Halaman
▼
Selasa, Mac 29, 2011
ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
ASSALAMUALAIKUM.....buat semua rakan-rakan yang sentiasa memantau blog2 ilmu untuk peningkatan diri. Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang Ilmu akan hilang dari atas muka bumi ini.
Saya merujuk buku 40 hadis tanda kiamat tulisan oleh Syeikh Banjari, terdapat 4 atau 5 hadis yang mempunyai kaitan dengan ilmu, salah satu darinya saya naqalkannya di bawah ini, insya Allah jika ada masa, akan saya masukkan yang 3 atau 4 lagi. Cuma saya hadapi masalah untuk membesar teks arabnya....mungkin ada yang mampu menolong saya dalam hal ini.
Sabda Rasulullah Sollahu alaihi wasallam :
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم
Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam bersabda : Bahawasanya Allah subhanahu wata'ala tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah subhanahu wata'ala menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama', maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - Riwayat Muslim.
Pengajaran Hadis :
1. Ilmu akan terhakis dari atas muka bumi dengan cara dimatikan para alim ulama.
2. Ataupun ulama itu dimatikan fungsinya, seperti digam, atau ditarik balik tauliah menngajarnya.
3. Atau memang ada orang yang mahu menyekat fungsi alim ulama.
4. Rasulullah juga memberi amaran tentang golongan yang jahil yang akan mengambil tempat alim ulama setelah peranan mereka dimatikan, mereka adalah pemimpin2 yang tidak sedar akan kejahilan mereka sendiri.
5. Sifat pemimpin ini ialah, mereka itu sesat, malah mereka juga menyesatkan orang lain.
Sekadar untuk pemerhatian setiap mereka yang subur dan segar jiwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan