Halaman

Selasa, Januari 22, 2019

10 Golongan Muttaqin & Muqarrabin


قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه ما من عبدٍ رزقَهُ اللهُ عشرَ خِصالٍ إلا قدْ نجا منَ الآفاتِ والعَاهَاتِ كُلِّها وصَارَ في الدرجةِ المُقَرَّبين ونَاْلَ درحةِ المُتَّقين
أولُها صِدْقٌ دائِمٌ مَعَهُ قلْبٌ قانِعٌ  والثاني صَبْرٌ مَعَهُ شُكرٌ دائمٌ والثالثُ فَقْرٌ دَاْئِمٌ معهُ زاهدٌ  والرابعُ فكرٌ دَاْئِمٌ ومعه بطنٌ جائعٌ  والخامسُ حَزَنٌ دَاْئِمٌ ومعه خوف مُتّصلٌ والسادس جُهْدٌ دَاْئِمٌ ومعه بدنٌ مُتَواضعٌ  والسادس جُهْدٌ دَاْئِمٌ ومعه بدنٌ مُتَواضعٌ  والسابع رِفقٌ دَاْئِمٌ ومعه رُحْمٌ دائمٌ  والثامن حب دائمٌ ومعه حياء حاضرٌ والثامن حب دائمٌ ومعه حياء حاضرٌ  والتاسع عِلْمٌ نافعٌ ومعه عملٌ دائم  والعاشر إيمانٌ دائمٌ معه عَقْلٌ ثابت

Abu Bakar As Siddiq Radiya Allah ‘anhu mengatakan. Seseorang hamba yang telah diberi rezeki oleh Allah dengan 10 perkara, berarti dia telah selamat daripada berbagai bahaya dan berada pada tingkatan muqarabbin (dekal dengan Allah) dan dia memperoleh tingkatan muttaqin, Adapaun 10 perkara itu ialah seperti berikut :
1.    Selalu benar yang disertai hati qana’ah (hidup apa adanya)
2.    Sabar yang sempurna disertai syukur yang abadi
3.    Fakir yang disertai dengan zuhud yang nyata
4.    Berfikir disertai perut yang lapar
5.    Selalu prihatin yang selalu disertai rasa takut kepada Allah
6.    Selalu capek disrtai badan tawadhu
7.    Selalu lemah lembut di sertai kasih sayang yang nyata
8.    Cinta disertai sifat haya’ yang nyata
9.    Ilmu yang bermanafaan disertai amal yang terus menerus
10. Iman yang kekal yang disertai akal yang sihat


PENJELASAN

Nasihat ini sesuatu dengan hadis-hadis berikut :

Pertama
أولُها صِدْقٌ دائِمٌ مَعَهُ قلْبٌ قانِعٌ 
Selalu benar yang disertai hati qana’ah (hidup apa adanya)
Dalam suatu peristiwa, ketika Rasulullah Sollahu ‘alaihi wasallam menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Talib. Pada masa itu Baginda menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan 'persiapan' Fatimah. Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu? Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan. Apabila mengetahui hal itu, Abu Bakar menangis.

"Ya, Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan."Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah menenangkannya. Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tampalan! Tiada perhiasan yang berharga mahal.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''

Kedua
والثاني صَبْرٌ مَعَهُ شُكرٌ دائمٌ
Sabar yang sempurna disertai syukur yang abadi
افضَلُ الإيمانِ الصَّبْرُ والسَّماحةُ – رواه الديلمي
Iman yang paling utama adalah sabar dan toleran
نعمَ سِلاحِ المُؤمنِ الصبرُ والدعاءُ
Sebaik-baik senjata mukmin adalah sabar dan berdoa

Ketiga
والثالثُ فَقْرٌ دَاْئِمٌ معهُ زاهدٌ 
Fakir yang disertai dengan zuhud yang nyata
لوْ تَعْلَمُوْنَ ما لَكُم عند اللهِ لأحْبَبْتُم أنْ تَزْدادُوا فَاْقَةً وحاجَةً
Seandainya kamu tahu (Pahala dan hikmah) di sisi Allah (yang ada di balik kesusahan dan kefakiran) nescaya kamu mencintai tambahnya kepahitan dan kebutuhan. Maksudnya kefakiran yang disertai sabar itu nilainya sangat tinggi di sisi Allah.

Keempat
والرابعُ فكرٌ دَاْئِمٌ ومعه بطنٌ جائعٌ 
Berfikir disertai perut yang lapar
تفَكَّرُوا في كُلِّ شيءٍ ولا تَتَفَكَّروا في ذاتِ اللهِ فإنَّ بَيْنَ السَّماءِ السَّابِعَةِ إلى كُرسِيِّهِ سَبْعَةَ آلآفِ نُورٍ وهوَ فوقَ ذلك
Berfikirlah dalam segala hal, tapi janganlah kamu berfikir tentang zat Allah, kerana antara langit ke 7 sampai dengan kursi Allah itu jaraknya 7000 tahun kecepatan cahaya, sedangkan Allah lebih dari itu.
رَحِمَ اللهُ قوماً يَحْسَبُهُمُ الناسُ مَرضَى وما هم بِمَرْضى
Allah mengasihani suatu kaum, yang oleh orang lain disangka sakit padahal mereka itu tiada sakit sama sekali

Kelima
والخامسُ حَزَنٌ دَاْئِمٌ ومعه خوف مُتّصلٌ
Selalu prihatin yang selalu disertai rasa takut kepada Allah
إنما يَدْخُلُ الجنةَ من يرجُوها وإنما يَجتَنِبُ النَّارَ منْ يَخاْفُها وإنما يرحَمُ الله مَنْ يَرْحَم
Sesungguhnya yang akan masuk syurga itu ialah orang yang mengharapkannya (Syurga) dan sesungguhnya orang yang akan jauh dari neraka itu adalah orang yang takut olehnya (neraka) dan sesungguhnya orang yang mendapat Rahmat Allah itu adalah orang yang suka mengasihani makhluknya

Keenam
والسادس جُهْدٌ دَاْئِمٌ ومعه بدنٌ مُتَواضعٌ 
Selalu capek disertai badan tawadhu
كَفى بالمرءِ عِلما أن يَخشى اللهَ وكفى بالمرء جَهْلاً أنْ يُعْدَبَ بنَفسِهِ
Cukuplah seseorang dikatakan berilmu apabila dia merasa takut kepada Allah dan cukuplah seseorang dikatakan bodoh, apabila dia bersifat sombong.

Ketujuh
والسابع رِفقٌ دَاْئِمٌ ومعه رُحْمٌ دائمٌ 
Selalu lemah lembut di sertai kasih sayang yang nyata
إنما يَدْخُلُ الجنةَ مَنْ يَرجُوها وإنما يَجْتَنِبُ النارَ مَنْ يخافُها وإنما يَرحَمُ اللهُ مَنْ يَرْحَمُ
Sesungguhnya yang akan masuk syurga itu ialah orang yang mengharapkannya (Syurga) dan sesungguhnya orang yang akan jauh dari neraka itu adalah orang takut olehnya (neraka). Dan sesungguhnya orang yang mendapat Rahmat Allah itu adalah orang ang suka mengasihani makhluknya


جَاْلِسوا الْمَساكِنَ تكُونوا مِن كِبارِ أَهْلِ الله وتَخْرُجُا مِنَ الكِبْر
Duduklah bersama orang miskin, tentu kamu akan jadi pembesar keluarga (ahli Allah) dan kamu akan terhindah dari sifat sombong.

Kelapan
والثامن حب دائمٌ ومعه حياء حاضرٌ 
Cinta disertai sifat haya’ yang nyata
كلُّكم يُحِبُّ أنْ يَدْخُلُ الجنةَ؟ قالوا : نعم, يارسولَ الله كُلُّنا نَسْتَحِيْ مِنَ اللهِ قال لَيْسَ كذلِكَ الحَياءُ مِنَ الله ولكن الحياءُ مِنَ الله أن لا نَنسَوُوا الْمَقابِرَ والبِلى وأن لا تَنْسَوْوا الْجَوْفَ وما وَعَى وأن لا تَنْسَوُوا الرَّأْسَ وما حَوَى ومَنِ اشْتَهى كَرَاْمَةَ الآخِرةِ يَدَعُ زِيْنَةَ الدنيا هُنالكَ استَحيا العَبدُ منَ الله وهُنالك اصابَ ولايةُ الله
Apakah kamu ingin masuk syurga? Mereka menjawab “Ya! Wahai Rasulallah, kami malu oleh Allah. Nabi bersabda “bukan begitu caranya malu kepada Allah, tapi sesungguhnya malu oleh Allah itu adalah jngan melupakan kehancuran tubuhmu (di dalam kubur) dan jangan melupakan perut serta apa yang diwadahi perut (iisinya). Jangan membuka kepada dan sekitarnya. Barang siapa yang menginginkan kemuliaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Di sanalah letaknya haya’ manusia terhadap Allah dan di sana pula dia menemukan kekuasaan Allah.

Kesembilan
والتاسع عِلْمٌ نافعٌ ومعه عملٌ دائم 
Ilmu yang bermanafaan disertai amal yang terus menerus
نتَعَلَّمُواْ مِنَ العِلمِ ما شِىتُم أنْ تَعَلَّمُوا فَلَن يَنْفَعَكُم اللهُ بِالعِلم حتى تَعْلَموا بِما تَعْلَمون
Pelajarilah ilmu sekehendakmu yang akan kamu pelajari, maka Allah tidak akan memberikan manafaat kepadamu dengan ilmu itu, sehingga kamu mengamalkan apa yang kamu ketahui

آفَةُ الظَّرْفِ الصَّلَفُ والشَّجَاْعةُ البَغْيُ وآفةُ السَّمَاحَةِ المّنُّ وآفةُ الجَمَالِ الخُيَلاءُ وآفةُ العِبادةِ الفتْرةُ وآفة الحديثِ الكِذبُ وآفة العِلمِ النِّسْيَانُ وآفةُ الحِلم السَّفةُ الحَسَبِ الفَخْرُ وآفة الجُود السَّرَف – رواه البيهقي
Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati
Bahaya keberanian adalah melampau batas
Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya.
Bahaya kecantikkan atau ketampananan adalah sombong.
Bahaya ibadat adalah kesepian.
Bahaya ucapan adalah dusta.
Bahaya ilmu adalah lupa.
Bahaya impian adalah kebodohan. menurut dan berbangga
Bahaya turunan adalah kesombongan.
Bahaya pemurah adalah berlebih-lebih.

Kesepuloh
والعاشر إيمانٌ دائمٌ معه عَقْلٌ ثابت
Iman yang kekal yang disertai akal yang sihat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan