Halaman

Jumaat, November 19, 2010

SEJARAH LAKSAMA CHENG HO

Assalamualaikum....pagi ni sahabat saya Ustaz Taufik menitipkan satu article yang amat berfaedah untuk pejuang-pejuang Islam...dan sepatutnya kaum Cina melapangkan sedikit masa untuk membaca article ini.....KISAH LAKSAMA CHENG HO.
LAKSAMA CHENG HO DALAM KENANGAN - ISLAM ITU TINGGI.
Laksamana Cheng Ho Keturunan Saidina Ali kwh. Ketika dia meninggalkan pelabuhan Nangking pada 1405, kapal Boa Chuan berukuran 138 meter dan lebarnya 56 meter dengan daya angkut 2,500 tan yang dinaikinya mendahului pelayaran diapit oleh belasan kapal tempur yang mengangkut lela, meriam dan tentera. Diikuti di belakangnya kapal mengangkut barangan dan penumpang yang sebahagian besar anak kapalnya beragama Islam. Inilah armada terbesar dicatat oleh Ma Huan, ahli bahasa beragama islam dan Fei Xin, sarjana sastera yang menyertai pelayaran tersebut.
Cheng Ho atau nama asalnya Ma San Bao keturunan bangsa Hui yang beragama Islam. Beliau anak ketiga daripada enam beradik. Ayahnya Ma Haji menggariskan nasab keluarga mereka berkait dengan Ali kwh. Pertalian nasab itu dicatat seperti berikut. Muhammad s.a.w. > Ali Kwh > Hou Sai Ni > Yi Bu Lai Xi Mo > Yi Shi Ma Ai Le > Xie Xin > E Le Hou Sai Nil > Ya Ha Ya > E Ha Mo De > Li Sha Shi (Kaisar kerajaan Mi Si Le ) > She Li Ma > Mu Li Yie Mi > Ya Xin > Lu Er Ding > Mu Ba Er Sha > Yi Shi Ma Xin > Ha San > Gu Bu Ding . Wu Ma Nai Ding . Wu Ma Er . Cha Fa Er > Zhe Ma Nai Ding > An Du Er Yi > Sou Fei Er / Saidina Syafii > Sai Ya Su Lai Chong Na > Su Sha Lu Gu Chong Yue/ Su zu Sha > Ka Ma Ding Yu Su Fu > Ma Ha Mu Ke Ma Nai Ding . Sai dian Chi / Sayid Ajall/ Saidina Samsudin > Na Su La Ding > Bai Yan > Mi Di Na/ Haji > Mi Li/Ma haji > Ma He @ Ma San Bao @ Cheng Ho.
Ketika Cheng Ho lahir, wilayah Yunan masih diduduki sisa-sisa penguasan Dinasti Yuan, pasukan Dinasti Ming menyerbu ke Yunnan ketika Ma San Bao berusia 12 tahun. San Bao dan sejumlah pemuda ditangkap dan dikembiri oleh tentera Ming lalu dibawa ke nangking sebagai sida-sida di istana Kaisar. Kaisar Zhu Di menganugerahkan She (marga) Cheng kepada Ma San Bao. Sejak itulah San bao meninggalkan nama asalnya.
Beliau juga kerap disebut dengan gelaran San Bao Tay Jin ( Tuan Sida San Bao). Dalam pelbagai dialek Cina lainnya, nama ini disebut sebagai San Poo Tay Jin, San Poo Tay Kam dan San Poo Tai Kien. Di Semarang Indonesia, nama ini disebut sebagai Sam poo Kong dan di Malaysia disebut Sam Pau Kong. Dalam pelayaran ke Asia Tenggara, Cheng ho diberi hak memakai lambang burung bong (phoenix), satu tingkat di bawah lambang naga (liong - digunakan oleh Kaisar). Pelayaran ini bertujuan untuk menjalin kerjasama negara China dengan negara Asia Tenggara di samping membendung pengaruh Hindu yang berasal dari India.
Terdapat 7 kali ekspedisi Cheng Ho ke alam Melayu dan kunjungannya ini meninggalkan kesan mendalam kepada sosio budaya masyarakat Nusantara. Hamka menulis dalam Star weekly , Jakarta 18 Mac 1961 mengenai Cheng Ho seperti berikut; Berbanding dengan tujuan pertempuran armada Cheng Ho, misi damai nampaknya lebih kuat. Senjata alat pembunuh tidak banyak terdapat di kapal itu. Yang banyak adalah senjata budi yang dipersembahkan kepada raja-raja yang dikunjungi. Dalam perjalanannya, Cheng Ho mengunjungi 31 negara di Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika Timur. Kerana itu , tiak aneh apabila kenang-kenangan tentang Cheng Ho dapat dijumpai di beberapa negara.
Tidak berapa jauh dari Kota melaka ada sebuah tempat bernama Bukit Chhina. Kalangan masyarakat Cina setempat menyebut bukit ini sebagai Bukit Sam Poo. Bukit ini pernah dijadikan tempat berkhemah anak buah Cheng Ho selama melakukan kunjungan muhibbah pada abad ke-15 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan