Halaman

Jumaat, Ogos 11, 2017

RUU 164 - SUATU BAHANA YANG UMNO TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG


Sila catatkan dalam diari masing2...9 Ogos 2017 adalah hari malang buat umat Islam di Malaysia di bawah umno be end dgn dibantu oleh pakatan haprak....
Aku tidak mahu melanjutkan kekeliruan sebab ramai yg aku lihat masih lagi termanggu-manggu ke atas apa yg sebenarnya berlaku....
Jika RUU 355 dituduh oleh dap sebagai pembuka jalan kpd perlaksanaan Hudud di Malaysia ini, maka RUU 164 adalah pembuka jalan kpd terlucutnya hak umat Islam bermula dari terlucutnya hak Islam ke atas seorang anak....
Kita beriman dgn hadis bahawa seorang anak itu dibentuk oleh ibu bapanya samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi....tapi kini ia tidak lagi....hak ibu bapa itu sudah diberikan kpd mahkamah SIVIL....
RUU 164 ini juga menghina kedudukan mahkamah Syariah yg khusus kpd umat Islam kerana tidak layak membicarakan hukum yg berkait dgn orang Islam itu sendiri, melainkan perlu merujuk kpd mahkamah SIVIL yg mempunyai kuasa lebih tinggi menurut perlembagaan....
Puak2 haprak pula sekonyong-konyongnya membuat alasan bahawa pindaan akta itu akan dibicarakan pula di Dewan Rakyat.....tahukah hangpa bahawa krisis perlembagaan pada tahun 1993 telah meminda kuasa YDP Agong iaitu apabila suatu rang undang-undang itu telah diluluskan, ia akan tetap menjadi satu undang-undang walaupun tidak diperkenankan oleh YDP Agong???....angkara siapa yg menaja pindaan Perkara 66 Perlembagaan tersebut pada tahun 1993???....tidak lain tidak bukan adalah "top dog" pakatan haprak sekarang ini iaitu mahathir.....
Mmg suatu yg malang kpd umat Islam.....sudah lah umat Islam dalam keadaan lemah dgn pelbagai tekanan ekonomi, sosial dan pelbagai sudut....hari ini hak berkeluarga secara Islam sudah dilelong dgn amat murah dan mudah oleh umno be end dan pakatan haprak....
Tiada guna melaungkan cintakan Islam jika institusi keluarga Islam dirobek dgn memberi kelebihan kpd undang-undang sekular mencorakkan bagaimana umat Islam perlu mengatur agamanya sendiri....kesialan apakah yg melanda umat Islam di Malaysia ini???....
Oleh yg demikian, bagi memastikan undang-undang ini tidak terus menjerut umat Islam dan membunuh identiti umat Islam di Malaysia, tiada jalan lain iaitu memastikan umno be end TERKUBUR pada PRU 14 ini dan pakatan haprak tidak boleh terus diberikan laluan utk mencorakkan Islam atas alasan "hak asasi" beragama kerana umat Islam lebih berhak ke atas agama dan penganutnya....
Aku sudah habis bahasa utk menggambarkan perasaan aku andainya mengenangkan apakah yg bakal dilalui oleh zuriat keturunan aku pada masa depan.....
Carborundum44: : RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI
(10 Ogos 2017)
1. Parlimen Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen.
2. Di pihak PAS, 13 orang Ahli Parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberi peranan sepenuhnya membahaskan RUU 164 ini. Mereka ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah laksanakan amanah mereka dengan baik, dan Parlimen telah membuat keputusannya, dan yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
3. Tidak timbul PAS hanya bersikap pilih kasih dan hanya menjadi ‘penyokong’ kerajaan UMNO-BN. Ianya jelas dan bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam dan negara ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Islam dan rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. Kami ada prinsip, dan prinsip kami mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS.
4. Dalam usul semalam, PAS menentang usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan Ahli Parlimen BN dalam meranapkan hak umat Islam di negara ini.
5. Apa yang menyedihkan, daripada sejumlah 141 Ahli Parlimen bergama Islam, baik pihak kerajaan (UMN-BN) mahupun pembangkang, tidak ada suara yang membangkang usul ini. Lebih pelik apabila Ahli Parlimen beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang Islam tidak turut sama mengambil bahagian dalam membantah usul ini. Speaker Parlimen dengan mudah menolak bantahan MP PAS yang berjumlah 13 orang tanpa perlu mengundi kerana tidak cukup korum untuk membuat belah bahagi.
6. PAS ada sebab yang kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan.
7. Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
8. Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjgaan hak terhadap anak-anak.
10. Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai. Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Secara ringkasnya pindaan akta ini sebenarnya adalah satu tragedi malang kpd umat Islam di Malaysia....dan lebih malang apabila puak2 pan yg diketuai oleh mujahid telah beryuji dgn umno be end bagi meluluskan pindaan yg bakal meruntuhkan kepentingan umat Islam di dalam sebuah negara yang majoriti rakyatnya menganut agama Islam....
Puak2 dap tu sudah tentu lah bergembira sbb segala usaha depa utk memandulkan perkembangan Islam di negara ini makin menyerlah dgn bantuan puak2 pan....
Aku mengajak penyokong2 pan sekalian utk berfikir....selama berpuluh tahun kepentingan seseorang yg menganut agama Islam dipertahankan termasuklah anak2 nya kerana kita beriman dgn hadis bahawa anak2 itu ibarat kain putih dan kpd ibu bapanya yg mencorakkan anak itu samada yahudi, majusi atau nasrani....dan kita meyakini bahawa agama Islam ni adalah agama yg benar....tapi dgn pindaan ini, umno be end, pan dan dap telah menggadaikan hak umat Islam kepada mahkamah sivil.....
Hairan amat bagaimana RUU 355 yang tidak berkaitan dgn bukan Islam ditentang oleh dap dan pan, tetapi pada masa yg sama....hari ini puak2 ini telah berjaya merampas pulak hak umat Islam....
Ibarat kata seorang penyokong tegar pakatan haprak hari ini berikutan perkembangan RUU 164 ini, katanya "menyokong pakatan haprak pada hari ini seolah2 menjual Islam"....
Alfaqir Ilallah Ppk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan