Assalamualaikum buat teman-teman
Semalam jumaat, adalah hari yang penting buat seluruh umat Islam. Hari dimana lahirnya nabi besar kita Muhammad Sollahu alaihi wasallam. Beberapa hari sebelum kelahiran baginda, satu ketumbukan tentera telah dibinasakan Allah, tentera di bawah pimpinan Abrahah Panglima Perang Habasyah telah cuba menyerang Ka'bah As Syarif, dengan bilangan tentera yang ramai, serta dibantu oleh sekumpulan gajah. Allah menghancur tentera ini dengan hanya burung-burung kecil yang membawa batu-batu dari kawah api neraka, membaling ke arah mereka, sehingga jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.
Sewaktu lahirnya baginda Allah memberikan isyarat kejatuhan kerajaan Rom dan Parsi. Syria yang berada di bawah naungan kerajaan Rom juga akan dijatuhkan. Parsi telah di tawan ketika zaman Saidina Umar al Khattab, begitu juga dengan Kota Constantinopel telah juga di tawan, tetapi orang yang menawannya ialah Sultan Mohammad al Fateh, Syam atau Syria yang menjadi tanah jajahan Rom juga dijatuhkan ketika zaman Saidina Umar. Sekarang seluruh Syam telah Islam, dan seluruh Parsi telahpun juga Islam. Inilah isyarat politik yang ditunjukkan oleh Allah sewaktu lahirnya baginda.
Begitu besar sekali kelahiran baginda yang membawa cahaya keseluruh alam. Firman Allah :
وما ارسلناك إلا رحمة للعالمين
(Dan tidaklah kami utuskanmu wahai Muhammad melainkan untuk memberikan rahmat ke sekelian alam)
Seluruh kejahatan syirik yang wujud di benua Arab dan keruntuhan akhlak telah berjaya diselesaikan oleh Islam dengan kelahiran baginda Sollahu alaihi wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan