خصلتاْنِ لا شَيْءٍ
افضلُ منْهُما الإيْمَأنُ بالله والنَّفعُ لِلْمُسْلِمِين
Dua perkara tidak ada yang lebih utama
dari keduanya iaitu : Iman kepada Allah dan memberi manafaat kepada orang Islam
(baik dengan ucapan, kuasa, harta atau dengan tenaga)
مَنْ اَصْبَحَ لا
يَنْوِيْ الظُّلمَ على أَحَدٍ غُفِرَ لَهُ ما جَنَى ومَنْ اَصْبَحَ نُصْرَةَ
الْمَظْلُومِ وقضاءَ حاجَةِ الْمُسْلِمِ كانَتْ لهُ كأجْرِ حُجَّةِ مَبْرُورةٍ
Barang siapa
bangun pagi dan tidak bermaksud menzalimi seseorang, maka ia diampuni
dosa-dosanya. Dan barang siapa menolong orang yang teraniaya serta memenuhi
keperluan orang Islam, maka ia mendapatkan Pahala seperti Pahala haji mabrur.
اَحَبَّ العِبادِ إلى
الله تعالى اَنْفَعَ الناسِ للناس وافضلُ الأعمالِ اِدخالُ السُرُورِ على قلبِ
الْمُؤمِنِ يَطْرُدُ عنهُ جُوعا أو يَكْشِفُ عنهُ كَرْباً أو يقضي له دَيْناً
Manusia yang
paling dicintai Allah Ta’ala ialah manusia yang paling bermanafaat bagi manusia
yang lain. Dan seutama-utama amal ialah menyenangkan hati orang yang beriman
dengan cara menghilangkan kelaparan, kesusahan, atau melunasi hutangnya.
وخصلتان لا شيءَ
اَخْبَثُ منهُما الشِّرْكُ والضُّرُّ بالْمُسلمين
Dua perkara yang
lebih kotor dan keji daripada keduanya adalah menyengutukan Allah dan
mendatangkan kemudharatan bagi kaum muslimin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan