Dalam kitab dongeng orang Yahudi banyak
kisah yang tersasar dari kebenaran, mereka sengaja mereka-reka cerita agar
pembohongan terus berleluasa. Antara kisah yang mereka reka ialah kisah Nabi
Daud alaihissalam.
Kisah Nabi Daud as dengan dua orang
lelaki yang mengadu tentang kambing masing-masing. Terdapat kesilapan tanggapan
terhadap Nabi Daud as mengenai kes baginda menyelesaikan kes ini. Kononnya dua
orang lelaki ini adalah malaikat yang datang dengan menyamar sebagai lelaki
bertujuan menegur Nabi Daud AS.
Kerana Nabi Daud AS telah terpikat dengan
isteri seorang dari pegawai tenteranya. Untuk merampas isteri pegawai tersebut
Nabi Daud telah sengaja menghantarnya ke merata tempat menyertai peperangan
agar terkorban lalu senanglah dia merampas isterinya. Ditakdirkan dalam salah
satu peperangan pegawai tersebut di dapati hilang dan tiada khabar berita.
Dengan alasan itu Nabi Daudpun mengahwini isteri pegawainya kerana disangka
telah mati.
Tidak berapa lama pegawai tersebut
tiba-tiba pulang, tetapi dia sangat sedih dengan apa yang berlaku terhadap
isterinya. Dia tiada cara untuk menyelesaikannya melainkan dengan hanya
membiarkannya saja.
Untuk menyedarkan Nabi Daud tentang
kesilapannya maka dua malaikat yang menyamar sebagai lelaki telah diutuskan
kepadanya ketika baginda sedang beribadah. Firman Allah Ta’ala :
۞ وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ
الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ
Dan adakah sampai kepadamu berita
orang-orang yang berperkara ketika mereka memanjat pagar? – Sod 21
Kedatangan mereka menyebabkan Nabi Daud
terkejut, kerana masa itu adalah masa yang dikhususkannya untuk beribadat,
bukanya masa untuk rakyat buat pengaduan. Kedatangan dua orang lelaki ini
bertujuan menyedarkan Nabi Daud as. Mereka berlakun dengan cara mengadu tentang
perbalahan di antara mereka. Firman Allah Ta’ala
إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ دَاوُودَ فَفَزِعَ
مِنْهُمْ ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ
فَاحْكُمْ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ
الصِّرَاطِ
22. Ketika mereka masuk (menemui) Daud
lalu ia terkejut karena kedatangan) mereka. Mereka berkata: "Janganlah
kamu merasa takut; (kami) adalah dua orang yang berperkara yang salah seorang
dari kami berbuat zalim kepada yang lain; maka berilah keputusan antara kami
dengan adil dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukilah kami ke
jalan yang lurus – Sod 22
Perbalahan yang berkaitan dengan
pemilikan kambing di antara mereka berdua, firman Allah Ta’ala :
إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ
نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي
الْخِطَابِ
Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai
sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor saja. Maka
dia berkata: "Serahkanlah kambingmu itu kepadaku dan dia mengalahkan aku
dalam perdebatan" – Sod 23
Pengaduan ini berkisar tentang sahabatnya
ingin merampas kambing yang dimilikinya sedangkan sahabatnya itu telahpun
memilikin Sembilan puloh Sembilan ekor. Lalu Nabi Daud as telah mengadili
antara mereka berdua. Firman Allah Ta’ala :
قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ
إِلَىٰ نِعَاجِهِ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ
عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا
هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ
رَاكِعًا وَأَنَابَ ۩
Daud berkata: "Sesungguhnya dia
telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan
kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat
itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah
mereka ini". Dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya; maka ia meminta
ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat. – Sod 24
فَغَفَرْنَا لَهُ ذَٰلِكَ ۖ وَإِنَّ لَهُ
عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
Maka Kami ampuni baginya kesalahannya
itu. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat pada sisi Kami dan tempat
kembali yang baik – Sod 25
Ayat 25 Surah Sod adalah suatu pernyataan
Allah mengenai keampunanNya terhadap Nabi Daud as. Persoalannya apakah
kesalahan Nabi Daud as? Dalam keadaan inilah Israeliyat telah mengatakan bahawa
sebab Nabi Daud bertaubat kerana dia merampas isteri pegawainya.
Sebenarnya Nabi Daud bertaubat dan
diampun Allah adalah kerana baginda bersangka bahawa dua orang yang datang
bertujuan memudharatkannya. Sangkaan inilah yang menyebabkan baginda rasa
bersalahan lalu bertaubat kepada Allah, bukannya berkaitan dengan isteri
pegawai tenteranya.
Kisah Nabi Daud as menyelesaikan kes dua
lelaki itu sebenarnya tiada langsung kaitan dengan kisah mengambil isteri
pegawai tenteranya. Malah kisah Nabi Daud as merampas isteri pegawainya adalah
rekaan israliyaat semata-mata.
PENDAPAT PARA ILMUAN
Imam Ibnu Hazm dalam Al-Fishol berkata,
“Ini adalah sebuah dongeng yang dihasilkan oleh orang-orang Yahudi.”
Imam Ibnu ul Arabi Al-Maliki berkata,
“Adapun ucapan mereka bahwa tatkala wanita ini membuat tertarik Nabi Daud maka
beliau memerintahkan suaminya berperang sehingga terbunuh di jalan Allah, maka
ini dipastikan kebathilannya, karena Nabi Daud tidak mungkin menumpahkan
darahnya hanya untuk kesenangan dirinya saja.” Sebagaimana dinukil oleh
Al-Qurthubi dalam tafsir beliau 15:176.
Al-Hafidz Ibnu Katsir, “Para ulama tafsir
menyebutkan sebuah kisah yang kebanyakan terambil dari israiliyyat dan tidak
shahih dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam yang wajib untuk diikuti,
namun hanya diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, sanadnya tidak shahih karena dari
jalan Yazid Ar-Ruqasyi dari Anas. Dan Yazid ini meskipun seorang yang shaleh
namun hadisnya lemah menurut para ulama.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4:31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan