Jumaat, Ogos 26, 2016

Kita Tidak Nampak Allah

*```KITA TAK NAMPAK ALLAH```* *```
Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH.```* *```

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH.```*


*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```* *```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.```*

Tiada ulasan: