Sabtu, Februari 27, 2010

Maulidurrasul

Assalamualaikum buat teman-teman
Semalam jumaat, adalah hari yang penting buat seluruh umat Islam. Hari dimana lahirnya nabi besar kita Muhammad Sollahu alaihi wasallam. Beberapa hari sebelum kelahiran baginda, satu ketumbukan tentera telah dibinasakan Allah, tentera di bawah pimpinan Abrahah Panglima Perang Habasyah telah cuba menyerang Ka'bah As Syarif, dengan bilangan tentera yang ramai, serta dibantu oleh sekumpulan gajah. Allah menghancur tentera ini dengan hanya burung-burung kecil yang membawa batu-batu dari kawah api neraka, membaling ke arah mereka, sehingga jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.
Sewaktu lahirnya baginda Allah memberikan isyarat kejatuhan kerajaan Rom dan Parsi. Syria yang berada di bawah naungan kerajaan Rom juga akan dijatuhkan. Parsi telah di tawan ketika zaman Saidina Umar al Khattab, begitu juga dengan Kota Constantinopel telah juga di tawan, tetapi orang yang menawannya ialah Sultan Mohammad al Fateh, Syam atau Syria yang menjadi tanah jajahan Rom juga dijatuhkan ketika zaman Saidina Umar. Sekarang seluruh Syam telah Islam, dan seluruh Parsi telahpun juga Islam. Inilah isyarat politik yang ditunjukkan oleh Allah sewaktu lahirnya baginda.
Begitu besar sekali kelahiran baginda yang membawa cahaya keseluruh alam. Firman Allah :
وما ارسلناك إلا رحمة للعالمين
(Dan tidaklah kami utuskanmu wahai Muhammad melainkan untuk memberikan rahmat ke sekelian alam)
Seluruh kejahatan syirik yang wujud di benua Arab dan keruntuhan akhlak telah berjaya diselesaikan oleh Islam dengan kelahiran baginda Sollahu alaihi wasallam.

Khamis, Februari 25, 2010

Siri Jumpa Rasulullah Dalam Mimpi : Selawat Penyelamat Dari Dosa


Assalamualaikum
Ibnu al-Mulqan menceritakan dalam kitabnya berjudul "Al-Hadaiq", bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang tawaf di Baitillah, beliau hanya membanyakkan selawat tanpa doa dan bacaan yang lain. Apabila ditanya mengapakah beliau hanya berselawat, pemuda itu bercerita :
Sebenarnya, satu ketika waktu haji aku bersama bapaku, bapaku sakit lalu meninggal, malang menimpa bapaku, sebaik saja mati mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.
Aku sedih dengan apa yang menimpa bapaku, aku mengeluh "sesungguh semua manusia milik Allah maka kepada-Nyalah kita akan dikembalikan, ayahku meninggal dalam keadaan yang amat pelik.
Sebaik sahaja sampai waktu malam, aku terasa amat mengantuk, terus menyebabkan aku terlena. Dalam tidurkan aku dikunjungi oleh Rasulullah sollahu alaihi wasallam, baginda berpakaian putih dan wangian amat harum. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya, langsung lepas itu wajah bapaku berubah menjadi amat putih seumpama susu, selepas itu baginda menyapu pula perut bapaku, lalu kembali semula seperti asalnya tidak lagi membuncit.
Apabila baginda mula beredar, baginda bersabda "Sesungguhnya ayahmu adalah orang yang banyak melakukan maksiat dan dosa, tetapi dia juga banyak berselawat kepadaku, dia juga meminta bantuanku, dengan sebab itu aku datang membantunya, kerana aku adalah pembantu bagi orang-orang yang banyak berselawat ketika di atas muka bumi".
Inilah kisah mimpi bertemu Rasulullah sebagai peringatan untuk kita. Elakkan dari melakukan dosa, jangan pula menjadikan Rasulullah sebagai bomoh atau doktor untuk mengubati penyakit semata, malah baginda adalah ikutan dan contoh kita. Allahuma solli ala Muhammad.

Rabu, Februari 24, 2010

Cara Menghadapi Kedatangan DAJJAL



Salam sejahtera buat teman-teman....Jangan bimbang dengan gambar ini, saja nak timbulkan minat membaca, bila terlihat gambar pelik ini. Dajjal sebenar ada dua mata, tetapi salah satu matanya cacat, seumpam di sapu. Sebelah kanan atau kiri, ada kekhilafan sedikit di kalangan ulama.
Antara salah satu cara yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim dalam menghadapi kedatangan Dajjal. Sebagaimaana terdapat dalam hadis bersumberkan Abu Darda' ra, Rasulullah bersabda :
مَن حفِظَ عشرَ ءاياتٍ مِنْ أولِ سورةِ الكهفِ عُصِمَ منَ الدجال
(Sesiapa menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi nescaya akan dipelihara daripada fitnah Dajjal - Riwayat Muslim & Abu Daawud)
Agaknya ada sesuatu yang terkandung di dalam 10 ayat pertama ini. Mungkin teman-teman dapat merujuk al-Quran untuk melihat apakah sebenarnya rahsia yang terkandung di dalamnya.

Nasihat Imam Ghazali


Kata al Imam al Ghazali,
Wahai anakku yang tercinta, memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi yang paling berat ialah menerima isi nasihat tersebut, kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Perkatan Al Imam ini saya petik dari buku "Ayyuhal walad - terjemahan Syeikh Fahmi Zamzam".
Kadang-kadang orang yang memberi nasihat itu sendiripun tidak mampu melaksanakan apa yang dia sendiri nasihati orang lain. Tetapi jangan berhenti memberi nasihat. Kerana banyak pahala diberikan kepada sesiapa yang memberi nasihat.

Sabtu, Februari 20, 2010

2 bulan selepas peninggalan bonda.....

Selepas dua bulan kepergian bonda, kita adik beradik tak sempat berjumpa untuk berbual panjang, tak sempat nak bertanye khabar cerita. Namun bila bertemu, kisah-kisah dengan bonda masih lagi segar dalam setiap pengkisahan. Setiap kenangan dengan arwah bonda memang sukar dilupakan, satu demi satu pitanya dimainkan beratus-ratus kali.
Bile jumpa adik2 perempuan, air matalah yang banyak dari cakapnya. Ingatkan arwah bonda, ingatkan cakap-cakap bonda, ingatkan masakan bonda, ingatkan layanan bonda, tetapi apalah yang kita boleh lakukan selain dari mengingati kenangan itu, kenangan itulah yang menyuburkan ingatan kita pada arwah bonda.
Semoga kita mampu meneruskan kehidupan tanpa bonda disisi, biarpun agak pedih sedikit, tetapi kehidupan mesti diteruskan.
Selepas dua bulan.....Bila ayah cari ganti bonda, usahlah kita gusarkan sangat tentang sesuaikah bonda baru dengan adik beradik kita, kita tahu arwah bonda tak mungkin ada orang yang boleh menggantikannya, tetapi bila ada bonda baru....kita bersabarlah dengan keadaannya, mungkin bonda baru perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dengan keluarga besar kita....48 cucu, anak-anak 11 orang campur menantu lagi, dah jadi 22 orang semuanya. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan keluarga sebesar keluarga kita. Berilah bonda baru peluang menyesuaikan diri dengan keadaan kita.....
Tetapi kita kena ingat bukan senang, bonda baru nak sesuaikan diri dengan keluarga besar kita. Kita berharap benar agar bonda baru mampu memahami keadaan kita bila berkumpul, kita berharap benar bonda baru tahu tentang keinginan ayah kita, ayah kita suka sangat berkumpul ramai-ramai, sambil makan-makan, kalau anak cucu tak balik sugul ayah kita, susah hati ayah.
Kita harap bonda baru faham keadaan ini.....semoga bonda baru boleh sesuaikan diri dengan kita semua....Semoga Allah bahagian ayah kita dengan bonda baru. Serta Allah berikan kebahagian kepada kita semua Insya Allah....
Biarpun begitu, kita berharap agar bonda merestui perkahwinan ayah kita.....dan kita juga berdoa agar bonda sentiasa tenang di sana, serta mendapat ni'mat dari Allah....., siapa di antara kita yang mengikuti jejak bonda....soalan yang sukar di jawab???!
Sekadar keluhan jiwa.....Abu Nu'man Adib - Kuala Ibai.

Khamis, Februari 11, 2010

2 SYARAT PEKERJA @ MODAL INSAN

Assalamualaikum
Ketika sedang membaca al-Quran pagi ini, terbaca ayat dari surah al-Qosas. Kisah yang saya baca ialah kisah Nabi Musa as ketika baginda di perkampungan Nabi Syuaib. Baginda telah menolong dua orang perempuan muda memberi minum kambing-kambingnya. Lalu apabila pulang ke rumah, bapa mereka iaitu Nabi Syuaib telah menyuruh salah seorang puterinya menjemput Nabi Musa ke rumahnya. Dari sinilah berlakunya satu perbualan puterinya katanya :
قالت إحداهُما يا أبتِ استَئجِرهُ إن خيرَ منِ استئجرتَ القوي الأمين – القصص26
Maksudnya : Wahai ayahku, ambilah ia sebagai orang yang bekerja dengan kita, sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah yang gagah dan amanah.
Oleh itu, rakan-rakan sekelian, sesiapa yang ingin mengambil seseorang bekerja, terutama yang membaiki sesuatu dalam rumah kita, mestilah dari orang yang kuat, iaitu mampu bekerja dengan baik dan sempurna, serta juga mempunyai sifat amanah, kerana pekerja ini mungkin memasuki rumah orang untuk membaiki sesuatu, jadi sifat amanah adalah amat penting.
Sekadar perkongsian idea.