Seorang wanita memanggil anaknya ketika anaknya sedang solat di tempat
pertapaannya.
Ibu : Wahai Juraij!
Anaknya (tidak menjawab sebaliknya) berkata: Ya Allah, solatku
dan ibuku.
Wanita itu berkata lagi: Wahai Juraij!
Anaknya berkata: Ya Allah, solatku
dan ibuku.
Wanita itu berkata: Ya Allah, jangan
Engkau matikan Juraij sehingga Engkau lihatkan kepadanya perempuan zina (diuji
dengan pelacur) [Shahih Bukhari (1206)]
Imam Qarafi rahimahullah ketika menyebutkan faedah yang diambil daripada
hadis ini berkata:
الحديث يدل على أن العقوق يؤاخذ به الإنسان وإن عظم قدره في الزهد والعبادة
لأن جريجا كان من أعبد الناس في بني إسرائيل وخرقت له العادات وظهرت له الكرامات
فما ظنك بغيره إذا عق أبويه
"Hadis ini menunjukkan bahawa DERHAKA (kepada ibu bapa) akan
menyebabkan seseorang DIHUKUM walaupun dia mempunyai kedudukan yang tinggi
dalam ZUHUD dan IBADAH. Ini kerana Juraij merupakan orang yang paling banyak ibadah dikalangan Bani Israil, mempunyai perkara yang mencarik adat dan memiliki karamah.
Apa pandangan kamu dengan orang selain Juraij (yang tidak mempunyai pekara yang mencarik adat dan memilki karamah) jika dia derhaka kepada ibu bapanya" [Furuq 1/262]
Ya Allah, ampunkanlah kami dan kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka merahmati kami sewaktu kami kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan