عن جمهور العلماء أن الفكرةَ على خمسة أنجوه :
فكرةٌ في ءايات الله يَتَوَلَّدُ منها التوحيد
واليقين وفكرة في آلاء الله يَتَوَلَّدُ منها المحبةُ والشكرُ وفكرة في وعد الله يَتَوَلَّدُ منها الرَّغْبةُ وفكرة في وعيد الله يَتَوَلَّدُ منها
الهَيْبةُ وفكرة في تقصير نفسَهُ عن الطاعةِ مع إحسانِ
الله إليه يَتَوَلَّدُ منها الحياة
Jumhur Ulama mengatakan terdapat lima perkara yang
menjadi objek yang difikirkan manusia, iaitu :
1.
Berfikir mengenai tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan
Allah sehingga lahir tauhid dan keyakinan keapda Allah.
2.
Berfikir mengenai keni’matan-keni’matan yang telah Allah
berikan, sehingga lahir rasa cinta dan syukur kepada Allah.
3.
Berfikir tentang janji-janji Allah sehingga lahir rasa
cinta kepada akhirat
4.
Berfikir tentang ancaman Allah, sehingga lahir rasa takut
kepada Allah.
5.
Berfikir tentang sejauh mana ketaatannya kepada Allah,
padahal Allah selalu berbuat baik keapdanya, sehingga lahir keghairahan dalam
beribadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan