Sabtu, Disember 29, 2018

Poket Bocor Serta Kepelikan Manusia

🌴POKET BOCOR🌾

Imam Masjidil Haram dalam khutbahnya mengatakan:
إحذروا الكيس المثقوب
Hati-hatilah dengan poket yg bocor
" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' كيس مثقْوب
Engkau telah berwudhu' dgn sebaik-baik wudhu' akan tetapi engkau boros memakai air, (itu sama dengan) poket bocor
" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian engkau menghina dan menyusahkan mereka, (itu seperti) poket bocor
تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم كيس مثقْوب
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari dan mentaati Tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahim, (jelas itu adalah) poket bocor
تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن كيس مثقْوب
Engkau berpuasa dan sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) poket bocor
" تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس "لكـن .. العطر فواح كيس مثقْوب
Engkau memakai penutup muka dan baju labuh , tapi minyak wangi baunya menyengat, (itu) poket bocor
تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه كيس مثقْوب
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu) poket bocor
أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران .
Pada akhirnya engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket bocor, satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau menjatuhkannya dengan mudah di sisi lain.
Ya Rabb, kami mohon hidayah dan ampunan atas kami dan orang-orang yg kami cintai

PERKARA PELIK KEPADA MANUSIA TERUTAMA YANG ISLAM
عجائب الشعب العربي :
Keganjilan-keganjilan kaum muslimin umumnya :
1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
ألا إن سلعة الله غالية
1. Tidak mampu pergi haji kerana pembiayaannya besar, akan tetapi sanggup pergi melancong mengganti suasana,
bukankah perdagangan Allah itu mahal
2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
ألا إن سلعة اللَّـه غالية
2. Tidak sanggup membeli haiwan korban kerana harganya yg mahal, tapi sanggup membeli iPhone sekadar ganti model baru. bukankah perdagangan Allah itu mahal

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
ألا إن سلعة الله غالية
Sanggup membaca chating hingga seratus percakapan setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Qur'an dengan dalih tiada waktu yg cukup untuk membaca. bukankah perdagangan Allah itu mahal
قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
Sedikit yg mahu menyebarkannya/ memviralkannya kerana merasa berat..
تخيل ان الله يراك وانت تنشرها لاجله.
Impikan di fikiranmu bahwa Allah selalu melihatmu.. Dan engkau menyebarkannya keranaNya..
اذا اعجبتك الفكرة .. فانشرها .
وإذا لم تعجبك .. فمر كأنك لم ترى شيئا.
Jika engkau rasa terpanggil disebabkan tulisan ini maka sebarkanlah.. Namun jika tidak, maka anggaplah engkau tidak pernah lihat..
ياربu من يرسلها ترزقه من حيث لايحتسب
Ya Rabb... Siapa yg mahu menyebarkan tulisan ini berilah rezeki kepadanya dari arah yg tidak disangka-sangka...

Ameen Ya Rabbal Alameen.

Khamis, Disember 27, 2018

Hakikat Kebahagiaan

👉"Hakikat Kebahagiaan"💖
👤Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela & nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tongsampah. Katanya , "Syukur Allah. Aku tak miskin".
👤Lelaki miskin itu memandang sekeliling & nampak seorang lelaki bogel berkelakuan tidak tentu arah di jalanan. Katanya , "Syukur Allah. Aku tidak gila".
👤Lelaki gila memandang ke depan & nampak ambulans membawa seorang pesakit. Dia berkata, "Syukur Allah. Aku tidak sakit".
👤Org sakit di hospital melihat troli yg mengusung mayat menuju ke bilik mayat. Dia berkata: "Syukur Allah, aku belum mati".
👉💀Hanya orang mati saja yg tidak dpt bersyukur & berterima kasih kpd Allah.
❔Kenapa tidak kita bersyukur hari ini atas keberkatan hidup, dan peluang menikmati hari baru? 😨*Apakah sebenarnya kehidupan?*
👉Untuk memahami kehidupan, pergilah ke 3 lokasi ini : *1. Hospital *2. Penjara *3. Tanah perkuburan 🏥Di hospital, akan kau fahami tiada ada yg lebih indah dari *kesihatan*.
🚓Di penjara, kau akan tau *kebebasan* adalah amat berharga.
💀Di tanah perkuburan, kau akan sedar kehidupan ini tiada apa2. Tanah yg kita pijak hari ini, akan jadi bumbung kita esok hari.
⏩Kebenaran yg menyedihkan : Kita dtg tanpa apa2, kita pergi juga tanpa apa2. Jadi mari kita rendahkan diri & mensyukuri serta berterima kasih kpd Allah sepanjang masa utk segala2 nya.

Anak Yatim

Anak yatim merupakan seorang anak yang telah kehilangan bapaknya, karena itulah kita sebagai umat Islam patut menyantuni anak yatim. Terutama sebagai Muslim kita patut menyayangi anak yatim dan membantunya dalam berbagai hal. Menyantuni anak yatim pun telah dianjurkan di dalam Al-Quran, begitupun terdapat beberapa Kumpulan Hadits Rasulullah tentang Anak Yatimdiantaranya adalah:

1. Hadits riwayat Imam Bukhari
 عَنْ سَهْلٍ بْنِ سَعْدٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا ، وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئًا
Dari Sahl bin Sa’ad r.a berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam surga seperti ini.” Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya serta merenggangkan keduanya.” Daud a.s berkata: “Bersikaplah kamu kepada anak yatim sebagaimana seorang bapak yang penyayang.” Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Saya dan orang yang memelihara  anak yatim di surga, seperti ini (sambil merenggangkan jari telunjuk dan jari tengah).”

2. Hadits riwayat Imam Muslim
 كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ وَأَشَارَ مَالِكٌ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى “Orang yang menanggung (mengasuh) anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di surga.” Malik (perowi hadits) mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah.” (HR. Muslim)   Baca juga: Peran Ayah Masa Kini untuk Pendidikan Anak

 3. Hadits riwayat Thabrani
 مَنْ ضَمَّ يَتِيْمًا بَيْنَ أَبَوَيْنِ مُسْلِمَيْنِ فِيْ طَعَامِهِ وَ شَرَابِهِ حَتَّى يَسْتَغْنِيَ عَنْهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan Thobrani, Shahih At Targhib Al Albani bahwa: “Barang siapa yang mengikutsertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua Muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk surga.” Terdapat seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabi pun bertanya padanya: sukakah kamu? Jika hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu dapat terpenuhi? Kasihilah anak yatim dengan mengusap mukanya, serta berilah makan dari makananmu, maka niscaya hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu dapat terpenuhi.”

4. Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud ياَ سَائِبُ انْظُرْ أَخْلاَقَكَ الَّتِيْ كُنْتَ تَصْنَعُهَا فِيْ الجْاَهِلِيَّةِ فَاجْعَلْهَا فِيْ اْلإِسْلاَمِ. أَقْرِ الضَّيْفَ و أَكْرِمِ الْيَتِيْمَ وَ أَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ
“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliyahan, maka laksanakanlah pula dalam keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim dan berbuat baiklah kamu pada tetanggamu.” Dari beberapa hadits tersebut maka dapat diketahui bahwa memuliakan anak yatim memang dianjurkan dan bahkan dijanjikan surga. Karena itu, kita harus menyantuni anak yatim dimanapun dan kapanpun, dan cara paling mudah adalah dengan memberi makan anak yatim serta menyayanginya layaknya menyayangi anak kandung sendiri.

Rabu, Disember 26, 2018

Kisah Pelik Ajaib

♦قصة عجيبة في فضل الصدقة روى الإمام الشوكاني في كتابه الرائع «البدر الطالع بمحاسن ما بعد القرن السابع»(493/1) في ترجمة علي بن محمد بن أحمد البكري من علماء اليمن في القرن التاسع الهجري . ومفاد هذه القصة أن رجلاً من أهل بلدة باليمن تسمى الحمرة وتقع في غرب اليمن قريبًا من ساحل البحر الأحمر، كان يعمل بالزراعة، ومشهورًا بالصلاح والتقوى وكثرة الإنفاق على الفقراء وخاصة عابري السبيل، وقد قام هذا الرجل ببناء مسجد، وجعل فيه كل ليلة سراجًا يوقد لهداية المارة وطعام عشاء للمحتاجين، فإن وجد من يتصدق عليه أعطاه الطعام وإلا أكله هو وقام يصلي لله عز وجل تنفلاً وتطوعًا، وهكذا دأبه وحاله. وبعد فترة من الزمن وقع القحط والجفاف بأرض اليمن، وجفت مياه الأنهار وحتى الآبار، وكان هذا الرجل يعمل في الزراعة، ولا يستغني عن الماء لحياته وزراعته، وكانت له بئر قد غار ماؤها، فأخذ يحتفرها هو وأولاده، وأثناء الحفر وكان الرجل في قعر البئر انهارت جدران البئر عليه، وسقط ما حول البئر من الأرض واردم البئر كله على الرجل، فيأس منه أولاده، ولم يحاولوا استخراجه من البئر وقالوا قد صار هذا قبره وبكوا عليه وصلوا واقتسموا ماله ظنًا منهم وفاته. لم يعلم الأولاد ما جرى لأبيهم في قاع البئر المنهار، ذلك أن الرجل الصالح عندما أنهدم البئر كان قد وصل إلى كهف في قاع البئر، فلما انهارت جدران البئر سقطت منه خشبة كبيرة منعت باقي الهدم من الحجارة وغيرها أن تصيب الرجل، وبقي الرجل في ظلمة الكهف ووحشته لا يرى أصابعه من شدة الظلمة، وهنا وقعت الكرامة وجاء الفرج بعد الشدة، وظهر دور الصدقة في أحلك الظروف، إذ فوجئ الرجل الصالح بسراج يزهر فوق رأسه عند مقدمة الكهف أضاء له ظلمات قبره الافتراضي، ثم وجد طعامًا هو بعينه الذي كان يحمله للفقراء في كل ليلة، وكان هذا الطعام يأتيه كل ليلة وبه يفرق ما بين الليل والنهار، ويقض وقته في الذكر والدعاء والمناجاة والصلاة. ظل العبد الصالح حبيس قبره ورهين بئره ست سنوات، وهو على حاله التي ذكرناها، ثم بدا لأولاده أن يعيدوا حفر البئر وإعمارها من جديد، فحفروها حتى وصلوا إلى قعرها حيث باب الكهف، وكم كانت المفاجأة مروعة والدهشة هائلة عندما وجدوا أباهم حيًا في عافية وسلامة، فسألوه عن الخبر فأخبرهم وعرفهم أن الصدقة التي كان يحملها كل ليلة بقيت تحمل له في كربته وقبره كل ليلة حتى خرج من قبره بعد ست سنوات كاملة. ●وصدق رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم إذ قال: "صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات". صححه الألباني رحمه الله. منقول

Rabu, Disember 12, 2018

Graviti Menurut Al Quran

Al jazibiyyah/ graviti menurut al Quran.

Kita sedia maklum bahawa tetapnya kita bergerak atas muka bumi ini kerana adanya graviti..semua yg dibaling jatuh semula ke bumi kerana graviti..setakat itu sahaja kita diajar di sekolah. Tp sedarkah kita siapa yg menjadikannya..? Kalau difikir secara logik tentulah langit dan segala isinya akan jatuh juga ke bumi kerana graviti..tetapi ini tidak berlaku.

Allah menyebut dlm ayat 2 surah al Ra'd: Mafhumnya: "Allahlah yang mengangkat langit tanpa tiang sebagaimana  yang kamu nampak," dalam surah Fatir ayat 41: "sesungguhnya Allahlah yang menahan langit dan bumi supaya tidak tergelincir (hilang), jika kedua2nya tergelincir tidak ada seorangpun yang mampu menahannya selain Allah. Sungguh DIA Maha Penyantun lagi Maha Pengampun"

Dalam ayat lain, Allah menceritakan tentang graviti: Bukankah DIA (Allah) yang menjadikan bumi sebagai tempat yang tetap (qarar- stabil lg tenang untuk didiami)? (al-Naml:61)

Namun apabila Allah SWT menghendaki dan  membuang graviti itu, yakni tatkala tibanya hari kiamat maka gambarannya ialah:
"Apabila langit terbelah. Dan patuh kepada Tuhannya dan semestinya ia patuh. Dan apabila bumi diratakan. Dan ia memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong ..."(al-Insyiqaq:1-4)

Maka tatkala graviti sudah tiada lagi  dan berlakunya kiamat, manusia dan gunung akan berterbangan.."..dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Hari di mana manusia menjadi seperti kupu2 yang bertebaran. Dan bukit bukau menjadi seperti kapas yang ditiup.."(al Qari'ah: 3-5)

Hari2 Ganjil Umat Rasulullah

_*Baginda Nabi ﷺ bersabda (mafhumnya):*_

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak nya gempa² bumi.

🕒 Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga² dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah ﷺ menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir² semua yg disebut itu berlaku di zaman kita 😭

💔 Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu² & bapa² hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik² sahaja terhadap anak² mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak² mereka.

💔 *Hari² yang ganjil.*

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan/sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Pemuda dan pemudi berjam² menghabiskan waktu mereka jalan² dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

💔 *Hari² Ganjil.*

Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu² dengan hati yang girang gembira. Namun jika untuk mendengar firman² Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah² mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita bersungguh² berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak² dan yang bagus². Murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali unutk dimasukkan kedalam tabung derma.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa untuk setkan alarm untuk bangun menghadap Allah ketika solat Subuh.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk² Allah, namun kita lupa akan firman Allah _*"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah _*"Maha Suci Allah yang telah menggerak kan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Ibu² & bapa² membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing² dll....

💔 *Hari-hari yang ganjil.*

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah² _*Nabi Muhammad ﷺ.*_

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah _*Nabi ﷺ*_ ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah sahaja.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak kepada kebaikan.

Abid Beribadah 500 Tahun

Di sini ada suatu kisah tentang seorang ahli ibadah yang ingin masuk syurga dengan amalannya, mari kita menelusuri kisahnya.

Dari Jabir bin Abdullah, dia berkata: “Suatu hari kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Di tengah perjalanan Rasulullah bersabda: “Sebentar tadi Jibril datang kepadaku, dia berkata: “Wahai Muhammad, dahulu kala Allah mempunyai seorang hamba yang sangat soleh. Dia beribadah kepada Allah selama lima ratus tahun. Seluruh hidupnya dia abdikan hanya kepada Allah. Dia tinggal di puncak sebuah gunung yang terletak di tengah lautan. Luas dan tinggi gunung tersebut sekitar tiga puluh hasta, sementara lautnya terbentang luas sekitar empat ribu farsakh.

Tidak jauh dari tempat dia beribadah, di kaki gunung, keluarlah air tawar sebesar jari yang keluar dari celah-celah batu sebagai tempatnya menghilangkan rasa haus. Di tempat tadi juga ada sepohon delima yang setiap malam mengeluarkan buahnya. Apabila petang hari tiba, dia turun dari puncak gunung menuju kepada air tawar tadi untuk mengambil wudhu’ sekaligus minum dan makan buah delima sebagai mengisi perutnya yang kosong. Setelah itu dia kembali beribadah. Demikianlah rutinnya sehari-hari.

Suatu hari dia memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan sujud, lalu Allah mengabulkan permohonannya itu, dia pun mati dalam keadaan sujud. Ketika dia sudah berada di hadapan-Nya (pada hari Kiamat), Allah kemudian berfirman: “Wahai hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.” Hamba itu menjawab: “Ya Allah, aku masuk syurga kerana amalku, bukan kerana rahmat-Mu.” Allah kembali berfirman: “Wahai hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.” Hamba tadi kemudian menjawab kembali: “Ya Allah, bukan kerana rahmat-Mu aku masuk ke dalam syurga, melainkan kerana ibadahku. Aku habiskan seluruh umurku hanya untuk beribadah kepada-Mu.”

Allah lalu berfirman: “Hamba-Ku ini membandingkan nikmat yang telah Aku berikan dengan amal ibadah yang telah dilakukannya. Ketahuilah wahai hamba, nikmat penglihatan sahaja yang Aku berikan kepadamu itu cukup untuk membalas amal ibadahmu yang lima ratus tahun itu, belum lagi dengan nikmat-nikmat-Ku yang lain.” Allah berfirman lagi: “Baiklah wahai hamba, mendekatlah dan jawablah pertanyaan-pertanyaan-Ku ini. Wahai hamba, siapakah yang telah menciptakanmu dari tiada?” Hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah.” Allah kembali bertanya: “Siapa yang memberimu kesihatan sehingga kau dapat beribadah selama lima ratus tahun?” Hamba itu kembali menjawab: “Engkau ya Allah.”

Allah kembali bertanya: “Siapa yang menempatkanmu di tengah lautan sehingga kau dapat beribadah dengan tenang? Siapa pula yang telah mengeluarkan air tawar sebagai tempatmu minum padahal kau berada di tengah lautan yang masin airnya? Siapa pula yang telah mengeluarkan buah delima dari pohonnya yang selalu berbuah setiap hari sebagai makananmu padahal buah itu (sepatutnya) ada setahun sekali? Siapa pula yang mematikanmu ketika kau sedang sujud?” Hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah.” Allah kembali berfirman: “Semua itu adalah rahmat-Ku, dan kerananya (rahmat) pula Aku memasukkanmu ke syurga. Engkaulah hamba-Ku yang paling beruntung, kerananya masuklah ke dalam syurga.” Hamba itu kemudian masuk ke dalamnya (syurga).”

(Riwayat Al-Hakim, sanadnya sahih

Saat Matinya Seorang Abid


يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنْكُمْ خَافِيَةٌ

"Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi" [Surah al-Haqqah 18]

#Kita semua akan mati. Kita akan dibawa mengadap Allah swt utk disoal siasat segala apa yg kita telah kerjakan sewaktu hidup di dunia. Tiada satu perkara pun yg dpt dielak atau disembunyikan samada kebaikan atau kejahatan. Semuanya akan terdedah dan didedah. Adakah kita telah bersedia utk semua itu. Selamat memikirkan masa depan kita!!

#Mari kita hayati kisah dibawah ini agar menjadi iktibar, pengajaran, persediaan sblm kita dimatikan.

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang ‘abid tinggal di Basrah. Di saat dia menghampiri kematian, semua ahli keluarganya bersimpoh dan menangis di sisinya. Dia meminta mereka mendudukkannya. Setelah dia duduk, dia mengadap mereka satu persatu.

Dia mengadap ayahnya sambil bertanya, kenapa ayah menangis? Ayahnya menjawab: "Wahai anakku, aku menangis kerana aku teringat selepas ini aku berpisah denganmu dan aku akan keseorangan tanpamu".

Dia mengadap ibunya dan bertanya, kenapa ibu menangis? Ibunya menjawab: "Aku menangis kerana pahitnya menanggung kehilanganmu, anakku".

Dia berpaling kepada isterinya dan bertanya, kenapa engkau menangis wahai isteriku? Isterinya menjawab: "Aku menangis kerana aku akan kehilangan kebaikanmu dan aku terpaksa berhajat kepada orang lain".

Dia berpaling kepada anak-anaknya dan bertanya mereka, kenapa kamu menangis wahai anak-anakku? Anak-anaknya menjawab: "Kami menangis kerana akan jadi anak yatim yang hina dan melarat selepas ketiadaan ayah"

Ketika itu dia merenung mereka seorang demi seorang. Dan diapun menangis. Mereka bertanya, kenapa pula engkau menangis? Dia menjawab: "Aku menangis kerana aku mendapati setiap orang daripada kamu menangis untuk dirinya, bukan untuk diriku"

*Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana mengenangkan panjangnya perjalananku nanti?

*Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana sedikitnya bekalanku?

*Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana aku akan berbaring di atas pasir (di dalam kubur) kegelapan keseorangan?

*Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana aku akan berdepan dengan perhitungan yang sengit?

*Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana aku akan berdiri di hadapan Tuhan segala tuhan-tuhan?

Habis saja kata-kata itu, diapun tersungkur. Ahli keluarganya menggerak-gerakkan, tapi sayang. Dia telah pergi meninggalkan mereka semua!!

♡Bersempena berada di Jumaat yg terakhir pd tahun 1437H, marilah kita bermuhasabah dan merenung keadaan kita sebelum dijemput Allah dan kehidupan yg perlu kita hadapi selepas mati. Bahagiakah kita atau meranakah kita??. Renung2kanlah!!♡

🐊Ust naim

Jangan Ludah Malaikat

Malaikat adalah sejenis makhluk yang tak dapat dilihat tapi dipercayai dan DISENANGI semua manusia tanpa mengira agama. Banyak sekali ayat yang menunjukkan manusia kufur daripada umat lampau seperti Fir’awn pun hormati malaikat. Anda boleh rujuk ayat berikut (al-An’am 6:8, Fussilat 41: 13-14 & al-Zukhruf 43:53).

Pun begitu, ada manusia pelik yang membenci serta memusuhi Jibril AS seperti orang Yahudi. Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, mereka menolak baginda kerana Jibril menjadi malaikat pembimbing baginda (Tafsir Ibn Kathir). Berikutan itu Allah menegur keras mereka dengan ayat ini:

قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (97) مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ (98)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman". Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya), memusuhi para malaikat-Nya, para rasul-Nya, terutama sekali malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang kafir (al-Baqarah 2:97-98).

Selain itu, nabi melarang umatnya MELUDAH MALAIKAT. Eh! Mana mungkin kita akan ludah malaikat? Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَلَا يَبْصُقْ أَمَامَهُ فَإِنَّمَا يُنَاجِي اللَّهَ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ فَإِنَّ عَنْ يَمِينِهِ مَلَكًا وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ فَيَدْفِنُهَا

Ertinya: Apabila sesiapa daripada kamu solat, maka janganlah ludah ke arah hadapannya kerana sesungguhnya dia sedang bermunajat kepada Allah selagi dia berada di tempat solatnya. JANGAN JUGA (LUDAH) KE ARAH KANANNYA KERANA PADA SEBELAH KANANNYA ADA MALAIKAT. (Jika terpaksa) maka ludahlah ke arah kiri atau di bawah tapak kakinya, lalu ditanamnya (dengan kaki) (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Kewujudan malaikat yang dimaksudkan hadith ini adalah KETIKA DALAM SOLAT. Ia juga melibatkan solat di kawasan luar seperti di atas pasir atau tanah dan bukannya dalam masjid. Tujuan utama arahan timbus kesan ludah di bawah tapak kaki adalah untuk mengelakkan ia terkena orang lain. Ringkasnya, kita PERLU SENTIASA HORMATI PARA MALAIKAT.

Untuk hormati serta kenali mereka sudah pasti dengan mendalami agama dan bukannya “meneka perihal makhluk ghaib secara ikut-ikutan.” Antara buku ringkas yang bagus membicarakan perihal malaikat adalah – عالم الملائكة الأبرار – ALAM PARA MALAIKAT YANG BERBAKTI karya Prof Dr ‘Umar Sulayman Abdullah al-Asyqar.

 Alhamdulillah! Buku ini menjadi bahan sampingan kelas Tafsir Dhuha mingguan saya di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

- Abdullah Bukhari @ 11 December 2018 -

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=521580525015982&id=508904676283567