Jumaat, Disember 29, 2023

TANAMAN SYURGA

 An-Nur Ayat 36

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

36. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,

Allah SWT berfirman dalam ayat tersebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا، وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”[5]

An-Nur Ayat 41

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan

Surat An-Nur Ayat 37

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

37. laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang

Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata:

يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله.

Maksudnya: “Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas”. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?”. Jawab Nabi Ibrahim: “(Ucapan)

 لا حول ولا قوة إلا بالله “. 

(Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’abul Iman)”.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diangkat ke langit, Ibrahim berkata kepadaku, ya Muhammad sampaikanlah Salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka sesungguhnya Syurga itu tanahnya bagus, buminya subur, airnya jernih dan sesungguhnya ia adalah tanah datar yang luas dan tanamannya ialah Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar".

Riwayat Tirmidzi, status hadis - Hasan (baik)

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya menriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:-

“Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya. 

Apabila mereka ditanyakan:-

‘Mengapa kamu berhenti bekerja?’

Mereka menjawab:-

‘Kami sedang menunggu bahan-bahannya.’”

Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.

Ibn Rajab al-Hambali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. 

Malaikat itu berkata:-

 “Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama ‘Villa Kebahagiaan’ (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempurna dibina.”

Tujuh hari kemudian, orang yang soleh itu meninggal dunia.

Zikir Dan Pohon Syurga

Hadith ini dan beberapa hadith yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia. 

At-Tirmidzi dan an-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

 “Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ’, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.”

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

 “Sesiapa yang membaca 

‘سُبْحَانَ اللّهِ 

، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’ 

akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.”

Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu.

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabi'in di Makkah:-

 “Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.”

Tokoh tabi'in yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabahberkata:-

 “Majlis zikir ialah majlis halal dan haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.”

Wangian Daripada Pelbagai Minyak Wangi

Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:-

 “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.”

Benar ucapan beliau. 

Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Ia tidak memerlukan pembiayaan yang banyak. Dengan hanya mengucap tasbih dan tahlil. Kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abadi.

Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. 

Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap masa.

Salah seorang tokoh tabi'in yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan.

Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.

Said bin Zaid berkata:-

 Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.”

Malik bin Dinar berkata:-

 “Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakka

nnya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari



Sabtu, Mei 13, 2023

3 Kejayaan Dalam Quran

 Terdapat perbezaan ketara di antara 3 KEMENANGAN yang terdapat Dalam Al Quran

ما الفرق بين أنواع الفوز يوم القيامة ؟
١- الفوز المبين .
٢- الفوز الكبير .
٣- الفوز العظيم .

١- *الفوز المبين* : هو مجرد النجاة من النار .
قال تعالى :
(*قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ .مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ*)

Apakah perbezaan antara jenis kemenangan pada hari kiamat?
1- Kemenangan yang jelas.
2- Kemenangan besar.
3- Kemenangan yang hebat.

1- * Kemenangan YG JELAS *: Ia hanyalah keselamatan dari api Neraka.
Allah berfirman:

إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ


(*Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhanku, akan ditimpa azab hari yang besar. yen*)
يونس ١٥

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

2. KEMENANGAN BESAR
٢- *الفوز الكبير* : هو مجرد دخولك الجنة .
قال تعالى :
(*إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ*) البروج ١١
Kemenangan besar*: baru masuk syurga.
Allah berfirman:
(*Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Itulah kemenangan yang besar*)

٣- *الفوز العظيم* : هو الفوز برضوان الله سبحانه وتعالى .
قال تعالى :
*(وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي* *مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ* *طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ*)
التوبة ٧٢

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
3- * Kemenangan HEBAT *: Ia adalah memenangi keredhaan Tuhan Yang Maha Esa.
Allah berfirman:
*(Allah telah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan dengan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan tempat kediaman yang baik di dalam syurga itu keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang besar*)

أسأل الله  الفوز العظيم لي ولكم ولوالدينا وذرياتنا وجميع المسلمين و المسلمات الأحياء منهم والأموات .
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
Saya memohon kepada Tuhan kemenangan yang besar untuk anda, saya, ibu bapa kami, keturunan kami, dan semua orang Islam, lelaki dan wanita, hidup dan mati.
Ya Allah Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan maka ampunilah kami🌹
🌹🌹🌹🌹

Sabtu, Disember 11, 2021

Kisah Pelakon Filem Ar Risalah - Bilal

 علي أحمد سالم

Jika anda pernah menonton filem Ar-Risalah tahun 1976 tentu anda kenal watak ini. Beliau yang membawa watak Saidina Bilal.

Pakcik Ali berasal dari Libya, beliau seorang yang cukup merendah diri dan sentiasa berbahasa Arab fushah. 

Selepas melakonkan watak Bilal, beliau mendapat pelawaan untuk membawa watak lakonan hebat lain. Tapi semuanya di tolak kerana beliau mengatakan tidak ada watak yang boleh menandingi watak sahabat besar Nabi

صلى الله عليه وسلم

iaitu Saidina Bilal.

Malah seorang pengarah filem dari Perancis pernah cuba memberikan watak sebuah filem kepada beliau, tawaran itu tetap di tolak.

Filem Ar-Risalah di taja oleh beberapa negara, antaranya Libya dan Kuwait.

Pada peringkat awal, nama filem itu di beri judul Muhammad Rasulullah. Namun di tentang hebat oleh warga Amerika hingga beberapa pawagam di bakar dan premis filem turut di serang. Akhirnya ia di tukar kepada Ar-Risalah dan ia mula di tayang di negara Uncle Sam itu.

Filem itu juga mendapat tentangan hebat dari beberapa negara dan ulamak Islam kerana mereka menentang watak sahabat Nabi

صلى الله عليه وسلم

di filemkan walau pun telah mendapat persetujuan daripada Al-Azhar.

Hari ini negara Islam yang menentang filem tersebut telah pun memmbenarkan penayangannya kepada umum.

Mengikut cerita pakcik Ali, pemegang watak Saidina Wahsy yang membunuh Saidina Hamzah beliau bukanlah seorang pelakon. Tapi hanya pekerja syarikat tenaga eletrik Libya.

Pengarah Ar-Risalah, Mustafa el-Aqqad berkeras mahu mengambil pemegang watak Saidina Wahsy itu berlakon kerana mahu pemegang watak itu kekal sebagai seorang yang seolahnya tidak ada apa-apa perasaan waktu melontarkan tombak ke arah Saidina Hamzah.


Pakcik Ali bercerita lagi, ibu kepada pemegang watak Saidina Wahsy pernah menghalau anaknya keluar dari rumah kerana marah anaknya memegang watak itu hingga ketua-ketua kabilah terpaksa datang memujuk dan menerangkan bahawa itu hanya lakonan filem. Dan anaknya tidaklah sejahat seperti "pelakon itu".


Pakcik Ali mengakhiri ucapan jika ada lagi pelawaan lakonan filem dengan berkata

رُبّ خيرٍ لم تنلْهُ كان شراً لو أتاكَ

bahawa beliau tidak sekali-kali akan berlakon lagi selepas watak Saidina Bilal

Khamis, Oktober 21, 2021

KISAH DI SEBALIK KALUNG BERWARNA MERAH


Ia berkata: ‘ambillah dinar-dinar ini’. Namun aku menolaknya.

Kemudian aku berangkat menuju Syâm. Aku singgah di al-Quds (Palestina) untuk menuju Baghdâd. (Dalam perjalanan), aku bernaung di sebuah masjid di kota Halab (Aleppo, Syria) dalam keadaan dingin dan lapar. Para jama’ah masjid tersebut menghampiriku, maka aku pun mengimami shalat mereka. Makanan, lantas mereka suguhkan untukku.

Saat itu, Ramadhân baru menghampiri. Mereka berkata padaku:

‘Imam kami telah wafat, mohon kiranya engkau bisa mengimami shalat bersama kami bulan ini’. Aku mengiyakan permintaan mereka.

Kembali mereka berkata padaku: ‘Imam kami punya seorang putri’. Aku pun dinikahkan dengannya. Setahun lamanya aku tinggal bersamanya, dan aku memberinya seorang putra. Saat menjalani masa nifas, ia ditimpa oleh sakit.

Suatu hari aku melihat istriku. Di lehernya ada seuntai kalung—yang dulu pernah aku temukan dan aku kembalikan pada pemiliknya, seorang Syaikh yang tua lagi buta—masih dengan benangnya yang berwarna merah.

Aku lantas bertutur pada istriku: ‘Pada kalung ini, ada sebuah kisah’. Kemudian aku menceritakan padanya kejadianku bersama Syaikh kala itu.

Iapun menangis, seraya berkata: ‘Engkau…, engkaulah orangnya, demi Allâh. Dulu ayahku pernah menangis, dalam munajatnya ia berkata: ‘Yâ Allâh…!! Karuniakanlah putriku seorang suami semisal laki-laki yang telah mengembalikan kalung ini padaku’. Sungguh Allâh telah mengabulkan do’anya”. Istriku lantas wafat menyambut ajalnya.

Kisah ini yang indah lagi ajaib ini termaktub dalam Mirâtu az-Zamân hal. 8/52-53. Saya menukilnya dari Siyar A’lâmin Nubalâ’: 14/332-333 (cet. Dârulhadïts-Kairo, 1427-H), karya Imam adz-Dzahabi rahimahullâh (wafat: 748-H)

Sabtu, Jun 05, 2021

Kelebihan Surah Al Mulk

Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata: 

يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ. 

Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890

Selasa, Januari 05, 2021

Sai'd Bin Musayyap Tolak Pinangan Anak Raja Kerana Bimbang Puterinya Tergoda Dgn Dunia

Suatu hari, Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan tiba-tiba terbangun dari tidur siangnya dan tergesa. Ia segera memanggil penjaga, “Wahai Maisarah.


Penjaga sultan yang tegap dan gagah pun segera datang, “Ada apa Amirul mukminin?” tanyanya.

“Pergilah ke Masjid Nabawi dan undanglah kemari salah seorang ulama di sana untuk memberikan peringatan di istana,” pinta Ibn Marwan.

Maisarah pun segera ke masjid. Namun di sana hanya ada seorang syekh yang usianya telah sepuh. Namun auranya penuh wibawa dan karismatik. Orang-orang menghormatinya karena ilmunya yang tinggi.

Melihatnya, Maisarah pun mendekat majelis sang syekh. Ia menunjukkan jarinya memberikan tanda kepada syekh. Namun Syekh tak menghiraukannya. Karena tak dipedulikan, Maisarah akhirnya menghampiri sang syekh. “Tidakkah Anda melihat saya menunjuk kepada Anda?” ujarnya.

Sang syekh pun menjawab, “Anda menunjuk saya?”

Maisarah berkata, “Ya”

Syekh pun kembali bertanya, “Apa keperluan Anda?”

Maisarah menjawab, “Amirul mukminin memintaku untuk pergi ke Masjid Nabawi dan membawa seorang ulama untuk mengajarkan hadis untuknya.”

Syekh itu menjawab ringan, “Bukan saya orang yang beliau maksud.”

“Tapi amirul mukminin menginginkan seorang ulama untuk berbincang dengannya,” kata Maisarah.

Namun syekh hanya menjawab, “Barangsiapa yang menghendaki sesuatu, maka seharusnya dialah yang datang. Masjid ini memiliki ruangan yang luas. Jika beliau iingin, datanglah. Selain itu, hadts lebih layak untuk didatangi, namun beliau enggan mendatanginya,” kata syekh.

Maisarah pun kembali ke istana tanpa membawa seorang ulama. Ia menemui amirull mukminin dan mengisahkan pertemuannya dengan seorang syaikh sepuh tadi. Mendengar kisah Maisarah, Ibn Marwan pun menebak, “Pasti dia adalah Syekh Sa’id bin Musayyab,” tebakan sutan benar. Amirul mukminin pun meninggalkan tempatnya dan kembali ke kamar.

Ketika sang sultan telah masuk, anak-anaknya pun saling membicarakan kisah Maisarah yang mereka pun mendengarnya. Putra bungsu sultan pun geram. “Siapakah orang yang berani menentang Amirul Mukminin dan menolaknya. Padahal dunia tunduk padanya, raja-raja Romawi pun gentar karena wibawanya?” ujar si bungsu heran.

Kakaknya pun menimpali, “Dia adalah syekh yang putrinya pernah dipinang oleh ayah untuk saudara kita, Al Walid. Namun syekh menolak pinangan itu,” ujarnya.

Si bungsu makin terheran-heran. “Benarkah itu? Dia menolak menikahkan putrinya dengan putra mahkota?” ujarnya.

Nmaun sang kakak tak tahu bagaimana peristiwa penolakan itu terjadi. Lalu seorang pengasuh putra sultan pun berkata bahwa ia mengetahui kisah itu. “Sekiranya diizinkan, saya akan menceritakan seluruh kisah itu,” ujarnya. Ia pun kemudian mengisahkannya kepada kedua putra sultan.

“Gadis putri sang syekh telah menikah dengan seorang pemuda di kampung saya bernama Abu Wada’ah. Kebetulan dia adalah tetangga dekat saya.  Pernikahannya menjadi suatu kisah yang sangat romantis seperti yang diceritakan Abu Wada’ah sendiri kepada saya,” ujar sang pengasuh.

Abu Wa’dah merupakan salah seorang murid Syekh Sa’id bin Musayyab. Ia tak pernah absen di setiap majelis beliau. Hingga suatu hari, ia tak menghadiri majelis selama beberapa hari. Tak ada kabar datang darinya.

Lalu ketika Abu Wa’dah telah mendatangi majelis, ia segera mendapat sapaan dari syekh. “Kemana saja kau wahai Abu Wada’ah?” tanya syaikh.

“Saya sibuk mengurus jenazah istri saya yang meninggal,” jawabnya.

Syekh pun berkata, “Jika kau memberi kabar, pastilah aku akan takziyah dan membantu kesulitamu,” kata syaikh.

Abu Wada’ah pun merasa berterima kasih atas kebaikan syaikh. Saat majelis telah usai, syaikh kembali menyapanya. Ia meminta Abu Wada’ah duduk sejenak untuk berbincang.

“Apa kau tak berfikir untuk menikah lagi?” tanya syaikh.

Mendengarnya tentu Abu Wada’ah terkejut. ‘Semoga Allah merahmati Anda wahai syaikh. Siapa yang mau menikahkan putrinya dengan saya sementara saya ini hanyalah pemuda yatim dan hidup dalam kondisi fakir. Aku hanya memiliki harta dua atau tiga dirham,” ujarnya.

Namun jawaban syaikh sangat mengejutkan, “Aku akan menikahkanmu dengan putriku,” ujarnya.

Abu Wada’ah tentu saja heran bukan kepalang. Ia sangat kaget mendengarnya. “Anda wahai syaikh? Anda berkenan menikahkan putri anda denga saya sementara anda tahu betul kondisi saya?” tanyanya tak percaya.

Namun syekh menjawab santai, “Ya benar. Jika ada seorang datang dan saya menyukai agama dan akhlaknya, maka saya akan menikahkan putri saya dengannya. Dan kau adalah orangyang saya sukai agama dan akhlaknya,’ jawab syekh.

Putri syekh pun kemudian menikah dengan Abu Wada’ah. Dalam membangun rumah tangga, syaikh selalu siap membantu rumah tangga putri dan murid kesayangannya.

Mendengar kisah Abu Wada’ah itu, para putra sultan pun terkejut. “Orang itu sungguh mengherankan,” ujar si bungsu, tak habis pikir dengan sikap syekh Sa’id.

Namun si pengasuh yang bercerita menimpali, “Apa yang mengherankan wahai tuan? Syekh memang manusia yang menjadikan dunia hanya sebagai kendaraan dan perbekalan untuk akhirat. Demi Allah, bukan karena beliau tak suka putra Amirul Mukminin. Hanya saja, syekh memandang A Walid tak sebandign dengan putrinya. Syekh hanya khawatir putrinya akan tergoda dengan fitnah dunia,” ujarnya.

Si pengasuh pun melanjutan kisahnya, bahwa syekh pernah ditanya mengapa menolak pinangan amirul mukminin dan justru memilih menikahkan putri dengan seorang awam yang miskin.

Dengan mantap syekh menjawab, “Putriku adalah amanat di leherku, maka kupilihkan apa yang sesuai untuk kebaikan dan keselamatan dirinya. Bagaimana pendapat kalian jika ia pindah ke istana Bani Umayyah lalu bergelimang harta? Bagaimana keteguhan agamanya nanti?” jawab Syekh

Rabu, November 04, 2020

Penyakit Yang Tidak Kelihatan

Penyakit Yang Tidak Terlihat.. Ia membunuh kerehatan menghalang kebahagiaan..Ada 4 tanda..berwaspadalah.. Sheikh Dr. Muhammad Ratib an-Nabulsi mengatakan bahawa terdapat penyakit senyap tidak terlihat tergolong di antara penyakit sangat berbahaya.

Anda tidak perasan akan tanda-tandanya..anda tidak merasakan apa-apa mengenainya.. Namun apabila ia menguasai diri anda maka ia pasti akan mengakibatkan kemudaratan yang amat dahsyat. Penyakit berbahaya yang dimaksudkan ialah 'Merasakan nikmat yang diperoleh hanya satu kebiasaan sekadar lumrah semata-mata '. 

Penyakit ini ada 4 situasi untuk dinilai setiap diri kita sama ada ia ada pada diri kita atau pun tidak.. 

Situasi 1 - Nikmat

Anda merasa biasa sahaja akan segala nikmat dari Allah ke atas diri anda..seolah-olah ia bukan dari Allah..anda seakan hilang deria dan rasa bahawa nikmat itu datang dariNya...seolah-olah semua nikmat itu merupakan hak anda dan terhasil dari usaha dan upaya diri anda semata-mata.

Situasi 2 - Ahli Keluarga Dalam Keadaan Baik

Anda biasa pulang ke rumah dan ahli keluarga anda..anda dapati mereka semua dalam keadaan baik..dalam situasi yang elok..anda tidak pun memanjatkan puji dan syukur kepada Allah atas segala perkara ini.. 

 Situasi 3 - Selesa Membeli Belah

Anda pergi membeli belah di pasar juga kedai..anda memasukkan segala keperluan dan barangan anda ke dalam troli..anda melangsaikan bayarannya..lalu anda melangkah pulang ke rumah..tanpa anda memuji dan mensyukuri kepada yang memberikan semua itu kepada anda..lantaran segala hal ini telah menjadi kebiasaan dan menjadi satu hak kepada anda di dalam kehidupan.. 

Situasi 4 - Bangun Tidur Tanpa Ada Masalah

Anda bangkit daripada tidur saban hari..dalam keadaan aman tenteram..kesihatan yang baik..tanpa anda mengadu sebarang rasa sakit..tapi anda tidak pun memuji dan mensyukuri kepada Allah.. 

Awaslah..anda sebenarnya di jurang kebahayaan yang jelas nyata.. - apabila anda merasakan nikmat itu terbiasa..anda makan sedangkan di luar sana masih ramai terlantar kelaparan..atau ada yang punya makanan tapi tidak boleh memakannya..maka oleh itu pujilah Allah dan bersyukurlah sebanyaknya. 

Anda memasuki rumah sedangkan Allah ingin menganugerahkan nikmat ke atas diri anda dengan menutup aib anda dan menganugerahkan kasih dan sayang dengan kehadiran bonda ayahanda, pasangan hidup juga anak-anak..dengan kesihatan yang baik dan keadaan hidup yang selesa bahagia..maka puji dan syukurilah sebanyaknya kepada Allah.

Jangan jadikan hidup anda membuatkan anda menyangka bahawa nikmat itu satu perkara lumrah bahkan hendaklah anda membiasakan dalam hidup anda memuji dan mensyukuri nikmat Allah..Tuhan Yang Maha Agung.. Tiada Yang Baru? Jika sekiranya ditanya pada diri anda akan keadaan diri anda jangan sekali-kali mengatakan biasa saja..tiada apa yang baru.. 

Sebenarnya anda berada di dalam nikmat yang sangat banyak tidak mampu anda menghitungnya pun.. Sesungguhnya Allah sentiasa memperbaharui nikmatNya ke atas diri anda pada hari ini dan pada setiap hari..maka wajiblah anda memuji Allah dan bersyukur padaNya..kerana orang lain berkemungkinan diharamkan segala nikmat yang anda miliki pada saat dan tika ini.. 

Maka perhatikan betapa ramai manusia dulunya aman sentosa namun sekarang ketakutan.. * betapa ramai manusia dulunya sihat namun sekarang kesakitan.. * betapa ramai manusia dulunya bekerja namun sekarang menganggur.. * betapa ramai manusia dulunya kuat namun sekarang menjadi lemah tidak berdaya.. Sedangkan anda sentiasa diperbaharui nikmat ke atas diri anda...

 -Sheikh Dr.Muhammad Ratib an-Nabulsi