Halaman

Sabtu, Disember 14, 2013

KISAH SEDEKAH – DUA KEPING ROTI

Ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan oleh Al Imam daripada `Ikrimah rahimahullah:

Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: “Sesiapa yang bersedekah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua tangannya!”

Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu berkata: “Bersedekahlah kepadaku.”

Wanita itu menjawab: ” Bagaimana aku akan bersedekah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang bersedekah.”

Dia lalu berkata: “Aku memohon kepada engkau demi Wajah Allah agar bersedekah kepadaku.”

Wanita itu pun bersedekah dengan dua keeping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut. Raja pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua tangannya.

Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibunya agar menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada taranya namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya telah terpotong.

Raja pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun berkahwin. Raja pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita tersebut.

Apabila tiba keadaan perang dan raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan agar wanita tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir.
Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas.

Wanita itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: “Apa menyebabkan kamu menangis?”
Dia berkata: “Anak saya telah jatuh ke dalam air lalu lemas.”
 “Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?” ujar kedua lelaki tersebut.
“Ya. Demi Allah,” jawab wanita tersebut.
Maka mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar daripada air tersebut lalu mereka berkata: “Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?” “Ya,” jawab wanita itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali seperti sediakala lalu berkata, “Adakah kamu tahu siapa kami?” “Tidak,” jawab wanita tersebut. Mereka berkata: “Kami adalah dua roti yang kamu sedekahkan dulu.

Daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda: Tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:
1. Pemimpin yang adil.
2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah).
3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya).
4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah.
5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah.
6. seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya.
7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.
(Dikeluarkan oleh Al Bukhari dalam Az Zakaah 1423 dan Muslim dalam Az Zakaah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan