Halaman

Selasa, Ogos 11, 2015

KISAH BALA YANG DIKENAKAN KEPADA KAUM AAD KAUM NABI HUD ALAIHISSALAM

Kisah kaum Nabi Hud alaihissalam yang ditimpa bala oleh Allah Azzawajalla sangat hebat sehingga memecah gegendang telingan bila terdengar perkhabaran tentangnya. Ayat berkaitan dengan bala ini ialah dari surah al Ahqaf pada ayat 24 :

Awan tebal yang berarak merupakan permulaan azab kepada kaum Aad. Mereka berada dalam keadaan kemarau yang agak lama. Oleh itu, mereka sangat memerlukan hujan bagi mengairi semula ladang-ladang mereka. Disebabkan itulah mereka menyangka apabila awan hitam datang, hujan yang mereka perlukan telah datang, padahal yang datang 
itu bukannya hujan rahmat tetapi adalah hujan bala, sebagaimana dalam firman Allah pada ayat 24 surah Al Ahqaf.
Pernyataan Allah ini sebenarnya adalah jawapan kepada kesombongan kaum Aad yang pernah berkata "Bawalah azab kepada kami, kalau kamu wahai Hud adalah dari kalangan orang benar!". Ucapan sombong ini adalah punca dan titik mula kebinasaan mereka.

Al Imam Ahmad bin Ishak mengatakan, apabila kaum Aad menolak seruan atau dakwah Nabi Hud alahissalam, Allah menahan hujan dari turun selama 3 tahun berturut-turut, sehingga kehidupan mereka menjadi kacau bilau dengan suasana kering kontang yang menimpa bumi tempat kediaman mereka.
Mereka cuba menyelesaikan masalah kemarau ini dengan menghutuskan 70 orang dari kalangan mereka ke Tanah Haram dengan tujuan berdoa memohon hujan. Ketika itu Tanah Haram didiami oleh kaum atau bangsa Mamaliq, pemimpin Mamaliq bernama Mu'awiyah bin Bakr, beliau berasal dari keturunan Aad melalui aliran ibunya.

Berbalik kepada 70 orang tadi, apabila menghampiri Mekah mereka bertemu dengan Mu'awiyah, mereka telah berbuat jahat selama 30 hari atau sebulan dengan berpesta dengan minum arak sambil bergelak ketawa dan tarian dengan memukul gendang. Bagai memudahkan mereka berpesta ini, mereka menutup mulut Muawiyah dengan menghiburkannya dengan wanita-wanita cantik. Mereka telah lupa tujuan mereka ke bumi Mekah, mereka berpoya-poya sambil bergembira sedang bumi Aad kering kontang memerlukan air, doa mereka diperlukan.

Keadaan ini menyebabkan kaum Mu'awiyah marah dan ingin mengusir 70 orang kaum Aad ini dari bumi mereka,  Mu'awiyah cuba mengingatkan Kaum Aad tentang tujuan asal kedatangan mereka ke Mekah dengan syairnya :

kenapa engkau tidur di tengah hari
bangunlah, sambil merenung
barangkali Allah akan menghapus dukacita kita
lalu menyirami bumi Aad
Aad benar-benar telah gila
ucapannya tidak dapat dimengertikan
akibat dahaga yang mencekik
kami tidak punya harapan kepada pemimpin besar kami
bukan pula kepada sorang pembantu
kaum wanita mereka asalnya baik
sekarang jadi gila
binatang buas mendatangi mereka
tanpa takut ancaman lembing
sementara itu kamu di sana
bersuka cita sepanjang hari dan malam
teruk amat utusanmu sebgai utusan bangsa
mereka tanpa memperoleh ucapan salam dan selamat

apabila mendengar akan peringat berbentuk syair ini, kaum Aad mula ingat kembali tujuan kedatangan mereka. Mereka meninggalkan tempat pesta itu dan menuju ke Mekah. Apabila sampai di Ka'abah mereka terus berdoa meminta hujan dari Allah, mereka dipimpin oleh Aail bin 'Unuz. Setelah selesai berdoa, Allah mengirimkan awan berwarna-warni, sebahagian berwarna putih, merah dan sebahagian lagi berwarna hitam. Selepas itu kedengaran satu seruan"pilihlah awan mana yang kamu suka untuk kaummu dari tiga warna awan ini.

Qail bin 'Unuz berpandangan bahawa awan berwarna hitamlah yang berisi air yang banyak, lalu dia memilih awan berwarna hitam. Terdengar pula seruan sabaik sahaja Qail membuat pilihannya, kata seruan itu "engkau telah memilih kehancuran seluruhnya, tiada yang akan selamat orang tua atau kanak-kanak, semua akan binasa kecuali Bani al Luziyah!". 

Lalu Allah mengarahkan awan hitam menuju kepada kaum Aad, di dalamnya terdapat penyakit dan seksaan, dengan arahan dari PENCIPTAnya, awan awan terus berkumpul dan menebal, kaum Ad yang mendiami lembah al Mughaith keluar dari kediaman mereka apabila melihat awan tebal mendatangi mereka, mereka menyangkakan bahawa awan hitam dan tebal itu akan memberikan hujan kepada mereka, lalu Allah menjelaskan :
46:24
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; - 24 & 25 al Ahqaf

Manusia pertama yang perasan dengan isi kandungan awan ini ialah seorang perempuan Kaum Aad bernama Mahdu, dia sedar awan ini adalah sangat awan yang membawa bala yang dahsyat, katanya "Aku melihat gumpalan angin yang menyerupai bola api raksasa, di hadapannya berdiri seorang lelaki lagaknya seperti panglima.

Gumpalan angin itu diperintah Allah menghentam mereka selama 7 malam 8 hari sebagaimana firman Allah Ta'ala :69:7
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. 

Ketika berlakunya serangan bala Allah itu, Nabi Hud alaihissalam dan orang mukmin beredar dari tempat tersebut menuju ke Hazhirah. Semuanya selamat dari bencana atau bala itu.

Kesan buruk yang berlaku ialah radang kulit dan sesak nafas pada peringkat permulaan kemudian hilang, selepas itu ribut taufan dengan angin panas yang kencang menimpa mereka bertalu-talu hingga memusnahkan keseluruhan penduduk itu. 

Ambil pengarajan dari kisah ini, jika manusia terlalu sombong sehingga mencabar Allah Ta'ala, maka sudah pasti mereka akan dibinasakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan