Halaman

Selasa, Disember 17, 2013

PERANG ARMAGEDDON


عن ذي مخبر ، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "" ستصالحون الروم صلحا آمنا ، فتغزون أنتم وهم عدوا من ورائكم ، فتنصرون وتغنمون وتسلمون ، ثم ترجعون ، حتى تنزلوا بمرج ذي تلول ، فيرفع رجل من أهل النصرانية الصليب,فيقول: غلب الصليب,فيغضب رجل من المسلمين فيدقه ، فعند ذلك تغدر الروم وتجمع للملحمة فيثور المسلمون إلى أسلحتهم ، فيقتتلون فيكرم الله تلك العصابة بالشهادة "" . رواه أبو داود



Kamu akan berdamai dengan Rom, perdamaian yang aman, kamu dan mereka bersatu memerangi musuh dari belakang kamu, lalu kamu menang dan dapat banyak harta rampasan perang, kemudian kamu pulang ke tempat kamu, apabila sampai di Marj zi Tulul, seorang dari tentera Kristian Rom mengangkat palang salib dan berkata "Salib telah menang!" kalimah ini menyebabkan orang Islam marah, maka datang salah seorang Islam membunuhnya, bermula dari situ kamu akan memerangi Rom dalam peperangan yang besar dan hebat, pihak Muslimin menggembeling tenaga dan senjata menyerang Rom, Allah memberikan pahala syahid kepada orang Islam.

MAKSUD KALIMAH & LOKASI MAGEDDO
Kalimah Armegaddon berasal dari kalimah bahasa Ibrani yang bermaksud :
(1) 'Ar' bermaksud tanah tinggi atau bukit.
(2) 'Mageddo' bermaksud sebuah lembah di Palestin (Sebagimana dalam peta di atas), membentang dari Mageddo di utara ke Edom di selatan, jarak sekitar 200 batu hingga ke laut putih (tengah) di barat dan bukit mohab di timur yang jaraknya 100 batu.
(3) Hampir dengan Tebing Barat Sungai Jordan.
(4) Sangat hampir dengan Sea of Galilee ataupun tasik Tabari, tasiklah ini yang menjadi tanda Dajjal akan keluar, dan Ya'juj & Ma'juj pada satu hari nanti akan melintasinya.
(3) Asal kawasan ini adalah sebahagian dari Palestin.

KATA-KATA TOKOH NON MUSLIM MENGENAI ARMAGEDDON
(1) Ronald Reagan Bekas Presiden Amerika Syarikat : Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat "Armageddon".
(2) Penulis Amerika bernama Gery Halls mengatakan : Kita sebagai orang kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang disebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan disebut sebagai Armageddon dan peperang ini akan dimahkotai oleh kembalinya al Masih yang akan memerintah orang-orang hidup dan orang-orang yang mati sekali gus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan