قال
عليه السلام : عليكم بِمُجَاْلَسَةِ العُلماءِ واسْتِماعِ كلامِ الحُكماءِ فإنَّ
الله تعالى يُحيي القلبَ الميِّتَ بنُورِ الحِكمةِ كما يُحيي الأرضَ المَيتَةَ
بِماءِ المَطَر
Nabi Saw telah bersabda : “Hendaklah
kalian duduk bersama ulama dan mendengarkan perkataan mereka yng bijaksana,
kerana sesungguhnya Allah ta’ala menghidupkan hati yang mati dengan cahaya
hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan.
وفي رواية الطبراني عن أبي حَنِيْفةَ : جَاْلِسُوا
الكُبراءَ وسَاْئِلوا العلماء وخالِطُوا الحُكماء
Dan di dalam hadis riwayat Imam Thabrani
dan Abu Hanifah : “Pergaulilah pembesar-pembesar dan bertanyalah kepada ulama
dan pergaulilah para hukama”.
Ketiga
وفي روايةٍ : جالِسِ
العلماءَ وصاحِبِ الحُكماءَ وخالطِ الكُبراءَ
Dan di dalam satu riwayat: “duduklah
bersama ulama pergaulilah para hukama, dan campurilah para pembesar ulama’.
Keterangan Ulama terbahagi menjadi 3
golongan :
a.
Ulama yang sangat ahli di dalam hukum-hukum Allah Ta’ala, iaitu ulama
penasihat yang disebut’ أصحاب
الفتوى
b.
Ulama yang sangat ma’rifat akan zat Allah yang disebut Hukama’
c.
Kedua golongan ulama ini sama-sama menitikberatkan kepada upaya perbaikan
tingkah laku atau akhlak. Sebab, hati mereka selalu melihat dengan ma’rifatnya
terhadap Allah dan selalu terbuka dengan cahaya keagungan Allah.
d. Al Kubara’ (ulama-ulama besar).
Sesungguhnya mencampuri ahli Allah dapat
menghasilkan situasi yang terpuji. Lirikannya lebih memberi manafaat daripada
ucapannya. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manafaat kepadamu, maka
bermanafaatlah ucapannya, dan barang siapa yang lirikannya tidak memberi
manafaat kepadamu, maka ucapannyapun tidak akan manafaat.
Dalam cerita : Imam Suhrawardi
mengelilingi sebahagian masjid Khaif di Mina. Ia berjabat tangan dengan orang
banyak. Orang-orang bertanya kepadanya di dalam, lalu ia menjawab “sesungguhnya
Allah mempunyai beberapa hamba yang apabila mereka melihat kepada seseorang,
mereka mengusahakan agar orang yang dilihatnya bahagia, maka saya sedang
mencarinya.
Keempat
قال النبي صلى الله عليه
وسلم سيأتي زمانٌ على أمتي يَفِرون منَ العلماءِ والفُقَهاءِ فيَبْتَلِيْهِم اللهُ
بثلاثِ بَلِيَّاتٍ : أولها يَرفَعُ اللهُ البرَكةَ منْ كَسْبِهِم والثانية
يُسَلِّطُ الله تعالى عليهم سُلطاناً ظالما والثالثةُ يَخْرُجُون من الدنيا بغير
إيمانٍ
Nabi SAW telah bersabda “akan datang
suatu masa kepada umatku, di mana mereka lari dari ajaran para ulama dan
fuqaha’, maka Allah akan menurunkan bala (musibah) kepada mereka dengan 3 macam
musibah iaitu
§ Allah menghilangkan berkat dari usahanya.
§ Allah menjadikan raja yang zalim buat mereka.
§ Allah akan mengeluarkan mereka dari dunia (mati) tanpa
iman
Makalah
Ke 2 Muka Surat 14 hingga 16
Penerbit
Pustaka Amani Jakarta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan