Dipetik dari : http://pejuangkite.wordpress.com/kata-kata-hikmah/
“KALAU
MEREKA MENGGANTUNGKU SERIBU KALI, DEMI ALLAH AKU TIDAK AKAN BERPALING
DARIPADA KEBENARAN, KAMI TIDAK TUNDUK TATKALA KAMI MENGUNGKAPKAN..
SESUNGGUHNYA MATI PADA JALAN ALLAH ITU SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI. .
YA ALLAH TERIMALAH.. YA ALLAH TERIMALAH.” _DR BADII MURSYIDUL AM IKHWAN
MUSLIMIN
”
Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita
ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau…Keyakinan ini
merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa…tanpa ada yakin
seperti ini manusia akan hilang brek…kalau kereta hilang brek, ia akan
terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka” _
Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz B Nik Mat _ Mursyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia & Menteri Besar kelantan Darul Naim (1990 ~
2013)
“ISLAM
akan tetap menang sama-ada dengan atau tanpa Kalian. Namun Kalian tanpa
Islam pasti akan rugi dan hilang tanpa bekas” Almarhum Syeikhul Islam
Ahmed Hoosen Deedat ( احمد حسين ديدات July 1918 – 8 August 2005)
“Apabila
pintu-pintu penjara mula dibuka, tali-tali gantung mula dipersiapkan
untuk kita, itulah tandanya perjuangan kita mula menampakkan kejayaan.”
As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna (14 October 1906 – 12 February 1949)
Di
dunia ini hanya ada dua panji. Panji Taghut (Tirani/kejahatan) Dan
Islam. Lihatlah ke dalam diri kamu, Atas panji yang mana kamu berdiri??
As-Syahid Syeikh Ahmad Ismail Yasin (28 Jun 1936-22 Mac 2004) Tokoh
Dakwah Islam Pengasas HAMAS.
“Anda
jangan perasan macam anda seorang Ulama’ kalau perjuangan anda hanya
setakat serban, jubah dan kupiah” Al Marhum Ustz Fadhil Nor . Mantan
Presiden PAS
“Bergantung
kepada Allah Yang Maha Kuasa, menyerupai pokok yang baik yang mempunyai
buah-buahan yang cemerlang, digambarkan kedua-dua di dalam jiwa dan
kehidupan individu dan mahupun ummat.” Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah
al-Qaradawi . Pengerusi Ulama Sedunia
“Dunia
Islam seperti abang-abang Nabi Yusuf yang membuangnya kedalam perigi.
Sepertimana abang-abang Nabi Yusuf , Allah akan memalukan dunia Islam
yang mengkhianati saudara lelaki dan saudara perempuan di Mesir. Tiada
siapa dapat menghalang masyarakat Mesir untuk memerintah Mesir” _Perdana
Menteri Turki, Erdogan
“Aku
merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan
dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah,
kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali
gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih
rela kembali menemui Allah dalam keadaan Dia meredhai aku dan aku
meredhai-Nya” _As Syahid Syed Qutb
“Seandainya
jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan
nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga
orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi
labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris,
bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan
tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat” – Sayid
Jamaluddin al-Afghani
“Jika
aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang
negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat
bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada” – *Sheikh Abdul Qadir
Audah,bekas pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir. – Syahid di tali gantung
pada jam 6 pagi selepas subuh tahun 1954.
“Aku
telah pergi ke negara Barat dan menemui Islam tanpa Muslim, aku kembali
ke negara Arab dan aku bertemu dengan Muslim tanpa Islam.” – Syeikh
Muhammad Abduh.
“Jari
telunjuk saya, yang mengakui dalam setiap ibadah bahwa tidak ada Tuhan
selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, tidak bisa menulis
kata-kata dusta, kami tidak menyerah, kami menang atau mati! ” As Syahid
Umar Mukhtar, Amir Mujahidin Libya 1931 (Kata-kata terakhir kepada
hakim selepas di tanya erti penyesalan) :::Perjuangan Dari 1920~1930
menentang Itali::: Syahid Di tali Gantung pada 1931
“Sesungguhnya
ikhwan ibarat pohon besar yang rendang yang boleh kita berteduh di
bawahnya. Semoga Allah merahmati as-Syahid yang menanamnya. Semoga Allah
mengampunkan mereka yang tergesa gesa memetik buahnya” al-Alim Allamah
Al-Mufassir Shekh Mutawalli Sya’rawi al-Azhari Rahimahullah
Ada Orang bertanya Ustaz sampai bila nak mengajar .. Tak nak pencen ke .. ?
Maka
Tuan Guru mjawab .. ” SAMPAI MATI SAYA AKAN BACA KITAB .. BIAR SAMPAI
TAK ADA SUARA NAK BACA KITAB .. BIAR HILANG SUARA KAT DUNIA .. DI
AKHIRAT ESOK KITA REHAT .. …”
~ Tuan Guru Haji Sidek Noor ~
“Jangan
sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta, kadang2 Allah tak bagi
sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta, tapi bukan
Allah tak bagi terus , Allah ganti dengan yang sesuai, kadang2 Allah tak
bagi sebab Allah teringin (rindu) nak dengar kita duk merayu kat
DIA,kadang2 Allah tak bagi sebab Allah takut kita lupa diri, tapi
teruslah minta sebab kita HAMBA-NYA” _ Ulama’ Solihin Al-Arif Billah
Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki (1912~Sekarang)
Undang-undang
adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal
membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,
bertambah murnilah kemerdekaan berfikir_ HAMKA
“KALIAN KU PANGGIL UNTUK MEMIKUL AMANAH UMMAT YANG MENJADI
TANGGUNGJAWAB KU. AKU ADALAH SALAH SEORANG DARI KALIAN DAN KU HARAP
KALIAN MENYATAKAN PENDAPAT YANG SEBENARNYA. KALIAN PUNYAI KEBEBASAN
UNTUK MENENTANG DAN MENYETUJUI PENDAPATKU. AKU TIDAK MAHU KALIAN
MENGIKUTI PENDAPATKU, DIHADAPAN KALIAN ADA KITABULLAH(AL-QURAN) YANG
BERKATA BENAR. SUNGGUH,JIKA AKU MENYATAKAN SESUATU MAKA TIDAK LAIN YANG
AKU KEHENDAKI ADALAH KEBENARAN” KHALIFAH UMAR AR-KHATTAB
|
“Selagi kita berpegang kepada Al Quran dan sunnah,
kita akan selamat di dunia dan akhirat…” TG Tuan Ibrahim Tuan Man |
|
“Tidak mustahil Allah kembalikan
fitnah kepada tuannya semula..” _ TG TUAN IBRAHIM TUAN MAN
|
|
“Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan..” _TG HJ ABDUL HAJI B AWANG PRESIDEN PARTAI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) |
”Sebaik-baik
menentang musuh ialah dengan senjatanya sendiri! Qaedah ini dipegang
benar oleh zending dalam pekerjaannya menasranikan orang Islam. Tidak
ada satu agama yang amat menyusahkan zending dan missi dalam pekerjaan
mereka daripada agama Islam.”
Siapa
ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia
dengan keadilan. Keadilan adalah urusan politik, dibaca dalam al-Quran,
dalam masjid ,Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima
perang dan menteri kewangan serta menteri sosial – TGNA ..gambar
malaysiakini
“Kita
di kelantan acap kali negeri kita awan gelap hendak rempuh kita,tapi
alhamdulilah. Kerana rakyat kita boleh jadi di sisi Allah rakyat yang
nya bertakwa dari segi peribadi. Rakyat nya bertakwa dan pemimpinnya
juga bertakwa” Dato’Paduka Husam Musa (Bekas Exco Kerajaan Negeri
Kelantan di bawah kepimpinan TG Nik Abd Aziz) .
“Ya,kita
memilih POLITIK untuk ISLAM,kita guna politik untuk ISLAM. bukan guna
ISLAM untuk Politik “Al-Fadhil Ustaz Dato Ismail Kamus
“
Yang haq itu haq, yg batil itu batil….letakkan keadilan benar2 pada
tempatnya…” Almarhum Mantan SS Dato’ Mufti Selangor, Tuan Guru Ishak
Baharom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan