Halaman

Khamis, Jun 19, 2014

RAJA SAUDI SEBAGAI ASAS KELUARNYA AL MAHDI




يقتتلُ عند كنزِكم ثلاثةٌ كلُّهُم ابنُ خليفةٍ ثمَّ لا يصيرُ إلى واحدٍ منهم ، ثمَّ تطلُعُ الراياتُ السودُ من قِبَلِ المشرقِ فيقتلونَكم قتلًا لم يُقتَلهُ قومٌ ، فإذا رأيتموهُ فبايِعوهُ ولو حبوًا على الثلجِ ، فإنهُ خليفةُ اللهِ المهديُّ
الراوي: ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث: القرطبي المفسر - المصدر: التذكرة للقرطبي - الصفحة أو الرقم: 614
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح
Akan berperang di sisi perbendaharaanmu ini tiga orang semuanya anak khalifah, namun tidak menang walaupun seorang dari mereka, kemudian berkibarlah panji-panji hitam dari sudut timur memerangi kamu memerangi kamu dengan peperangan yang hebat yang tidak pernah berlaku sebelumnya, apabila kamu melihatnya berilah aku janjimu atau taat setia kepadanya walaupun dengan bersusah payah sehingga merangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah al Mahdi.

Hadis yang dinyatakan di atas adalah merupakah pemakluman dari baginda Sollahu Alaihi wasallam mengenai kedatangan Imam Al Mahdi.

Bilakah akan berlaku peperangan antara tiga anak raja sebagaimana dalam hadis tersebut?
Raja Abdullah
Raja Salman
Jika dilihat dari keadaan keturunan kesultanan Saudi Arabia sekarang, didapati bahawa pemerintah sekarang bernama Raja Abdullah yang berumor 90 tahun, jika Raja Abdullah meninggal dunia maka Raja Salman yang sekarang menyandang jawatan Putera Mahkota akan menjadi pemerintah Saudi Arabia. Namun apabila tiba masa ingin dilantik penggantinya sebagai Putera Mahkota, terdapat tiga anak raja yang layak dilantik. Lalu akan berlakulah perebutan antara ketiga-tiga anak raja ini dan berlakukan peperangan.

Jika benar andaian ini, maka Imam Al Mahdi telah sangat hampir keluar untuk memimpin dunia. 



UMUR IMAM AL MAHDI SEKARANG

Berdasarkan suatu kenyataan dalam buku Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam, bahawa tanda Al Mahdi dilahirkan ialah keluarnya komet berekor yang pernah keluar ketika kelahiran baginda sollahu alaihi wasallam. Mengikut kajian Sir Edmunt Halley, Komet Halley ini akan keluar pada tahun 1985 atau 1986. Pada tahun 1986, komet ini telah keluar sebagai menandakan bahawa Imam Al Mahdi telah keluar. Jika dikira umurnya, Imam Al Mahdi berumur 28 tahun sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan