبعا يوم القيامة “
Aku orang yg paling banyak pengikut hari kiamat.” HR Muslim. 41. Manusia pertama masuk syuga. Hadis :
أنا أول من يقرع باب الجنة
Akulah orang yg pertama mengetuk pintu syurga . Hr Muslim PERHATIAN: 1. INSYAALLAH AKAN DIDISKUSIKAN RISALAH INI PADA HARI KELAHIRAN NABI SAW JAM 10 PAGI KHAMIS 29 OKTOBER VIA ZOOM. HUBUNGI 2. RISALAH INI AKAN DIHURAIKAN LEBIH PANJANG DAN DIBUKUKAN INSYAALLAH. INI HANYALAH RANGKA BAGI BUKU ITU. Assalamualaikum KELAS ONLINE (zoom) BERKITAB Kelas adalah seperti berikut: 1. Umdatus Salik (fekah mazhab Syafie) dan matan waraqat (usul fekah) 9.15pm SELASA 2. Riyadus solihin (hadis bersanad) Dan matan Baiquniah (ulum hadis) 9.15pm RABU 3. Jauharah tauhid (ilmu tauhid) dan tafsir ayat hukum 9.15pm KHAMIS 4. Matan Ajurrumiah (nahu bersanad ) Matan Izzi (sorof) 9.15pm AHAD . peserta yg berdaftar dikalangan public figure seperti Pelakon ashraf muslim, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah IMAM MUDA Asyraf dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour agamawan seperti pu hafiz , dai fuad , us halim din , dai wan , pu yop , ahli akademi seperti dato Awang Sariyan Kembara Bahasa, Dr Azli Masrop, Dr Syarbaini Ahmad dll dan juga pelbagai profesyen sperti engineer , pharmachist dan lain2. Kelas dirakam utk kemudahan yg terlepas. Ada juga nota dan ulangkaji. Sila wasap wa.me/60133533248
Khamis, Ogos 27, 2020
An Nawawi Dengan Ayat 49 - 50 Al Hijr
Al-Imam an-Nawawi suatu ketika sedang memberi kuliah kepada para anak muridnya..dan tiba pada ayat al-Quran surah al-Hijr ayat 49-50
۞ نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
49. Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ
50. dan bahwa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.
Tak semena2 maka menangislah Imam Nawawi teresak2...lalu anak2 muridnya bertanya:"..apakah yang membuat tuan Imam menangis..?" Jawab Imam Nawawi:"..apakah kamu tidak memerhatikan bahawa rahmat dan keampunan Allah itu Allah nisbahkan kepada diriNya sendiri..maka Allah berkata bahawa "(..Akulah tuhan maha pengampun dan maha pengasih).. sedangkan Allah tidak pernah menisbahkan diriNya dengan azab siksa..sebagaimana Dia berfirman"( bahawa sesungguhnya azab siksaKu maha menyakitkan)"dan tidak menyifatkan bahawa Akulah Tuhan Yang Maha Menyiksakan..bahkan Allah menjadikan azab siksa itu sebagai milikNya sahaja.. ..lalu aku teringatkan kata-kata Abdullah bin Abbas yang menyebut bahawa Allah menurunkan segala rahmatNya pada hari Qiamat sehinggakan Iblis sendiri menyangka bahawa Allah akan memberi keampunan kepadanya.." Wahai Allah kami memohon rahmatMu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengasihi kami dengan kasih sayangMu yang mana kami cukup dengannya daripada sesuatu yang lain selain daripada kasih sayangMu..
Isnin, Ogos 24, 2020
Kitab At Tanbih Sebuah Karya Imam Syafie
AL-TANBIH al-Tanbih merupakan sebuah rujukan fiqh utama dalam Mazhab al-Syafi’i. Ia merupakan sebuah karya al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H).
Kitab al-Tanbih disusun sebagai ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid al-Isfirayini (344-406H). Di mana kitab al-Ta'liqat pula merupakan huraian bagi kitab al-Mukhtashar karya al-Imam al-Muzani (246H) Di samping kitab al-Tanbih, beliau juga mempunyai sebuah kitab lagi yang masyhur menjadi rujukan utama dalam Mazhab al-Syafi’i, iaitu Kitab al-Muhazzab.
Imam al-Nawawi r.h telah mengkategorikan Kitab al-Tanbih dalam lima kitab rujukan utama mazhab al-Syafi’i, iaitu; Mukhtashar al-Muzani, karya Abu Ibrahim al-Muzani, al-Muhazzab, karya Abu Ishaq al-Syairazi al-Tanbih, karya Abu Ishaq al-Syairazi, al-Wasith, karya Abu Hamid al-Ghazali, al-Wajiz, karya Abu Hamid al-Ghazali. Manhaj Penyusunan Kitab al-Tanbih Kitab al-Tanbih disusun dalam bentuk matan yang ringkas, tetapi meliputi berbagai tajuk penting dalam ilmu fiqh.
Secara umumnya Abu Ishaq al-Syirazi telah membahagikan Matan al-Tanbih kepada beberapa kitab dan bab dalam menghuraikan isi kandungannya. Berikut antara manhaj penyusunan kitab al-Tanbih; Kandungan al-Tanbih dibahagi kepada 14 Kitab: iaitu al-Thaharah, al-Shalah, al-Jana-iz, al-Zakat, al-Shiyam, al-Haj, al-Buyu’, al-Fara-idh, al-Nikah, al-Aiman, al-Nafaqat, al-Jinayat, al-Aqdhiyah, dan al-Syahadat. Setiap kitab pula mengandungi beberapa buah bab.
Manakala setiap bab pula mengandungi beberapa masalah yang berkaitan dibincangkan. Kandungan al-Tanbih disusun dalam bentuk ringkasan terhadap beberapa masalah utama dalam bab fiqh. Beliau telah menerangkan metod penyusunan al-Tanbih dalam muqaddimahnya: “ Kitab ini merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) dalam usul Mazhab al-Syafi’i r.’a ”. Setiap perbahasan kandungan al-Tanbih tidak disertakan dengan dalil. Ini merupakan kaedah biasa bagi setiap kitab yang disusun dalam bentuk matan ringkas.
Tidak disebutkan pengertian setiap bab dengan pengertian dari sudut istilahnya. Dalam beberapa masalah yang dibincangkan, penyusun kadangkala menyebutkan beberapa pendapat ulama, namun beliau tidak menyebutkan nama ulama tersebut. Penyusun ada menshahihkan beberapa pendapat ulama dalam beberapa masalah, namun ia sangat sedikit sahaja. Berminat PM
Selasa, Ogos 04, 2020
Wanita Solehah Yg Sgt Jujur
Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati. Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawann sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya karena ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi. Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...
“Pada suatu hari, ada satu rombongan kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.
Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual? Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu? Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu ianya adalah wang rakyat.” Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu.
Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir. Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?” Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.” Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.
Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.
Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata, “Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari celahan jilbabmu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama. Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan?
Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…” Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silakan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, nescaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”. Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda: لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ “Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.” (Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730) Ya Allah jauhi kami dari rezeki yg membawa kami kebinasaan.
Ahad, Mei 10, 2020
Ustaz Dituduh Mencuri Duit 1000
Seorang ustaz diundang makan malam oleh sepasang suami isteri di rumah mereka . Setelah Ustaz itu pergi, si isteri berkata kepada suaminya, “Wang kita hilang, saya fikir ustaz yang ambil wang RM1,000 di meja itu.” . "Padahal wang itu kita akan berikan kepadanya." . Dengan marahnya si suami berkata, "Jika begitu dia pencuri. Jadi kita tidak perlu datang ke pengajiannya lagi!” .
Dua bulan kemudian si isteri terserempak dengan ustaz itu. Dengan terpaksa, si isteri menyapa sang ustaz. . "Assalamualaikum ustaz. Mesti ustaz perasan yang kami sudah lama tidak hadir ke pengajian.
Sebenarnya ustaz, kami suami isteri marah pada ustaz.” . “Ketika ustaz makan malam di rumah kami, wang RM1,000 yang kami letak di meja, hilang setelah ustaz pulang. Dan ustazlah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami hari itu." .
Ustaz tersenyum menjawab, “Ya benar. Sayalah yang mengambil wang itu dan meletakkannya dalam al-Quran di rak buku rumah puan, agar tidak terkena tumpahan gulai." . “Maafkan saya kerana tidak memberitahu puan atau suami puan.
Saya fikir kalian pasti membuka al-Quran setiap hari,” jelas sang ustaz. . Wanita itu berasa amat malu dan meminta maaf kepada ustaz. .
Sekembali ke rumah, dia mengambil al-Quran dan menemukan RM1,000 terselit di celah lembarannya.
Sudah dua bulan si isteri dan suami tidak membuka dan membaca al-Quran. . Selama dua bulan mereka menuduh ustaz itu mencuri wang mereka.
Sahabat... semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri itu. Jarang membaca al-Quran, berprasangka buruk dan menghakimi orang lain yang belum tentu bersalah. Selamat memperingati Malam Nuzul Quran Tiada hari tanpa membaca al-Quran . #nuzulQuran #ustirwanzahuri
Sabtu, April 25, 2020
Kisah Wanita Yg Bijaksana Di hadapan Hajjaj
Sebaik-sahaja ketiga2 penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak. Kata alHajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari." Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj. Kata alHajjaj: "Apa yg menyebabkan kamu menangis?" Jawab wanita itu: "mereka bertiga yg engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorg lagi saudara kandungku dan seorg lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?"
Simpati dgn wanita tersebut, alHajjaj bersetuju utk memberi kemaafan kpd salah seorg dr mereka bertiga yg lebih disayangi olehnya. Kata alHajjaj: "pilihlah mana2 salah seorg dr mereka bertiga utk diberikan kemaafan." alHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.
Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kpd wanita tersebut, siapakah yg akan dipilihnya utk mendapat keampunan dan bebas dr hukuman pancung? Tiba2 wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: "AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU."
Terpanjat alHajjaj... dgn segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain? Jawab wanita itu dgn bijaksana: "Adapun suami itu masih ada." iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dgn mengahwini lelaki yang lain. Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil utk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku."
AlHajjaj berasa kagum dgn wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga2 pesalah.
Pengajaran:
Saudara kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai saudara kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dgn mereka kerana ketiadaan mereka tiada gantinya lagi.
Ahad, Mac 29, 2020
BEZA ISTIGHFAR DENGAN TAUBAT
“Allah boleh
jadi mengampuninya sebagai pengabulan atas doanya, meski ia belum bertaubat.
Namun bila berkumpul antara istighfar dan taubat maka itulah yang sempurna” (Al
Wasiyyah As Sughro, hal. 31. Tahqiq Sobri bin Salamah Sāhin).

