Halaman

Jumaat, Julai 16, 2010

Fitnah di sebalik perkataan Malaikat......

Assalamualaikum
Salam bahagian buat teman-teman dan rakan-rakan yang sering mengunjungi blog saya. Buat pengisian kali ini, saya akan tulis satu hadis Nabi Sollahu alaihi wasallam mengenai satu keadaan yang menyebabkan berlakunya fitnah besar di sebalik kalimah yang diucapkan oleh Malaikat Allah. Sabda baginda Sollahu alaihi wasallam :

معه ملكان منَ الملائكةِ يُشبهان نبيين من الأنبياء لو شئتُ لسمَّيتُهما بأسمائهما وأسماء أبائهما, واحد منهما عن يمينه والآخر عن شِمَالِهِ وذلك فتنةٌ فيقولُ الدجالُ "ألستُ بِربكم؟ ألستُ أٌحيِي وأُميتُ؟ فيقولُ أححدُ الملكين : كذبتُ! ما يسمعُهُ أحدٌ من الناسِ إلا صاحبُهُ فيقول له صدقتَ فيسمعُهُ الناسُ فَيَظُنُّون إنما يُصدِّقُ الدجالَ وذلك فتنة
(Bersama dengan Dajjal itu ada dua Malaikat yang menyerupai dua orang nabi. Kalau nak kusebutkan nama tentu sekali aku dapat menyebutnya beserta dengan ayah ibu merekaa. Salah satu Malaikat akan berada di sebelah kanan dajjal, manakala Malaikat yang kedua berada di kirinya. Kehadiran mereka suatu ujian dari Allah. Lalu dajjal berkata kepada orang ramai "Bukankah aku ini tuhan kamu?, bukankah aku dapat menghidup dan mematikan? Lalu jawab salah seorang malaikat tadi "bohong engkau!", akan tetapi ucapan Malaikat pertama ini tidak didengari oleh orang ramai, melainkan Malaikat yang kedua. Selepas itu Malaikat kedua menjawab ucapan sahabatnya, "benar engkau!". Amat malang, ucapan malaikat kedua ini didengari oleh semua yang hadir, lalu orang menyangka bahawa Malaikat itu menyokong perkataan dajjal...inilah dia fitnah atau ujian...Riwayat Ahmad bin Hanbal)
Fitnah ini amat hebat.....sukar kita nak menentukan posisi kita ketika itu. Kerana ramai yang mendengar pengakuan Malaikat yang berupa seorang nabi, tentang kebenaran dajjal. Sedangkan malaikat kedua mengiakan perkatan malaikat pertama, bukannya ia mengiakan percakapan dajjal.
Bayangkanlah kalau kita berada di tempat itu ketika itu......Mohonlah perlindungan Allah dari fitnah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan