Jumaat, Jun 29, 2012

FAJAR ISLAM MENYINGSING

Salam buat rakan-rakan,
Blog ini berhadapan dengan sedikit masalah, oleh itu tak banyak yang dapat dikongsikan bersama, raman juga sahabat-sahabat yang mengadu tentang kesukaran mengekses, rasanya sekarang dah mula dapat dilihat balik.

Teman-teman sekelian,
Sukar kalau mahu dicatatkan semua di sini, tetapi memadai kalau dikatakan kemenangan Ikhwan Muslimin melalui calon presidennya Dr Muhammad Mursi memberi impak yang besar kepada seluruh dunia, terutama suntikan semangat kepada seluruh gerakan Islam di seluruh dunia, terutama di nusantara.

Biar apapun yang dilihat orang, menerusi sudut mana sekalipun, kemenangannya adalah suatu kemenangan Islam, kemenangan agama, kemenangan kepada suatu keadilan yang sukar dikecepi sejak berdekad lamanya.

Janji Allah untuk pejuang-pejuang-Nya adalah benar, Islam tidak selamanya ditindas, ia pasti akan menang dan mengemukakan penyelesaikan kepada dunia yang semakin rosak binasa ini. Islamlah cara dan kaedah untuk mengembalikan dunia ini kepada keamanan dan ketenangan.

Kita mengucapkan tahniah seluruh pejuang Islam di Mesir, kemenangan kamu adalah kemenangan kami juga. Allahu Akbar.