Halaman
▼
Khamis, Oktober 06, 2011
SIFAT MUNAFIQ KE 17 - MENGUMPAT
Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan, kelemahan peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya. Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengajja dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicakan kelemahannya atau keburukan peribadi orang lain.
Dalam Islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang tercela dan menjadi amalan orang yang tidak beriman dan munafik. Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk.
Firman Allah Subhanahu wata’ala :
يا أيها الذي ءامَنوا اجتَنِبوا كثيرا منَ الظَّنِّ إِنَّ بعضَ الظَّنِّ إثْمٌ ولا تَجَسَسُّوا ولا يَغْتَبْ بَعْضُكُم بَعْضا – الحجرات 12
(Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
الغَيْبَةُ ذِكْرُكَ أخَاكَ بِما يَكْرُهُ
(Ertinya : Ghaibah ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya – Muslim)
Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan daging bangkai saudaranya sendiri. Perbuatan menumpat boleh meninggung perasaan, hati dan kehormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain.
Rasulullah sollahu alahi wasallam melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap orang lain.
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
كُلُّ مسلمٍ على المُسلمِ حرامٌ دَمُهُ ومالُهُ عِرضِهِ
(Ertinya : Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh), hartanya (tidak boleh merampasnya) dan kehormatannya (tidak boleh mengumpat) – Muslim & At Termizi)
Firman Allah Subhanahu wata’ala :
ويلٌ لكُلِّ هُمَزَةِ لُّمَزَة
(Ertinya : Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
شرارُ عبادِ اللهِ المَشَّاؤونَ بالنميمة المُفَرَّقون بينَ الاَحِبة
(Ertinya : Seburuk-buruk hamba Allah ialah, yang berjalan dengan tujuan menghasut, memecah belahkan kasih sayang)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
ليسَ منِي ذو حِقدٍ ولا نَميمةٍ ولا كهَانةٍ ولا أنا أحِبّهُ
(Ertinya : Bukan dariku, orang yang busuk hati, suka menghasut, suka menilik dan aku amat tidak menyukainya)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
عن أبي سعيد التخدري رضي الله عنه : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إياكم والغِيْبةَ فإنَّ الغِبَةَ أشَدُّ منَ الزِّنا, قيلَ لهُ كيف ؟ قال : إنَّ الرجُلَ قد يَزْنِي ويتُوبُ فيَتوبُ اللهُ عليه وإنَّ صاحبُ الغِيْبةِ لا يُغْفَرُ لهُ حتى يَغْفِرَ لهُ صاحبُهُ
(Ertinya : Hindari dirimu dari Ghibah kerana ia lebih besar dosanya dari zina, lalu sahabat bertanya, bagaimanakah terjadi demikian ?, jawap baginda, seseorang lelaki jika ia berzina, lalu bertaubat ia dan diampunkan Allah dosa zinanya, akan tetapi jika seseorang itu mengumpat, tidak diampuninya sehinggalah orang yang diumpatinya memaafkannya terlebih dahulu)
(Teks untuk kuliah di DBKL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan