Halaman

Rabu, Julai 07, 2010

Kecoh Pasal Solat Ghaib

Assalamualaikum....buat teman dan rakan yang selalu meneropong ilmu menerusi internet. Kali saya ingin kongsi dengan saudara2 semua mengenai satu pertelingkahan yang berlaku di satu tempat yang hebat dan dikenali ramai. Kekecohan berlaku apabila seorang ustaz mengisytiharkan kepada jemaah yang baru selesai solat zohor untuk sama-sama solat 'ghaib' kepada seorang teman mereka yang telah meninggal. Bila mendengarkan pengumuman ini, ustaz yang mengajar kuliah zohor tadi melarang didirikan solat 'ghaib' ini kerana kata ustaz tadi perbuatan itu menyalahi sunnah Rasulullah. Berlaku sedikit kekecohan.......
Saya berpendapat bahawa, isu yang kecoh ini adalah satu masalah khilafiah di kalangan para kibar al Ulama. Antara yang mengharuskannya ialah Ibnu Hazm dalam kitabnya al Muhalla. Kata Ibnu Hazm "tiada seorangpun para sahabat mengingkarai perbuatan solat ghaib ini". Imam Malik bin Anas mengatakan ianya khusus untuk Rasulullah sollahu alahiwasallam sahaja. Manakala Imam Ibnu Taimiyyah mengharuskannya, tetapi menjelaskan hanya untuk jenazah Islam yang tidak disolatkan kerana mungkin mati di kalangan orang kafir, sebagaimana Raja Najasyi.
Apapun yang dibincangkan....ia adalah satu perbuatan yang khilaf di kalangan ulama, bagi saya siapapun yang ingin menggunakan mana-mana pendapat, mereka bebas...dan tidak ada orang yang boleh melarang.
Tetapi dari segi sunnah Nabi, cara teguran hingga memalukan orang itulah yang salah dan boleh juga dikatakan suatu kerja bid'ah, kerana tidak meraikan cara dan sunnah Nabi sollahu 'alaihi wasallam.
Firman Allah Ta'ala :

أدعوا إلي سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

(Maksudnya : dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh terbaik dan jika kamu berdebat dengan mereka, maka gunalah cara yang terbaik)
Semoga kita semua melihat isu khilaf ini sebagai suatu rahmat untuk masyarakat, bukannya dijadikan suatu perkara yang diperbalahkan. Sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam "khilaf di kalangan umat adalah suatu rahmat". Semoga mendapat manafaat bersama. wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan