Salam sejahtera buat semua teman-teman.....15 jun 2009 saya sampai ke rumah di ampang dengan selamatnya, melalui perjalanan yang cukup jauh dan panjang, dari Jeddah ke Istanbul transit selama 12 jam lebih, dari Istanbul ke Bangkok transit pula 4 jam lebih. Perjalanan yang cukup lama dan menjemukan......semasa waktu subuh sampai ketika kami dalam kapal terbang, ramai jemaah yang tertidur sampai tertinggal solat subuh, jenuh juga saya kejutkan, sorang dua saja yang bangkit untuk solat, perjalanan amat jauh dan meletihkan, itulah kesimpulan kenapa para jemaah tertidur. Tapi hal ini membuatkan saya terkilan, saya jadi ketua group, tapi tak dapat gerak jemaah untuk solat subuh yang jauh lebih fardhu dan lebih besar dari umrah sunat itu sendiri.
Bila sampai di Ampang, hari pertama sampai, kerja-kerja da'wah terus bermula, terus saja meeting untuk ahli jawatan kuasa masjid. Bertambah lagi satu kerja Islam yang diamanahkan. Memang ketika di Mekah, inilah masa rehat sebenarnya...masa muhasabah diri selama dua minggu terhadap kerja-kerja da'wah yang kita lakukan selama ini. Mudah-mudahan kerja-kerja da'wah terus menerus kita laksanakan, amin.
2 ulasan:
Teruskan usaha-usaha tersebut. Moga Allah merahmatinya.
salam ustaz, sy salah seorg jemaah. alhamdulillah dpt tunaikan 3x solat subuh dlm k-terbang wlaupun kemungkinan lewat sedikit subuh utk
istanbul-bangkok. takperlu rasa terkilan. sepatutnya masing2 bertanggungjawab utk diri sendiri. lgpun ustaz awal2 lg dah ingatkan kami seblm setiap penerbangan.terimakasih atas usaha ustaz semasa rombongan tempohari. sy & isteri masih terkenangkan saat2 kita semua disana.insyaallh kami ingin keSANA lagi semoga diberikan kesihatan dan kemampuan oleh Allh SWT.
Catat Ulasan