Banyaknya perbuatan zina dan perbuatan-perbuatan kotor.
PENJELASANNYA
Perbuatan zina adalah perbuatan yang sangat besar dosanya, ini jelas
dinyatakan dalam firman Allah :
Al-Isra' Ayat 32
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ
فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Ayat tersebut menyebut dengan kalimah ‘jangan kamu hampiri zina’ dengan
maksud semua perkara yang membawa kepada perbuatan terkutuk ini diharamkan.
Dengan maksud bahawa bukan zina sahaja yang diharamkan tetapi perkara-perkara
yang melorongkan seseorang kepadanya juga turut diharamkan.
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ
حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ
النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي،
وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk
setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina
mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan
dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau
mendustakannya.”
BERDUA-DUAAN BOLEH MENATIJAHKAN ZINA
Salah satu larangan yang boleh membawa kepada zina ialah berdua-duaan,
maka berdua-duan dengan wanita yang bukan mahram diharamkan juga. Sebagaimana
yang disabdakan oleh baginda sollahu alaihi wasallam :
((…أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ
إِلاَّ كَانَ ثَالِثُهُمَا الشَيْطَانَ…)).
…Janganlah seorang laki-laki berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang
wanita, melainkan yang ketiga dari mereka adalah syaitan…”(HR. Tirmidzi,
no.2165)
ALLAH TIDAK BERBICARA DENGAN ORANG YANG BERZINA
وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم: ((ثلاثةٌ لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا يزكيهم، ولا ينظر إليهم،
ولهم عذابٌ أليمٌ: شيخٌ زانٍ، وملكٌ كذابٌ، وعائلٌ مستكبرٌ))؛ رواه مسلم.
Artinya: “Tiga (jenis manusia) yang tidak diajak bicara oleh Allah pada
hari kiamat dan tidak pula Allah menyucikan mereka dan tidak memandang kepada
mereka, sedang bagi mereka siksa yang pedih, yaitu: laki-laki tua yang suka
berzina, seorang raja pendusta dan orang miskin yang sombong” (HR. Muslim)
ZINA BERLELUASA DI HUJUNG DUNIA
ثنا عَبْدُ الْوَارِثِ ، ثنا أَبُو
التَّيَّاحِ ، ثنا أَنَسٌ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ
وَيَثْبَتَ الْجَهْلُ ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا "
.
Artinya: “Sesungguhnya diantara tanda-tanda kiamat yaitu diangkatnya
ilmu dan kebodohan nampak jelas, dan banyak yang minum khamar dan banyak orang
berzina secara terang-terangan” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa
semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan
berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.
HUBUNGAN LUAR TABI’I JUGA SEBAHAGIAN DARI ZINA
Berkenaan dengan homoseksual, perkataan “fahisyah” dalam ayat tersebut
juga merujuk kepada kategori perbuatan keji termasuk liwat. Firman Allah SWT:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِين
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ
قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata
kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?.
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu
dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas".
DUA KISAH ZINA ZAMAN BAGINDA SOLLAHU ALAIHI WASALLAM
Dari Imran bin Husain, bahawa seorang wanita dari Juhainah datang
menghadap kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (pemerintah), padahal dia
sedang hamil akibat melakukan zina. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah, aku
telah melanggar hukum, oleh kerana itu tegakkanlah hukuman itu (rejam) ke
atasku.”
Lalu Nabi Allah memanggil wali perempuan itu dan bersabda kepadanya:
“Rawatlah wanita ini sebaik-baiknya, apabila dia telah melahirkan, bawalah dia
ke hadapanku.” Lalu walinya melakukan pesan tersebut. Setelah itu Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk merejam wanita tersebut, maka
pakaian wanita tersebut dirapikan (agar auratnya tidak terbuka ketika direjam).
Kemudian beliau perintahkan agar dia direjam.
Setelah direjam, beliau mengsolatkan jenazahnya, namun hal itu
menjadikan Umar Al-Khaattab bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, perlukah
dia disolatkan? Bukankah dia telah berzina?” Beliau menjawab: “Sungguh, dia
telah bertaubat kalau sekiranya taubatnya dibahagi-bahagikan kepada tujuh puluh
orang penduduk Madinah, pasti taubatnya akan mencukupi mereka semua. Adakah
taubat yang lebih utama (hebat) daripada menyerahkan nyawa kepada Allah Ta’ala
secara ikhlas?”
(Sahih Muslim, no. 3209, Sunan Abu Daud, no. 3852)
2. Si bujang berzina dengan isteri orang
Dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid Al Juhaniy radhiallahu ‘anhuma
bahawa keduanya berkata: “Ada seorang warga Arab datang kepada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku bersumpah
atas nama Allah kepadamu, bahawa engkau tidak memutuskan perkara di antara kami
melainkan dengan Kitab Allah. Lalu lawannya yang tutur katanya lebih baik
daripadanya berkata: “Dia benar, putuskan perkara di antara kami dengan Kitab
Allah dan perkenankanlah untukku”. Maka Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam
besabda: “Katakan”.
Maka warga Arab itu berkata: “Sesunguhnya anakku adalah buruh yang
bekerja pada orang ini lalu dia berzina dengan isterinya maka aku diberitahu
bahawa anakku harus direjam. Kemudian aku tebus anakku dengan seratus ekor
kambing dan seorang hamba wanita kemudian aku bertanya kepada ahli ilmu lalu
mereka memberitahu aku bahawa atas anakku cukup dicambuk (dirotan) seratus kali
dan diasingkan selama setahun sedangkan untuk isteri orang ini direjam.”
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Demi Zat yang
jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku akan putuskan buat kalian berdua
dengan menggunakan Kitab Allah. Ada pun seorang hamba wanita dan kambing
seharusnya dikembalikan dan untuk anakmu dikenakan hukum cambuk (rotan)
sebanyak seratus kali dan diasingkan selama setahun. Ada pun kamu wahai Unais
(panggilan bagi Anas bin Malik), esok pagi datangilah isteri orang ini. Jika
dia mengaku maka rejamlah dia.” Kemudian Unais mendatangi wanita itu dan dia
mengakuinya. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar
wanita itu direjam.”
(Sahih Bukhari, no. 2523, no. 6143, no. 6332)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan