Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman
Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia
Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW
dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan
Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina
Ali ra.
Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli
bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca
daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah
banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri
Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.
Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan
fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:
1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia
yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya
Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa
hijrah ke Madinah.
2. Umur Saidatina Khadijah ra ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa
beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda
berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka
berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.
3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di
Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali
RA di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).
Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada
mulanya dalam nahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.
Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia
turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah
menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang
berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk
umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.
Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa
Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40
tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau
sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.
Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas
kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?
Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW
berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah
perkahwinan bawah umur.
Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin
Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama
mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun)
dan waktu itu tinggal di Iraq.
Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah
tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.
Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6
tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama
dengan Baginda SAW.
Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan
penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :
Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab
Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah
S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh
Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan
Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat
Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan
Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan
Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha.
Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.
Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud
Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan
Menyertai Perang.
Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun
Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28
Tahun
Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan
Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara
Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam
Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang
Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah
Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis
Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.
Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama
Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang
Terlalu Muda
Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat
Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah
Cukup Umur.
Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha
Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau .
Lahir Di Zaman Jahiliyah.
Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu
Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.
Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan
Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.
Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat
Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.
Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur
Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam
Amalan.
Marilah kita kembali memahami , meneliti dan
mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya
telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam
seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.
Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta
yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah
SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar
ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah
SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada
fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan