Fudhail bin ‘Iyadh
adalah seorang yang sangat wara’ dan sering menangis apabila mengenangkan dosa-dosa yang
dilakukannya. Beliau dulu adalah seorang perompak yang menunggu kafilah-kafilah
perdagangan untuk dijadikan mangsanya. Namun, apabila Allah menyintai seseorang
hambaNya, dan apabila IA ingin agar hambaNya kembali ke jalanNya, maka hamba itu akan diberikan jalan yang sebenar, dan akan
disedarkan dengan berbagai-bagai cara.
Di sini kita
bentangkan bagaimana tercetusnya taubat Fudhail bin ‘Iyadh kepada Allah Ta’ala.
Pada suatu ketika, ketika tiga kafilah perniagaan yang berjalan secara
beriringan melintasi kawasan operasi Fudhail bin ‘Iyadh. Apabila menyedari kehadiran
tiga kafilah ini, Fudhail dan teman-temannya sebagaimana biasa bersiap sedia
untuk merompak.
Tetapi kali
ini, rombongan kafilah ini lebih bersedia, mereka telah merancang sesuatu, agar
Fudhail dapat disedarkan, supaya Fudhail kembali kepada Allah Ta’ala.
Apabila
Fudhail memulakan operasinya dengan menyerang kafilah pertama, ketika dia
memecut kudanya ke arah kafilah pertama, salah seorang yang berada dalam
kafilah tersebut bersedia dengan anak panahnya, dan memanah ke arah Fudhail
dengan membaca firman Allah Ta’ala :
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ
لِذِكْرِ
Belum
sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka
mematuhi peringatan dan pengajaran Allah (16 Al Hadid)
Apabila panah
tersebut terkena Fudhail, meraunglah Fudhail dan jatuh dari kudanya. Apabila
Fudhail bangun, ditanya kenapa dia meraung, jawab Fudhail aku meraung bukan
kerana panah semata-mata, tetapi kerana panah itu ditujukan kepadaku dengan disertai
bersama ayat Allah.
Apabila
kafilah ke dua melalui Fudhail, salah seorang daripada yang berada dalam
kafilah memanah Fudhail buat kali kedua sambil membaca ayat Allah :
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
(Katakanlah
wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah
(dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu,
sebagai pemberi amaran yang nyata (50 Az Zariyat)
Apabila
terkena panah kedua ini, Fudhail menjerit dan meraung lagi kuat dari yang pertama,
lalu dia jatuh pengsan, bila sedar kata Fudhail aku terkena panah Allah.
Selepas itu,
lalu pula kafilah ke tiga, kali ini Fudhail dipanah pula kali ketiga,
pemanahnya memanah sambila membaca firman Allah Ta’ala :
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن
يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan
kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat
kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan
diberikan pertolongan.
Panah ke tiga
ini menyebabkan Fudhail menjerit dan meraung lebih kuat dari yang kedua dan
yang pertama. Sedar dari pengsannya Fudhail menjerit kepada teman-temannya,
wahai teman bertaubatlah kepada Allah, jalan yang kita lalui ini adalah jalan
yang salah.
Fudhail
bertaubat dari segala dosa-dosa yang dilakukannya, beliau telah ke Mekah untuk
mendekatkan dirinya dengan Allah Ta’ala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan