Pintu-pintu ini tidak boleh terbuka kecuali jika
seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu
tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut
yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah
memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini serta melindungi kita dari
terbuka pintu-pintu ini untuk syaitan memasukinya.
PINTU 1 HASAD DENGKI
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan
iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu,
ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya
kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau
buruk.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan
akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh
syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Rasulullah
SAW bersabda,
ثَلاَثٌ
لاَ يَخْلُوْ مِنْهُنَّ أَحَدٌ : اَلْحَسَدُ , وَ الظَّنُّ , وَ الطِّيَرَةُ .
أَفَلاَ اُنَبِّئُكُم بِالْمَخْرَجِ مِنْ ذَللِكَ : إذَا حَسَدْتَ فَلاَ تَبْغِ وَ
إذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقِ , وَ إذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
“Tiga perkara yang tidak akan terlepas seseorang dari
padanya, sifat dengki, prasangka buruk dan memandang sial terhadap sesuatu.
Maukah engkau kutunjukkan jalan keluarnya. Jika engkau mendengki, jangan
melampaui batas. Jika engkau berprasangka buruk, jangan engkau benarkan. Dan
jika anda merasa sial, maka teruskanlah1.”
PINTU 2 MARAH
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika
akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka
akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita
seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api
jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Hakikat
marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan
yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk
menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain
daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji
oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
PINTU 3 MENGHIAS TEMPAT
TINGGAL
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian
dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana
umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.
PINTU 4 KENYANG
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan
seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan
pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.
IBLIS menampakkan diri kepada Yahya bin
Zakariya a.s. Dia melihat berbagai macam pengait pada tubuh iblis.
Yahya bertanya, “Hai iblis,
pengait-pengait apakah yang ada di tubuhmu itu?”
“Ini adalah syahwat yang aku
gunakan untuk menjerat manusia.”
“Apakah aku juga dapat
dicelakakan dengan pengait itu?”
“Barangkali dengan cara
dibuat kenyang, sehingga kamu merasa berat untuk mendirikan shalat dan dzikir.”
“Ada lagi selain melalui
kekenyangan?”
“Tidak ada.”
“Demi Allah, aku takkan
pernah mengisi perutku hingga kenyang.”
Iblis pun bersumpah, “Demi
Allah, aku takkan pernah memberikan nasihat lagi kepada seorang muslim pun.”
(Abu Ainun/”Pengalaman Ruhaniah Kaum Shufi” -kisuta.com)*
PINTU KE 5 TAMAK
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki
sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal
orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu
memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu
melarangnya dari kemungkaran.
PINTU 6 SIFAT TERGESA-GESA
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar
untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah.
Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini
diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro.
Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Pepatah ada menyatakan :
" Sikap berhati-hati akan membawa keselamatan manakala sikap terburu-buru biasanya akan membawa penyesalan".
" Sikap berhati-hati akan membawa keselamatan manakala sikap terburu-buru biasanya akan membawa penyesalan".
Walaubagaimanapun ada 5 perkara yang perlu dilakukan tindakan segera yang
telah digariskan oleh Islam.Lima perkara tersebut ialah :
1) Mengkubur jenazah.
Bilamana berlaku kematian, Islam menetapkan agar jenazah dapat diuruskan
dengan segera. Sebaik-baik tempat pengkebumian ialah di tempat
berakhirnya nafas si mati. Ini berpanduakan contoh dari kewafatan Rasulullah
s.a.w di mana Rasulullah s.a.w walaupun di lahirkan di Mekah tetapi dikebumikan
di Madinah tempat baginda menghembuskan nafas terakhir.
2) Mengahwini anak perempuan.
Menjaga anak perempuan bukanlah suatu tugas yang mudah. Pepatah ada
mengatakan "menjaga anak perempuan sama seperti menjaga seratus ekor anak
kambing". Pepatah ini menunjukkan bertapa sukarnya ingin menjaga anak-anak
perempuan yang mudah terdedah kepada kerosakan dan bahaya. Oleh kerana itulah
anak perempuan perlu dikahwini segera setelah cukup baligh dan mempunya calon
yang sesuai serta beriman. Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Pahang ada menetapkan bahawa umur minimum untuk berkahwin bagi anak perempuan
ialah 16 tahun.
3) Membayar hutang Kewajipan membayar hutang tidak akan terlepas
selagi penghutang tidak menjelaskan keseluruhan hutangnya walaupun telah
melakukan pelbagai ibadah besar yang lain. Kecuali di halalkan oleh pemberi
hutang.
Sabda
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam
Ibni Hibban yang bermaksud :
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.
Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.
Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :
“Sesiapa mati,
sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan
diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak
ada pula dirham”.
Oleh yang demikian bersegeralah membayar hutang apabila mampu agar
memudahkan perjalanan roh kita bertemu Allah s.w.t setelah kematian kita nanti.
4) Menghidangkan makanan kepada tetamu yang musafir.
Dalam kehidupan kita sering menerima tetamu-tetamu sama ada di rumah
mahupun di tempat kerja. Bagi tetamu yang dalam perjalanan ke tempat lain
(musafir) perlu disegerakan menghidangkan hidangan. Musafir yang menjadi tetamu
kita biasanya lebih keletihan dan mungkin juga kelaparan. Oleh itu menyegerakan
hidangan dapat memberi kegembiraan kepada tetamu selain memuliakan mereka.
5) Bertaubat apabila berdosa.
Imam Al-Ghazali ada menyatakan : "Seorang mukmin umpama cermin ,
manakala dosa-doasa yang dilakukan umpama debu-debu. Jika debu yang bertempel
tidak dibersihkan segera maka debu itu akan mengotorkan cermin. Semakin banyak
debu semakin kotorlah cermin dan boleh menyebabkan karat. Karat debu akan
menyukarkan lagi proses pembersihan cermin tersebut"
Oleh itu setiap kali berdosa dan melakukan maksiat bersegeralah bertaubat
agar cermin tidak kotor dan sentiasa cantik bersinar. Jika kita melewatkan
taubat, bimbang-bimbang kita tidak sempat bertaubat apabila ajal menjengah
kita.
PINTU 7 – HARTA DUNIA
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat
berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang
menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang
berkaitan dengan harta.
Tambahah :
مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ
إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ
Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,
niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan
sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan.
أُوْلَـئِكَ
الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ
فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Itulah orang-orang yang memperoleh di akhirat, kecuali
neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan
sia-sialah yang telah mereka kerjakan" (Hud: 15-16).
PINTU 8 – TA’ASSUB
KEPADA MAZHAB
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada
madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan
dalam madzhab atau golongannya.
Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat
(kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga
menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini
iaitu masalah aqidah.
Tambahan :
Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat
keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat
sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan
hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan
sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan
dilihat oleh mata hati yang hakiki.
مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى
“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).
Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya.
Jika seseorang selalu berburuk sangka pada muslim lainnya, pasti dia akan
selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan