Assalamualaikum, dunia semuanya gempar dengan demostrasi yang berlaku di jalan-jalan kota Kaherah. Rakyat menyatakan penentangannya di tengah jalan. Menuntut sesuatu yang pasti, iaitu kejatuhan presidennya yang berkuasa sejak 32 tahun lalu. Semua kerajaan sepatutnya mengambil pengiktibaran ini, supaya rakyat tidak dipermainkan dalam percaturan politik negara. Biarpun sekuat mana sesuatu kerjaan itu, namun sekiranya tidak betul perjalanannya dan menyimpang dari ajaran Allah maka, akan rebah dan jatuh juga akhirnya.
Presiden Husni Mubarak banyak menyusahkan pejuang-pejuang Islam, ada ditangkap sejak berbelas-belas tahun, ada yang hilang tanpa khabar berita. Paling menyakitkan hati apabila beliau yang menyekat makanan dan ubat-ubatan masuk ke Ghaza suatu ketika dulu, walaupun dibuka setelah didesak oleh umat Islam dunia. Dia mengkhianati semangat persaudaraan Islam. Memang sepatutnya beliau jatuh....kerana kewujudannya tidak langsung memberi manafaat kepada Islam dan kepentingannya.
Secara peribadi saya melihat kemelut ini sebagai isyarat kepada pemerintah yang bersifat sama sebagaimana Husni Mubarak ini. Ingatlah bahawa kejatuhan kerajaan Islam Andalusia adalah pengajaran yang paling buruk pernah dihadapi oleh umat Islam, kerajaan yang tertegak sejak 700 tahun lebih, kerana kelalaian umat Islam sendiri menyebabkan ia jatuh. Bagaimana pula dengan kerajaan yang baru diperintah sekitar 50 hingga 100 tahun? cuba kita fikirkan.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan